<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Mei 2015

Mei 30, 2015

Checklist Sebelum Ramadhan


Assalamualaikum.


Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah. Seperti yang kita tahu, dalam bulan Ramadhan berbagai ganjaran disediakan bagi sesiapa yang berjaya menjalankan ibadah dengan sempurna. Oleh itu, rebutlah peluang yang Allah berikan kepada kita semua untuk melaksanakan segala ibadah.

Kalau dah dekat dengan hari peperiksaan, mesti kita berusaha untuk belajar supaya dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan lulus dengan cemerlang. Begitu juga dengan sambutan hari raya aidil fitri. Pasti pelbagai persiapan dibuat agar dapat menyambutnya dengan meriah. Untuk menyambut bulan Ramadhan, apakah persiapan kita?

  • Persiapan rohani. Untuk menyambut bulan Ramadhan, perlu keikhlasan hati dan tidak mengeluh kerana lapar dan tidak dapat menikmati makanan di siang hari seperti pada bulan-bulan yang lain. Baik juga kalau kita sudah mulakan ibadah puasa sunat dari bulan Rejab dan Syaaban sebagai salah satu daripada persiapan.
  • Menyemak kembali segala hukum-hukum tentang ibadah puasa, contohnya perkara-perkara yang membatalkan puasa supaya ibadah kita nanti tidak sia-sia.
  • Menyemak kembali amalan-amalan sunat yang dituntut supaya kita dapat 'memaksimumkan' bulan Ramadah dengan perkara-perkara yang baik. 
  • Menjaga kesihatan. Adalah penting untuk kita menjaga kesihatan supaya kita dapat menjalankan ibadah dengan sempurna. Badan yang sihat dan cergas juga akan membuatkan kita lebih semangat untuk berterawikh dan menambahkan lagi pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran
  • Latihan bangun di awal pagi supaya kita tidak 'liat' untuk bangun di bulan Ramadhan nanti, baik untuk bertahajud dan juga bersahur. 
  • Persiapan ekonomi juga penting. Bukan sahaja untk membeli baju raya, kasut raya, tudung raya atau menjamu tekak dan mata di pasar ramadhan, tetapi untuk membolehkan kita melebihkan sedekah di bulan yang penuh barakah itu nanti.
  • Dan untuk Kak Tita, Kak Nora dan Long Senah...dah habis ganti puasa?

Semoga kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan nanti dan segala amal ibadah kita akan diterima. In shaa Allah. Aamiin.

Sekian. Sebagai panduan dan peringatan untuk diri saya sendiri. Moga yang lain juga dapat manafaatnya.
Wassalam.

Sumber : Pelbagai.


Label:

Mei 27, 2015

Remaja Purba

Assalamualaikum


Tua atau menjadi tua adalah satu perkataan yang kadang-kadang takut untuk kita dengar. Walaupun ramai orang kata, semakin tua semakin romantis berpengalaman, tapi menjadi tua juga akan membuat kita merasa lemah, tidak berdaya, kulit menjadi keriput serta bakal diundang dengan pelbagai jenis penyakit.

Cubalah tanya pada sesiapa pun, terutamanya kaum wanita. Menjadi tua dan tidak 'bergetah' seperti zaman muda-muda dulu adalah ibarat igauan ngeri. Malah, ada yang marah jika dipanggil 'Mak Cik' oleh anak-anak belasan tahun, walau pada hakikatnya anak-anak belasan tahun itu sebaya dengan anak mereka...huhu..tak gitu Kak Tipah :D

Kerana alasan itu jugalah ramai yang sanggup berhabis duit, bukan beratus, malah beribu ringgit untuk terus kehihatan muda dan membuang imej 'ke-mak cikan' itu. Tidak hairan jika ada terlalu banyak produk di pasaran untuk merawat kecantikan dan mengekalkan keremajaan....dari hujung rambut sampailah ke  hujung kaki. Macam-macam ada. Yang telan, sapu, suntik, operate, rendam, stim serta pelbagai kaedah lagi. Yang penting menjadi cantik.

Tapi, berkesan kah?
Kalau ikut pemerhatian, untuk cantik kena rajin dan berdisiplin. Belilah produk mahal sekali pun, jika tidak ada disiplin untuk memakan atau menggunakannya, pasti tidak memberi kesan seperti yang diharapkan. Pernah juga saya terdengar satu ceramah agama yang mengatakan, mengambil wuduk serta bersolat dengan kusyuk (terutamanya di tengah malam) adalah salah satu daripada terapi kecantikan.

Berikut adalah beberapa tips kecantikan yang saya kumpulkan dari berbagai sumber:

  • Pastikan minum air masak yang mencukupi. Minimum 8 gelas sehari.
  • Bersukan atau berolah raga secara rutin. Boleh juga ke gym, mengikuti kelas aerobik, zumba dan yang sewaktu dengnnya. Kalau kawasan berdekatan rumah ada taman yang indah dan menyegarkan, boleh juga berjogging. Janji kita bersukan.
  • Menggunakan produk kecantikan yang sesuai dengan empunya badan, baik untuk dalaman dan luaran. Ini termasuk kategori 'skin care' produk, vitamin, jamu dan sebagainya. Penggambilan kolagen juga penting.
  • Jika ada budget dari segi kewangan, boleh juga ke spa untuk membuat facial dan rawatan membelai tubuh badan.
  • Menjaga pemakanan. Pastikan anda makan makanan yang seimbang serta mengandungi banyak serat.
  • Tidur yang cukup.
  • Menangani tahap stress. 

Menjadi tua itu pasti (kalau diberikan keizinan). Cuma yang penting, kita harus menjaga kesihatan (dan kecantikan) supaya kekal cergas dan berkeyakinan diri, demi menikmati hidup dengan lebih bermakna. Tapi, jangan pula sampai terlalu taksub atau menyakitkan diri. Bersederhanalah dalam mengerjakan sesuatu, kerana itu lebih baik.

Sekian. Sebagai panduan untuk diri saya sendiri. Semoga yang lain juga mendapat mafaatnya.

Wassalam.











Label: ,

Mei 25, 2015

Antara Cinta dan Persahabatan

Assalamualaikum.

Hari ini sekali lagi saya ingin mempromosikan novel sahabat baik saya yang bertajuk MUSIM SEJUTA WARNA.



Mengisahkan Nalia Airani yang meminati Muzairi, senior kolejnya dalam diam. Shamrin pula merupakan teman sekuliah yang sering menjadi tempat Nalia Airani meluahkan cerita dan perasaan terpendamnya terhadap Muzairi. Shamrin teman yang baik, pendengar yang setia dan amat mengambil berat terhadap Nalia Airani. Pertemuan semula Nalia dengan Muzairi memutikkan semula perasaan Nalia terhadap lelaki itu. Ditakdirkan Ilahi, Nalia juga tidak bertepuk sebelah tangan. Namun, panas yang disangka hingga ke hujung hari berakhir apabila badai datang melanda perhubungan Nalia dan Muzairi. Pada masa yang sama, Shamrin pula meluahkan perasaannya terhadap Nalia. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Bagaimanakah akhirnya hubungan Nalia dan Muzairi dan apakah pula yang terjadi kepada Shamrin? Siapakah yang akhirnya menjadi pilihan Nalia? Insan yang disayanginya sekian lama atau sahabat baik yang memahami segala-galanya?


Novel ini belum lagi dicetak.
Tapi, anda boleh membaca ceritanya secara online di sini 
Sekarang sudah sampai ke Bab 22

Cerita ini ditulis oleh sahabat baik saya, RIN AZRINA. Semenjak dibangku sekolah lagi, beliau memang amat suka menulis cerpen/cerita dan telah menunjukkan ciri-ciri sebagai seorang penulis yang amat berbakat. Silalah baca. Pasti tidak akan menghampakan, terutamanya bagi peminat-peminat cerita romantis.

Sekian. Wassalam.
SELAMAT MEMBACA

p/s : gambar senja tu, kat laut Pontian, kampung saya okey...huhu..bangga :)

Label: ,

Mei 23, 2015

Florentine Cookies / Almond Crunchy


Assalamualaikum

Setengah orang panggil florentine cookies, tapi di kampung saya benda ni dipanggil almond crunchy..
Jom kita lihat resipinya.
Sangat mudah dan ringkas. Sesuai untuk dijadikan salah satu dari koleksi kuih raya kita.
Walaupun harga bahan-bahanya agak mahal,...tapi, lagi mahal kalau beli yang dah siap. Apatah lagi kalau kira sekali GST...huhu :(

Bahan-bahan:

  • 200 gm tepung Florenta (boleh di dapati di kedai-kedai menjual bahan membuat kek)
  • 200 gm badam (almond) keping
  • 150 gm kuaci hijau (boleh di tambah jika suka lebih effek warna hijau)
  • 20 gm bijan hitam

Cara-cara::
  • Bakar badam dan kuaci hijau dalam oven pada suhu 160c selama 5 minit. (tengok oven jugak. Jangan sampai badam hangus ya..)
  • Satukan semua bahan di dalam bekas
  • Gaul rata 
  • Alas loyang (14 x 14 inci) dengan kertas kek - Loyang nak besar mana pun boleh, asalkan muat kat oven masing-masing. Pastikan kertas kek menutupi seluruh permukaan loyang. Lebihkan sedikit supaya mudah diangkat.
  • Masukkan bahan ke dalam loyang. Masukkan sedikit-sedikit (saya agak-agak sahaja banyak mana - mengikut ketebalan cookies yang kita mahu). Note : Jangan banyak sangat sebab kalau tebal, cookies akan jadi terlalu manis. Jangan juga tipis sangat, sebab takut mudah pecah berderai. Gunakan konsep 'yang sedang-sedang saja'..huhu
  • Gaul rata. Saya tekan sedikit guna sudu supaya seluruh permukaan kelihatan rata (lihat gambar)
  • Bakar dalam oven selama 10 minit pada suhu 160c sehingga karemelnya keperangan.
  • Potong sebaik sahaja keluar dari oven (kalau cookies sejuk, ianya menjadi keras dan susah nak potong). Boleh guna roller (yang di gunakan untuk potong pizza) atau pakai pisau pun ok.
  • Ulangi langkah sampai ke semua bahan habis.
  • Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

Gambar-gambar original dari dapur.....hehe :)

Sekian. Selamat Mencuba.
Wassalam.

Label:

Mei 22, 2015

Pergilah Derita


Di dalam kapal usang
Ada nyawa yang kian lesu
Hidup berhimpitan dan kelaparan
Mengharung derita yang tiada penghujung

Terjerat dalam kekejaman
Terbelenggu dalam penindasan
Mencari tempat untuk berteduh
Masih adakah simpati di bumi 

Sudah kering air mata
Mencari saudara berkongsi sengsara
Tidakkah mendengar rintihan hati
Mesti kah derita ditanggung sendiri

Pergilah sedih, pergilah duka
Demi kehidupan yang masih bersisa
Walau langkah tidak berhaluan
Menuju destinasi yang masih kelam

SALAM BUAT ROHINGYA


Fidah Shah
@22 May 2015

Gambar : sumber

Label:

Mei 21, 2015

Rancangan Malaysia ke 11

Assalamualaikum



Rancangan Malaysia ke 11 (RMK ke 11) telah pun dibentangkan hari ini, 21 Mei 2015.
Rancangan untuk tahun 2016 ke 2020 merupakan rancangan pembangunan 5 tahun terakhir ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Seperti yang kita ketahui, Wawasan 2020 telah dilancarkan pada tahun 1991. Wawasan 2020 telah menggariskan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam semua aspek merangkumi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya.

RMK ke 11 merupakan satu pelan strategik ke arah pembangunan masa depan Malaysia selaras dengan impian rakyat bagi menikmati hasil pembangunan yang sewajarnya. Pelan yang bertemakan 'Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat' ini merupakan satu pelan yang mengandungi 6 teras strategik:
  • Pertama : Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat saksama
  • Ke 2: Meningkat kesejahteraan untuk semua
  • Ke 3 : Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju
  • Ke 4 : Menuju ke arah pembangunan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan
  • Ke 5 : Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong perkembangan ekonomi
  • Ke 6 : Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran
Semoga RMK ke 11 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi keutamaan kepada rakyat jelata dalam semua aspek pembangunan. Pendekatan yang diberikan haruslah dapat terus membantu pertumbuhan ekonomi negara disamping meningkatkan taraf hidup rakyat. Semoga setiap lapisan rakyat dapat menikmati faedah daripada hasil kekayaan dan kemakmuran negara. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

Gambar: Sumber.

Label: ,

Mei 19, 2015

Tips Pikat Hati Mertua

Assalamualaikum

Ibu Mertua. Satu nama yang kadang-kadang seriau juga untuk disebut, terutamanya kalau kita ingat kembali watak 'ibu mertua' dalam filem Ibu Mertuaku arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.


Namun,pendapat peribadi saya, tidak kira sama ada zaman dahulu atau sekarang, untuk memikat hati mertua perlukan juga usaha. Jom kita baca beberapa tips untuk memikat hati mertua.

  • Mengambil berat tentang mertua. Selalu-selalulah bertanya khabar dan mengambil berat tentang kesihatannya.
  • Buah tangan. Jika balik ke rumah mertua, bawalah buah tangan yang disukainya. Tidak kiralah dalam bentuk kuih, tudung atau apa sahaja. Arwah emak saya pernah berpesan, 'bukan nilai harga hadiah tu yang dipandang, tapi tanda ingatan itu lebih bermakna'
  • Sentiasa memaniskan muka. Semua orang pun pasti mempunyai masalah. Tapi, jangan pula buat-buat 'moody' bila berada di hadapan mertua.
  • Masak. Setiap mertua pasti mahukan menantu yang pandai masak. Kalau tidak pandai masak, tidak mengapa. Sekurang-kurangnya, hadirkanlah diri di dapur ketika ibu mertua sibuk memasak. Pasti 'sejuk' hati mertua jika ada menantu yang menolongnya memotong bawang, memotong sayur, menyuci pinggan mangkuk dan sebagainya.
  • Teman bersembang. Jika mertua anda jenis orang yang suka bersembang, luangkanlah masa untuk melayan ceritanya. Pasti dia akan berasa gembira kerana ada orang yang berminat untuk mendengar ceritanya.
  • Jangan cepat melenting. Bila kita menjadi 'orang baru' dalam sesebuah keluarga, pasti ada banyak perkara baru juga yang perlu kita belajar. Sila jangan cepat melenting jika dikritik sekiranya berlaku kesilapan atau 'cara' anda tidak begitu 'kena' dengan caranya. Bertenang dan bersabarlah.
  • Murah hati. Jangan berkira dengan ibu mertua. Anggapkan ibu mertua sebagai ibu sendiri. Sebagai mana kita membeli hadiah untuk ibu kita, begitu jugalah harus kita lakukan untuk ibu mertua. Ingat, ibu mertualah orang yang telah bersusah payah melahirkan dan membesarkan suami tercinta kita.
  • Simpan rahsia rumah tangga. Simpanlah segala rahsia dan keburukan pasangan serta keluarga mertua anda. Janganlah bercerita tentang keburukan tersebut kepada orang lain walaupun dengan ahli keluarga anda sendiri.

Sekian. Sebagai panduan dan peringatan untuk diri saya sendiri. Semoga yang lain juga mendapat manafaatnya. 
Wassalam


p/s : Untuk Ibu Mertua saya, harapnya masih belum terlambat untuk megucapkan 'Selamat hari Ibu'. Terima kasih atas segalanya. Semoga ibu mertua saya sentiasa diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusannya. Aamiin.

Sumber: Pelbagai
Credit: Petikan gambar dari filem 'Ibu Mertuaku'

Label:

Mei 16, 2015

Mee Rebus

Assalamualaikum


Hari ini saya ingin kongsikan resipi mee rebus (Johor Style). Kenapa dipanggil Johor Style? Sebab saya dapatkan resipinya dari sahabat saya, Cik Tita, yang berasal dari Johor.

Bahan-bahan

Mee kuning (saya sediakan 2 - 3 bungkus)

Bahan untuk kuah mee rebus:
  • 1/2 kg daging/tetel/tulang - hiris daging dan tetel kecil-kecil dan rebus hingga empuk. Air rebusan jangan dibuang kerana akan digunakan untuk kuah mee rebus.
  • 4 biji keledek sederhana besar (carilah keledek kuning/oren kerana rasanya lebih manis). Rebus hingga empuk dan kisar halus.
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 6 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar)
  • 1 cm lengkuas (dikisar)
  • 3 biji cili kering (dikisar - kalau nak pedas boleh lebihkan)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 cawan tauchu - cuci dahulu untuk kurangkan rasa masin. Kemudian dikisar halus.
  • 1/2 cawan udang kering. Direndam dan dikisar halus. (Kerana masalah allergic pada udang kering, saya menggunakan udang kertas/ udang segar kecil. Sama juga, dikisar halus)
  • 5 sudu makan kari daging
  • 1/2 cawan air asam jawa  
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan untuk hiasan
  • Tahu yang digoreng (dipotong kecil)
  • Telur rebus (dibelah 2)
  • Cili hijau dan merah
  • Taugeh
  • Limau kasturi
  • Bawang goreng dan daun sup 

Cara-cara:
Untuk kuah mee:
  • Tumis bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan cili kering yang telah dikisar. Masak hingga garing.
  • Masukkan rempah kari daging, tauchu, dan udang kering/ udang kertas yang telah dikisar. Masak hingga garing.
  • Masukkan daging/tetel dan tulang yang telah direbus tadi. Masukkan sekali air rebusannya.
  • Masukkan keledek yang telah dikisar. Tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat. Kalau kuah kurang kuning, boleh tambah sedikit serbuk kunyit.
  • Masukkan air asam jawa, garam dan gula. (sesuaikan dengan selera - tapi untuk kuah mee rebus, harus ada rasa manis-manis sedikit.)
  • Tunggu hingga masak dan kuah sedikit pekat.

Cara hiasan:
  • Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk pilihan
  • Tuang kuah mee rebus
  • Hiaskan dengan bahan-bahan hiasan mengikut selera masing-masing.


Kalau nak buat macam style Mee Rebus Hj Wahid yang terkenal di Johor tu, bolehlah tambah kerupuk udang. Pada sesiapa yang tak pernah melihat macam mana kerupuk udang tersebut, saya rasa rupanya lebih kurang macam kerupuk kriuk-kriuk kalau kita makan mee segera (instant) jenama Sedaap....lebih kurang arrr

Bahan-bahan untuk kerupuk udang:

  • 1/2 cawan udang kering - rendam dan kisar (saya tidak menggunakan udang kering dalam resipi ini. Saya gantikan dengan udang kertas)
  • 1/2 cawan udang kertas
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 biji telur.
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menggoreng
Untuk proses yang lebih mudah, saya blend ke-semua bahan.. :)

Cara-cara:

  • Panaskan minyak di dalam kuali. Minyak mesti betul-betul panas supaya kerupuk tidak menyerap banyak minyak.
  • Guna teknik 'titik-titik' terus ke dalam minyak. Saya celupkan garfu ke dalam adunan dan titik-titikkan (lebih kurang macam renjis-renjis, tapi dengan cara lembut dan gemalai...aaawww) ke dalam minyak panas.
  • Tunggu hingga garing dan tos kan minyaknya.
  • Bila sudah sejuk, masukkan ke dalam bekas yang berpenutup supaya sentiasa rangup.
  • Bila nak hidangkan, bolehlah di letakkan sekali bersama bahan-bahan hiasan yang lain. Pastikan ianya sentiasa kriuk-kriuk....hehe :)
Sekian. Selamat Mencuba
Wassalam.



Label:

Selamat Hari Guru

GURU..(khas buat guru-guruku dan sahabat-sahabat yang bergelar guru)


Apabila murid duduk, guru berdiri
Apabila murid diseligi, guru digari
Murid sudah dewasa jadi somebody, guru tetap begini
Namun begitu,
Di dunia guru berbakti
Moga di akhirat syurga tempat mu kekal abadi

Macam mana nak kenal guru (sekadar gurauan..jangan marah aarrr)
  • Petah bercakap, itulah guru besar
  • Garang orangnya, itulah guru disiplin
  • Penyayang orangnya, itulah guru pra sekolah
  • Sabar orangnya, itulah guru pendidikan khas
  • Sentiasa cool dan jarang marah, itulah guru kaunseling
  • Pelik orangnya, itulah guru pendidikan seni
  • Gelap orangnya, itulah guru pendidikan jasmani
  • Warak orangnya, itulah guru agama
  • Berbahasa orangnya, itulah guru Bahasa Melayu
  • Berseni orangnya, itulah guru sastera



Sekian. Wassalam
Sumber : Whatsapp

Label:

Mei 14, 2015

Tips Bahagia Bersama Pasangan

Assalamualaikum

Dalam melayari alam rumah tangga atau hidup berpasangan, pasti ada kalanya berlaku salah faham, berkecil hati atau pergaduhan kecil. Bak lirik lagu P.Ramlee..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Maklumlah, masing-masing punya hati dan punya ego.
Namun jika berlaku sedemikian, pasti salah seorang perlu beralah. Kalau tidak, semakin parah la jawabnya. Apa-apa pun, menjaga hati suami/isteri atau pasangan amatlah penting supaya hidup aman sentosa.

Berikut adalah beberapa tips untuk menjaga hati pasangan anda:

  • Kenali pasangan anda. Anda pastinya tahu perkara-perkara yang disukai dan tidak disukai oleh pasangan anda. Cubalah bertoleransi dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak disukainya. Dalam hal ini, perbincangan dan tolak ansur amat perlu.
  • Menjaga hubungan kekeluargaan. Hubungan kekeluargaan sangat penting. Jangan melukakan hati si dia dengan perbuatan atau kata-kata yang menghiris hati tentang keluarganya. Selain daripada itu, menjaga hubungan dengan mertua dan ipar duai juga tidak kurang pentingnya.
  • Sentiasa perihatin terhadap pasangan. Which one is better? Mengucapkan 'take care' atau 'i will take care of you?'. Selain daripada itu, perlu juga perihatin dengan perkara-perkara seperti makan dan minum, perasaan pasangan, sakit pening dan perkara-perkara lain yang penting dalam menjaga sesebuah perhubungan. Pastikan juga pasangan anda tahu yang anda sangat perihatin tentangnya.
  • Jahuhi topik sensitif dan tidak menyenangkan. Contohnya menceritakan tentang kebaikan bekas kekasih anda dan membuat perbandingan dengan si dia. Emmmm...confirm lepas tu ada yang menarik muka masam atau berkecil hati.
  • Jujur dan menjadi diri sendiri. Tak perlulah menjadi hero dan heroin seperti drama korea atau novel. Tidak perlu juga hidup berpura-pura. Cukuplah menjadi diri sendiri dan cuba membaiki kekurangan yang ada.  Jangan juga cuba berbohong tentang sesuatu perkara. Pasti susah jika pasangan anda sudah mulai tidak percaya pada anda.
  • Lakukan perkara-perkara yang membahagiakan. Cubalah meluangkan masa untuk berjalan berdua-duaan. Mengingati kenangan indah masa lalu pastinya dapat mengeratkan lagi hubungan. Tidak perlu juga hadiah yang mahal-mahal untuk menambat hati suami/isteri atau pasangan kerana yang paling penting adalah tanda ingatan dan kasih sayang.


Sekian. Semoga bermafaat.
Wassalam.

Sumber : pelbagai
Gambar : google


Label: ,

Mei 12, 2015

Bila Handphone Bermasalah

Assalamualaikum

Entah apalah masalah dengan handphone dan mobile network saya hari ini.
Buat call tak boleh, sms tak boleh, whatsapp tak boleh, surf internet tak boleh, blogging via handphone....pun tak boleh



Hidup dah biasa ada handphone (yang berfungsi seperti sepatutnya), bila terjadi hal-hal yang sebegini memang payah juga. Media perhubunganlah katakan. Pada saya handphone memang sangat penting terutamanya untuk

  • Menghubungi ahli keluarga 
  • Menghubungi team kerja saya untuk mendapatkan maklumat secara cepat (terutamanya sewaktu meeting). Kira team-mate saya tu macam 'talian hayat' juga lah...huhu
  • Ber chatting dengan group 'Mak-mak Kiah' untuk mengetahui gossip terkini 
  • Check dan baca email
  • Check facebook dan instagram
  • Berblogging dan blog walking
  • Surf internet - mencari maklumat
  • Main game
  • Dan lain-lain lagi
Balik rumah tadi, tak pasal-pasal handphone kena 'reset'. Habislah segala data dan lagu-lagu mp3 Mak Jemah. Sabar aje lah. Hopefully lepas ni semuanya ok. 

Sekian. Wassalam

Gambar : Google




Label:

Mei 10, 2015

Mawar Putih Untuk Mama


Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kau lah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untuk ku

Kau berikan Mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh Mama..oh Mama ku
Tiada cinta yang murni
Setulus cinta mu

Ku suntingkan Mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cinta ku

Lagu :Mawar Putih Untuk Mama
Penyanyi : Sharifah Aini


Label: ,

Tart Buah (Fruit Tart)



Tart buah. Sejenis makanan yang sesuai di makan bila-bila masa sahaja. Tapi kalau buat tart buah ni, part yang paling saya lemah sekali adalah part nak susun-susun buah. Nampak sangat tangan tak berapa nak kreatif. Tapi tak pe lah, yang paling penting, ianya selamat sampai ke perut...huhu

Resipi tart buah (Fruit Tart)

a, Bahan tart (tart shells)
  • 150gm tepung gandum
  • 25gm gula aising
  • 70gm mentaga sejuk (di potong dadu)
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh esen vanila

b. Bahan Kastard
  • 1 cawan (sederhana besar) susu segar
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 1 1/2 sudu gula halus
  • 1  sudu besar mentega

c. Bahan Hiasan (secukupnya)
  • Buah kiwi
  • Buah strawberi
  • Buah anggur
  • Apa-apa buah yang difikirkan perlu mengikut kreativiti masing-masing. Kebetulan ada buah nangka kat rumah tadi. Potong aje lah.

Cara-cara:
a. Penyediaan tart (shells)
  • Campurkan tepung, gula aising dan mentega sejuk. Campurkan esen valina dan telur sedikit demi sedit. Uli sehingga menjadi doh. 
  • Rehatkan sebentar (saya masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 20 minit)
  • Sediakan acuan tart. Ambil doh tadi dan bentukkan mengikut acuan. Kemaskan. Buat hingga doh habis. Cucukkan dengan garfu pada dasar doh.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175c selama 20 minit (atau hingga kuning keemasan)
  • Biarkan sejuk. Setelah itu, keluarkan tart shells dari acuan.

b. Penyediaan kastard
  • Masukkan susu, tepung kastard dan gula halus ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.
  • Masak dengan api yang kecil sehingga kastard menjadi pekat. Masukkan esen vanila dan mentega.
  • Sejukkan sebelum dimasukan ke dalam pipping bag dan picitkan ke dalam tart shell.

Setelah selasai masukkan kastard ke dalam tart shells, hiaskan dengan buah-buahan yang di sediakan.



Sekian. Selamat Mencuba :)
Wassalam.

Label:

Mei 09, 2015

Ada Apa Dengan MyVi?



Semenjak kereta myvi diperkenalkan pada tahun 2005, kereta ini adalah antara yang paling popular di Malaysia. Dengan bentuk yang comel (especially kalau warna macam gambar di atas), harga yang berpatutan dan kualiti yang bagus (sesuai harga), tidak hairan jika kereta ini menjadi antara kereta yang terlaris jualannya semenjak diperkenalkan hingga kini. Selain itu, ramai juga kawan-kawan saya kata, penggunaan minyak petrol bagi kereta ini juga agak menjimatkan.

Selepas kes kemalangan di Lebuhraya DUKE minggu lalu, populariti kereta ini terus meningkat. Yang tak bestnya, pengguna-pengguna Myvi lain tak tidak bersalah terus menerima tempiasnya. Inilah yang dikatakan, kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Semoga mereka yang bertanggungjawab dalam kes ini, akan 'mendapat' apa yang sepatutnya mereka dapat.

Peringatan untuk kita semua, jalan raya bukanlah tempat untuk berlumba. Tak payahlah nak buat macam jalan raya sendiri dan mesti sentiasa ada perasaan 'timbang rasa'. Harus juga diingat, orang lain pun bayar cukai jalan jugak....eemmmmmm

Sekian. Wassalam.

Credit: Pemilik kereta Myvi Purple di atas :)



Label:

Mei 07, 2015

Penderaan Mental

Assalamualaikum

Perjumpaan dengan rakan-rakan lama beberapa hari lalu rupanya membawa satu topik hangat. Kes penderan dan keganasan terhadap wanita rupanya masih kerap berlaku di zaman serba moden ini. Selalunya saya tidaklah mengambil 'port' sangat tentang hal-hal yang sebegini. Namun, apabila ianya melibatkan orang yang hampir dengan saya, rasa geram di hati tetap ada.

'Kes Penderaan' boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Baik penderaan secara fizikal atau pun mental. Saya pun hairan, kenapa sesetengah orang masih boleh bertahan dengan pasangan 'kaki pukul', suka maki hamun dan manusia yang selalu melakukan penderaan fizikal dan mental.

Jika berlaku penderaan secara fizikal, memang akan jelas ketara dari kesan luka atau lebam-lebam di anggota badan. Tapi, bagaimana pula dengan penderaan secara mental? Penderaan seperti ini memang tidak dapat di lihat dengan mata kasar.

Saya percaya, semua orang pasti sangat sayang dengan pasangan mereka. Namun, siapalah yang sanggup hidup dalam ketakutan sepanjang masa.




Contoh-contoh kes penderaan mental:

  • Sentiasa membuat pasangan merasa rendah diri. Sepatutnya, pasangan anda akan sentiasa menyokong anda tidak kira jika berjaya atau gagal. Akan tetapi, orang seperti ini akan sentiasa membuat anda rasa kerdil dan sentiasa mengambil peluang untuk merendah-rendahkan anda. Contohnya jika anda berjaya membuat sesuatu, dia akan kata, "ramai lagi orang boleh buat perkara yang sama, malahan lebih bagus".
  • Dimarahi dan dihina dikhalayak ramai. Si pendera tidak akan rasa malu untuk memarahi atau menghina pasangannya dikhalayak ramai. Golongan ini juga akan menggunakan bahasa yang sangat kasar. Dia tidak akan peduli sama ada anda akan berasa malu atau maruah serta harga diri anda jatuh.
  • Si pendera sentiasa rasa ingin menang. Dia saja yang betul. Dia saja yang menang dan 'berkuasa'. Orang yang melalukan peneraan mental (contohnya mengeluarkan kata-kata kesat atau menjatuhkan air muka pasangan) sebenarnya mahukan diri mereka kelihatan lebih superior atau berkuasa.
  • Sentiasa 'dikawal'. Jangan terkejut jika segala tindak tanduk anda sentiasa dikawal. Contohnya dia akan menelefon anda walau ke mana anda pergi atau anda harus melaporkan kepadanya secara detail di mana anda berada termasuk pergi ke tandas awam!
  • Cemburu keterlaluan. Ciri ini amat sinonim dengan si pendera. Orang seperti ini akan sentiasa cemburu walau anda bersama dengan kawan rapat atau ahli keluarga. 
  • Sekejap sayang, sekejap berang. Mood si pendera juga mudah berubah. Sekejap menjadi orang yang paling romantis, penyayang dan sangat menghargai anda. Tidak lama kemudian dia kan bertukar menjadi seorang pembengis dan agresif. Ketika bersamanya, pasti anda akan sentiasa berwaspada supaya hatinya tidak tersinggung kerana itu akan membuatnya marah dan bertukar menjadi seorang pembengis. Jika pasangan anda bersikap begini, adakah anda merasa bebas? Adakah anda benar-benar disayangi atau dicintai?
  • Mengancam atau mengugut. Anda harus menuruti segala perintah dan kemahuannya. Jika tidak, dia akan mengugut anda. Ada kes yang lebih teruk di mana si pendera sanggup mengugut untuk bunuh diri jika anda meninggalkannya atau tidak mahu menurut sesetengah perintahnya.

Kalau di lihat pada kes-kes yang ada, memang sangat menakutkan. Namun, ada juga orang yang tidak mahu melaporkan kes-kes seperti ini kerana terlalu sayang pada pasangan atau memikirkan tentang nasib anak-anak.

Pendedahan dan pengetahuan tentang kes penderan serta kepada siapa kes ini harus dilaporkan juga sangat penting supaya nasib wanita-wanita malang di luar sana terbela. Kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang tahu tentang kes ini juga, haruslah membantu supaya hidup mereka tidak selamanya dalam ketakutan.

Sekian. Wassalam.

Gambar : Google (edited)
Rujukan utama: wanista.com


Label:

Mei 05, 2015

Mencari Bahagia

Assalamualaikum

Bila bercerita tentang bahagia  pasti orang akan memikirkan tentang hidup yang kaya raya serta hidup serba selesa dan sempurna. Harus diingat, hakikat kebahagiaan tidak semestinya apabila kita mendapat segala yang kita mahu. Tetapi, nikmat bahagia sebenarnya lebih besar daripada itu. Bahagia juga merangkumi jiwa yang damai dan fikiran yang tenang.



Saya terbaca beberapa tips tentang mencari kebahagiaan dan ketenangan, antaranya :
  • Solat : Selain daripada sebagai kewajiban, solat juga adalah sumber ketenangan. Contohilah Rasulullah SAW. Apabila ditimpa kesusahan, Baginda akan segera melakukan solat sunat.
  • Membaca Al Quran : Membaca Al Quran bukan sahaja mendapat pahala, malahan ia dapat meresapkan ketenangan di hati.
  • Berzikir : Seseorang yang fikirannya tidak tenang, jiwanya juga tidak aman. Seandainya kita mengingati Allah setiap masa, In Shaa Allah, hati kita akan sentiasa lapang dan bahagia.
  • Bersedekah : Dengan bersedekah, hati kita pastinya akan gembira kerana dapat membantu orang lain yang sedang dalam kesusahan. 
  • Memaafkan orang lain : Hidup tanpa sifat dendam dan benci pastinya akan membawa ketenangan. Jiwa yang tenang akan membawa hati yang bahagia.
  • Bersahabat dengan orang soleh : Mereka boleh menjadi contoh tauladan dan penasihat yang baik. Mendampingi golongan seperti ini, In Shaa Allah akan dapat merawat jiwa yang bermasalah.
  • Tawakal kepada Allah : Serahkanlah segalanya kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh di setiap pekerjaan yang kita lakukan. Orang yang bertawakal akan dicintai Allah dan akan dipermudahkan segala urusannya.
  • Bersyukur : Sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah akan membuat jiwa kita tenang. Selalulah melihat keadaan orang yang lebih susah dan mengambil iktibar di atas keadaan mereka serta bersyukurlah dengan segala nikmat yang telah diberikan.
  • Bersangka baik : Jangan sekali-kali ada perasaan ragu kepada Allah. Yakinlah bahawa ada hikmah di setiap ujian yang menimpa. We plan, but Allah is the best of planners.

Sekian. Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri.
Moga pembaca yang lain juga mendapat mafaatnya.

Wassalam.

Label: ,

Mei 01, 2015

Pakcik Yang Jujur



Pada suatu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Ketika lalu di kawasan tasik, Pak Ali jauth tergelincir dan kapak buruknya tercampak ke dalam tasik itu. Pak Ali berasa sangat sedih kerana kehilangan kapaknya. Tiba-tiba muncul Sang Pari-pari tasik.

Pari-pari : Kenapa dengan engkau?
Pak Ali   : Kapak ku terjatuh ke dalam tasik

Pari-pari itu pun menyelam ke dasar tasik dan kembali bersama sebilah kapak perak.
Pari-pari  : Ini kah kapak kamu?
Pak Ali    : Tidak

Pari-pari itu pun menyelam lagi ke dasar tasik dan kembali bersama dengan sebilah kapak emas
Pari-pari : Ini kah kapak kamu?
Pak Ali   : Tidak. Kapak aku buruk sahaja.

Pari-pari itu pun menyelam lagi ke dalam tasik dan muncul bersama kapak buruk Pak Ali.
Pari-pari: Ini kah kapak kamu?
Pak Ali  : Ya betul. Inilah kapak aku.
Pari-pari itu sangat suka dengan sikap Pak Ali yang jujur lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Di hari yang lain pula, Pak Ali berjalan-jalan bersama isterinya di tepi tasik itu. Tiba-tiba isteri Pak Ali jatuh ke dalam tasik tersebut. Pak Ali duduk kesedihan di tepi tasik itu kerana tidak tahu berenang untuk menyelamatkan isterinya. Tiba-tiba muncullah Sang Pari-pari yang sama.
Pari-pari: Kenapa engkau bersedih?
Pak Ali  : Isteri ku jatuh ke dalam tasik

Pari-pari itu pun menyelam ke dalam tasik dan muncul bersama Emma Maembong
Pari-pari : Inikah isteri kamu?
Pak Ali   : Ya..ya..Inilah isteri ku (Pak Ali menjawab sambil menangis)
Emma Maembong

Pari-pari itu berasa sangat marah mendengar jawapan Pak Ali.
Pari-pari : Sungguh ku tak sangka. Kau yang jujur satu ketika dulu, telah pun menjadi tamak.
Pak Ali   : Aku bukan tamak. Kalau aku katakan 'tidak' pada Emma Maembong, kau akan bawakan pula Luna Maya. Dan kalau aku katakan 'tidak' juga pada Luna Maya, barulah kau bawakan isteriku. Apabila aku katakan 'ya' pada isteriku, kau akan berikan ketiga-tiganya pada ku. Sesungguhnya, aku yang miskin ini tidak mampu untuk menanggung mereka semua. Sekarang ini, macamlah kau tak tahu, semua barang dah mahal. Ada GST pulak. Harga petrol pun semakin naik.....hohoho

Sekian. Wassalam.

Gambar : Google
Cerita asal: FB




Label: