January 29, 2015

Aku Tahu






Hahaha...Joke of the day... :D

Di saat Mak Jemah sedang mengantuk tahap gaban sebab terlebih makan ubat demam dan selsema, ada jugak member yang hantar gambar ni via whatsapp nya...sabar ajelah...tapi, comei kan

Memang sibuk siket akhir-akhir ini..Dan time2 macam ni..., nak sakit pun rasa tak sempat...addooiii
Ikut hati memang tak larat dah. Nak tunggu pencen..rasa lama lagi..(perasan muda...heh..heh...itu pun kalau sempat..)

Semoga di beri kesembuhan & dipermudahkan segala urusan...aamiin..

Sekian. Wassalam

gambar : google/ whatapps

January 26, 2015

Permaidani

Assalamualaikum



Lagu PERMAIDANI, nyanyian Aris Ariwatan adalah lagu yang menjadi favorite saya..sejak dulu. Kalau kita hayati liriknya betul-betul, lagu ini membawa aspek ketuhanan.


Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsan Mu
Walau ku sedari

Oh nyamannya
Bila dipelukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titian ku
Hijrahkanlah diri ini


Kadang kala bila ditimpa masalah, kita sering resah tak menentu. Sudah menjadi fitrah manusia, kadang kala kita terlupa bahawa Allah sentiasa dekat. Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya...Allah Maha pengasih, Allah Maha Penyayang.

Sebagai peringatan untuk diri sendiri, sama ada suka, duka, resah, sedih....kembalilah kepada Allah. Apa pun keadaannya....buanglah yang keruh ambil yang jernih, stay strong, always think positive and let's move on... 

 Sekian. Wassalam.

"Everything happens for a reason. Live it, love it and learn from it. Make your smile change the world..and don't let the world change your smile.."

January 25, 2015

Read Between The Lines

Assalamualaikum

"Read between the lines"
Boss saya suka sebut phrase ni.."Kalau dapat instruction from big bosses, jangan baca aje..cuba fikir apa maksud tersurat dan tersirat". Aduhai...Nampak macam tiga atau empat patah perkataan aje, tapi..macam-macam pulak maksud disebaliknya"...Ni yang akak lemah ni!



Kadang-kadang tu nak aje cakap.."Boleh tak bagi instruction tu jelas siket....I tak paham, OK?. Lebih teruk kalau tersalah interpret. Kena lagi. Eerrmmmmm...dah namanya hidup ibarat mentimun, digolek, menggolek, tergolek..semuanya kena!

Saya tidak nafikan, kadang kala, kegagalan memahami maksud tersurat atau tersirat boleh membawa masalah yang besar. Termasuk juga semasa berblogging....
Contohnya sewaktu memberi komen atau membalas komen. Pada saya, kalau kena bagi komen tu, komen aje lah..After all, itulah idea yang keluar.
Tapi pernah juga di tegur dan dikatakan menyindir atau disalah tafsir. Sebenarnya masa tu, tak ada niat apa pun. Tapi, kalau ada yang terasa, mintak maaf lah ya.
Sama juga di blog-blog yang perlu berpuisi atau berpantun. Buat ajelah yang sesuai topik...Nama pun berblogging....

Lagi satu tentang entri atau posting. Biasanya bila buat sesuatu entri, ianya bergantung pada bahan yang telah dikumpul. Tak kiralah apa topik sekali pun..contohnya ekonomi, belanjawan, kisah sedih atau pun cintan cintun. Tapi kadang kala, entri atau posting tu mungkin keluar tak kena masa. Akak pun mungkin salah jugak sebab gatai tangan layan komen-komen tu....sesuai topik. Tapi lepas tu, orang akan fikir yang bukan-bukan. Akhirnya,..akak jugak lah yang bersalah...Oh TIDAK!!!!

Sekian. Wassalam.
p/s : layanz aje lah entri emo kali ni. Minta maaf kalau ada salah dan silap :)

Gambar : Google













January 21, 2015

Perempuan dan Air Mata

Assalamualaikum..

Kalau dah namanya perempuan..mesti sangat sinomim dengan tangisan dan air mata. Kalau tak percaya, cuba tengok..masa sedih perempuan menangis, suka menangis, marah menangis, geram menangis...yang paling tak tahan..tengok cerita hindustan pun menangis..(hahaha....saya tak terkecuali okey..)


Air mata sebenarnya melambangkan perasaan....
Apabila seseorang perempuan menangis, itulah perasaannya ketika itu...Ikhlas..sebab air mata jarang berbohong..

Apabila perasaan seseorang perempuan tersentuh, air mata akan berguguran, seiring dengan perasaannya..Titisan air mata itu melambangkan kesedihan,  kegembiraan, kepasrahan, ketakutan, kebimbangan, kecurangan dan kepercayaan...

Perempuan akan menangis kerana dan untuk orang yang sentiasa dekat di hati?..eeemmm..confirmed....

Ada kalanya juga seseorang perempuan cuba untuk menahan diri dari menangis..Tapi tiba-tiba ada pulak orang yang menunjukkan simpati serta sudi mendengar masalahnya...automatik..air matanya akan mengalir juga...Betul tak??...huhu. Kalau dah namanya perempuan.......

Lately ni..rajin pulak saya mengumpul quotatios tentang air mata...saya kongsikan di sini


Apa ada dengan air mata?
"A tear is made of......1% water and 99% feelings....."

Air mata mungkin bahasa yang terbaik bila perasaan tidak mampu lagi diungkapkan dengan kata-kata :
"Tears are how our heart speaks when our lips cannot describe how much we've been hurt"
"Tears are prayers too. They travel to god when we can't speak"

Senyuman yang paling perit adalah ketika nak 'cover' air mata dari jatuh....:
"The worst kind of pain is when you're smiling just to stop the tears from falling:"

Pentingnya ada kawan yang perihatin untuk memujuk dan memahami ketika rasa sedih:
"A good friend see the first tear, catches the second and stops the third"

Teman menangis...:
"I'll always be beside you until the very end, wiping all your tears away...being your little sister
I'll smile when you smile and feel all the pain you do, but, if you cry a single tear, I promise..I'll cry too"

Air mata akan mengalir bila terkenang masa lalu..terutama yang pahit kot..
"Sometimes memories sneak out of my eyes and roll down my cheeks"

Air mata jarang menipu (**Kaum Adam please take note):
"Feelings can be controlled, but tears never lie"

Tips menangis supaya orang tak nampak. Menangislah dalam hujan ya Long Senah...waaaa:
"I love walking in the rain, because no one knows i'm crying"

Biasanya, bantal turut menjadi mangsa:
"Dear pillow, sorry for all tears"

Kalau dah susah sangat, guna cara ni...eerrrmmm..boleh ke Kak Ton?
Instead of wiping away your tears, you should wipe away people who made you cry"....muahahaha..



Sekian. Wassalam
Gambar : Google





January 17, 2015

Sikap Melalui Bulan Kelahiran

Seorang kawan memberikan perkongsian tentang SIKAP MEALUI BULAN KELAHIRAN...
Macam best pulak...saya kongsikan di sini..:)



JANUARI
  • Mudah menyintai
  • Mudah melupakan saat dikhianati
  • Pandai menggoda
  • Romantis tapi kaku
  • Mudah cemburu
  • Mudah bergaul tapi pemalu

FEBRUARI
  • Sukar jatuh cinta
  • Menghargai pasangan
  • Jujur dan transparent
  • Sangat romantis

MARCH
  • Mudah menarik simpati
  • Pemalu tapi manja
  • Mudah cemburu
  • Mudah menyintai
  • Keras kepala
  • Setia dan romantis 
  • jujur

APRIL**
  • Sukar jatuh cinta
  • Tidak berani berterus terang
  • Pemalu
  • Inginkan perhatian
  • Mudah emosi
  • Romantis dan setia 
  • Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai

MAY
  • Mudah jatuh cinta
  • Baik dan jujur
  • Romants
  • Tidak suka diatur
  • Suka berkhayal
  • Hobi tidur

JUNE
  • Pandai menyenangkan pasangan
  • Setia
  • Pemaaf
  • Mudah emosi
  • Pelindung sejati

JULAI
  • Pandai menjaga diri
  • Suka didampingi tapi sukar dimengerti
  • Suka dan senang berterus terang
  • Mudah terluka dan lama pulih
  • Setia tapi mudah cemburu
  • Pendengar yang baik

AUGUST
  • Suka memimpin
  • Romantis
  • Penuh kasih sayang
  • Sangat sensitif
  • Mudah curang
  • Tidak suka di atur

SEPTEMBER
  • Suka mengkritik
  • Sangat sensitif dan emosi
  • Pandai dan sangat memahami
  • Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
  • Sukar melupakan jika hatinya terluka
  • Pandai menyimpan perasaan
  • Sopan

OKTOBER
  • Pandai berkomunikasi
  • Suka disayang dan menyayangi
  • Jujur dan ikhlas
  • Kuat cemburu
  • Romantis dan setia
  • Mudah emosi

NOVEMBER
  • Cermat dan teliti
  • Suka berahsia
  • Pendendam
  • Mudah emosi

DISEMBER
  • Mudah menyintai
  • Selalu tergesa-gesa
  • Bersikap kebudak-budakan
  • Menyintai sepenuh hati

Itulah serba sedikit kajian tentang sikap vs bulan kelahiran. Tak pasti lah...boleh percaya sepenuhnya atau tidak...huhu

Anda lahir bulan berapa???... :) :)



January 14, 2015

Harga Minyak Turun Lagi

Assalamualaikum

Harga minyak turun lagi di bawah USD50 se-tong (per barrel).
Penurunan yang ketara dari USD115 se-tong (per barrel) semenjak Jun tahun lalu.
Yang Mak Jemah nak cerita ni, bukanlah pasal minyak masak, minyak rambut, apatah lagi minyak urut...tapi minyak petrol, okay..


Sedikit latar belakang sebagai 'Refresher'....
Semua orang pun sudah tahu, semenjak pertengahan tahun lepas, harga minyak mentah (contoh Brent Crude) telah pun menurun dengan ketara.
Kenapa harga minyak turun?
Secara amnya harga minyak adalah ditentukan oleh Pembekalan dan Permintaan (Supply and Demand Economic). Semenjak beberapa tahun yang lalu, permintaan minyak mentah adalah tinggi, selaras dengan pertumbuhan ekonomi global. Ini menyebabkan permintaan melebihi pembekalan. Jadi, harga minyak adalah tinggi.

Namun, semenjak kebelakangan ini, Amerika telah menemui sumber minyaknya (shale oil) dan sudah pun mendapat hasil yang bertambah-tambah dari sumber ini. Pertumbuhan ekonomi yang perlahan di sesetengah negara juga telah menyebabkan permintaan terhadap minyak mentah berkurangan. Dalam pada itu, pengeluaran minyak dari negara OPEC (Organization of Petroleum Exporting Countries) tetap seperti biasa. Perkara ini telah menyebabkan pembekalan melebihi permintaan. Akibatnya, harga minyak mulai turun.

Kenapa OPEC tidak mengurangkan pengeluaran minyak mentah?
Jika pengeluaran minyak dikurangkan, mereka takut kehilangan 'penguasaan pasaran' atau 'market share'... Jangan lupa ya Long Senah, OPEC menguasai lebih 40% daripada pasaran dunia.
Sebab lain?...eerrrmmmmm

Kesan daripada penurunan harga minyak kepada kita (end-user)
Mestilah best kan..kurang sedikit perbelanjaan minyak petrol terutamanya pengguna tegar. Semoga harga barang-barang lain turut turun dengan kejatuhan harga minyak ini. Sebelum ini juga, kita memang menganggap harga minyak petrol sebagai salah satu 'driver' kepada harga barang-barang lain. Jadi apa lagi..Shopping yuk!!!....hehe.
Tapi masalahnya sekarang, macam tak berapa nampak pulak 'positive correlation' diantara kejatuhan harga minyak dengan harga barang-barang atau perkhidmatan lain...Ni yang buat Mak Jemah sedih. Tambang bas sekolah anak Mak Jemah naik...walau harga kos pengangkutan sepatutnya turun...uuhhh

Bila harga minyak turun, perasan tak.... nilai Ringgit pun ikut sekali. Inilah masalah yang dialami oleh negara pengeluar minyak bila pelabur dah mula rasa seram-seram...huk..huk.. :(
Payah juga kan, especially to those yang berurusan dengan pertukaran wang asing. Semenjak bulan lalu, nilai ringgit telah jatuh kepada sekitar RM3.42 - RM3.57 bagi USD1.00. Ni yang kawan-kawan Mak Jemah komplen. Usahkan nak pergi melancong ke luar negara, nak beli barangan import pun, pasti terasa kesannya. Semakin mahal...aduhai..

Lama-lama fikir, konfius jugak jadinya, kuasa membeli atau 'purchasing power'  kita ni, semakin tinggi ke semakin rendah?...atau kuasa membeli terhadap barangan import sahaja yang akan berkurangan?
Kalau ini lah keadaannya..susah juga ya. Mungkin inilah masa yang paling sesuai untuk terus menyokong dengan sepenuh hati segala produk buatan tempatan. Jangan lupa ya Mak Limah, Kak Kiah, Ngah Aton...pesanlah kat kawan-kawan yang lain, Belilah Barangan Buatan Malaysia. Bila lagi...kaaaaannnnn!!!

Sekian. Wassalam.

Gambar : Google/search
Rujukan  : The Economist (Why the oil price is falling), The Edge (Weak ringgit adds to pain of rising cost of living)







January 13, 2015

Rama-rama

Assalamualaikum

Dah behari-hari tak up date blog. Semangat nak up date blog pun macam kelam-kelam aje... huhu. Hari tu jalan-jalan pergi kedai, terdengar pulak lagu 'Rama-Rama' nyanyian Ella ni. Lama dah tak dengar. Masa kecik-kecik dulu (eerrr...bila dah besar pun) saya minat jugak Ella ni..Lagu-lagu dia memang best kan...ke sebab saya brjiwa OTAI...kwang-kwang :)



Jom layanz lagu Rama-Rama.

Seumpama Rama-rama
Terbang bebas di udara
Tanpa ada halangan
Aman damai, suka-suka
Riang ria tanpa ada rasa duka sengketa
Rama-rama

Ekspresi dirimu menawan hatiku
Ingin aku terbang bersamamu
Melihat kerenah
Melihat telatah
Manusia yang sering telagah

Ekspedisi ini
Bagai tiada henti
Kan menjadi antologi diri
Terhentilah mimpi
Terhapuslah sepi
Sanubari yang lebih berani

Terminal yang pasti
Satu fitrah hati
Kerna yang sejati tiada kekal lagi
Terbanglah ke sini mencari abadi
Terbanglah ke mari mencari hakiki

Seumpama rama-rama
Melewati panorama yang penuh warna warni
Taman bunga taman damai
Dengan aksi lincah berputik
Hidup yang harmoni
Rama-rama



Lagu / lirik : S Fauzan/ Azam Dungun
Gambar : google/search



January 05, 2015

Selepas Banjir di Temerloh

Assalamualaikum

Post-event atau yang sesudahnya...
Itulah yang dapat saya paparkan di sini tentang banjir di kampung Mr Hubby di Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Alhamdulillah. Setibanya kami di sana pada hari Sabtu, 3 Januari 2015, langit kelihatan cerah dan air mulai surut. Pada hari yang sama juga Lebuhraya Pantai Timur (LDP) dibuka untuk laluan kenderaan ringan. Maka, agak mudah jugalah perjalanan kami balik ke kampung.

Gambar semasa & selepas banjir:




Rumah jiran mertua saya.

Banjir meninggalkan lumpur yang sangat tebal di kebanyakan kawasan.

Nampaknya ada sedikit halangan untuk menuju ke rumah mertua saya. Merasalah jugak mengharungi air banjir walaupun sekejap. Namun, keadaan itu juga memberi kami pengalaman baru kerana kereta terpaksa dipakirkan agak jauh dari rumah. Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan bau lumpur yang sangat kuat. Maklumlah..lumpur ada di mana-mana.

Perjalanan ke rumah mertua pada hari Sabtu @ 3 Januari 2015.
Air banjir masih belum surut sepenuhnya

Alhamdulillah. Kucing kami juga selamat. 
The Survivor

Oleh kerana rumah mertua saya berada di kawasan yang agak tinggi, keadaan rumah tidaklah begitu teruk. Hanya jalan menuju ke rumahnya sahaja yang tenggelam dan sedikit bahagian dapur yang 'terkena' air banjir. 
Tapi bila tengok rumah orang lain, memang kesian. Lumpur sangat tebal dan saya rasa ada juga perabut serta peralatan elektrik yang rosak. Entah berapalah jumlah kerugiannya.
Semoga mereka diberikan ketabahan, segala urusan mereka dipermudahkan dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

January 04, 2015

Penghargaan Untuk Blogger (Disember 2014)

Assalamualaikum


Artikel ini adalah sebagai penghargaan untuk sahabat-sahabat yang sudi singgah di blog saya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua pengunjung terutamanya kepada 10 blogger yang paling rajin memberikan komen-komen.
Saya sertakan nama mereka supaya lebih mudah untuk rakan-rakan pembaca lain mengenali mereka.

Aldino Sya

yanto cungkup

Khir Khalid

Belog Santai

santika fadilah

Ainnul Yaqin

SalbiahM

KhaiRin : anies

hainom OKje

Cilembu thea


Selepas ini, bolehlah melawat dan singgah di blog-blog mereka bagi menjalin silaturrahim dan ukhwah sesama kita. Pasti banyak ilmu dan perkongsian yang boleh kita perolehi.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan blogger dan bukan blogger lain yang sudi bertanding ke sini dan terus memberi sokongan kepada blog saya.

Terima Kasih. Wassalam.

p/s : kawan-kawan di atas, saya minta izin guna profile picturenya ya... :)








January 03, 2015

Kasihnya Tiada Sempadan...

Bismillahirahmaanirrahiim...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW


Pada suatu hari, ketika sahabat duduk bersama Baginda SAW, tiba-tiba Baginda berkata "Alangkah rindunya aku mahu berjumpa dengan saudaraku". Kata-kata Baginda mengejutkan sahabat yang lain. "Bukankah kami ini saudaramu Ya Rasulullah?". Dengan lembut Baginda menjawab "Kalian adalah sahabatku dan aku mencintai kalian. Tetapi aku merindukan saudaraku"

Jawapan Baginda SAW itu masih belum memberikan pengertian jelas kepada sahabat lalu sekali lagi mereka bertanya. Sebelum menjawab pertanyaan sahabatnya, kelihatan air mata Baginda mulai bergenang lalu menitis perlahan hingga membasahi janggutnya.

Kemudian, Baginda Rasulullah SAW memberitahu "Saudaraku adalah orang yang tidak hidup se-zaman denganku, tetapi mereka mencintaiku, membenarkan kata-kataku dan beriman kepadaku. Aku rindu kepada mereka. Aku mencintai mereka."

Demikian betapa besar kasih Nabi Muhammad SAW terhadap umatnya, merentasi ruang masa dan zaman. Namun begitu,
Cintakah kita pada Rasulullah?
Rindukah kita pada Rasulullah?
Sudahkah kita mengikuti sunnahnya?


Salam MaulidurRasul...

Sekian. Wassalam.



Sumber : berita.cari.com.my (Kasih Nabi Kepada Umat Hingga Hujung Nyawa)
Gambar : Google



January 01, 2015

Focus and Win

Assalamualaikum.
Selamat Tahun Baru 2015.


Semoga tahun ini membawa harapan baru untuk kita semua dan semoga lebih suksess.
Semoga segala hajat dan impian juga tercapai.
Pada tahun ini, saya berharap agar lebih fokus dan berdisiplin dalam apa juga yang dilakukan...doakan kejayaan saya...
Wish me luck and success!

  • Buat keluarga : Andalah yang terpenting dalam hidup saya
  • Buat sahabat : Jangan lupakan saya ya...bila suatu masa nanti kita terpisah atau ter lost contact
  • Buat kawan-kawan : Semoga silaturrahim berkekalan. Untuk kawan-kawan blogger khususnya, terima kasih atas sokongan anda semua terhadap blog saya. Terima kasih juga atas kunjungannya. Maafkan saya juga kalau ada salah dan silap, yang disengajakan atau pun tidak. Kadang kala mungkin niat untuk bergurau sahaja...
  • Buat yang pernah menolong saya : Terima kasih atas segalanya. Semoga Allah juga yang akan membalas budi baik anda.
  • Buat musuh : Maaf bila selama ini saya selalu salah di mata anda.  Harapannya agar saya tiada musuh.
  • Buat yang sayang pada saya : Saya juga sayang pada anda :)
  • Buat orang yang menyakiti saya : Terima kasih kerana mengajar saya erti bersabar dan memberi saya pegalaman baru.
  • Buat orang yang saya sakiti : Minta maaf. Saya juga manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan salah dan silap. 
  • Buat yang tidak kenal saya : Salam kenal :) Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini dan membaca aktikel-artikel saya. Maaf.....jika ada artikel yang bukan-bukan atau berstatus syok sendiri..hehe..Blog saya kadang-kadang menjadi diary..Beri peluang kepada saya untuk terus belajar.
Terima kasih kepada semua kerana menceriakan hari-hari saya.
Maaf sekali lagi andai ada salah dan silap.


Sekian. Wassalam