Disember 11, 2017

Essential Oil Zipper Pouch

Assalamualaikum

Orang kata kalau dah suka, sanggup buat apa saja kan.
Samalah dengan Akak ni. Bila dah suka dengan essential oils, tak sanggup pulak tengok dia tergolek-golek dalam beg.
Kenalah buat satu tempat khas untuk dia supaya dia boleh duduk diam-diam bersopan santun.

Dan inilah hasil kerja malam semalam.


Walaupun jahitannya masih tak berapa kemas, Akak nak tepek jugak kat sini. Sebab ini adalah fenomena yang jarang-jarang berlaku...huhu
Bukan senang Akak nak bermain-main dengan gunting dan jarum ni tau. Biasanya, kalau dapat jahit baju koyak atau butang tercabut pun dah kira huntungggg :D


Lepas ni bolehlah essential oils tu duduk diam-diam. Nak bawak pergi travel atau pergi kerja pun senang.

Sekian. Wassalam.



12 ulasan:

Google+ Followers

Pengikut