March 03, 2016

Alasan


Assalamualaikum

Sudah menjadi agenda tahunan bagi department di tempat saya bekerja untuk mengadakan 'team building'.
Dan setiap tahun jugalah Mak memerah otak untuk mencari alasan supaya dapat melepaskan diri (baca: tak perlu tak pergi)...hoho

Boss Besar pun dah bagi tau awal-awal, segala alasan tidak akan di terima kecuali mengandung (baca: pregnant) atau sakit kritikal. Jadi, Mak tengah pening kepala, apa pulak la alasan nak bagi.

"Cakap lah yang hang nak pergi Mekah buat umrah" En Ali, merangkap manager in-charge memberi cadangan

"Manalah I nak cari duit tambang. Ingat balik Seremban? Lain reason? Bagilah idea siket"

"Hari sukan sekolah anak?"

"Nanti dia mintak bukti....suruh bagi takwim tahunan sekolah susah pulak. Nampak sangat nak menipu."

"Ambik exam professional papers ke?"

"Tak ada. Dah lama tak ambik exam."

"Menyusukan baby?"

"Anak dah besar lah weeiii. Baby manalah pulak yang disusukan "

"Alah....kan team building tu mid April. Sempat lagi kalau hang nak pregnant".

"???? Pregnant? Hang ingat macam buat lempeng pisang!. 

Tidak lama kemudian, dapatlah berita yang segala alasan tidak diterima. Jadinya, tak boleh tidak, kena juga pergi ke team building tu.
Walau bagaimana pun, saya masih berharap dan sedang dalam proses untuk men-draft email kat Boss Besar atas alasan tertentu (yang tiada di atas).

Semoga urusan saya dipermudahkan. Aamiin.
Sesungguhnya #alasan tidak sama dengan #kelupaan


Sekian. Wassalam.









11 comments:

  1. Semoga urusan fidah dipermudahkan..niat n rancang yg baik2 insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Moga semua urusan kita dipermudahkan oleh Nya.
      Thanks Kak PI :)

      Delete
  2. Mmg kene pregnant juga sblum april tu... sempat lagi merealisasikan alasan... :D :D

    ReplyDelete
  3. Bukan best ke pergi team building? Hehe.

    ReplyDelete
  4. Kayanya mesti ada ekstrak sabar miss hihi

    ReplyDelete
  5. hahaha.. sama mcm mummy create alasan nak pi team building.. yeahh sep sep sikit!

    ReplyDelete
  6. Kadang2 kita rasa macam tak best je kan.. tp yang latest ni mummy pi memang terbaekk.. rasa macam pi lagi la pulok..hahaha :P

    ReplyDelete
  7. Moga alasan pregnant tu dimakbulkan...amin..hahahaha

    ReplyDelete