January 31, 2014

Selawat Munjiyyah & Tafrijiyah



Jom Selawat.....

Fadhilat :
  • Bahawa siapa yang membacanya 1000x nescaya Allah akan melapangkan segala kesempitan
  • Jika dibaca 500x setiap hari, akan mendapat rezeki yang banyak
  • Barang siapa yang membaca selawat ini 300x semasa pelayaran, akan selamat dari karam atau tenggelam.


Selawat Tafrijiyah / Nariyah


Fadhilat:
  • Barang siapa membaca selawat ini 11x setiap hari selepas sembahyang 5 waktu, rezekinya tidak putus-putus dan mendapt kedudukan yang tinggi
  • Barang siapa yang membaca selawat ini 41x atau 100x, Allah akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
  • Barang siapa membaca selawat ini 313x setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib
  • Barang siapa membaca selawat ini 4444x, akan tercapai segala cita-cita dan hajat di dunia dan di akhirat.

Sedikit perkongian tentang Selawat Munjiyyah dan Selawat Tafrijiyah/Nariyah. Semoga memberi manafaat kepada semua. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang dan berusaha, namun perancangan Allah adalah yang terbaik.


Sekian. Wassalam

Rujukan : 76 Selawat Penerang Jiwa (Buku)

January 29, 2014

Ocean Deep

It's one of my favourite songs - by Cliff Richard :) :)

Love, can't you see I'm alone
Can't you give this fool of chance
A little love is all I ask
A little kindness in the night
Please don't leave me behind
No, don't tell me love is blind
A little love is all I ask
And that is all

Oh love, I've been searching so long
I've been searching high and low
And little love is all I ask
A little sadness when you go
Maybe you'll need a friend
Only please don't let's pretend
A little love is all I ask
And that is all

I wanna spread my wings
But I just can't fly
As a string of pearls
Pretty girls go sailing by

Ocean deep
I'm so afraid to show my feelings
I have sailed a million ceilings
Solitary room

Ocean deep
Will I ever find a lover
Maybe she has found another
And as I cry myself to sleep
I know this love of mine I'll keep
Ocean deep

Now, can't you hear when I call
Can't you hear the word I say
A little love is all I ask
A little feeling when we touch
Why am I still alone
I've got the heart without a home
A little love is all I ask
And that is all


January 26, 2014

Nasi Ambang

Pernah makan nasi ambang?

Nasi ambang adalah hidangan orang Jawa. Ia adalah nasi putih yang dihidang di dalam dulang bersama lauk pauk seperti mi goreng, ikan masin, ayam masak kicap, sambal goreng, serunding kelapa dan beberapa lauk lagi. Rasanya memang sangat sedap dan sesuai dengan tekak jawa saya ni...hehe

Masa saya kecil dulu, selalu juga nasi ambang ini menjadi hidangan di waktu kenduri kendara. Kadang-kadang dapat dibawa balik sebagai ‘berkat’. Tapi sekarang saya tidak pasti sama ada amalan itu masih ada.

Semalam, saya balik ke Johor. Sempat juga singgah di R&R Pagoh untuk menikmati nasi ini. Walaupun tidak dimakan di dalam dulang (nasi ambang itu dibungkus dengan daun pisang), ianya tetap best dan terbaik.




Sekian. Wassalam.

January 24, 2014

January 23, 2014

January 19, 2014

Teamwork

Assalamualaikum.
I would like to share some of the key points on 'teamwork', extracted from a book, that i have recently read.


What are the key elements to ensure effective teamwork?
  • Adaptable – Flexibility is key. Teamwork and personal rigidity just don’t mix. 
  • Collaborative – Collaboration is more important than cooperation. Cooperation is working together agreeably whilst collaboration is working together effectively and each person brings the best for the team.
  • Communication – Without communication, there is no relationship. Without relationship, there is only a collection of individuals and not a TEAM.
  • Trust - Until everyone in the team is willing to trust each other, progress towards team's success will be limited.
  • Commitment - "Individual commitment to a group effort - that makes a team work,  a company work, a society work, a civilization work" - Vince Lombardi.
  • Clear goals – Set clear and reasonable short and long-term goals, so everyone in the team will understand and work together to achieve it.


Coming together is a beginning
Keeping together is progress
Working together is success - Henry Ford

Thank You & Wassalam.

Ref:  Essential Qualities of a Team Player (Book)

January 17, 2014

Silaturrahim



Menghubungkan Silaturrahim atau tali persaudaraan adalah sesuatu yang dituntut dalam ajaran Islam. Silah bermaksud hubungan dan Ar-Rahim bermakna kelembutan atau kasih sayang. Dengan demikian, silaturrahim bermaksud menjalin hubungan kasih sayang.

Sesungguhnya menjalin silaturrahim merupakan satu keperluan, selari dengan firah kejadian manusia yang bukan diciptakan untuk hidup bersendirian. Jika kita lihat pada realiti kehidupan sekarang, orang yang bahagia hidupnya adalah orang yang mempunyai hubungan yang baik dengan ramai orang. Apabila ia mengalami kesusahan, In Shaa Allah pasti ada saja jalan untuk menyelesaikan masalah kerana ada ramai saudaranya yang ingin membantu. Sebaliknya, orang yang sombong dan memutuskan silaturrahim, tidak akan disukai.

“Jangan kamu saling dengki dan iri hati..dan jangan pula mengungkit keburukan orang lain. Jangan saling membenci dan jangan saling bermusuhan. Seorang muslim adalah saudara muslim yang lain dengan tidak menzaliminya, tidak mengecewakannya, tidak membohonginya dan tidak merendahkannya." H.R Muslim

Peringatan untuk diri saya sendiri dan semoga membawa manafaat untuk pembaca sekelian.
P/S : Teringat saya pada lagu Silaturrahim nyanyian kumpulan B.P.R (hehe..confirm yang menulis ni otai)

Sekian. Wassalam.

Rujukan :  Cara Agar Rezeki Semakin Bertambah & Diberkati (Buku)

January 16, 2014

Birthday Wish



Time flies so fast and you've become taller & bigger  :)
But, no matter how tall and big you are...you'll always be our baby

May Allah bless you with health, happiness and success 
And may all your dreams come true
Happy Birthday Adham....
Mama & Ayah will always love you


Wassalam & Thanks

January 15, 2014

Akibat Pukul Anak Tidak Solat

Assalamualaikum.


Kisah warga Malaysia yang ditangkap di Sweden kerana 'mendera' anak mereka baru-baru ini merupakan antara tajuk hangat di whatsapp group kami..

Memang sedih bila mengenangkan nasib mereka. Lebih sedih lagi bila mengetahui sebab kenapa anak itu dipukul...


Tapi, undang-undang di Sweden memang begitu. Penahanan mereka adalah disebabkan undang-undang ketat Sweden yang melarang anak dihukum melalui fizikal walaupun tidak melibatkan kecederaan.

Saya doakan semoga pasangan itu dilindungi dan segala urusan mereka dipermudahkan...In Shaa Allah. Aamiin..

Sekian. Wassalam

January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tidak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingati mu
Dan kami cuba mengamal sunahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela

Lagu : Hijaz
Album : Cahaya Ilahi
Gambar : Google

Jom Selawat: 
"Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi 10x dan pada waktu petang 10x, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat" (Riwayat Tabrani)

January 12, 2014

Cik Puteh


Entri saya kali ni nak cerita pasal kucing.....
Semenjak minggu lalu, kucing ni selalu pulak datang ke rumah kami..
Sebelum pergi kerja dia ada depan pintu
Balik kerja pun dia ada kat depan pintu
Bila bukak pintu rumah, confirm dia meluru masuk
Tempat pertama yang dia akan tuju adalah akuarium ikan anak saya
Tengok akuarium macam tegok tv
Macam geram aje dia tengok ikan-ikan tu..hehehe

Anak-anak saya pun dah sayang kat dia..
Nama pun dah siap-siap bagi..'Cik Puteh'
Sebab bulunya memang putih 

Nak dibela betul-betul takut kucing orang
Tak pasal-pasal pulak bergaduh nanti..
Tapi, kucing ni memang comel dan bijak
Dan saya sendiri pun memang sukakan kucing
Harap-harap kucing ni tak ada tuannya
Jadi bolehlah kami pelihara dia....



Sekian.Wassalam

January 11, 2014

Menukar nama blog & ruang komen

Assalamualaikum kawan-kawan.


Saya ingin membuat pengumuman bahawa nama blog saya telah bertukar daripada 'Fidah Shah's Blog' kepada 'White Barley'. Alamatnya masih sama www.whitebarley.blogspot.com.

Saya juga ingin memberitahu bahawa ruang komen di blog saya juga telah bertukar dari komen G+ kepada ruang komen blogger biasa. Saya minta maaf jika terdapat sebarang kesulitan.

Kunjungan serta komen kawan-kawan di blog saya, amatlah dihargai. Semoga persahabatan dan ukhwah sentiasa berkekalan. Aamiin.


Sekian. Wassalam.

Belanjawan Keluarga

Pagi tadi saya ke pasar untuk membeli barang-barang basah untuk stok seminggu. Anak teringin nak makan ikan bawal, jadi, gerai pertama yang disinggah tadi memang gerai ikan. Dengan membeli 2 ekor ikan bawal, 4 ekor ikan kembung dan beberapa kelar ikan merah, harganya mencecah hampir RM50…Itu belum ayam (atau daging), sayur dan bahan-bahan kering seperti ikan bilis, bawang, lada kering, telur dan sebagainya. Biasanya, kalau ke pasar, kawan-kawan bawa berapa ringgit ya? Itu baru duit pasar....huhu


Sumber: Google

Dengan meningkatnya kos sara hidup, saya rasa ‘belanjawan keluarga’ atau ‘family budget’ sangat perlu untuk mengawal perbelanjaan dan aliran tunai kita. Senario yang biasa terjadi: Kita keluarkan RM200 dari mesin ATM. Selepas beberapa hari, tau-tau saja duit tu dah habis..entah apa yang dibeli pun, kadang-kadang kita tidak sedar..harap-harap, dengan adanya belanjawan/budget, sedikit sebanyak dapat mengawal perbelanjaan kita.

Kenapa Belanjawan Penting?
  • Mendidik kita supaya berbelanja mengikut kemampuan. Perbelanjaan harus difokuskan kepada ‘keperluan’ dan bukannya ‘kehendak’. Anda juga digalakkan untuk membuat senarai barang yang perlu dibeli. Ini adalah untuk mengelakkan dari membeli barang-barang yang tidak perlu. Selain itu, perbandingan harga juga perlu. Jika betul caranya, memang boleh berjimat.
  • Menggalakkan tabiat menyimpan. Tetapkan xx% daripada gaji anda untuk simpanan. Kaedah simpanan wang melalui potongan gaji amatlah digalakkan. Anda juga harus menetapkan matlamat untuk jumlah wang yang mahu disimpan. Contohnya, target menyimpan RM10,000 untuk tahun 2014…Dan jika anda mendapat duit lebih, contohnya bonus atau elaun, anda boleh perlu meningkatkan target yang telah ditetapkan. 
  • Menabung untuk waktu-waktu kecemasan.  Sekurang-kurangnya anda perlukan tabungan sejumlah 3 ke 6 bulan berdasarkan jumlah perbelanjaan bulanan anda. Contohnya, jika perbelanjaan bulanan anda adalah RM2,000, jumlah yang perlu ada adalah RM6,000 ke RM12,000

Bagaimana untuk membuat belanjawan/budget keluarga?
  • Jumlahkan semua pendapatan (termasuk juga pendapatan suami atau isteri yang bekerja). Pendapatan adalah nilai bersih setelah ditolak EPF, cukai, SOCSO dan sebagainya. 
  • Senaraikan pula semua perbelanjaan atau aliran wang keluar. (Ini termasuk jumlah simpanan tetap dan juga tabungan kecemasan tadi). Contoh:

  • Sekiranya jumlah perbelanjaan melebihi pendapatan (deficit), anda perlu menyemak semula perbelanjaan anda dan boleh kurangkan mana-mana perbelanjaan yang dirasakan tidak begitu penting.

Harap-harap tips ini dapat membantu.

Sekian. Wassalam

January 09, 2014

Ingin Ubah...Tapi..

Assalamualaikum

Saya ingin mencoretkan kisah sahabat saya, Ell, yang sedang mencuba untuk mengubah gaya hidupnya. Biasanya Ell memandu ke tempat kerja, tetapi hari ini dia membuat percubaan untuk menaiki kenderaan awam.

Hari ini Ell keluar rumah tepat jam 7 pagi. Dia memandu ke stesen LRT dengan harapan untuk mendapatkan ‘parking’. Tapi malangnya tempat letak kereta yang disediakan sudah pun penuh. Disebabkan kesesakan lalulintas dan berkali kali berpusing untuk mendapatkan ‘parking’ Ell telah menghabiskan hampir 25 minit di situ. Akhirnya Ell berjaya juga mem ‘parking’ keretanya walau agak jauh. Tempat yang dekat, semuanya telah dipenuhi dengan kereta.

 “Dapat parking punyalah jauh, lebih kurang sama dengan perjalanan balik rumah.  Baik ‘parking’ kat rumah aje, pergi stesen LRT jalan kaki” rungut Ell.

Sudahlah kena ‘parking’ kereta di tempat yang agak jauh, Ell terpaksa berjalan kaki dengan kasut tumit tinggi pula ke setesn LRT. “Pagi-pagi lagi dah berpeluh dan sakit kaki”. Uuhhhh’!!!

Sepanjang perjalanan Ell ke stesen LRT, dia memerhatikan kebanyakan kereta yang telah berjaya mendapat tempat ‘parking’, masih ada pemandunya di dalam kereta. Ada yang sedang tidur dan ada yang leka dengan handphone masing-masing. Persoalannya, adakah mereka datang sangat awal ke stesen LRT semata mata untuk mendapatkan ‘parking’? Dan beginikan jadual hidup mereka seharian? Emmmmm….kata Ell, dia kurang pasti tentang itu.

Ell menaiki LRT lebih kurang pukul 7.40 pagi, menuju ke stesen KL Sentral untuk bertukar ke tren komuter bagi meneruskan perjalanan ke tempat kerja. Perjalanan menaiki LRT ke stesen KL Sentral mengambil masa lebih kurang 30 minit.  Kemudian, Ell menunggu ketibaan tren komuter di Stesen KL Sentral (lebih kurang 15 minit) dan perjalanan menaiki komuter ke stesen yang berdekatan dengan tempat kerja mengambil masa 15 minit.  Nasib baik lah komuter tak buat hal pagi ni..kalau tidak……

Akhirnya Ell selamat sampai ke pejabat lebih kurang pukul 8.45 pagi. Selalunya Ell sampai 1 jam lebih awal dari waktu itu dan boleh memulakan kerja seawal pukul 8 pagi. Sudahlah lewat, Ell kelaparan sepanjang pagi kerana tak sempat untuk bersarapan, ditambah pula dengan kerja yang bertimbun-timbun. 

Esok, saya tidak pasti sama ada Ell betul-betul ingin mengikut gaya barunya atau kembali memandu kereta. Namun begitu, kalau betul-betul Ell mahu sampai awal ke pejabat, pastinya Ell kena keluar lebih awal atau sembahyang subuh saja di pejabat…huhu…


Entah apalah yang sedang difikirkan oleh Ell...

Apa-apa pun, semoga Ell tenang dan ceria sentiasa. Kami (kawan-kawan semua) akan selalu mendoakan, semoga dipermudahkan perjalanan dan segala urusan….Aamiin


Sekian. Wassalam

January 07, 2014

Aarrrgghhh...Stress nya...

Assalamualaikum...

Hari ni nak cerita pasal stress...sebab pagi tadi ada perkara yang berlaku di luar kawalan dan memang boleh mendatangkan stress...aduhai!!..Memang menguji tahap kesabaran betullah..huhu

Apakah itu STRESS?
Ia adalah gangguan emosi dan proses pemikiran serta tindak balas fizikal kita terhadap sesuatu perkara.

Kenapa STRESS? (Contoh2)
  • Diri sendiri : kecewa, sedih
  • Keluarga : masalah rumahtangga, anak, kewangan 
  • Pekerjaan : tidak cemerlang dalam pekerjaan, tidak naik pangkat, dibuang kerja, ditukarkan tempat kerja 
  • Komuniti : bertengkar dengan jiran, bergaduh dengan kawan
  • Lain-lain : kesesakan lalulintas, persekitaran tidak selamat, waktu menunggu yang begitu lama 

Tanda-tanda STRESS
  • Kemurungan yang serius
  • Cepat marah
  • Mengasingkan diri
  • Tidak gembira
  • Jantung berdegup lebih kencang
Sumber: Google

Beberapa cara untuk atasi STRESS
  • Berfikiran positif dan cuba atasi masalah sebaik mungkin
  • Alih perhatian pada perkara yang lebih menggembirakan
  • Pergi bercuti, rekreasi, spa
  • Berehat secukupnya
  • Mendengar muzik atau ayat-ayat suci Al Quran
  • Bersabar dengan segala ujian serta berdoa - minta dan mengadulah pada Allah
Semoga kita dapat menangani stress dengan sebaik mungkin.

Sekian. Wassalam



January 05, 2014

Ulser Tekak

Assalamualaikum kawan-kawan..

Since semalam...memang rasa tekak ni lain macam aje..nak telan apa-apa pun sakit. Pagi tadi, lagi teruk nampaknya. Demam terus...Gi klinik, doktor kata ulser tekak..bukan sebiji..tapi berbiji-biji. Patutlah nak menelan air pun sakit sampai ke telinga.


Ada jugak google..apa penawar ulser tekak ni..Ada yang kata makan ice cream vanila, kumur air garam dan macam biasa..cari lah ubat di farmasi.

Doktor pulak suruh elak makanan berminyak, kena makan bubur nasi selama 5 hari dan minum jus carrot..Wah.. boleh kurus Kak Ton kalau berhari-hari makan macam ni..Tak payahlah nak all out bersenam macam pagi semalam..huhu

Gambar : Google

Saya juga minta maaf sebab tak sempat nak melawat blog kawan-kawan..In shaa Allah bila sihat nanti saya akan memulakan kunjungan..

Sekian. Wassalam.

January 02, 2014

Mulanya Di Sini

Hari ini adalah hari pertama sesi persekolahan tahun 2014. Pasti ibu bapa yang ada anak bersekolah sudah sibuk kembali dengan rutin harian. Jalan raya pun pasti akan sesak kembali. Saya bercuti lagi hari ini. Saja mengambil peluang ini untuk memastikan urusan persekolahan anak berjalan dengan lancar.

Cerita pasal sekolah, teringat pada zaman persekolahan dulu-dulu. Saya memulakan alam persekolahan di Sekokah Tengku Mahmood Iskandar (1), Pontian, Johor. Itu adalah tempat pertama saya mengenal alam persekolahan. Saya tidak berpeluang bersekolah tadika kerana kawasan rumah yang agak pendalaman dan tidak ada sekolah tadika yang berdekatan. Hanya arwah emak yang mengajar saya mengenal huruf dan membaca sebelum masuk ke darjah 1.


Sebenarnya jarak diantara sekolah rendah dengan rumah agak jauh juga. Lebih kurang 15 km. Jadi, untuk ke sekolah saya menaiki bas..

Tidak dapat digambarkan macam mana seronoknya masa mula-mula nak sekolah dulu. Segala peralatan memang sudah dibeli dari awal..kalau boleh, tidur pun nak dekat dengan baju dan kasut sekolah..haha

Hari pertama persekolahan, saya ditemani oleh arwah emak. Syukur Alhamdulillah agak mudah juga untuk menyesuaikan diri dengan alam baru. Di situ, saya dapat mengenali rakan-rakan baru yang mungkin sama-sama berwajah panik kerana baru nak memulakan alam persekolahan.

Ini adalah jalan nak masuk ke kawasan sekolah.

Sepanjang bersekolah rendah, saya ditempatkan di kelas Mawar. Dari darjah 1 hinggalah darjah 6. Saya tak pernah lupa nama kelas itu dan juga rakan-rakan seperjuangan. Kalau berjumpa dengan kawan-kawan lama, mungkin ada diantara mereka yang saya sudah tak boleh cam..maklumlah..secara fizikal, sudah bertambah berlipat kali ganda..baik yang lelaki mahu pun yang perempuan. Tapi, kalau sebut nama..In Shaa Allah..saya ingat lagi. Untung juga sekarang ni ada medium perhubungan seperti facebook, whatapp, instagram dan lain-lain lagi...dapat juga bertanya khabar dan mengetahui berita terkini.

Antara bagunan di kawasan sekolah yang masih dikekalkan

Kalau bercerita kembali pasal alam persekolahan, memang seronok. Macam-macam kisah suka, duka, kelakar dan seribu macam lagi kisah pun ada..dan ada diantaranya memang tak boleh lupa. Sebab tu sesetengah orang kata "Things end..memories last forever"...huhu

Untuk abah dan awrah emak, tidak ternilai ucapan terima kasih saya ucapkan di atas segala pengorbanan dan juga kerana telah memberi peluang pendidikan yang terbaik buat saya. Untuk para guru, terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan..siapa kita hari ini adalah sebahagian daripada pengorbanan guru-guru terdahulu. Dan untuk kawan-kawan seperjuangan, semoga persahabatan dan ukhwah sentiasa berkekalan.

Sekian. Wassalam.