<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY

Januari 15, 2018

Ikan Merah Masak Kicap


Assalamualaikum.
Semenjak terpandang lauk ikan merah masak kicap di ig kawan saya, tekak ni teringin pulak nak makan.
Semalam nasib baik sempat beli ikan merah di pasar. Jadi, adalah rezeki kami sekeluarga nak makan ikan merah masak kicap hari ni.

Resipi Akak simple aje:
  • 4 kelar ikan merah (saiz sederhana)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 biji cili merah (potong ikut suka)
  • 1 biji tomato (belah 4 atau ikut suka) 
  • Kicap masin dan kicap masin secukup rasa
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
  • Goreng ikan sampai garing (letak garam dan kunyit). Asingkan
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan cili. Masukkan kicap. Masukkan sedikit air (agak2 lah banyak mana). Masukkan serbuk ketumbar.
  • Masukkan tomato. Bila air dah menggelegak, masukkan ikan. Agak2 kuah dan pekat siket boleh masukkan dalam mangkuk kesayangan dan hidangkan.
  • Siap.

Dapat makan dengan nasi panas time musim hujan ni memang ok sangat dah. Lauk ni aje pun dah cukup.
Apa lagi kalau dapat makan satu family. 

Sekian. Wassalam.

#whitebarley
#ikanmerah
#bahagiaitusederhana




Label:

September 17, 2017

Bun In A Cup


Assalamualaikum
Macam nak buat kelainan, jadi cubalah resipi ni.
'Bun in a cup'...

Kalau kek dalam cawan orang panggil cup cake, bun dalam cawan (kertas) ni, tak ada pulak orang nak panggil cup bun....
So saya panggil aje lah 'bun in a cup'.

Bun kacang merah

Macam biasa, nak tepek resipi kat sini supaya senang nak refer.
  • 3 cawan tepung high protein (tepung roti)
  • 240 ml air. Kalau nak tambah telur (satu biji), adjust jumlah air. Pastikan total 'cecair' 240 ml.
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil bread improver
  • 1/2 sudu kecil double action baking powder
  • 1/2 sudu kecil bread softener
  • Bahan hiasan: telur, cheese dan bijan

Cara-cara:
  • Masukkan yis ke dalam air
  • Dalam bekas lain, masukkan kesemua bahan kecuali air dan yis. Lepas tu, barulah tambahkan yis (yang telah dicampurkan dengan air)
  • Ulilah dengan tenaga 4 kerat. Kalau guna bread maker, gunakan function 'dough' dan boleh duduk goyang kaki sampai adunan siap dibancuh (ikut arahan bread maker masing2..huhu)
  • Setelah adunan rata, rehatkan doh hingga kembang (anggaran 2x ganda dari saiz asal), uli atau tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
  • Setelah itu, ulilah dengan penuh kasih sayang sehingga licin. Ambik sedikit adunan (anggaran besar sedikit dari bola ping pong. Bukan bola sepak atau bola tampar. Leperkan. Masukkan inti. Kemaskan
  •  Masukkan ke dalam cup. Tunggu dalam 40 minit atau adunan menjadi 2x ganda.
  • Sebelum bakar, sapukan telur dan letak cheese/ bijan di permukaan roti.
  • Lepas tu bolehlah bakar dengan suhu 160°c selama 20 minit atau sehingga masak (ikut oven masing-masing)

Bun....pandangan dari sudut atas katanya :)

Nota : Untuk inti, separuh adunan saya letak inti sardin dan separuh lagi inti kacang merah.

Untuk inti kacang merah, boleh beli yang dah siap kat kedai-kedai menjual bahan roti dan kek. Jadi, boleh jimat masa. Tak payah nak rebus kacang bagai...huhu

Untuk inti sardin, keluarkan sardin yang sendat dan padat dari dalam tin. Hancurkan dan adjustlah mengikut citarasa.

Gambar atas: Yang atas ada cheese tu inti sardin dan yang kat atas ada bijan putih tu inti kacang merah.

Ni first time buat, rupa bentuk pun kurang memberangsangkan lagi. Banyak yang nak kena belajar.
Lagi satu, Cikgu saya kata, roti bun ni, nak uli dia pun mesti dengan kesabaran dan kasih sayang...
Uli kena sampai lembut dan licin, barulah hasilnya gebu gebas...
Version yang ni kira belum cukup gebu lagi la....haha


Adunan ini boleh dapat 12 ke 14 biji bun.
Ok. Itu aje resipi kali ni.
Selamat hujung minggu.
Sekian. Wassalam.

Hulurkan padaku secawan kopi, manisnya bergulakan realiti. Hulurkan padaku sekeping roti, tapi jangan bermentegakan mimpi - Sani Sudin

#whitebarley
#makansikettakgemuk



Label:

September 09, 2017

Japanese Korokke....Bukan Begedil Biasa

Assalamualaikum..
Nama pun lain.....haruslah bendanya pun lain.
Tapi hampir serupa, namum tak sama.



Cara pembuatannya hampir sama dengan begedil, tapi sedikit berbeza sebab Japanese Korokke ni disalut dengan serbuk roti (bread crumbs).


Jom tengok resipi:
  • 4 ke 5 biji kentang
  • 150gm daging kisar
  • Sebiji bawang merah sederhana besar dan 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 pokok daun sup / daun bawang
  • Garam seukup rasa
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu serbuk kayu manis (saya suka suki tambah)
  • 3 sudu bawang goreng (saya suka suki tambah)
  • 1 biji telur ayam
  • Cheese (saya guna mozzarella) - optional. Untuk diletak dalam korokke / croquette / 'begedil'
  • Serbuk roti (bread crumbs) dan tepung gandum - anggaran 1 cawan setiap satu (untuk salut korokke / croquette / 'begedil')
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  • Rebus kentang. Dah empuk/lembut, toskan. Lepas tu lecek halus.
  • Panaskan kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan daging. Masukkan garam dan serbuk lada hitam (nak tambah serbuk kayu manis sebagai perisa tambahan ok jugak).
  • Bila daging dah masak, masukkan ke dalam bekas kentang lecek tadi.
  • Campurkan daun sup / daun bawang. Campur juga bawang goreng (optional). Gaul rata.
  • Ambik sedikit bahan tadi, leperkan. Bahagian tengah masukkan cheese (macam kita masukkan inti kalau buat kuih cucur badak :D). Kemaskan.

  • Dah siap dibentuk, salut dengan tepung. Lepas tu celup kat dalam telur. Lepas celup kat telur, salutkan dengan serbuk roti (bread crumbs).
  • Goreng sampai kekuningan dan hidangkan.

Sekian. Wassalam

Rujukan: www.thespruce.com, www.manumenus.com

#whitebarley
#japanesekorokke
#croquette
#dietkelautadamakkisah






Label:

September 04, 2017

Churros...Bukan Sekadar Tepung Goreng

Assalamualaikum
Al kisahnya saya terlupa nak beli churros yang dikirim oleh anak saya tadi.
Nak keluar balik...malas la pulak.

Churros and caramel sos

Jadi, mak pun goggle2 la resipi.
Dan terjumpalah resipi ni di www.malayadaily.com
Nampak macam tak berapa susah nak buat. Apa lagi, buat ler
Dapatlah dijadikan sajian untuk minum petang :D

Macam biasa, saya nak tepek resipi kat sini supaya senang nak refer balik kalau-kalau nak buat lagi...(kalau...)

Bahan-bahan:
  • 1 cawan air
  • 1 1/4 tepung gandum
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit gula icing atau serbuk kayu manis (cinnamon powder). Ni nak tabur atas churros
  • Piping bag dan nozzle bintang (star nozzle)

Cara-cara:
  • Masukkan air, butter, garam dan gula ke dalam periuk/kuali. Didihkan.
  • Lepas tu, tutup api. Masukkan tepung. Tengah panas-panas tu, gaul rata.
  • Masukkan telur. Gaul sebati.
  • Bila dan suam-suam, masukkan doh dalam piping bag. Tekan dan ikutlah panjang mana yang korang suka. Lepas tu potong dengan pisau. 
  • Panaskan kuali. Goreng sampai masak / kekuningan.
  • Dah masak boleh angkat. Lepas tu boleh la nak tabur dengan gula icing (icing sugar) atau serbuk kayu manis (cinnamon powder). Nak letak keduanya pun boleh.
Nak jugak tunjuk tapis hijau Mak....Banyak berjasa tu :D

Tengah nak makan tadi anak saya, Afiq tanya. 
"Ma...kalau beli kat kedai kan ada sos. Kenapa mama tak buat sos?"...
Alahai...

Jadi, mama pun kenalah buat sos / dip.
Nak buat coklat dip sos tak cukup bahan. Jadi saya buat caramel sos. Tu pun tak cukup bahan sebenarnya...haha...

Nak buat pun seciput aje. Express pulak tu..huhu
Bahan2 pun, apa yang ada kat rumah aje lah.
Ni resepi mak sesuka hati. Sila google untuk mendapatkan resipi sebenar :D

Bahan-bahan:
  • 2 1/2 sudu air
  • 4 sudu gula
  • 3 sudu susu cair (kalau nak effek lebih mewah, boleh guna whipping cream).
  • 1 sudu butter
  • Sedikit garam (siket aje taw).
  • Sedikit essen vanila (1 titik cukup)

Cara-cara:
  • Panaskan air dan gula. Masukkan butter. Masukkan garam.
  • Campurkan susu cair.
  • Titikkan essen vanila.
  • Api kecik. Sentiasa kacau...takut hangus lak karang.
  • Bila dah pekat, tutup api. Masukan dalam bekas. Hidangkan.
Abaikan rupa bentuk yang tak sekata tu. Mak tak biasa bermain-main dengan nozzle dan piping bag. Dapat pegang setahun sekali pun dah cukup bagus...:D

Sekian. Wassalam.





Label:

Ogos 29, 2017

Aku, Dia dan Mi Bandung

Assalamualaikum


Hari ni berlari-larian balik rumah sebab nak masak untuk anak-anak (katanya....).
Hasil dari masakan tadi....Mi bandung Muar.. :)

Wikipedia kata, mi ni dinamakan mi bandung kerana konsepnya yang bercampur campur. Macam air sirap bandung. Air tu adalah campuran sirap dan susu. Maka, jadilah dia sirap bandung.

Sama jugak macam mi bandung.
Konsepnya adalah campuran mi, pelbagai perencah dan telur. Jadilah mi bandung....tu wikipedia yang bagi tau ya.
Cik Wiki juga ada menyatakan bahawa mi bandung tidak ada kaitan dengan Bandung yang terletak di Indonesia.

Tapi nak masak mi bandung memang senang kalau ada perencah ni. Boleh cuba kalau tak percaya.


Cuma perlu masukkan air dalam kuali, masukkan perencah, lepas tu letak la apa nak letak....ayam, daging, seafood, sawi, carrot atau apa saja mengikut selera.
Bila dah mendidih, letak la telur. Bila dah masak dan masuk time nak makan, hidang kan kat pinggan bersama mi (yang telah dicelur). Siap.

Untuk yang dah start berpuasa sunat sempena bulan Zulhijjah, saya ucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa.

Bila cerita tentang bulan Zulhijjah, kemuncaknya adalah wukuf di Arafah dan menunaikan fardu haji.

Seperti yang kita selalu dengar, waktu wukuf adalah antara waktu yang terbaik untuk berdoa.

Berdasarkan perkongsian sahabat-sahabat di whatsapp, ada 2 pendapat tentang waktu berdoa.


Kenyataan dari Ustazah Fatimah (Rayhar Travel)...beliau ada menyatakan tentang waktu mustajab doa, tapi waktu yang dinyatakan dalam ceramahnya adalah waktu di Arafah. 

Untuk kita yang berada di Malaysia, teruskan berdoa. Tak rugi kalau kita mengambil peluang keemasan ini.

Kenangan tahun lalu di bumi Arafah, kami di suruh berdoa dari bermula waktu wukuf hinggalah nak masuk waktu Maghrib.
Dan masa selepas waktu Asar, kami semua disarankan keluar dari khemah masing-masing. Duduklah tepi khemah, bawah pokok atau dimana saja.....janji dapat menadah tangan ke langit dan terus berdoa.
Subhanallah..itulah masa paling best.

Semoga segala hajat dan cita-cita kita tercapai. Moga segala urusan kita juga dipermudahkan. Aamiin.


Sekian. Wassalam.

#whitebarley
#kenangandiarafah
#senjatamukmin
#malaysiaboleh





Label:

Ogos 13, 2017

Cucur Viral

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu.


Semenjak terbaca tentang cucur viral di blog Lady In Red Planner, teringin pulak nak cuba.
Resipi asal di sini.

Rupanya bulat-bulat comel..
Rangup diluar tapi gebu gebas di dalam...aawwww :D

Tapi saya ubah siket resipi sebab nak buat cucur adik beradik sayuran.
Kebetulan kuah kacang yang dibagi oleh kakak ipar masih ada lagi, jadi boleh lah dijadikan bahan pencicah.

Jom tengok resipi

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air panas
  • Garam sesedap secukup rasa
  • 1 tangkai daun saderi*
  • 1 biji bawang merah sederhana besar*
  • Sedikit carrot (ambik dalam 5cm)
  • ....bahan bertanda * sila cincang halus.
Sorry..bentuk tak berapa bulat. Tangan Mak tak berapa nak seni :(


Cara-cara:
  • Campurkan tepung dan bahan-bahan cincang ke dalam mangkuk 
  • Campukan air panas. Gaul rata guna sudu, jangan guna tangan....sebab panazzzz
  • Bila dah suam-suam kuku....bentukkan bulat2 dan letak kat bekas/pinggan/dulang...(atau apa2 aje). 
  • Dah siap bentukkan bulat2, bolehlah di goreng.
  • Bila dah masak, hidangkan dengan sos atau apa-apa bahan pencicah kegemaran.
Selamat mencuba.
Siapa kata yang bulat itu tak comel :D 



Sekian. Wassalam.

 #whitebarley #cucurviral









Label:

Jun 05, 2017

Kacang Pool dan Roti



Assalamualaikum.
Rasanya dah lama tak up date pasal resipi.
Bila bersembang dengan member pasal makanan kat Johor, tetiba teringat pulak kat makanan yang satu ni.

Saya pernah bercerita tentang resipi kacang pool pada tahun 2015 dulu, tapi version kali ni lain siket.

Resipi:
Bahan-bahan :
1 tin kacang foul (toskan dan ramas sehingga hancur) - boleh didapati di supermarket atau kedai menjual barangan makanan arab 
1 tin kacang panggang (optional)
200gm daging lembu kisar
1 biji bawang merah besar (kisar)
5 biji bawang merah kecil (kisar)
5 biji bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 1/2 sudu besar rempah kari
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 teh serbuk jintan putih
sedikit lada hitam (anggaran 1 sudu kecil atau ikut tekak masing2)
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya (boleh masukkan kalau nampak kuah tu pekat sangat)

Kacang foul di kedai arab. Harga sebelum gst :)


Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga agak-agak garing
Masukkan serbuk kari, serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih
Bila dah agak-agak sebati dan garing, masukkan daging kisar (boleh tambah air dan tunggu sehingga daging empuk)
Bila daging dah masak, boleh masukkan kacang foul dan kacang panggang (kalau kuah pekat sangat, boleh tambah air lagi) 
Tunggu sehingga masak dan kuah agak2 pekat
Masukkan gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan sampingan:
Telur goreng mata kerbau (goreng sampai garing-garing manja gitu)
Bawang besar (potong dadu)
Lada hijau dan lada merah (hiris kecil-kecil)
Limau kasturi (belah 2)




Makan kacang pool tanpa roti adalah ibarat lagu tanpa irama...(hoho..betul ke?)
Jadi kenalah cari jugak roti. Nak makan dengan roti apa pun boleh.
Tapi lagi best kalau roti yang dibuat sendiri. Lepas tu letak butter dan bakar.
Untuk resipi roti, sila lihat di sini. Tapi itu resipi wholemeal bread.
Cuma kalau nak buat roti putih, sila gantikan kesemuanya dengan tepung high protein (anggaran 300gm) dan tidak perlu menggunakan tepung wholemeal

Roti putih, belum sapu butter lagi

Bila dah ada roti, bolehlah sapu butter (atau yang sewaktu dengannya) dan bakar. 



Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba.
Mana tau boleh bagi idea untuk juadah berbuka puasa atau bersahur.

Sekian. Wassalam


Label:

Disember 11, 2016

Homemade Wholemeal Bread

Assalamualaikum


Sempena hari cuti ni, jom kita buat roti. Roti wholemeal memang lebih banyak khasiat, vitamin dan serat. Pastinya baik untuk kesihatan.

Resipi (basic):
  • 200g tepung wholemeal
  • 100g tepung high protein atau tepung roti (tapi saya guna 50g susu tepung dan 60g tepung high protein)
  • 155ml air
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 kecil garam
  • 1 sudu besar yis
  • 2 sudu besar butter
  • Boleh juga tambahkan bread improver & bread softener - 1/2 sudu kecil (setiap satu). Bahan ini boleh didapati di kedai menjual bahan2 kek dan roti.

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk atau bread maker. Kalau guna bread maker tekan function yang berkenaan dan tunggu hingga roti masak.
  • Kalau buat secara manual, gaul sebati dan uli semua bahan sehingga adunan menjadi kenyal. Tutup adunan dengan tuala lembab. Biarkan roti mengembang hingga 2x ganda (atau rehatkan adunan dalam 30 - 40 minit). 
  • Setelah kembang, tumbuk2 atau uli roti untuk keluarkan angin.
  • Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan biarkan hingga kembang 2x ganda (dalam 30 minit).
  • Bakar dalam suhu 180°c selama 30 - 40 minit (ikut oven masing2) atau hingga bahagian luar roti keperangan.
  • Setelah masak, sejukkan dan potong mengikut suka. Sedia untuk dihidangkan.
  • Nota: Adunan ini dapat satu loaf :)

Sekian. Selamat mencuba.
Wassalam.

Label:

Julai 03, 2016

Biskut Oat Sukatan Cawan Part 2


Assalamualaikum

Ini adalah kesinambungan cerita Biskut Oat Sukatan Cawan yang pernah saya kongsikan dahulu. Sila lihat sini.
Al kisahnya nak buat biskut oat version raya, jadi Akak modify apa yang patut. Kunun-kununnya lahhh

Resipinya lebih kurang dengan resipi biskut oat yang pernah saya kongsikan dulu. Cuma kali ni saya tambahkan 1/2 cawan biskut oreo yang telah dihancurkan dan 1/2 cawan almond nibs.

Untuk hiasan, hentam sajalah labu...
Untuk version ni, Akak tepekkan white chocolate yang telah dicairkan, lepas tu tabur dengan biskut oreo yang telah dihancurkan..

Sila abaikan hasil yang tak berapa kemas dan bersimpang siur tu.
Akak saja nak post kat sini buat kenang kenangan. Sebabnya bukan senang nak dapat mood rajin buat biskut raya. Tahun depan belum tau....huhu

Sekian. Wassalam.


Label:

Julai 02, 2016

Memori Kiuh Siput



Assalamualaikum

Kuih siput sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan siput sedut yang kita selalu buat masak lemak tu. Juga jauh sekali kaitannya dengan siput babi yang sampai sekarang masih kompius tentang identitinya sama ada dia adalah siput atau babi :D

Kuih siput adalah salah satu kuih tradisional yang selalunya membuat kemunculan istimewa di hari raya. Kalau tak hari raya pun ada jugak, tapi kirim salam ajelah kalau nak suruh Akak buat sendiri.

Kalau masa arwah Mak ada dulu, rajin juga buat kuih siput ni. Mak bancuh, kami gentel sama-sama. Sambil buat kuih siput, sambil bercerita. Lama tu, kalau buat sekilo tepung, mau lenguh juga tangan nak habis kan menggentel. Cerita satu kampung pun sempat di up-date :)

Tapi sekarang saya buat kuih siput bersendirian. Afiq ada juga offer nak tolong..tapi tak pe lah Takut jadi kuih kura-kura pulak :)
Tunggu Afiq besar siket ya...nanti Afiq tolong Mama. Besar lagi nanti, carikan Mama menantu yang rajin tolong Mama kat dapur.....eehhh :D

Resipi kuih siput ni saya ambil dari Aynorablogs (www.aynorablogs.com)
Saya buat siket aje. Anggaran 1 balang sederhana besar.

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 50mg marjerin (cairkan dan biarkan suam-suam)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk udang kering (saya gantikan dengan serbuk ikan bilis knor...maklum le..allergic udang..hihi)
  • 3 sudu kecil serbuk cili (saya guna 2 sudu kecil chili flakes sebab serbuk cili dah abih)
  • 1 sudu kecil serbuk kari (saya suka suki tambah)
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa



Cara-cara:
  • Panaskan marjerin dan disejukkan sebentar (biar suam-suam kuku).
  • Gaul tepung bersama garam, serbuk jintan putih, jintan manis, serbuk kari, serbuk cili dan serbuk ikan bilis. Masukkan marjerin yang telah dicairkan.
  • Gaul rata dan masukkan telur ke dalam adunan. Sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kalau dah tak melekat, kira dah ok la tu. Uli hingga menjadi doh.
  • Cubit sedikit adunan. Gentel bagi bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
  • Panaskan minyak. Goreng kuih siput dengan api sederhana. Bila sudah 5 minit menggoreng, masukkan setangkai daun kari yang telah dilurut daunnya. 
  • Goreng hingga masak dan garing. Angkat dan sejukkan. Masukkan ke dalam balang. Tutup rapat-rapat.

Sekian. Selamat mencuba.

**Al Aftihah untuk arwah ibu saya. Semoga diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.




Label:

Jun 25, 2016

Biskut Choc Chip Emping Jagung


Assalamualaikum

Pagi ni Akak busy try resipi baru yang dikongsi oleh kawan sepejabat. Kak Shikin Merah namanya.
Resipinya ringkas dan mudah, sebab tu Akak nak cuba. Kalau kuih yang susah-susah tu, Akak main tunjuk-tunjuk aje kat kedai :)

Bahan-bahan:
  • 150 gm butter
  • 150 gm tepung
  • 75 gm gula castor
  • 60 gm corn flakes
  • 50 gm choc chips
  • Sedikit esen vanila (saya letak 1 sudu kecil)
  • Almond nibs/flakes sesedap rasa (saya letak dalam 70 gm)


Cara-cara:
  • Campurkan gula dan butter. Kacau rata sampai ringan. Masukkan esen vanila.
  • Ayak tepung, masukkan ke dalam bahan. Gaul rata.
  • Masukkan corn flakes, choc chip dan almond nibs/flakes. Gaul rata.
  • Bentukkan kecil-kecil dan susun di dalam dulang pembakar.
  • Bakar dalam suhu 170°c selama 15 ke 20 minit.
  • Sejukkan dan susun di dalam balang.
  • Sedia untuk di bawa ke rumah mertua sebagai buah tangan balik raya :)

Sekian. Selamat mencuba.


Label:

Jun 16, 2016

Dodol dan Pressure Cooker

Assalamualaikum

Kalau dulu, nak masak dodol, pasti lebih 4 jam masa yang diambil untuk mengacau (biasanya buat time nak raya). Dah le tengah puasa, berdiri pulak depan api sambil mengacau. Bila dodol masak, orang pun terlepek...(tapi tangan sado lah...huhu)
Harapnya dengan menggunakan pressure cooker ni, kerja-kerja membuat dodol akan menjadi lebih mudah.



Sebenarnya dah lama saya teringin nak buat ekperimen memasak dodol dengan menggunakan pressure cooker. Alhamdulillah, tercapai juga hajat.

Oleh kerana bilangan ahli keluarga saya tidak ramai dan semuanya 'berperut kecil"...hihi...jadi saya buat dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Nama pun eksperimen kannn....
Resipi ini saya ambil di blog mamajue.com

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 cawan gula merah (saya rasa, kalau dapat gula kabung lagi bagus, sebab Mak Mertua saya guna gula kabung untuk buat dodol)
  • 1/2 cawan gula pasir (saya gunakan 2 sudu sahaja, sebab dah manis...buahaha)
  • 1 cawan santan (saya guna 1 kotak santan segera, tambahkan sedikit air untuk dapatkan 1 cawan santan)
  • 1 sudu tepung beras
  • 1 sudu tepung ubi (ni saya saja campur walau tak ada dalam resipi sebenar, saja nak tengok apa jadi. Lain kali Mak nak tambah durian pulak....ngeee)
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan


Cara-cara:
  • Masukkan kesemua bahan kecuali daun pandan ke dalam blender. Kisar sampai halus.
  • Tapis bahan yang telah dikisar
  • Tuang kesemua bahan ke dalam periuk (tutup periuk)
  • Tekan function 'stim'. Biarkan dalam 3 ke 4 minit.
  • Buka periuk dan terus kacau....perlukan stamina untuk kacau laju-laju supaya hasilnya tidak berketul-ketul. Masaknya juga sangat cepat ( #kecepatan ). Kalau ikut masa yang saya ambil tadi, lebih kurang 15 ke 20 minit.
  • Bila dodol sudah likat dan pejal (kira macam rupa dodol yang korang selalu jumpa...), boleh lah dimasukkan ke dalam bekas.
  • Biarkan sejuk... (tak boleh makan masa panas-panas, sebab Mak pose...haha)

Nota: ini percubaan kali pertama, nanti lepas di rasa dan melalui 'QA' punya proses, bolehlah diperbaiki mana yang kurang.

Sekian. Selamat mencuba

Wassalam.






Label:

Mei 15, 2016

Ayam Goreng Cili


Assalamualaikum

Jom kita tengok resipi ayam goreng cili. Satu sajian ringkas. Kalau orang kata style masak 'campak-campak'... inilah salah satu darinya. Mak tengok resipi ni pun kat fb hari tu. Bila dah try dan rasa ok, share kat sini pulak.
Esok-esok senang nak refer.


Bahan-bahan

  • Isi ayam (dalam 400gm, di potong dadu atau memanjang - ikut suka)
  • Sedikit tepung jangung (untuk digaulkan pada ayam)
  • Cili kering (ikut tekak, nak pedas boleh letak banyak)
  • 1/2 biji capsicum hijau
  • 1/2 biji bawang besar holland (mak guna  1 biji bawang besar biasa)
  • Sedikit daun bawang
  • 4 biji bawang putih (diketuk atau hiris halus)
  • Sedikit sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis - ikut rasa masing-masing
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara
  • Perap ayam bersama tepung jagung selama lebih kurang 15 minit. Lepas tu goreng tapi jangan garing sangat.
  • Tumis bawang putih, masukkan cili kering dan goreng sampai garing
  • Masukkan sedikit air (dalam 1/3 cawan)
  • Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis - sesuai selera
  • Masukan ayam yang telah digoreng
  • Masukkan bawang, daun bawang dan capsicum - gaul rata
  • Mak tambah kacang gajus sikit....biar ada rasa rangup dan lemak2 siket :)
  • Sedia untuk dihidang.
Nota: tak perlu garam atau gula sebab semua rasa dah ada. Resipi yang mudah. Sesuai sangat untuk ibu-ibu bekerja atau untuk lauk sahur nanti :)


Sekian. Wassalam.


Label:

Mei 02, 2016

Biskut Oat Sukatan Cawan

Assalamualaikum


Hari ni terjumpa resipi biskut oat yang amat mudah. Caranya mudah, bahannya juga senang di cari.
Saya jumpa resipi ini di blog 'buatwanita.blogspot.my'

Jom tengok resipinya
  • 2 cawan tepung gandum (saya guna 1 cawan sahaja)
  • 2 cawan oat (saya guna 3 cawan). Saja letak lebih sebab cik Abang dah jeling2 kat oat yang dah lama terbiar sepi. Masa beli tak hengat...nak yang pack besar...huhu
  • 3/4 cawan gula kastor ( saya ikut sukatan ni, tapi rasanya agak manis. Kalau nak buat lagi next time mungkin guna 1/2 cawan saja. Mak tak suka guna banyak gula sebab dah manis....oohhohoho...silakan muntah hijau :D
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • Minyak jagung secukupnya

Cara-cara
  • Masukkan kesemua bahan kecuali minyak jagung ke dalam mangkuk
  • Lepas tu baru tuangkan minyak jagung sedikit-sedikit. Gaul bahan sehingga menjadi doh.
  • Buat bulat kecil-kecil (saiz ikut suka) dan leperkan. Susun di dalam dulang pembakar. Boleh juga kalau nak letak hiasan coklat chip atau badam.
  • Bakar pada suhu 180°c selama 15 minit.
  • Sedia untuk dihidangkan.
Sila abaikan paras rupa biskut Mak tu. Next time kalau rajin boleh buat bentuk bunga ke, bintang ke atau teddy bear...haha

Sekian. Selamat mencuba.
Wassalam.


Label:

Mac 12, 2016

Broccoli Muffin


Assalamualaikum

Saja nak share resipi ni. Nampak macam ok. Bahan-bahannya mudah dicari dan cara buat pun tak susah sangat.

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk broccoli (di hiris halus). Boleh tambah sedikit carrot kalau nak ada warna-warni.
  • 2 atau 3 biji telur (ikut banyak mana broccoli)
  • 1/4 cawan susu rendah lemak (tak letak)
  • Sedikit cheese mozarella
  • Sedikit lada hitam (yang kasar)
  • Sedikit garam

Cara-cara
  • Di dalam satu mangkuk, campurkan telur , cheese, susu, garam dan lada hitam. Gaul rata. Masukkan broccoli dan carrot yang telah dihiris halus.
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam dulang pembakar muffin.
  • Masukkan ke dalam oven pada suhu 200c selama 30 minit.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Sesuai dijadikan sajian makan malam sebagai pengganti nasi.
Elok juga dijadikan makanan untuk 'alas perut' di waktu pagi, sebelum makan lontong :D


Sekian.


Label: , ,

Februari 10, 2016

Ikan Talapia Cili Hijau

Assalamualaikum
Hari ini saya mencuba resipi talapia sambal/cili hijau.
Kebetulan ada ikan talapia fresh dari Sungai Pahang.
Saja nak tepek resipi kat sini. Senang sikit nak refer :)


Resipi ini saya ambil dari blog periuk tanah (www.periuktanah.blogspot.my)

Bahan-bahan:

  • 6 tangkai cili hijau
  • 1/2 sudu teh belacan (saya tak guna belacan sebab allergic...huhu)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 asam jawa xtra Adabi
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kisar cili hijau bersama belacan - Mak tumbuk guna batu lesung aje tadi :). Tapi, bawang dan cili tumbuk asing-asing.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu dan berbau wangi. Masukkan cili yang telah dikisar/ ditumbuk bersama sedikit air. Tumis hingga terbit minyak.
  • Masukkan asam jawa, garam dan gula. Kacau sampai berkilat. Matikan api dan tuang sambal ke atas ikan. Sedia dihidangkan
Nota : Mak tuang sedikit aje sambal kat ikan tu. Banyak-banyak nanti takut si kecik tu tak boleh nak makan pulak, takut pedas..




Mana-mana yang bukan budak kecik, boleh tambah sambal sendiri yang Mak dah hidang dalam mangkuk lain. Tak pedas nanti tak 'uummpphh' pulak.

Sekian. Wassalam


Label:

November 22, 2015

Nasi Goreng Cili Hijau


Assalamualaikum

Nasi goreng pastinya sudah tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Ada yang memilihnya untuk sarapan pagi atau makan malam. Malah ada juga yang menjadikannya hidangan tengah hari.

Yang pastinya hidangan nasi goreng adalah menu ringkas yang mudah disediakan. Bahan-bahan asasnya seperti bawang, cili dan ikan bilis juga amat mudah untuk dicari dan ada disekeliling kita. Jangan lupa juga kuali, sudip, minyak dan gas untuk memasak ;)

Untuk hidangan malam ini dan kebetulan ada lebihan nasi tengah hari tadi, saya goreng ajelah nasi. Kebetulan ada kawan update pasal makan nasi goreng cabe ijo, tekak ni teringin lah pulak. Kalau ikut resipi, macam tak ada beza sangat dengan nasi goreng biasa, cuma ada tambahan cili hijau. Mungkin lagi pedas lagi ummmphh kot.

Bahan-bahan:
  • 3 cawan nasi
  • 4 biji bawang kecil dan 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili hijau dan 3 biji cili padi hijau (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • Segengam ikan bilis  (separuh digoreng)
  • Sedikit fish cake (hiris dan goreng)
  • Sayuran ikut suka (carrot, kacang panjang , kubis - semua dihiris)
  • Sedikit mentega untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Cara-cara
  • Tumbuk halus bawang, cili dan separuh daripada ikan bilis tadi. Panaskan mentega dan biarkan cair dan panas dalam kuali.
  • Masukkan semua bahan tumbuk dalam kuali dan biarkan garing sedikit. Masukkan sayuran.
  • Masukkan nasi dan gaul rata. Masukkan garam ikut citarasa masing-masing. Masukkan ikan bilis dan fish cake yang telah digoreng.
  • Sedia untuk dihidangkan dan hias ikut suka.

Senang aja kan. Sambil-sambil tu dapat juga berjimat cermat. 

Sekian. Wassalam.

Label:

Oktober 11, 2015

Japanese Cotton Cheese Cake

Assalamualaikum

Di sebabkan suka anak-anak suka sangat makan cheese, maka hari ini Mama dia orang buat operasi cheese cake.



Resipi cheese cake ini saya ambil dari blog Life is colorful. Resipi asal, sila lihat sini.
Saja nak tepek di blog picisan ini.  Esok-esok kalau teringin nak buat lagi, senang nak refer.

Bahannya tidak lah begitu susah nak cari. Tekniknya juga mudah, sebab orang yang tak pandai buat kek macam saya pun boleh faham dan ikut step by step.
Hasilnya?...
Alhamdulillah. Boleh dijadikan hidangan minum petang keluarga. Tapi boleh dicuba jaya lagi untuk memperbaiki apa yang kurang.

Jom tengok resipinya:

Bahan- bahan:
Bahan A
  • 250gm cream cheese
  • 50gm butter
  • 100 ml susu segar
  • 60gm tepung kek
  • 20gm tepung jagung
  • 6 biji kuning telur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil perahan lemon

Bahan B
  • 6 biji putih telur
  • 140gm gula (saya guna gula pasir biasa aje)
  • 3/4 sudu kecil perahan lemon
Ada efek golden brown siket..huhu

Cara-cara:
  • Untuk adunan A: Cairkan cream cheese, butter dan susu segar dengan teknik double boiler. Bila sudah cair, sejukkan adunan cream cheese ini.
  • Asingkan telur kuning dan telur putih. Seboleh-bolehnya, jangan termasuk sedikit pun telur kuning dalam mangkuk telur putih. Telur putih dimasukkan ke dalam mangkuk adunan yang lebih besar.
  • Satukan tepung kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon dalam mangkuk adunan. Kemudian, tuang adunan cream cheese dan gaul hingga sebati (guna senduk kayu atau sudu sahaja)
  • Untuk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih (foamy). Selepas itu, tambahkan gula dan pukul sampai bertanduk (soft peak). Sila pastikan ianya sampai bertanduk..kalau lama pun, tunggu aje lah. 
  • Campurkan adunan A ke dalam adunan B yang telah gebu. Kacau hingga sebati.
  • Bakar kek dalam oven selama 60 minit pada suhu 160c dengan cara au bain-marie (waterbath). Dalam bahasa yang lebih mudah, caranya adalah dengan menggunakan 2 loyang yang salah satunya mesti besar sedikit. Adunan kek dimasukkan ke dalam loyang yang lebih kecil. Manakala loyang yang lebih besar perlu dimasukkan air kurang separuh daripada isipadunya. Untuk kaedah lebih selamat (kot-kot lah takut air termasuk semasa proses pembakaran), bolehlah membalut loyang (yang berisi adunan) dengan aluminium foil.
  • Setelah masak, silalah sejukkan sebelum dipotong. Selepas itu, bolehlah di ngap untuk hidangan minum petang seisi keluarga.

Selamat mencuba.

Resipi-resipi kek lain:

Sekian. Wassalam.

Label:

Ogos 30, 2015

Kuning Bukan Kerana BERSIH



Entri ini tiada kaitan dengan perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan diadakan di Kuala Lumpur.

Saya hanya ingin kongsikan resipi ikan patin tempoyak yang selalu menjadi hidangan kalau balik kampung. Saja nak tepek resipi kat sini sebagai rujukan. Lagipun ni resipi warisan turun temurun :)

Bahan-bahan:

  • Seekor ikan patin (sederhana besar. Anggaran berat dalam 900gm - 1kg)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 ke 4 sudu tempoyak
  • Segenggam daun kesum
  • 10 biji cili padi (boleh tambah kalau nak lagi pedas)
  • 1 asam keping
  • 4 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  • Tumbuk cili padi dan kunyit hidup. Kemudian masukkan tempoyak dan gaul rata.
  • Masukkan air dan kesemua bahan yang digaul rata tadi ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana.
  • Masukkan ikan. Biar sampai menggelegak. Masukkan daun kesum.
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Tunggu hingga kuah pekat (mengikut cita rasa masing-masing)

Sekian. Selamat mencuba.



Label:

Julai 28, 2015

Kek Pisang

Assalamualaikum

Perasaan teruja ingin mencuba resipi kek pisang dari blog periuk tanah (periuktanah.blogspot.com) timbul kerana bancuhannya hanya menggunakan 'blender' dan sukatannya menggunakan cawan. Jadi, tak perlu susah-susah nak keluarkan mixer dan alat penimbang. Resipinya juga simple dan sesuai untuk orang yang baru belajar macam saya.


Jom kita tengok resipinya.
Bahan-bahan:
  • 4 biji pisang emas (di potong kecil-kecil dan dilenyek)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan minyak masak (saya guna minyak jagung)
  • 4 biji telur (gred A)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum. Diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbornat.
  • 1 sudu teh esen vanila atau esen pisang (saya guna esen vanila).
  • Sedikit perahan air limau nipis (saya tak guna sebab tak sempat nak beli limau..huhu)

Cara-cara:
  • Panaskan oven ke suhu 185c - api atas bawah
  • Sediakan loyang 4 persegi. Lenserkan dengan magerine dan alas dengan kertas minyak.
  • Kisar gula, telur dan minyak di dalam 'blender' hingga putih (anggaran dalam 3 ke 5 minit).
  • Tuangkan bahan yang telah diblend ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.
  • Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila. Gaul sebati.
  • Tuangkan bahan ke dalam loyang pembakar. Masak dalam oven selama 45 minit atau kek telah menjadi keperangan. Setelah itu cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk pastikan yang kek telah masak sempurna atau tidak.

Sekian. Selamat mencuba.

Nota: Resipi kek pisang ini adalah benar dan bukan seperti resipi kulit pisang :)

Baca juga resipi cup cake oren dan cerita tentang kulit oren.

Wassalam.






Label: