Januari 15, 2018

Ikan Merah Masak Kicap


Assalamualaikum.
Semenjak terpandang lauk ikan merah masak kicap di ig kawan saya, tekak ni teringin pulak nak makan.
Semalam nasib baik sempat beli ikan merah di pasar. Jadi, adalah rezeki kami sekeluarga nak makan ikan merah masak kicap hari ni.

Resipi Akak simple aje:
  • 4 kelar ikan merah (saiz sederhana)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 biji cili merah (potong ikut suka)
  • 1 biji tomato (belah 4 atau ikut suka) 
  • Kicap masin dan kicap masin secukup rasa
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
  • Goreng ikan sampai garing (letak garam dan kunyit). Asingkan
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan cili. Masukkan kicap. Masukkan sedikit air (agak2 lah banyak mana). Masukkan serbuk ketumbar.
  • Masukkan tomato. Bila air dah menggelegak, masukkan ikan. Agak2 kuah dan pekat siket boleh masukkan dalam mangkuk kesayangan dan hidangkan.
  • Siap.

Dapat makan dengan nasi panas time musim hujan ni memang ok sangat dah. Lauk ni aje pun dah cukup.
Apa lagi kalau dapat makan satu family. 

Sekian. Wassalam.

#whitebarley
#ikanmerah
#bahagiaitusederhana




5 ulasan:

  1. sedapnya msk kicap... sy mmg suka msk kicap xkisah laa daging ke ayam ke ikan ke...

    BalasPadam
  2. masak kicap ikan masuk ketumbar mesti sedap tu..xpernah cuba lagi

    BalasPadam
  3. selalu masak kari&buat sup& masak asam pedas je ikan merah
    kena cuba nie...

    BalasPadam
  4. Ikan merah ni memang sesuai masak kicap.
    Sedapnye.

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut