<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY

Mac 23, 2018

My Sewing Diary

Assalamualaikum
Rasa dah lama tak update aktiviti menjahit.
Rindu pulak pada peralatan-peralatan ni.


Lately memamg sibuk siket, jadi production slow, cuma dapat jahit beberapa bijik beg saja.


Sebenarnya menjahit ni boleh membuat kita lebih fokus. Sambil-sambil tu boleh lah menyerlahkan kreativiti masing-masing...cewah.

Antara kebaikan menjahit ( tak kiralah jahit baju ke, jahit beg, sarung bantal, langsir dan sebagainya)
  • Lebih fokus dan sabar. Dari nak potong kain sampailah proses menjahit sampai siap, kalau tak fokus atau tak ada mood menjahit, memamg tak menjadi ler.
  • Menyerlahkan kreativiti. Bangga tak kalau fesyen baju atau design beg yang kita pakai tu hanya satu dalam dunia...haha
  • Jimat cermat. Bila dah boleh jahit barangan keperluan sendiri memang terasa penjimatannya. Bahan-bahan pun boleh pilih sendiri ikut selera. Nak kain jenis apa, nak zip besar atau zip sorok, nak potongan macam mana..semua boleh adjust.

Tapi perkara yang paling penting, nak kena improve skill dulu.
Belajar lah selagi boleh belajar...Semoga semangat ni tetap kuat dan maintain.....in shaa Allah. Aamiin.

Sekian. Wassalam.



Label:

Februari 14, 2018

Essential Oil Pouch

Assalamualaikum


When you need to bring more than one essential oils every where you go, this pouch is the best solution.




Remember...There is a pouch for that oils..

p/s: you can also use this pouch as your alternative wristlet

Wassalam.

#pouch
#younglivingessentialoil
#sewingdiary

Label: ,

Februari 13, 2018

Not In Paris


Assalamualaikum
Ini adalah percubaan untuk membuat small zipper bag with short handle.


Sesuai juga kalau nak bawak pergi jalan-jalan atau nak buat simpan telekung (kain sembahyang).


Boleh juga dipadankan dengan pouch yang sama corak untuk simpan make up atau barang-barang yang lebih kecil.


Saya gunakan zip warna merah pada pouch tu untuk efek yang lebih seksi...huhu

Ingat beg ingat whitebarley :)

Sekian. Wassalam.

#whitebarleybag
#sewingdiary





Label: ,

Februari 07, 2018

Wristlet For Her

Assalamualaikum.
Ada apa dengan wristlet?


Wristlet adalah sejenis beg (biasanya bersaiz kecil atau sederhana) yang mempunyai tali pemegang di tepinya. Tali tersebut boleh dimasukkan dipergelangan tangan sebagai cara untuk membawa atau memegang beg tersebut.


Biasanya kalau pergi jalan dekat-dekat atau pergi ke sesuatu tempat yang tak perlu bawa banyak barang, bolehlah menggunakan wristlet kerana lebih ringan dan mudah untuk dibawa.




Sekian. Wassalam.

#whitebarley
#wristlet
#sewingdiary

Label: ,

Februari 04, 2018

Tote Bag

Assalamualaikum
Dalam dunia ni..ada banyak jenis beg yang disukai wanita. Antaranya adalah tote bag.


Beg yang ringkas bentuknya serta ringan membolehkan ia dibawa ke mana saja. Nak bawa ke office, pergi shopping, pergi berkelah, kelas tution atau ke mana saja.


Saya suka beg ni sebab senang nak sumbat apa saja. Kalau nak pergi shopping waktu tengah hari (lunch hour) tak adalah orang nampak sangat kita bawak balik beg plastik dari supermarket atau hypermarket mana.
Ter-cover lah siket beg plastik sogo, parkson, isetan atau apa saja...:)


Tote bag yang ada dalam gambar ni adalah jenis reversible. Satu beg, tapi boleh diterbalikkan untuk mendapat 2 corak. Ada dua permukaan kata orang.
Boleh guna ikut mood..
Contohnya hari ni guna side A (gambar rama-rama). Esok boleh guna side B (denim)...


Tidak dinafikan, saya memang minat sangat dengan kain denim. Sebab tu kebanyakan hasil jahitan menggunakan kain jenis ini.


Gambar-gambar di atas adalah hasil kerja weekend ni. Alhamdulillah, dapat menyiapkan beberapa beg. 
Menjahit ni best tau sebenarnya. 
Moga hobi yang ini juga dapat menjadi salah satu sumber pendapatan. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

My new collection






#totebag
#diybeg
#whitebarleybeg
#sewingdiary


Label: ,

Januari 06, 2018

Back To School

Assalamualaikum
Macam biasa, awal Januari memang masa yang sangat sibuk.
Ini lah masa untuk adjust kembali masa dari 'waktu bercuti' kepada waktu normal.

Mak-mak pun sibuk nak pastikan kelengkapan sekolah anak sudah tersedia, anak-anak cukup makan dan bekalan sebelum pergi ke sekolah, bas sekolah tiba tepat pada waktu dan macam-macam lagi.

Itu belum lagi ibu bapa yang ada anak bersekolah darjah 1. Mesti lagi sibuk untuk memastikan anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan suasana persekolahan baru.


Bagi anak-anak pulak, walaupun dah kembali kepada rutin asal yang memenatkan, mesti suka bila dah dapat jumpa kawan-kawan.

Kadang-kadang tu kesian jugak. Kena bangun awal pagi, petang baru sampai rumah (sekolah kebangsaan dan KAFA), malam buat homework. Beg sekolah pun berat nak kena pikul... :(

Tapi nak buat macam mana. Inilah namanya pengalaman hidup. Orang kata zaman persekolahan adalah zaman yang paling indah. Betul tak?..

Sekian. Wassalam.

#bekasbotolair
#handmade
#efekcorakbulu
#photobyfidah



Label: ,

Disember 25, 2017

Kain Denim

Assalamualaikum

Semenjak Cik Abang betulkan mesin jahit yang dah lama terbiar sepi, Akak punya sawan menjahit dah datang balik.

Kebetulan terjumpa meterial kain denim masa jalan-jalan kat The Mines minggu lepas, apa lagi...
Ada kain yang di beli meter. Tapi harga kain denim ni boleh tahan jugak. RM75 semeter dan sebab tu jugak beli semeter aje...huhu
Ada juga terjumpa kain remnant (kain perca) jenis denim ni. Murah la siket. Tapi nasib-nasib la kalau jumpa. Jenuh jugak nak 'menggali' dalam bekas kain remnant dia orang.

Sebenarnya Akak memang minat dengan kain denim ni...Nampak macam ala2 rock gitu...haha

So hujung tahun ni, selain dari nak menjahit lencana sekolah dan name tag anak-anak, ada banyak pulak benda yang nak dijahit.

Ni la hasil dari kaedah cuba jaya:


Barang anak tak banyak, barang Mak dia yang lebih.. :D
Pendapat peribadi, Akak lebih suka kalau beg atau pencil case tu ada lining, nampak lebih warna warni.
Pasal zip pulak, kalau pergi ke kedai menjual alat-alat jahitan, macam-macam jenis ada. Tu pun part yang menarik jugak. Boleh pilih jenis dan warna zip mengikut citarasa.
Tapi setakat ni tak mampu lagi nak bagi tutorial sebab Akak pun masih terkial kial belajar dari youtube.
Sebenarnya belajar dari youtube tu ok jugak sebab dia tunjuk step by step. Tak caya, cer korang gi tengok.


Type aje diy pencil case, pouch atau yang sewaktu dengannya. Macam-macam cara dan gaya nak buat ada. In shaa Allah boleh faham dan ikut.

Jom cuba.

#whitebarley
#denim
#backtoschool











Label:

Disember 11, 2017

Essential Oil Zipper Pouch

Assalamualaikum

Orang kata kalau dah suka, sanggup buat apa saja kan.
Samalah dengan Akak ni. Bila dah suka dengan essential oils, tak sanggup pulak tengok dia tergolek-golek dalam beg.
Kenalah buat satu tempat khas untuk dia supaya dia boleh duduk diam-diam bersopan santun.

Dan inilah hasil kerja malam semalam.


Walaupun jahitannya masih tak berapa kemas, Akak nak tepek jugak kat sini. Sebab ini adalah fenomena yang jarang-jarang berlaku...huhu
Bukan senang Akak nak bermain-main dengan gunting dan jarum ni tau. Biasanya, kalau dapat jahit baju koyak atau butang tercabut pun dah kira huntungggg :D


Lepas ni bolehlah essential oils tu duduk diam-diam. Nak bawak pergi travel atau pergi kerja pun senang.

Sekian. Wassalam.



Label:

Ogos 17, 2015

Mesin Jahit


Alhamdulillah...Setelah beberapa ketika membuat tabungan, akhirnya si dia idaman kalbu yang berwarna kelabu ini selamat tiba di rumah.

Mesin jahit mudah alih ini mempunyai 32 corak jahitan, jahitan lubang butang 1 langkah, pemasukan benang automatik, lampu LED dan beberapa perkara lain. Memang agak user friendly untuk saya yang baru nak belajar jahit lurus ni.
Nak tulis lebih-lebih pun, saya bukannya pandai sangat pasal mesin jahit. Lagipun entri kali ini tidak ditaja oleh SINGER...hahaha :)

Jadi, weekend lepas memang busy siket. Mana nak belek-belek mesin jahit, nak baca manual dia, nak berangan angan nak jahit apa, nak tengok you tube pasal cara buat beg, nak pergi kedai membeli peralatan jahitan dan pergi open house yang masih berbaki...ehhh

Dan akhirnya terhasilah...

Walaupun potongan dan jahitanya masib tidak sempurna, tapi dalam hati tetap berbunga-bunga dan hidung pun kembang kempis bila anak-anak memuji.."Cantiknya beg yang Mama buat"...hihi..
"Mak siapa???"
"Mak saya"...(teringat kat dialog satu cerita kartun kegemaran anak-anak. :D )
Yang part kualiti jahitan dan yang sewaktu dengannya tu, nanti mama dia boleh develop skill pelan-pelan. In shaa Allah, masih ada masa lagi nak belajar dan terus belajar..... Tak gitew Mak Jah, Kak Leha dan Long Senah...haha

Ok. Sekian saja untuk cerita kali ni.

Wassalam.








Label: