December 30, 2016

Surgery : Terima Kasih Semua

Assalamualaikum.

Sebenarnya sudah seminggu Afiq dibenarkan keluar dari hospital. Sekejap saja masa berlalu.
Memang agak sibuk akhir-akhir ini dengan follow up check up Afiq dan persediaan anak-anak untuk ke sekolah.

Anyway, terima kasih banyak-banyak pada pihak hospital kerana layanan yang cukup baik terutamanya kepada nurse-nurse dan doktor-doktor  yang merawat, menjaga dan melayan kerenah Afiq. Juga kepada kakitangan hospital yang melayan kami dengan baik dan mesra.


Kepada my Mr Hubby dan Adham, terima kasih banyak-banyak kerana sama-sama menjaga Afiq. In shaa Allah bila Afiq dah sihat nanti kita boleh pergi makan besar atau pergi holiday..hihi
Kepada keluarga dan sahabat-sahabat, terima kasih kerana prihatin dan sentiasa mendoakan.
Kepada bos-bos, terima kasih kerana approve-kan cuti yang panjang untuk menjaga Afiq (and also to the doctor for the supporting letter, which facilitate my application for the unpaid leave).

Kini Afiq harus menjalani rawatan susulan supaya tangannya pulih kembali dan esok masih ada lagi appointment di hospital.

Cuti hujung tahun ini, memang tak sempat nak bercuti-cuti Malaysia lah nampaknya. Tak mengapalah, asalkan tangan anak saya cepat-cepat sembuh dan pulih kembali.

Sedih jugak bila Afiq tanya "Mama, bila Afiq nak pakai baju putih dengan seluar biru tu?"
Afiq sepatutnya mula masuk darjah satu minggu depan, tapi mungkin juga dapat MC lagi kerana luka operation di tangannya masih belum pulih.

Terharu juga bila Afiq berusaha untuk menggunakan tangan kirinya untuk menulis..." Tapi tulisan Afiq tak cantik"
"Tak apa lah. Nanti kalau tangan Afiq dah baik, bolehlah tulis guna tangan kanan" saya cuba memujuknya.

Moga segala urusan keluarga kami dipermudahkan. Aamiin.


Sekian. Wassalam.


December 22, 2016

Surgery : Antara Tangan Dan Jantung

Assalamualaikum


Hari ini masuk hari ke 8 saya dan Afiq berada di hospital. Hari ni saya nak bercerita tentang tangan dan jantung.

Tangan dan jantung...kedua-duanya anggota badan yang amat penting bagi kita.

Kalau denyut jantung berhenti, kita akan mati.
Kalau tangan tak ada, pasti hidup rasa tak sempurna.

Jadi apa kaitannya dengan entri kali ni?
Tak ada apa. Cuma Doktor pesan, kedudukan tangan Afiq mesti sentiasa berada lebih tinggi dari kedudukan jantung. Tak kiralah masa berjalan, berdiri, duduk, baring atau tidur. Itu adalah salah satu cara untuk luka pembedahan ditangan Afiq cepat kering dan sembuh. In shaa Allah.

Itulah antara tugasan saya sekarang...untuk memastikan kedudukan tangannya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Sempat juga berbincang dengan Doktor yang baru saja habis melawat petang tadi tentang penjagaan Afiq selepas keluar hospital. Banyak juga yang perlu dijaga. Kerana itu juga Afiq tidak boleh dihantar ke nurseri selagi tangannya belum betul-betul pulih.
Dan kerana itu juga saya harus menyambung cuti untuk menjaga Afiq serta membawanya ke rawatan susulan.

Alhamdulillah. Doktor kata, esok dah boleh keluar hospital. Next appointment adalah hari Selasa depan dan nampaknya saya harus membawa Afiq ke hospital dahulu sebelum singgah ke office untuk memohon cuti.

Moga anak saya Afiq diberikan kesembuhan dan segala urusan keluarga kami dipermudahkan.

Minumlah susu untuk kesihatan serta tulang dan gigi yang kuat :)


Sekian. Wassalam.
pic : Google





December 21, 2016

Surgery : Warna Indah Di Atas Kanvas Alam


Assalamualaikum
Hari ini adalah hari yang ke 7 saya menjaga Afiq di hospital.

Gambar di atas adalah gambar yang diambil petang tadi dari tingkap ward hospital. Afiq mengajak saya melihat matahari dan itu pandangan dari belakang bangunan hospital ketika hampir senja.

Alhamdulillah, Allah masih berikan nikmat melihat.
Tak kiralah kita melihatnya dari sudut depan, belakang atau mana saja. Jika kita melihatnya secara positif, in shaa Allah, pasti kita akan dapat melihat setiap keindahan dan kebaikan yang ada padanya.
Dan semua itu adalah untuk disyukuri.

Moga anak saya, Afiq diberikan kesembuhan dan segala urusan saya serta keluarga semuanya dipermudahkan.
Aamiin.

Sekian. Wassalam






December 20, 2016

Surgery : Tentang Makan

Assalamualaikum

Hari ni masuk hari ke 6 saya dan Afiq berada di hospital...macam dah tak nampak dunia luar.
Mujur juga ada surat khabar dan media sosial yang lain. Dapat juga tahu serba sedikit perkembangan dunia.

Hari ni rutin menjaga Afiq berjalan seperti biasa. Macam yang pernah saya tuliskan dulu, kalau duduk di ward hospital, aktiviti memang terhad...



Tapi bila dekat sini memang banyak sungguh aktiviti makan. Biasanya yang sakit tak selera nak makan, jadi yang menjagalah kena habiskan makanan...hihi

Makan sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam. Itu belum lagi makanan selingan. Kejap-kejap makan biskut, makan roti, makan coklat atau makan kuih....errmm...terasa beratnya.
Kalau tak makan nanti lapar pulak, kalau makan nanti bertambah-tambah montoknya..ehem

Lagi pun Mak ni jenis sayang nak biar makanan terbuang. Afiq pun bukannya makan banyak sangat...nak tak nak, Mama dia lah yang kena habiskan..iissshhkkk



Kadang-kadang rasa nak buat senaman areobic aje kat ward ni sambil pasang video yang telah di download kat handphone. Tapi takut kantoi pulak dengan nurse atau doktor.

Ni pulak, cerita hari Sabtu lepas. Mr Hubby dan Adham (anak sulung saya) ada duduk sekali kat sini. Pagi-pagi Sabtu tu, sementara Mr Hubby dan Adham menjaga Afiq di ward, saya keluar ke restoran berhampiran untuk membeli sarapan.
Biasalah, bila dah lapar, semuanya nampak sedap. Punyalah banyak beli makanan. Ada nasi lemak, ayam goreng, sambal sotong, telur goreng, karipap, pulut panggang, kuih koci, donut dan macam-macam lagi. Tu belum lagi teh tarik bungkus....huhu. Kira tangan kiri dan kanan memang penuh plastik :)

Sampai kat kaunter, tiba-tiba dengar ada orang cakap kat cashier.."Dik, bayar yang tu sekali tau"..sambil orang itu menunjuk ke arah saya.
"Alamak..ni Doktor (Surgeon) yang operate tangan Afiq semalam" bisik hati saya. Punyalah malu sebab beli makanan untuk 3 orang, tapi kuantitinya macam nak makan 12 orang...huhu...addehh
Mungkin dalam hati Doktor tu cakap "Besarnya tangki orang ni"...haha.
Tak pun, mungkin dia cakap " Mak aii..makan macam gergasi. Ada harapan perempuan ni kena buat liposuction..." adduh :(

Nota: Doktor (Surgeon) berkenaan juga adalah seorang pakar dalam bidang liposuction, tummy tuck dan yang sewaktu dengannya.

Nasib baik Mak cepat-cepat keluarkan duit dan segera membayar harga makanan tersebut. Total harganya boleh tahan jugak.
"Tak pe lah Doktor, banyak ni. Anyway, thanks"... dan saya segera kembali ke ward.



Itu cerita pagi. Petang pulak Mr Hubby suruh Adham jaga Afiq dan ajak saya pergi berdating sambil makan malam di restoran yang berdekatan hospital.
Eerrmmm..makan lagi. Tapi sedap jugak makanan kat area ni. Rasa nak pergi makan lagi....haha :D

Apa-apa pun, orang kata rezeki jangan ditolak dan tak elok jika makanan dibazirkan...
Jadi apa lagi, makan saja lah. Balik nanti boleh sambung zumba :)

Orang kata, minum kopi banyak-banyak sangat pun tak baik untuk kesihatan. Jadi, hari ni saya minum green tea:)


Sekian. Moga anak saya, Afiq diberikan kesembuhan dan segala urusan saya serta keluarga semuanya dipermudahkan. Aamiin.

Wassalam.













December 19, 2016

Surgery : Senyumlah Kuala Lumpur

Assalamualaikum..
Saya dan Afiq masih di hospital.
Doktor kata, mungkin hari Jumaat baru boleh balik.

Alhamdulilah, pagi tadi luka pembedahan telah 'dicuci' dan ditukar balutannya, walaupun terpaksa memujuk Afiq untuk ke OT...sebab luka pemdedahan tu agak serious..so kena bius.

Kenapa tajuk entri ni Senyumlah Kuala Lumpur?...sebab masa pergi haji hari tu, ustaz pesan..antara cara nak bersabar kalau ada problem ialah dengan senyum...

Pemandangan dari hospital, ketika menunggu Afiq

Entah kenapa tiba-tiba saya teringat lagu dari Kumpulan Alleycats ni. Nak kata tak pernah pergi KL...tiap-tiap hari pun pergi. Cuma kalau pergi kerja tu, memang tak sempat nak teringat kat lagu ni..huhu

Senyuman Afiq...yang menjadi penawar


Ok ni lirik lagu ' Senyumlah Kuala Lumpur'....by Alleycats. Lagu lama...

Kuala Lumpur senyuman mu
Di pagi ini
Sungguh bererti kerna cinta bersemi lagi
Setelah kemarau panjang

Di lebuh raya
Di papan tanda
Tergambar wajah mu
Dengan kalimat cinta untuk kita
Semoga kekal selamanya

Bila ku bisikkan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Berganding tangan kita berdua
Menyusuri jalan
Di tengah kota
Sambil mendendangkan lagu
Lagu kisah cinta lama

Terima kasih ku ucapkan
Oh kepada mu
Kuala Lumpur
Kerna kau telah temukan
Cinta antara kami berdua


Moga anak saya cepat-cepat sembuh dan segala urusan keluarga kami dipermudahkan...aamiin

Kopi hari ini...Ipoh White Coffee...original Malaysia :)


Sekian. Wassalam.


December 18, 2016

Surgery : Moga Dimudahkan Segala Urusan

Assalamualaikum..
Malam ni adalah malam ke 4 empat kami berkampung di hospital.


Macam biasa...kopi menjadi teman. 

Esok pagi-pagi Afiq akan dimasukkan semula ke operation theatre untuk proses 'mencuci' luka pembedahan. Memandangkan luka pemdedahan agak serious dan Afiq masih kanak-kanak lagi, Doktor kata, Afiq harus menggunakan bius.

Moga semuanya berjalan dengan lancar, walaupun saya masih tak tahu lagi berapa lama lagi harus berada di hospital.

Moga Afiq diberi kesembuhan...aamiin

Sepanjang menjaga Afiq di sini, aktiviti agak terhad. Dari pagi sampai petang...cuma melayan Afiq, makan, tidur, tengok nurse check perkembangan Afiq, tengok nurse bagi Afiq makan ubat, tunggu Doktor datang melawat...

Mujur juga wifi agak laju di sini, dapatlah sekali sekala menjengah blog bila Afiq tidur.

Sebenarnya masih berdebar menanti hari esok...Moga segala urusan dipermudahkan dan anak saya, Afiq diberikan kesembuhan. Aamiin

Sekian. Wassalam.


December 16, 2016

Surgery : Penantian dan Harapan


Alhamdulillah..
Pembedahan telah pun selesai walaupun mengambil masa yang lebih lama dari yang dijangkakan..
Jangkaan awal pembedahan adalah 3 jam, tapi pemdedahan tadi mengambil masa lebih 4 jam.

Gambar-gambar untuk dijadikan kenangan.

Afiq....sebelum ditolak ke dalam bilik pembedahan


Coffee and coffee.....to manage my stress level after waiting for more than 3 hours

My boy...just after the operation completed

Alhamdulillah dah sedar. Kembali pada rutin biasa. Moga anak saya tidak rasa sakit...especially bila ubat bius dah abih.. :(

Semoga anak saya diberikan kesembuhan dan semoga segala urusan keluarga saya dipermudahkan....aamiin.

Sekian. Wassalam.



December 15, 2016

Surgery : Menanti Hari Esok


Assalamualaikum

Malam ini saya bermalam di hospital, meneman anak saya Afiq...dan mungkin juga untuk beberapa malam lagi.
Esok pukul 8 pagi, in Shaa Allah, pembedahan ke 2 untuk tangan anak saya akan dilakukan...
Doktor kata, mungkin mengambil masa dalam 3 jam.

Doakan moga semuanya berjalan dengan lancar, dimudahkan segala urusan saya dan keluarga serta tangan anak saya dapat dipulihkan kembali...aamiin..aamiin

Sekian. Wassalam.




December 11, 2016

Homemade Wholemeal Bread

Assalamualaikum


Sempena hari cuti ni, jom kita buat roti. Roti wholemeal memang lebih banyak khasiat, vitamin dan serat. Pastinya baik untuk kesihatan.

Resipi (basic):
  • 200g tepung wholemeal
  • 100g tepung high protein atau tepung roti (tapi saya guna 50g susu tepung dan 60g tepung high protein)
  • 155ml air
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 kecil garam
  • 1 sudu besar yis
  • 2 sudu besar butter
  • Boleh juga tambahkan bread improver & bread softener - 1/2 sudu kecil (setiap satu). Bahan ini boleh didapati di kedai menjual bahan2 kek dan roti.

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk atau bread maker. Kalau guna bread maker tekan function yang berkenaan dan tunggu hingga roti masak.
  • Kalau buat secara manual, gaul sebati dan uli semua bahan sehingga adunan menjadi kenyal. Tutup adunan dengan tuala lembab. Biarkan roti mengembang hingga 2x ganda (atau rehatkan adunan dalam 30 - 40 minit). 
  • Setelah kembang, tumbuk2 atau uli roti untuk keluarkan angin.
  • Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan biarkan hingga kembang 2x ganda (dalam 30 minit).
  • Bakar dalam suhu 180°c selama 30 - 40 minit (ikut oven masing2) atau hingga bahagian luar roti keperangan.
  • Setelah masak, sejukkan dan potong mengikut suka. Sedia untuk dihidangkan.
  • Nota: Adunan ini dapat satu loaf :)

Sekian. Selamat mencuba.
Wassalam.

December 09, 2016

Kiambang




Kiambang
Kau kembang dipinggir kali
Ungu warna mu berseri
Walau bau mu tak seharum mawar
Namun kau masih tetap menawan

Kiambang
Bayang mu di air tenang
Mencerminkan wajah keriangan
Walaupun hidup mu dalam kesepian
Hanya berteman cahaya rembulan

Nasib mu kiambang dipinggir kali
Sedang kau mekar menghiasi desa
Kemarau panjang pun tiba
Keringlah dikau dalam dahaga

Lagu: Kembara / M.Nasir
Gambar: Google / Huzhar


Entah kenapa, hari tu, ada pulak lagu ni kat radio..tu yang start layan lagu2 otai ni..haha
Tapi lagu-lagu dulu memang best kan.. suara M.Nasir pun maintain terbaik