Disember 25, 2017

Kain Denim

Assalamualaikum

Semenjak Cik Abang betulkan mesin jahit yang dah lama terbiar sepi, Akak punya sawan menjahit dah datang balik.

Kebetulan terjumpa meterial kain denim masa jalan-jalan kat The Mines minggu lepas, apa lagi...
Ada kain yang di beli meter. Tapi harga kain denim ni boleh tahan jugak. RM75 semeter dan sebab tu jugak beli semeter aje...huhu
Ada juga terjumpa kain remnant (kain perca) jenis denim ni. Murah la siket. Tapi nasib-nasib la kalau jumpa. Jenuh jugak nak 'menggali' dalam bekas kain remnant dia orang.

Sebenarnya Akak memang minat dengan kain denim ni...Nampak macam ala2 rock gitu...haha

So hujung tahun ni, selain dari nak menjahit lencana sekolah dan name tag anak-anak, ada banyak pulak benda yang nak dijahit.

Ni la hasil dari kaedah cuba jaya:


Barang anak tak banyak, barang Mak dia yang lebih.. :D
Pendapat peribadi, Akak lebih suka kalau beg atau pencil case tu ada lining, nampak lebih warna warni.
Pasal zip pulak, kalau pergi ke kedai menjual alat-alat jahitan, macam-macam jenis ada. Tu pun part yang menarik jugak. Boleh pilih jenis dan warna zip mengikut citarasa.
Tapi setakat ni tak mampu lagi nak bagi tutorial sebab Akak pun masih terkial kial belajar dari youtube.
Sebenarnya belajar dari youtube tu ok jugak sebab dia tunjuk step by step. Tak caya, cer korang gi tengok.


Type aje diy pencil case, pouch atau yang sewaktu dengannya. Macam-macam cara dan gaya nak buat ada. In shaa Allah boleh faham dan ikut.

Jom cuba.

#whitebarley
#denim
#backtoschool











13 ulasan:

  1. Wa'alaikumsalam..
    Keren ya, penasaran sama kainnya. Lembut nggak ya..he

    Btw, salam kenal ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kainnya ada banyak jenis. Jika denim cotton..kainnya lembut.

      Padam
    2. Oh, gitu. Apakah sama seperti halnya bahan kaos Cotton Combed ya?

      Padam
  2. cantik..zip dia pun lawa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun suka zipnya. Boleh dipelbagaikan.

      Padam
  3. bekas pensel tu ada lebih x, hehee

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Betul tu Pak Cik WP..boleh jimat belanja.

      Padam
  5. Wahh bolehlah ambil tempahan lepas ni hehee.. :) :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Improve skill dulu. Lepas tu..in shaa Allah.
      Bro KK jangam tak beli lak :)

      Padam

Google+ Followers

Pengikut