March 31, 2016

Make My Day

Assalamualaikum

Hari ini 31 Mac 2016....maknanya sudah 10 tahun anak ke 2 saya meninggalkan kami sekeluarga.
31 Mac 2006 dia lahir dan pada hari yang sama juga dia menemui pencipta Nya
Bila mengenangkan semua ini, hati ibu mana yang tidak berasa sedih.

Semenjak pagi, perasaan saya tidak menentu.
Kalau boleh, ingin saja saya bercuti hari ini dan pergi jauh untuk melupakan segala masalah dan menghilangkan kesedihan di hati.
Tapi apakan daya, saya ada banyak kerja dan pastinya permohonan cuti saya susah untuk diluluskan.
Apalah pilihan yang saya ada. Saya hanya mampu untuk memujuk hati.."tolonglah, jangan menangis lagi hari ini"....dan berharap semoga hari ini cepat-cepat berlalu.
Serious..memang rasa down betul hari ni.



Pagi:
Menghadiri knowledge sharing session tentang 'capital management'. Satu subjek yang agak teknikal dengan segala macam formula. Sempat juga saya berbisik pada kawan yang duduk di sebelah.." nanti tolong ajar balik ya. Rasanya cuma 25% aje masuk dalam otak ni"

Tengah hari:
Saya ada dua pilihan. Pergi bershopping atau ke gym. Akhirnya saya memilih untuk ke gym kerana cuaca agak panas untuk keluar. Lagi pun, siapa tahu kalau berlari atau kayuh basikal laju-laju boleh membuat hati gembira :(

Petang:
Mencuba sedaya upaya menyelesaikan segala kerja yang tak habis-habis. Tiba-tiba mendapat panggilan dari seorang kawan. Seorang yang ceria dan tak pernah kurang dengan segala lawak jenaka. Tadah aje lah telinga mendengar ceritanya. Sekurang-kurangnya ada juga perkara yang menghiburkan hati. Kawan saya juga mungkin tidak menyangka yang dia telah berjaya untuk membuat saya tidak jadi menangis hari ni, malah bertukar menjadi ketawa.
Betul juga cakap orang, kadang kala perkara yang kita anggap kecil, mungkin besar maknanya pada orang lain...Anyway thanks. You've made my day :)


Moga segala kesedihan kita ditukarkan menjadi gembira.
Moga setiap kehilangan akan digantikan dengan yang lebih baik.
Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki yang melimpah kepada kita semua.
Aamiin.

Al fatihah untuk anak saya, Muhammad Adli


Sekian. Wassalam.
Pic: Google













26 comments:

  1. Al -Fatihah wahai anak penghuni syurga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al fatihah..moga jadi 'saham akhirat' untuk ayah dan ibunya nanti. In shaa Allah

      Delete
  2. kadang2 mem'busy'kan diri bole melupakan sekejap kerunsingan...
    tapi saya pasti, perihal ni sgt susah kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 automatik jadi stress bila menjelang tarikh itu. Seorang ibu tak kan pernah dapat melupakan anaknya.
      Thanks for the understanding, Padin

      Delete
  3. Amin ya alloh mudah-mudahan alm. putra mrs. fidah diterima oleh sang pengcipta. Semoga juga hari ini berbahagia, jangan bersedih lagi mrs. fidah aku juga sama telah kehilangan orang tua dan orang-orang tersayang untuk selamanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga segala kesediahn akan di ganti bahagia. Al fatihah untuk ayah Zee..

      Delete
  4. alfatihah anakanda penghuni syurga, laplah airmatamu duhai bonda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih..and i always tell my self that life must go on..dan mama akan menyusul juga nanti.
      Thanks Raihanah :)

      Delete
  5. al-fatihah
    syurga tempatnya
    amin

    ReplyDelete
  6. Waalaikum salam,

    Semoga anaknya ditempatkan disisi allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin
      Terima kasih kunjungannya Nurul Iman :)

      Delete
  7. alfatihah sabar ya fidah...kehilangan yg tersyg sentiasa dirasakan walau selama mana jangkamasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alfatihah...moga sentiasa diberi kesabaran..
      Terima kasih Kak Pi.

      Delete
  8. Al Fatihah... pastinya dia menanti di pintu syurga menyambut ibu dan ayah serta seluruh keluarganya nanti... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al fatihah..
      Aamiin..aamiin. Begitulah yang diharapkan. Moga segala urusan kami sekeluarga akan dipermudahkan.
      Terima kasih Nuar :)

      Delete
  9. Al fatihah buat arwah. Semoga bertemu kembali di sana nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Moga kami sekeluarga akan bertemu juga di sana nanti.
      Terima aksih doa dan kunjungannya.

      Delete
  10. Al fatihah dan semoga Fidah terus kuast dan mempunyai emosi yang jauh lebih mantap dan stabil hadapi ujian kehidupan ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 emosi memang sukar utk dikawal.
      Kena banyak lagi baca pasal motivasi di blog sana nampaknya.
      Thanks HB :)

      Delete
  11. Alfatihah untuk bidadara syurga.....
    Nikmat kegembiraan juga satu rezeki FS. Syukur dikelilingi mereka yg membuatkan kita ceria hari ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al fatihah..thanks Mak.
      Betul. Dalam keadaan kita sedih atau susah hati, tetiba datang orang yang boleh menceriakan atau lupakan kejap masalah yg dihadapi...memang rasa bersyukur sangat.

      Delete
  12. Al Fatihah... Semoga terus tabah

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers