<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Chap Goh Meh

Februari 22, 2016

Chap Goh Meh


Assalamualaikum


Mungkin kerana akhir-akhir ini saya bekerja dengan beberapa orang ahli pasukan (baca : team) yang berbangsa cina, jadi banyak juga perkara dan adat resam orang cina yang menjadi topik perbualan.

Chap Goh Meh dirayakan pada malam ke 15 selepas Tahun Baru Cina. Berdasarkan maklumat dari bahan bacaan, ianya adalah satu adat dan bukan upacara keagamaan.

Berasal dari Hokkien, 'chap goh' bererti 15 dan 'meh' bererti malam. Maksudnya malam ke 15. Malam ke 15 juga bermaksud sudah berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina untuk tahun ini. Pesta ini diraikan dengan menyalakan tanglung dan membakar bunga api. Ada juga yang merayakannya dengan tarian singa atau naga.

Nota : Perayaan Tahun Baru Cina 2016 bermula pada 7 Februari. Di mulakan dengan upacara makan besar pada sebelah petang/malam. Pada malam itu seluruh ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama. Pada 8 dan 9 Februari pula adalah hari perayaan sebenar yang dirayakan dengan suasana riang ria dan penuh kemeriahan :)

Ada juga adat kepercayaan yang menyatakan malam Chap Goh Meh adalah malam di mana si gadis dibenarkan keluar untuk melontar buah limau mandrin ke dalam laut atau sungai bertujuan untuk mencari pasangan. Si gadis akan melontar buah limau dan lelaki yang bertuah akan mendapat atau mengambil limau tersebut.

Gurauan rakan saya tadi "zaman sekarang lagi bagus kalau orang letak nama dan nombor telefon di kulit limau yang dia lontar. Lagi terbaik kalau dia letak jumlah pendapatan/ gaji bulanan. Senang saya nak pilih limau yang mana, Kak....hihi"

"Uuhhh...dasar mata duitan $$$$. Habis tu, malam ni, nak tunggu limau kat sungai mana?"

"Dekat swimming pool, Kak...hahaha"

"???????...iiisshhkk..budak ni"

Sekian. Wassalam

Baca juga : Karaktor mengikut kalender lunar cina 


Sumber: Pelbagai
Photo: Alamanda, Putrajaya @ 13 Feb 2016















Label:

9 Ulasan:

Di 2/23/2016 09:12:00 PG, Blogger Unknown berkata...

Bermacam-macam adat dan budaya ya miss selain kemarin ramai dengan perayaan Tahun Baru Cina sekarang mau ramai lagi dengan perayaan Chap Goh Meh hihi tapi semua itu harus saling menghormati satu sama lain ya miss fidah :)

 
Di 2/23/2016 09:50:00 PG, Blogger Qaseh Vee berkata...

owh , cari jodoh ya ... zmn dah berubah . realitinya mmg org akan kira2 pendapatan ... macam2 ... hehehee

 
Di 2/23/2016 11:43:00 PG, Blogger Dunia Zumal berkata...

Silap saya tak pergi tepi laut semalam

 
Di 2/23/2016 01:29:00 PTG, Blogger Anisayu Nastutik berkata...

Iya tepat bulan purnama
Ada festival lentera
Atau tanglung asal cina
Indah meriah tiap tahunnya...

 
Di 2/23/2016 01:59:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

Macam-macam perayaan kaum Cina ni..semalam duk main mercun tak habis lagi

 
Di 2/23/2016 10:43:00 PTG, Blogger paridah berkata...

SESEKALI BERAYA CNY SAKAN MRK BERGMBIRA HINGGA HARI KE 15 DGN PLBGAI ACARANYA...MASA BERKERJA BERSUNGGUH-SUNGGUH PULA..KAGUM JATI DIRI MRK..

 
Di 2/25/2016 01:47:00 PG, Blogger Khir Khalid berkata...

Limau ada sekotak lagi tak makan ni... nak cari sungai nak campaklah sebiji tengok apa hasilnya huhu.. :D

 
Di 2/25/2016 10:18:00 PG, Blogger iryantyismail berkata...

suka tengok tanglung..macam2 jnis

 
Di 2/25/2016 07:24:00 PTG, Blogger nohas berkata...

meriah dgn mercun kt rumah mlm chop goh meh..

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama