<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Nikah : Antara Cara Islam Dengan Cara Orang Kita

Mac 29, 2016

Nikah : Antara Cara Islam Dengan Cara Orang Kita

Assalamualaikum


Tak habis lagi cerita pasal pasangan yang tak jadi nikah (kahwin), kerana wang hantaran tak cukup RM15 ribu.

Dah macam-macam hal boleh berlaku sekarang ni. Alangkah baiknya jika majlis dibuat mengikut apa yang telah ditetapkan oleh agama.

Jom kita semak Rukun Nikah Islam dengan "Rukun Nikah" orang kita.

Rukun Nikah Islam
  • Pengantin lelaki
  • Pengantin Wanita
  • Wali
  • Saksi
  • Ijab kabul


"Rukun Nikah" orang kita
  • Pengantin lelaki
  • Pengantin wanita
  • Duit hantaran ribu riban
  • Pelamin
  • Bunga telur
  • Dulang-dulang hantaran
  • Berzanji dan Qasidah
  • Tepung tawar dan beras kunyit
  • Kek bertingkek tingkek
  • Pre wedding photos
  • Photo shoot suami isteri
  • Upacara batal air sembahyang (tak sure mazhab mana)
  • Upacara bercumbuan selepas aqad nikah (meniru agama bukan Islam)
  • Jemput tetamu ramai-ramai datang ke rumah (atau dewan, hotel dan lain-lain), dengan harapan dapat cover semula segala kos yang telah dibelanjakan (nota: 'salam kaut' penting tu)
  • Dan lain-lain lagi.

Pendapat saya, tak salah jika nak buat majlis bagi meraikan pengantin. 
Tapi, buatlah majlis mengikut kemampuan masing-masing dan janganlah pula sampai bergolok bergadai. Memang tak patut jika majlis yang baik akhirnya menjadi sesuatu yang membebankan.
Wallahu'alam.


Sekian.

Sumber dan rujukan: Pelbagai

Label: ,

23 Ulasan:

Di 3/30/2016 04:46:00 PG, Anonymous Buku Best berkata...

info yang sangat menarik nie Fidah..rasa macam dah sabar pula nak nikah satu lagi nie..abaikan kenyataan ini kerana ia gurauan semata-mata..

 
Di 3/30/2016 05:24:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Isk..isk...ada2 aje HB ni...:D

 
Di 3/30/2016 09:00:00 PG, Blogger Bunda_nora berkata...

Majlis resepsiikut kemampuan kedua belah pihak...yang utama majlis akad..

 
Di 3/30/2016 09:19:00 PG, Blogger Unknown berkata...

Yang penting menikah itu ada calonnya dan sudah siap 100% kalau semisal mau mengadakan acara besar-besaran ataupun sederhana itu hak mereka bagi yang mampu, bukan begitu mrs. Fidah? hehe

 
Di 3/30/2016 09:38:00 PG, Blogger dear anies berkata...

org kita lbh byk membazir drpd mencari barakah dlm perkahwinan... kalau awal2 lagi dah xde barakah, mcm mn nk harungi kehidupan slps berkahwin?

 
Di 3/30/2016 01:29:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

sangat setuju dengan Bunda. tak salah kalau nak buat besar besaran, tapi haruslah mengikut kemampuan.
Thanks Bunda

 
Di 3/30/2016 01:30:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul..itu memang hak mereka...yang penting mereka telah bersedia. dan yang paling penting, telah bersedia dengan wang dan tabungan yang mencukupi untuk hidup sepelas berkahwin.
thanks zee

 
Di 3/30/2016 01:33:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Pernah juga baca artikel yg ada orang berhutang dan sampai tidak mampu membayar hutang kerana perbelanjaan yang terlalu besar semasa majlis perkahwinan.
Thanks Anies

 
Di 3/30/2016 04:27:00 PTG, Blogger Dunia Zumal berkata...

Kalau semua ikut tuntutan agama kan senang, bahagia tanpa hutang ^-^

 
Di 3/30/2016 04:35:00 PTG, Blogger mselim3 berkata...

Assalammualaikum... fidah,

mselim3 setuju dengan entry fidah nie.. ramai antara kita ikut adat daripada syariat.

mselim3

 
Di 3/30/2016 04:48:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu Zumal. Sebolehnya jangan hidup berhutang. sakit kepala nak pikir bila bayar.

 
Di 3/30/2016 04:50:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Bukannya tak boleh nak meraikan pengantin. Tapi seharusnya di buat mengikut kemampuan supaya tak menjadi beban bila dah masuk alam rumah tangga nanti...
Thanks Mselim

 
Di 3/31/2016 08:40:00 PG, Blogger Unknown berkata...

Betul, dalam kes nikah kenduri ni kena pastikan kedua-dua belah pihak bersetuju dengan syarat, lagi satu ikut la kemampuan, kalau gaji setakat RM1k takkan nak minta sampai RM15k, sangat diluar kemampuan

 
Di 3/31/2016 09:30:00 PG, Blogger Unknown berkata...

ribet juga ya yg menurut org tua :D nikmatin masa muda dulu deh hehe

ohiyah kaa tolong bantu komen artikel sya dong buat penilaian nih. thanks ya

 
Di 3/31/2016 03:27:00 PTG, Blogger sitirohaida berkata...

setuju jugak..nak membina keluarga bukan senang...jadi kedua pihak kena fikir sedalam-dalamnya ikut kemampuan

 
Di 3/31/2016 06:08:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Nak buat benda baik, janganlah sampai membebankan...
kesian kat orang yg nak bina masjid..
Thanks MV

 
Di 3/31/2016 06:10:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

harus sudah betul betul bersedia untuk memikul tanggungjawab, barulah boleh berkahwin..:)
Thanks Arie

 
Di 3/31/2016 06:10:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu Aida. Yang lebih penting, nak sara hidup lepas berkahwin. Takut jadi masalah besar jika menanggung hutang seumur hidup...
Thanks Aida

 
Di 4/01/2016 05:10:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Budaya kita mmg ada perkara yg mudah tapi jadi complicated... antaranya syarat2 yg mcm nilah...

 
Di 4/02/2016 05:05:00 PG, Anonymous Buku Best berkata...

yalah le tu..semoga ia menjadi kenyataan kerana benda yang baik boleh mendatangkan keredhaan Allah swt.

 
Di 4/02/2016 12:38:00 PTG, Blogger nikkhazami berkata...

orang kita ni kalau kahwin lebih kepada nak menunjuk kemewahan

 
Di 4/02/2016 05:43:00 PTG, Blogger OKje berkata...

Kenapalah si lelaki tu buat pasal pulak ? Dah janji 15k bagi jerlah. Yg belab pompuan pun berkira beno, nak bising pun nanti nantilah kot ye pun.


Jenuhlah akan dtg nak kahwenkan anak FS. .

 
Di 4/03/2016 05:24:00 PTG, Blogger Dunia Zumal berkata...

Pengalaman dalam hidup berhutang memang sangat menyakitkan

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama