April 28, 2016

Menunggu Giliran

Assalamualaikum


Semalam, 27 April, saya bercuti kerana nak renew passport di Jabatan Imigresen, Kajang. Sampai ke sana dalam pukul 9 lebih.

Walaupun saya rasa perkhidmatan di Jabatan Imigresen Kajang agak cekap, tapi masa menunggu dekat 2 jam juga, dari mula sampai hingga semua urusan selesai. Mungkin kerana ramai orang.
Orang kata kalau nak cepat, kena datang seawal 7.30 pagi. Nak buat macam mana...dah terlambat... :(

Tapi prosesnya mudah. Hanya perlu bawa kad pengenalan dan passport lama. Lepas tu, tunggu angka giliran. Gambar pun diambil di sana. Cuma perlu senyum aje di kamera depan kaunter tu...hihi. Tak perlu bawa gambar sendiri. Bayaran yang dikenakan adalah RM200.

Dari duduk melopong sorang-sorang semalam, sempat juga Mak update blog dalam masa 2 jam tu. Kira hampir 60% entri semalam ditulis semasa menunggu giliran :)

Selesai urusan di Jabatan Imigresen, saya bergegas ke Tabung Haji, Bangi kerana sudah berjanji dengan Cik Abang nak register kan anak-anak untuk mendapatkan giliran menunaikan fardu haji. Tengok punya tengok...tahun peruntukannya pada 2099...Aduhai...


Maafkan Mama wahai anak-anak ku..sebab lambat register. Menyesal betul sebab tak registerkan anak-anak lebih awal. Umur berapa pulak lah dapat pergi ni. :'(
Tapi, ketentuan Allah siapa tahu. Mana tahu kalau ada rezeki dapat giliran dan menjadi tetamu Allah di sana lebih awal. In shaa Allah.


Sekian. Wassalam.








April 27, 2016

Kenali Ciri-ciri Si Penipu

Assalamualaikum

Kadang kala, tanpa kita sedar kita sebenarnya sedang berhadapan dengan si penipu.



Saya pernah terbaca satu artikel tentang bagaimana gaya Si Penipu apabila berdepan dengan orang yang di tipu. Antaranya:

  • No eye contact. Biasanya Si Penipu tidak berani bertentang mata bila bercakap dengan orang yang di tipu. Matanya akan liar memandang ke arah lain. Tapi jangan pula terkeliru dengan si pemalu yang bila bercakap hanya memandang lantai.
  • Cerita atau alasannya sentiasa bertukar-tukar. Contohnya jika sudah berjanji untuk melalukan sesuatu seperti bayar hutang, pasti akan ada 1001 alasan seperti anak sakit, girlfriend jealous, nak tolong kawan berniaga, nenek berkahwin dan macam-macam lagi...
  • Suka mengubah topik cerita. Contohnya jika kita minta penjelasan, kenapa tidak boleh membayar hutang seperti masa yang dijanjikan, dia tidak menjawab pertanyaan itu. Sebaliknya dia bercerita tentang pasukan bola sepak JDT atau masalah kucingnya yang baru melahirkan anak sebanyak 4 ekor...boleh?
  • Be Defensive. Ada juga yang bertindak begini. Pantang 'dicuit' atau ditanya tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkara yang ditipu, pasti dia akan melenting dan akan mempertahankan dirinya se-maksimum mungkin....eerrmm
  • They Act Nervous Around You. Mereka kelihatan gementar bila berdepan dengan orang yang ditipu. Pertuturan atau percakapannya mungkin menjadi laju. Faktanya juga menjadi tidak teratur. Maklumlah, pasti sukar jika mulut harus berbicara manis sedangkan otak sedang ligat mencari bermacam-macam alasan :)
  • Tak Reti Duduk Diam. Hakikatnya mereka berada dalam keadaan tidak tenang bila berdepan dengan orang yang ditipu. Kejap memandang ke luar, kejap tengok lantai atau mata asyik memandang handphone...ber whatsapp, ber message, bermain game atau apa saja bagi mengelakkan rasa gelisah.
  • Cuba Mengelak atau Menjauhkan Diri. Cuba kita fikirkan, kalaulah kita membeli barang dengan seseorang dan dia telah berjanji akan menghantar barang tersebut pada tarikh tertentu. Namun, pada hari yang dijanjikan, barang yang dibeli tidak juga muncul. Bila di telefon atau di message/ whatsapp atau sebagainya, buat-buat tak kenal pula...bagaimana?

Seharusnya kita bersangka baik pada semua orang. Jika orang tersebut adalah sahabat kita, mungkin harus juga faham apa masalah sebenarnya. Namum, sikap berhati-hati dan sentiasa berwaspada juga perlu supaya tidak mudah diambil kesempatan.


Sekian. Wassalam.

Ref: 10 signs you're dealing with a liar, www.powerofpositivity.com
Pic: google





April 24, 2016

Adakah Usia Hanya Suatu Angka?


Assalamualaikum

Sesetengah orang kata, usia hanyalah suatu angka. Cuma angka atau nombornya tak pernah menurun...setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun..usia kita pasti meningkat.

Bagi sesetengah orang..pertanyaan tentang umur adalah sensitif. Contohnya bila orang tanya..."berapa umur you?"..
Nanti dijawab "Rahsia"...huhu

Walau apa pun, peningkatan usia juga merupakan satu peringatan. Bila umur   semakin meningkat, hari kematian juga semakin dekat.
Moga sentiasa menjadi lebih baik dan sentiasa mensyukuri nikmat usia yang diberikan.

Seperti lirik lagu kumpulan Raihan
Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Apa wish tahun ni?
Moga dipanjangkan usia untuk membuat kebaikan, diberikankan sebanyak rezeki, diberikan kesihatan, dimudahkan segala urusan untuk diri dan keluarga.
Moga boleh terus memberikan komitment untuk berblogging dan semoga silaturrahim dengan sahabat-sahabat sekelian berkekalan....aamiin


Sekian. Wassalam.
1st pic : google



April 20, 2016

WW#7 Pandangan Kita Berbeza


Apa yang kita lihat tak semestinya sama dengan apa yang orang lain nampak.

Kita adalah unik. Setiap orang pastinya mempunyai pandangan dan perspektif yang berbeza bila melihat sesuatu. Apa yang penting, kita saling menghormati dan tidak mudah 'menghukum' orang berdasarkan apa yang kita lihat sahaja.

**Hanya sebagai peringatan untuk diri sendiri.

Sekian. Wassalam.

Pic: geologypage


April 17, 2016

Antara Salad Dan Pecal


Assalamualaikum

Kalau orang puteh (baca: orang barat) makan sayur mentah dengan mayonis, thousand islad, caesar dressing, Italian dressing dan sebagainya, orang kita juga ada 'sambal kacang' untuk menikmati sayur.

Bezanya segala 'dressing'di atas boleh dituang aje dari botol, berbanding dengan sambal kacang yang perlu menjalani beberapa proses seperti goreng kacang, goreng cili, goreng bawang...nak blend lagi...huhu.

Sebab tu walaupun tekak jawa Mak memilih pecal sebagai sayuran, Mak lebih rela makan salad kalau tekak teringin nak makan sayur mentah (di samping makanan lain seperti nasi ayam, mee goreng, roti canai, lontong, cekodok pisang, kek coklat dan sebagainya). Nak makan pecal pun, cuma weekend aje lah.

Kot la tetiba tekak teringin nak makan pecal dan bawak bekal ke opis, kena bangun sebelum subuh lah nampak gaya sebab nak kena goreng kacang, tempe, tahu dan sebagainya. Sebab tu tak bawak bekal pecal.
Bawa bekal salad sebenarnya lebih mudah dan ringkas. Tapi, kalau malas jugak nak bersihkan sayur untuk dibawa sebagai bekalan...Mak makan strawberry...huhu :D

Tentang khasiat, keduanya baik untuk kesihatan. Nama pun sayur..

Salad:
Tidak dinafikan vitamin yang terkandung dalam sebuah hidangan salad. Apa lagi kalau digabungkan dengan sayur pelbagai warna. Salad kaya dengan vitamin C, E, folic asid, beta karotin dan sebagainya. Salad juga kaya dengan fiber dan boleh mengenyangkan. Sangat sesuai bagi yang sedang berdiet bagi mengurangkan jumlah lemak serta kalori dalam menu harian.

Pecal:
Hidangan yang cukup lengkap dengan protein, karnohidrat, zat besi dan pelbagai jenis vitamin termasuk A, B1, C dan sebagainya. Baik juga untuk yang sedang berdiet...at least makanan tu ada rasa pedas dan lemak. Kalau makan pecal ni boleh kenyang dan tak perlu makan nasi...betul tak?..

Kalau korang pulak, suka yang mana?


Sekian. Wassalam.







April 15, 2016

Kenapa Orang Makan Pop Corn Bila Tengok Wayang?

Assalamualaikum


Pernah terfikir tak soalan ni?
Dalam banyak-banyak benda, kenapa orang makan pop corn kalau tengok wayang??
Kenapa tak makan benda lain?



Berdasarkan pemerhatian, ada beberapa sebab kenapa orang memilih pop corn. Antaranya:
  • Mudah untuk didapati. Biasanya pihak pengurusan panggung wayang akan menyediakan kaunter jualan pop corn dekat-dekat pintu masuk. Jadi, senanglah nak beli. Kalau anak-anak saya, tak sah tengok wayang kalau tak beli pop corn dulu...banyaklah lagi duit mak dia 'terbang' kalau tengok wayang
  • Makanan luar tidak dibenarkan masuk. Kalau boleh bawak masuk, mesti orang akan bawak macam-macam makanan seperti roti jala, apam balik, putu mayam dan sebagainya ke dalam panggung wayang.
  • Dulu-dulu pernah juga dengar cerita orang makan kuaci. Tapi sekarang mungkin tak boleh kerana akan menyebabkan panggung wayang bersepah-sepah dengan kulitnya.
  • Makan pop corn tak bising macam makan kerepek pisang atau rempeyek...krup..krap..krup krap...dan boleh mengganggu tumpuan penonton lain.
  • Rasa pop corn yang sedap. Ditambah dengan caremal. Peerrrggghhh...makan tak berhenti. Tapi, tidak begitu baik untuk orang yang sedang berdiet kerana kandungan kalorinya agak tinggi. Nak makan siket-siket sambil 'pow' air coke anak tak pe...huhu
  • Boleh mengalihkan tumpuan sekiranya ada bab-bab dalam filem yang ditonton tu, terlalu membosankan. Nak keluar sayang pulak sebab tiket wayang mahal (termasuk gst). Nak bukak segala gadget nanti kena marah dengan penonton lain. Layan ajelah pop corn. Konsep yang sama juga boleh diguna pakai sekiranya film yang di tonton terlalu sedih atau seram....makan pop corn sambil pejam mata...hiksss

Sekian. Wassalam
Gambar: Sumber

April 13, 2016

Kain Buruk

Assalamualaikum

Kain buruk. Walaupun namanya kain buruk, kegunaannya sangat banyak terutamanya untuk membantu tugas-tugas di rumah.


Air tumpah cari kain buruk.
Lap meja cari kain buruk.
Lap dapur guna kain buruk.
Lap kaki pun kadang-kadang guna kain buruk...

Saya pasti di setiap rumah ada kain buruk. Tak kan lah kerja-kerja mengelap semuanya nak guna tisu dapur (yang harganya termasuk gst tu kann)..mahal Kak Ton...:)

Walaupun namanya kain buruk, kebersihannya perlu dijaga. Takkan lah nak biar sampai hitam berlendir.....issshhhkk...nak pegang pun geli. Apatah lagi nak buat lap meja makan keluarga.

Berikut adalah cara-cara untuk memastikan kain buruk sentiasa bersih:
  • Rendam semalaman dalam air sabun (biasanya guna sabun basuh baju...jangan guna sabun pencuci muka anti jerawat pulak). Pastikan ianya tidak di rendam sekali dengan pakaian harian seperti baju sekolah anak, kain batik sutera atau tudung fareeda...eehhh :)
  • Gunakan bekas/baldi yang berlainan untuk merendam kain lap meja dan kain untuk alas kaki.
  • Lepas rendam, bolehlah dicuci. Nak cuci guna tangan boleh, nak guna mesin basuh pun boleh.
  • Sidai sampai kering. Lipat molek-molek dan sedia di gunakan.
  • Kalau rasa kain buruk tu dah uzur sangat, buang saja. Sila pergi ke stor atau almari dan carilah baju atau kain lama yang tidak mahu digunakan lagi untuk dibuat kain buruk...
  • Beli saja kain-kain tuala bersaiz kecil untuk dijadikan kain lap (lama-lama jadi kain buruk jugak tu...hihi)

Kebetulan hari tu saya jumpa kain lap ini di kedai. Nampak macam ok dan boleh digunakan untuk lap macam-macam (mengikut bahan dan keperluan walaupun nak guna sayang...sebab comel lah pulak...hihi).
Suka suki Mak beli. Niat di hati nak buat kain lap.

Sampai di rumah, anak nak ambil satu untuk lap meja...siap tanya lagi..


"Ma......yang ni, kain buruk ke kain baru?.."...


Sekian. Wassalam





April 11, 2016

Kalaulah Ada Mesin Lipat Baju

Assalamualaikum

Melipat baju...satu tugas harian yang mudah tapi amat malas untuk melakukannya.
Tapi bila melihat kain baju yang sudah dibasuh bertimbun-timbun, sakit mata jugak. Anak cuma 2, tapi baju macam anak 13 orang :D
Nak tak nak harus dilipat dan dikemas juga.



Pernah juga cakap pada Cik Abang...
"Kalau ada orang jual mesin lipat baju, beli la satu...jadi mama ada lebih masa untuk pergi spa..eehh :D"

Jom kita semak tip-tip melipat baju terutamanya bagi yang tidak begitu rajin;
  • Lipatlah setiap hari supaya sekali lipat jumlahnya tidak banyak. Penat juga nak melipat jika yang asalnya tanah rata dah jadi busut, bukit atau gunung ganang.
  • Lipat baju sambil menonton tv. 2 in 1 kata orang. Kerja melipat baju beres, pada masa yang sama segala cerita kat tv baik filem omputeh, cerita hindustan, sinetron atau drama melayu...macam-macam boleh update
  • Ajak ahli keluarga lipat bersama. Berat sama dipikul, baju sama dilipat. Selain itu dapat juga mengajar anak-anak supaya lebih prihatin dan bertanggungjawab.
  • Buat konsep 1 orang, 1 bakul baju. Contohnya baju suami 1 bakul, isteri 1 bakul, anak pertama 1 bakul dan anak ke 2....satu bakul. Jadi baju tidak bercampur-campur dan senang nak cari (in case tak sempat lipat lagi).
  • Menggunakan perkhidmatan melipat baju. Pernah juga tengok iklan ni. Tapi bagi saya, tak perlu kot...Tak best juga kalau kain baju kita dihantar ke kedai atau rumah orang untuk dilipat, especially yang dalam-dalam atau yang kecik-kecik tu....iiiissshh! Lagipun melipat baju bukannya susah...cuma kadang kala ada sedikit malas.
  • Ambil pembantu rumah. Bukan saja kain baju akan dilipat, segala kerja rumah akan dibuat (ikut nasib la). Tapi.... saya tidak begitu selesa jika ada orang asing dalam rumah. Khidmat pembantu rumah bukanlah menjadi satu keperluan buat masa ini. Anak-anak pun dah besar, lagi pun..susah pula nak main kejar kejar dalam rumah nanti...hihi


Sekian. Wassalam.
gambar: Google



April 09, 2016

Apa Ada Pada Chia Seeds


Sekarang ni, kat office di landa demam chia seeds...kiri kanan depan belakang orang sibuk nak makan chia seeds.

Ada yang masuk dalam oat dan ada juga yang campurkan dalam salad masing -masing.
Tapi bagi saya lebih mudah kalau masukkan dalam air. Cuma masukkan 1 ke 2 sudu/camca chia seeds ke dalam 2 liter air dan pastikan air habis di minum di antara pukul 9 ke 5 petang....maklumlah sekarang musim panas, kena minum banyak banyak air.

Kalau kat rumah, saya campur dalam air sirap...rasa macam sirap selasih gitew. Anak-anak dan ayah anak-anak pun suka :)

Antara kebaikan chia seeds adalah:
  • 16x lebih omega 3 berbanding ikan salmon
  • 6x lebih kalsium berbanding susu
  • 4x lebih serat berbanding oat
  • 2.6x lebih protein berbanding tauhu
  • Kaya dengan zat besi
  • Dan macam macam lagi seperti (refer gambar di atas)

1st time beli dulu, saya beli di pasaraya sogo (kat bahagian organik)...harga boleh tahan juga, sesuai khasiatnya. Di pasaraya lain mungkin juga ada (tak pernah cari lagi).  Kalau nak beli di cosway pun boleh.


Sekian. Wassalam.

Gambar dan info: sumber



April 05, 2016

Tudung "Farook....Nyata Anggun"

Assalamualaikum

Bukanlah nak menjadi pesaing kepada tudung berjenama terkenal sehingga orang sanggup bermalam dan berkhemah depan kedai atau harus bertempur serta berasak asak tidak kira lelaki perempuan untuk mendapat giliran masuk ke dalam kedai.


Tapi, tudung jenama "Farook....Nyata Anggun" ini memang sangat tinggi kualitinya. Rugi besar kalau tak beli.

Antara kelebihan tudung "Farook....Nyata Anggun" adalah:

Ciri Khas Tudung
  • Materialnya lembut kerana dihasilkan oleh ulat-ulat sutera organik. Jika pakai...terasa ringan, halus dan bagai dibelai-belai.
  • Sebelum dijahit, kainnya direndam semalaman dengan campuran air Mawar untuk haruman berkekalan ke akhir hayat.
  • Jahitannya sangat sempurna kerana dijahit dengan mesin yang di import khas dari Itali. Proses menjahit juga diiringi dengan alunan ayat-ayat suci supaya lebih berkat.
  • Pilihan pelbagai warna yang menarik dan sesuai untuk pelbagai jenis umur dan pelbagai acara. Contohnya untuk majlis rasmi, untuk pergi kerja, untuk kelas kelas memasak atau kuliah subuh dan untuk bersukan. Selain itu, warna unik yang ada pada tudung kami, dapat membuat anda kelihatan lebih cerah dan muda (antara 5 ke 10 tahun) dalam masa 2 minggu.
  • Reka bentuk khas mengikut trend dan fesyen terkini. Antara kelebihan tudung ini, dapat menjadikan wajah bulat macam kuih pow dan dagu yang berlipat-lipat macam karipap pusing nampak runcing (baca: V shape)
  • Pilihan batu berlian Afrika, swaroski Korea, manik jurai, sulam goyang dan batu akik juga disediakan untuk tambahan aksesori pada tudung kesayangan anda.
  • Dan yang paling penting, tudung itu pastinya membuat anda lebih jelita. Apa lagi kalau digayakan dengan make up tebal serta di edit menggunakan efek kamera 360...huhu

Perkhidmatan kami:
  • Jualan murah (baca: sale) diadakan 2 tahun sekali dengan sistem giliran berkomputer untuk mengelakkan dari berlakunya kejadian asak-mengasak atau berebut-rebut.
  • 7 kanopi (jenis Arabic) disediakan pada malam sebelum sale untuk membuat anda lebih selesa ketika menunggu nombor giliran dan pintu kedai dibuka. (Nota : Kami turut menyediakan meja 280 seater, 3 buffet station bersama meja skirting 12 x 3ft dan door gift table 9 x 3ft dan pelamin)
  • Pengawal keselamatan yang didatangkan khas dari Nepal dan Bangladesh serta CCTV 24 jam disediakan untuk tambahan ciri keselamatan di kedai.
  • Maklumat terkini tentang produk kami boleh didapati di facebook fan page kami (sila like : Farook Anggun Jellita). Segala soalan dan kemyuskilan anda juga akan dijawab oleh pihak admin kami yang sangat ramah mesra.
  • Sesi bergambar dan beramah mesra dengan pemilik syarikat kami yang sopan, zuhud dan sentiasa merendah diri untuk belian RM2000 ke atas.

Silalah berkunjung ke kedai kami yang berdekatan untuk melihat produk terbaru. 
Semua produk adalah limited edition. Anda lambat, anda rugi :)

"Ingat Farook...Ingat Anggun"
#acahmakenon

baca juga
Jangan Terpedaya
Kulit Pisang


Sekian.

Gambar hiasan: Ihsan dari Google Play


April 04, 2016

Happy Birthday Afiq

Assalamualaikum


4th April....
Today is the day....although have celebrated the birthday earlier, to be exact...2 weeks ago at Tok Wan's house.

A happiest birthday to you, my cute Boy.
May Allah bless you with all the best things in life, keep you safe from harm and always be surrounded by lots of love and joy.

Mama, Ayah and Abang Adham will always love you.

Note: above is his 2nd birthday cake, which cost me...ehem2. Sabar aje lah :)
#rezekianak


Wassalam.

April 03, 2016

Terima Kasih Jari Manis


Terbang tinggi si rama-rama
Hinggap di hujung pokok manggis
Kiriman hadiah sudah di terima
Terima kasih blogger Jari Manis

Kuih bangkit kuih bahulu
Enak dimakan di waktu pagi
Moga murah rezeki selalu
Boleh pergi travel lagi

Sorry JM...lambat entrinya.
Actually baru ambik kiriman hadiah ni di rumah lama.
Thanks again.
Mak suka... :)

Saja letak base warna pink..warna faveret JM :)

Kepada rakan-rakan yang nak dapatkan tips untuk gi travel, silalah melawat ke blog JM di www.jarimanistravel.blogspot.com
Kompem tak keciwa sebab memang ada banyak tips-tips menarik.

Sekian. Wassalam.


April 02, 2016

Housewarming : Bila Nak Ke Rumah

Assalamualaikum

Pejam celik, pejam celik, rupanya dah 3 bulan pindah rumah.


Ramai juga kawan-kawan yang bertanya
"Bila nak buat housewarming?"
"Bila nak jemput pergi rumah baru?"
"Dah ready ke rumah kau?...kita orang nak datang ni"

Asal kejadiannya, masa nak pindah rumah dulu, memang nak buat kenduri doa selamat dan sedikit jamuan (kira housewarming jugak lah).  Apakan daya, sejak pindah rumah akhir Disember lalu, belum berkesempatan nak buat apa-apa. Maklum lah...Mak busy...hihi
Ada juga barang-barang kecil dan baju-baju yang tak habis diangkut lagi. Pendek kata, belum habis pindah.

Tapi itu tidak bermakna saya tak terima tetamu. Cuma majlis 'housewarming' nya belum ada.
Kalau ada sahabat-sahabat yang nak singgah ke rumah, jemputlah datang. Jangan bimbang, cawan, gelas, pinggan, mangkuk, periuk dan belanga Mak dah bawak ke rumah baru. In shaa Allah, tetamu akan diraikan.
Kalau berkesempatan, Mak masak. Kalau tak, Mak order aje makanan kat kedai. Maklumlah, rumah sekarang dekat dengan kedai makan. Mamak ada, goreng-goreng ada, nasi arab ada, nak order pizza pun boleh :)


Sekian. Wassalam.
Gambar: google.