October 22, 2016

While Waiting For Maghrib

Assalamualaikum..

Sekadar gambar kenangan...
Dan untuk menyatakan bahawa rindunya saya pada tempat-tempat dan segala kenangan yang ada di sini..

Lokasi: Dataran Kaabah, Masjid Al-Haram, Mekah
Pemandangan ketika menunggu azan Maghrib

Lokasi: Tingkat 1, Masjid Al-Haram, Mekah
Antara port biasa untuk menunaikan solat Maghrib & Isya'


Lokasi : Hadapan gate 25, Masjid Nabawi, Madinah
Antara gambar menjelang senja

Lokasi : Dataran Masjid Nabawi, Madinah
Ketika senja menjelma lagi
Gambar ihsan dari Tuan Haji KamalZ di WA group 

Lokasi : Di hadapan Maktab 115, Mina
Gambar ketika menunggu giliran untuk
bergerak ke Jamrah


Lokasi : Mina
Ketika bersedia untuk menunaikan solat Maghrib
-melihat orang di atas bukit


Moga dapat ke sana lagi...in shaa Allah..aamiin

Sekian. Wassalam

p/s: terima kasih pada sahabat2 yang sudi singgah dan komen di blog saya. Sorry, belum berkesempatan untuk bw..
In shaa Allah, nanti saya datang..




October 03, 2016

Salam Maal Hijrah 1438H

Assalamualaikum


Saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat tahun baru hijrah.

Moga tahun ini lebih sukses dalam apa juga yang dilakukan dan lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.

Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan hidayah Allah.

Sebagai peringatan untuk diri sendiri...Semakin bertambah tahun, bermakna bertambah juga usia. Semakin bertambah usia bererti semakin dekat dengan hari kematian.
Semoga usia yang masih berbaki ini kita manafaatkan untuk mencari redha Ilahi.

" Setiap hari kita semua adalah dalam perjalanan menuju untuk bertemu Ilahi" - Tuan Guru Nik Aziz

Sekian. Wassalam.