<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Antara Salad Dan Pecal

April 17, 2016

Antara Salad Dan Pecal


Assalamualaikum

Kalau orang puteh (baca: orang barat) makan sayur mentah dengan mayonis, thousand islad, caesar dressing, Italian dressing dan sebagainya, orang kita juga ada 'sambal kacang' untuk menikmati sayur.

Bezanya segala 'dressing'di atas boleh dituang aje dari botol, berbanding dengan sambal kacang yang perlu menjalani beberapa proses seperti goreng kacang, goreng cili, goreng bawang...nak blend lagi...huhu.

Sebab tu walaupun tekak jawa Mak memilih pecal sebagai sayuran, Mak lebih rela makan salad kalau tekak teringin nak makan sayur mentah (di samping makanan lain seperti nasi ayam, mee goreng, roti canai, lontong, cekodok pisang, kek coklat dan sebagainya). Nak makan pecal pun, cuma weekend aje lah.

Kot la tetiba tekak teringin nak makan pecal dan bawak bekal ke opis, kena bangun sebelum subuh lah nampak gaya sebab nak kena goreng kacang, tempe, tahu dan sebagainya. Sebab tu tak bawak bekal pecal.
Bawa bekal salad sebenarnya lebih mudah dan ringkas. Tapi, kalau malas jugak nak bersihkan sayur untuk dibawa sebagai bekalan...Mak makan strawberry...huhu :D

Tentang khasiat, keduanya baik untuk kesihatan. Nama pun sayur..

Salad:
Tidak dinafikan vitamin yang terkandung dalam sebuah hidangan salad. Apa lagi kalau digabungkan dengan sayur pelbagai warna. Salad kaya dengan vitamin C, E, folic asid, beta karotin dan sebagainya. Salad juga kaya dengan fiber dan boleh mengenyangkan. Sangat sesuai bagi yang sedang berdiet bagi mengurangkan jumlah lemak serta kalori dalam menu harian.

Pecal:
Hidangan yang cukup lengkap dengan protein, karnohidrat, zat besi dan pelbagai jenis vitamin termasuk A, B1, C dan sebagainya. Baik juga untuk yang sedang berdiet...at least makanan tu ada rasa pedas dan lemak. Kalau makan pecal ni boleh kenyang dan tak perlu makan nasi...betul tak?..

Kalau korang pulak, suka yang mana?


Sekian. Wassalam.







Label: ,

14 Ulasan:

Di 4/18/2016 12:21:00 PG, Blogger Mang Lembu berkata...

apapun antaranya jika disandingkan dengan pecal (pecel) apalagi dengan salad yang olahannya mirip dengan pecal, saya tetap memilih pecal sebagai makanan favorit

 
Di 4/18/2016 08:18:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Pecal (pecel) sebenarnya lebih sedap. Apa lagi kalau yang suka makanan pedas. Cuma mau buatnya agak malas...:)
Tq Mr Cilembu

 
Di 4/18/2016 09:46:00 PG, Blogger Unknown berkata...

Berhubung orang sunda asli aku bakalan pilih pecel yang rasanya lumayan enak menurut saya hehe.

 
Di 4/18/2016 09:57:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Saya juga suka pecal... :)
Thanks Zee

 
Di 4/18/2016 12:22:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

Ya Allah sedap nya Pecal. Mak kite Jawa, memang turun ker anak ler minat nyer. Hihi. :)

 
Di 4/18/2016 12:50:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Abah saya orang Jawa...sebab tu suka jugak pecal ni.
Makan ok....nak buat aje yang leceh..:)
Thanks Ain

 
Di 4/18/2016 03:59:00 PTG, Blogger paridah berkata...

la ni dh mudah fidah kat kampung kak ada yang jual kacang tanah dh siap berperisa tinggal sediakan sayurnya n bancuh saja.

 
Di 4/19/2016 02:46:00 PG, Blogger nohas berkata...

baru mkn pecal Jumaat lepas..beli kt pasar mlm..huhu..takleh mkn selalu, kuah kacang kolestrol tinggi..

 
Di 4/19/2016 03:03:00 PG, Anonymous Hero Borneo berkata...

tempat kerja saya selalu bikin salad...memamg sedap tu.

 
Di 4/19/2016 10:24:00 PG, Blogger Unknown berkata...

Kan? Sedap sangat. Kalau kuah dia sedap, maka sedap la pecal itu. Hehe !

 
Di 4/19/2016 11:10:00 PG, Anonymous Raihanah Ahmad berkata...

pecal pun sedap tapi tak boleh selalu, salad kalau kena dengan dressingnya pun jadi sedap

 
Di 4/19/2016 03:38:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

Singgah petang selasa kak. ☺

 
Di 4/21/2016 09:35:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Saya tak pernah makan pecal sejak duduk malaysia ni, asyik makan salad juga... teringin pula nk rasa mcm mana rasa pecal tu.. eceh... :D :D

 
Di 4/27/2016 06:40:00 PTG, Blogger OKje berkata...

Sama kes dgn awak FS....dua dua pun suka tp pecal tu mls nak buat haha..... salad senang, tuang thousand island jee.....siap hihi

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama