March 29, 2017

Kopi Gantang

Assalamualaikum

Artikel ini tidak ada kena mengena dengan bialan 'bagai melukut di tepi gantang'.
Jauh sekali untuk dikaitkan dengan perkataan 'ganteng' (bermaksud elok bagi kaum lelaki) yang digunakan oleh orang di seberang.



Kopi ini sebenarnya adalah ole-ole dari kawan saya #ikhti yang baru balik dari Kedah.
Rasanya memang sedap. Dan lebih sedap sebab ianya Free...:)
Thanks #ikhti

Nota : Gantang adalah sejenis sukatan. 1 gantang lebih kurang sama dengan 4 cupak atau 2.8 kg. Gantang biasanya dibuat daripada kayu.


Sekian. Wassalam.


March 28, 2017

Selamat Menyambut Bulan Rejab



Assalamualaikum
Selamat memyambut Bulan Rejab tahun 1438H

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Rejab:

  • Menyucikan diri daripada dosa dengan meminta keampunan dari Allah
  • Memperbanyakkan membaca Al Quran
  • Menambahkan amalan zikir
  • Medekatkan diri dengan Allah dengan amalan solat, puasa dan bersedekah
  • Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan beselawat dan berdoa
  • Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan rasulullah dan sirah Islam yang lain





Sekian. Wassalam.

Rujukan : Amalan rejab (shafiqulbu.wordpress.com)
2nd pic : google



March 25, 2017

March 23, 2017

Reunion Sekolah Seri Puteri

Assalamualaikum.
Satu sesi reunion untuk bekas pelajar Sekolah Seri Puteri teleh di adalah di Hotel Avani, Sepang pada 11 Mac 2017 yang lalu.

Sangat meriah. Maklumlah, dah sama tak berjumpa dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang pernah makan sepinggan, tido sebantal masa kecik-kecik dulu.



Mereka masih seperti dahulu
Pernah berkongsi air mata
Saat mula ditinggal keluarga

Mereka masih seperti dahulu
Berkongsi ilmu bila buntu
Menjadi yang terbaik setiap waktu

Mereka masih seperti dahulu
Sama-sama berkongsi cerita
Meniti indahnya zaman remaja

Mereka sentiasa seperti dahulu
Teman-teman yang ku sayangi
Moga persahabatan terus mewangi


Puisi by Rin Azrina
Penulis novel Musim Sejuta Warna

Antara rakan sekelas masa tingkatan 5 yang hadir

KAMI


Moga persahabatan, ukhwah dan silaturrahim berkekalan selamanya. Aamiin.


Sekian.
Wassalam


March 19, 2017

I Love Pontian

Assalamualaikum
Alhamdulillah. Berkesempatan balik ke kampung minggu ni.

Nak tepek gambar-gambar tentang Pontian.

I love Pontian

Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai

Berlayar berbelok belok
Sauh dibongkar di tempat tenang


Sekian. Wasssalam.

#sayangpontian
#homesick



March 10, 2017

Untuk Siapa?

Assalamualaikum

Saat kita memberi, kita akan menerima
Saat kita menolong orang lain, pada masa yang sama kita sedang menolong diri kita sendiri.
Apa yang kita lakukan untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukannya untuk diri kita sendiri.

Inilah rahsia kehidupan yang tersembunyi bagi orang ramai

Bukan kerana mereka tidak melihat kebenaran ini, tapi mereka tidak mempercayainya.
Sebab itu ramai orang lebih suka menerima daripada  memberi. Lebih suka ditolong daripada menolong. Hidup hanya berpusat kepada dirinya.



Ada satu perumpamaan menarik.
Seorang buta sedang berjalan dengan tongkatnya di tengah malam hari. Tangan  kanannya memegang tongkat semantara tangan kirinya membawa lampu.
Keadaan ini sangat menghairankan seorang lelaki yang kebetulan melihatnya.

Lelaki itu bertanya
"Mengapa anda berjalan membawa lampu sedangkan anda tidak nampak?"

Orang buta itu menjawab
"Untuk menerangi jalan yang ku lalui"

Dengan nada hairan lelaki itu bertanya lagi " Tetapi bukankah anda buta dan tetap tidak dapat melihat jalan meski ada lampu?"

Orang buta itu tersenyum sambil menjawab " Meski saya tidak dapat melihat, orang lain masih dapat melihat saya. Selain membuat jalan menjadi terang, lampu ini dapat menghindarkan orang lain dari melanggar saya"

Di saat kita melakukan sesuatu untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukan sesuatu untuk diri kita sendiri.
Kita diingatkan untuk tidak jemu-jemu berbuat baik.

Ini sebuah rahsia kehidupan untuk yang inginkan barakah, tenang dan hidup bahagia.
Pun begitu, rahsia kehidupan ini tidak bernilai bagi orang-orang yang ego, kedekut dan melakukan sesuatu berdasarkan hanya untuk keuntungan dan kepentingan dirinya sendiri. Wallahua'lam.

Sekian. Wassalam.


Sumber : Bidadari Kayangan - shared via WA group
Gambar : google




March 08, 2017

WW#16 Kamu Tahu Apa Itu Rindu?


Kamu Tahu Apa Itu Rindu?
Dekatnya bagai jantung yang berdetak,
Namun sejauh langit yang tak tergapai

Assalamualaikum.
Hari ini genap 6 tahun awrah ibu meninggalkan kami.

Moga Allah mengampunkan segala dosa ibu saya dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Aamiin..

Baca juga : Kiranya itu yang terakhir

Sekian. Wassalam
Gambar: google

March 02, 2017

Mengundang Rezeki


  • Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin setiap pagi
  • Ada yang mengundang rezeki dengan mencium tangan ibunya lalu minta didoakan
  • Ada yang mengundang rezeki setiap minggu dengan mendatangi anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana yang diajarkan Rasulullah SAW
  • Ada yang mengundang rezeki setiap pagi ketika berangkat ke tempat kerja dengan bersedekah kepada sesiapa sahaja.
  • Ada yang mengundang rezeki setiap malam Jumaat dengan membahagi makanan kepada orang-orang yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit.
  • Ada yang mengundang rezeki setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al Quran sehingga terbit fajar, lalu menatap langit dan mengangkat tangan berdoa.
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat, 100% keuntungan jualannya disedekahkan
  • Ada yang mengundang rezeki setiap bulan, 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhannya Maha Kaya
  • Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali hadir ke rumah orang miskin. Dia mengangkat sendiri makanan untuk mereka.
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan kepada orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.
  • Ada yang mengundang rezeki dengan membaiki jadual solat 5 waktunya berjemaah di masjid dan Allah akan memudahkan segala urusannya.
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi dia solat dhuha & berdoa. Ketika orag lain sibuk dia memilih untuk mengadap Penciptanya.
  • Ada yang mengundang rezeki setiap 1/4 malam bangun solat tahajud, berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redho dan hidupnya juga berkah.
  • Ada yang mengundang rezeki dengan menanam pokok agar semua makhluk di bumi boleh menikmati oksigen.

Sumber : perkongsian sahabat di WA group
Gambar : WA Group (kenangan di Mekah) - edited