Disember 02, 2017

Nostalgia Handphone Nokia 3310

Kisah mencari handphone yang tak guna touch screen. Jenuh jugak nak mencari dan akhirnya jumpa dengan model ini. 
Nasib baik ada di sebuah kedai di Bandar Temerloh.

Jangan ingat model lama tak berguna.
Walaupun fesyen lama, tak bergaya, tidak cun melecun dan tak canggih macam handphone model terkini, ianya tetap berguna.


Jangan lupa yang handphone model ni pernah menjadi antara handphone yang popular sekitar tahun 2000.


Sekali pandang, memang nostalgia sungguh...
Rupa sama macam model nokia 3310 yang lama, cuma versi baru ni agak nipis siket.


Kenangan dulu (sekitar tahun 2001), saya gi kerja (outstation) di Pulau Pinang. Tiba-tiba handphone saya rosak dan langsung tidak boleh digunakan. Satu masalah besar untuk saya ketika itu kerana tidak boleh menghubungi keluarga di rumah. Nasib baik ada kawan yang nak tolong temankan cari dan beli handphone baru. Siap pinjam duit dia kejap sebab Akak tak bawak cukup duit...huhu
Dan model inilah yang menjadi pilihan.

Untuk sahabat saya tu, terima kasih banyak-banyak. Semoga sentiasa murah rezeki..aamiin

Tu aje nak cerita...

Sekian. Wassalam.









15 ulasan:

  1. Telefon lejen untuk call tu.

    Bateri tahan lama dan tak de gangguan dengan group wasap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelam lah dunia kalau tak boleh ber whatsapp....hehe

      Padam
  2. Kalau jatuh terhempas takde risau sangat banding dengan tepon sekarang...

    BalasPadam
  3. seronok sekali-sekala pakai hp gini. tapi lepas tu kena marah dengan family nape tak reply wasap. Haha.HP first kebanyakan generasi remaja awal 2000-an macam saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun sempat jugak pakai yang ni dulu. Antara phone glamer la..
      Actually tak beli untuk sendiri. Tapi kalau ada best jugak. Alasan yang kukuh untuk tak baca atau balas whatsapp

      Padam
  4. Telefon legend ni! hp pertama dlm hidup sy adalah 3310 haha

    BalasPadam
  5. Kak nk cari juga fon gini satu nmpknya.

    BalasPadam
  6. akk pun ada lg hp nokia...huhu..dh lama tk charge bateri..

    BalasPadam
  7. Terkenal dgn game ularnya hehee :D

    BalasPadam
  8. antara hp terbaik...x penah guna tp sy suka sgt keypad dia... mcm game ular plg syok

    BalasPadam
  9. rindu plak tengok handpone lama nih.

    haha

    BalasPadam
  10. Rindunya hp zaman kolej dulu2 ni.. memang berguna sangat waktu belajar dulu ealaupun tak de whatapps bagai macam sekarang.

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut