Januari 09, 2018

Buah Jambu Dua Sejoli

Assalamualaikum


Semalam, bila balik dari onsite (baca: kerja kat luar), ada 2 biji jambu di atas meja opis. Rupanya ada kawan bagi. Thanks Ida..
Nampak segar dan ranum. Boleh dimakan macam buah epal.

Sebenarnya ada banyak khasiat yang terkandung dalam buah tempatan ini.
Jom kita baca siket apa khasiat yang ada pada buah jambu batu:
  • Mebaiki penglihatan. Buah jambu yang kaya dengan vitamin A dapat membantu membaiki penglihatan. Vitamin A yang terkandung dalam jambu dapat memperlahankan pembentukan katarak dan menghalang penglihatan menjadi kabur.
  • Kulit yang cantik. Buah jambu kaya dengan vitamin C dan antioksida, amat penting  untuk memperbaiki tekstur kulit. Bahan antioksida yang terkandung di dalamnya dapat membantu untuk melambatkan proses penuaan. 
  • Meningkatkan sistem imunisasi. Memakan buah jambu yang bersaiz sederhana dapat membekalkan keperluan harian vitamin C anda. Apa lagi, jom makan buah jambu batu.
Sekian. Wassalam.


Rujukan: 
Artikel- Kebaikan jambu batu yang belum diketahui (www..diarikurus.com)






7 ulasan:

  1. suka jambu ni. sbb mostly x de biji pastu lembut n manis (ikut nasib)

    BalasPadam
  2. suka buah jambu yg rangup..

    BalasPadam
  3. Jambu ni sedap tak seperti jambu biasa tu agak keras.

    BalasPadam
  4. Jambu ni kalau makan dengan kuah rojak dua biji pun belum tentu cukup hiks!

    BalasPadam
  5. ya...rasa buah jambu batu pun sedap..

    lebih sedap kalau dimakan beramai-ramai

    BalasPadam
  6. Jambu batu takde biji ni.
    Tapi tak semanis jambu batu lohan

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut