October 29, 2013

Maaf, saya tersilap


Melakukan kesilapan yang tidak disengajakan.

Pernah atau biasa mengalaminya?
Saya mengalaminya baru baru ini. Betul betul tak sengaja. Tak berniat langsung.

Bila kesilapan dah berlaku, saya terfikir kembali, malah terfikir berulang ulang kali…macam mana boleh berlaku? Kenapa saya tidak lebih berhati hati supaya kesilapan itu tidak berlaku?...
Kalau nak cerita mengenai perasaan masa tu, macam-macam pun ada. Kesal, bersalah, malu…aduhai. Tapi apakan daya, masa yang berlalu tidak boleh ditarik kembali dan apa yang boleh dibuat hanyalah minta maaf dan teruskan kehidupan seperti biasa.

Berbicara mengenai maaf, apakah cara yang terbaik untuk melakukannya?
Sesetengah orang berpendapat, meminta maaf haruslah juga di sertakan dengan mengaku kesilapan yang telah dilakukan dan mencari jalan untuk membetulkan keadaan supaya kesilapan tersebut tidak berulang lagi.
 
 
 
Benarkah begitu???
Saya tak pasti, tapi saya harap, itulah cara yang terbaik.

Sekian. Wassalam.

October 16, 2013

Salam Perkenalan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Salam Aidil Adha

Alhamdulillah. Hari ini tercapai juga hajat untuk memperkenalkan blog sendiri. Satu hajat yang tertangguh sejak berbulan lalu kerana tuntutan kerja yang agak banyak.

Beberapa bulan lalu, saya terjumpa satu ‘phrase’ di dalam salah sebuah buku motivasi yang bertajuk “Life Coaching”……
“When we relax, have fun or take part in new experiences, we need to engage as fully as possible, thus ensuring that we are living in the present moment with experience”

Emmm….mencuba sesuatu yang baru, mendapat kenalan baru dan menambah pengalaman….Mungkin itu yang mendorong saya untuk menulis di blog. Saya bukanlah seorang penulis professional tetapi sekadar untuk menambah pengalaman di dalam bidang penulisan disamping dapat berkongsi ilmu, maklumat dan pendapat dengan para pembaca sekelian. Saya berharap semoga blog ini akan dapat memberi manafaat kepada semua.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga saya tujukan buat sahabat-sahabat yang telah memperkenalkan, memberi galakan dan sabar dalam mengajar saya tentang dunia blogging ini. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa sahabat-sahabat semua.



Semoga bertemu lagi di entri-entri akan datang. In Shaa Allah.
Sekian. Wassalam.