<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Menunggu Giliran

April 28, 2016

Menunggu Giliran

Assalamualaikum


Semalam, 27 April, saya bercuti kerana nak renew passport di Jabatan Imigresen, Kajang. Sampai ke sana dalam pukul 9 lebih.

Walaupun saya rasa perkhidmatan di Jabatan Imigresen Kajang agak cekap, tapi masa menunggu dekat 2 jam juga, dari mula sampai hingga semua urusan selesai. Mungkin kerana ramai orang.
Orang kata kalau nak cepat, kena datang seawal 7.30 pagi. Nak buat macam mana...dah terlambat... :(

Tapi prosesnya mudah. Hanya perlu bawa kad pengenalan dan passport lama. Lepas tu, tunggu angka giliran. Gambar pun diambil di sana. Cuma perlu senyum aje di kamera depan kaunter tu...hihi. Tak perlu bawa gambar sendiri. Bayaran yang dikenakan adalah RM200.

Dari duduk melopong sorang-sorang semalam, sempat juga Mak update blog dalam masa 2 jam tu. Kira hampir 60% entri semalam ditulis semasa menunggu giliran :)

Selesai urusan di Jabatan Imigresen, saya bergegas ke Tabung Haji, Bangi kerana sudah berjanji dengan Cik Abang nak register kan anak-anak untuk mendapatkan giliran menunaikan fardu haji. Tengok punya tengok...tahun peruntukannya pada 2099...Aduhai...


Maafkan Mama wahai anak-anak ku..sebab lambat register. Menyesal betul sebab tak registerkan anak-anak lebih awal. Umur berapa pulak lah dapat pergi ni. :'(
Tapi, ketentuan Allah siapa tahu. Mana tahu kalau ada rezeki dapat giliran dan menjadi tetamu Allah di sana lebih awal. In shaa Allah.


Sekian. Wassalam.








Label:

12 Ulasan:

Di 4/28/2016 10:16:00 PG, Blogger Unknown berkata...

Perghhhh, angka 1035 nak ker 1069, lama betul nak nunggu. Wah proses mcm nak renew lesen kan. Just perlu smile depan kamera diorang. Canggih teknologi sekarang. :)

In Shaa Allah sis, mana tau awal daripada tahun tu akak and anak-anak dapat pergi Haji. Rezeki kita tak tau kan. =*

 
Di 4/28/2016 10:51:00 PG, Anonymous Raihanah Ahmad berkata...

anak sulung dan kedua dulu saya registerkan dptlah umur 24 dan 28 tahun. si baby last year register dah umur 40 tahun tak silap. tapi kata TH takpe ni, bila dah cukup duit try buat rayuan.

 
Di 4/28/2016 11:36:00 PG, Blogger paridah berkata...

YANG PENTING DAFTAR DULUKAN FIDAH..BIARLAH ALLAH YG TENTUKAN URUSANNYA..

 
Di 4/28/2016 04:48:00 PTG, Blogger OKje berkata...

Wah dah renew pasport tu mesti ada plan nak gi oberseakan....
Betullah FS....la ni kalau daftar TH, mmg sampai tualah kita menunggu huhu...

 
Di 4/28/2016 07:05:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Mmg jenuh klu nak tunggu giliran quota konvensional tu.. in shaa Allah, ada rezeki pekej2 vvip nanti tu... sekarang pun dah bnyk penawaran pakej2 mcm tu cuma mahal sikit je. Tapi bab ibadah ni tak kisahlah kan, in shaa Allah, dipermudahkan jln buat semuanya nanti... aamiin.

pss... renew buku merah tu nak pi mana.. :)

 
Di 4/28/2016 08:07:00 PTG, Blogger Anisayu Nastutik berkata...

Niat yang terpuji
Register anak haji
Pasti tersampai
Walau Lambat yakin diberkahi

 
Di 4/29/2016 10:12:00 PG, Anonymous Hero Borneo berkata...

tak dapat saya bayangkan bila la pulak giliran saya nie..asyik leka dengan dunia yang tak seberapa

 
Di 4/29/2016 02:31:00 PTG, Blogger nohas berkata...

Alhamdulillah, sudah didaftar untuk anak2..lama tu thn 2099..in shaa Allah, ada rezeki, mungkin dapat lebih awal..

 
Di 4/29/2016 03:03:00 PTG, Blogger Dunia Zumal berkata...

Lamanya kena menunggu yer... Semoga dipermudahkan

 
Di 4/29/2016 08:06:00 PTG, Blogger Mummy Julia berkata...

wow renew pasport.. nak pi mana tu? nak itut!

 
Di 4/29/2016 08:07:00 PTG, Blogger Mummy Julia berkata...

takpe ada rezeki nanti, Allah akan panggil tanpa kita duga... Insya Allah..

 
Di 6/09/2016 02:46:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

insya allah rezeki tu akan hadir wpn kita rs cm lama je lagii

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama