<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Bila Di Tanya Tentang Isteri

Februari 20, 2016

Bila Di Tanya Tentang Isteri

Assalamualaikum
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Saya terbaca beberapa artikel tentang ciri-ciri Isteri idaman.
Saja nak share kat sini. Mana tahu, kalau dapat dijadikan panduan bagi siapa-siapa yang sedang mencari calon isteri.
Dan untuk diri sendiri, moga-moga dapat dijadikan panduan serta peringatan supaya terus berusaha untuk menjadi lebih baik dan yang terbaik untuk suami tercinta. In shaa Allah.

  • Berpegang pada agama. Wanita yang berpegang pada agama tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.
  • Kecantikan Dalaman. Wanita sejati adalah wanita yang lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip hidup. Wanita seperti ini juga pandai menjaga diri dan tidak akan sesekali membuat perkara yang akan merosakkan maruahnya.
  • Manja. Lelaki suka pada wanita yang mempunyai sifat manja supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat kanak-kanak ribena tu, tak perlulah berlebih-lebihan. Takut rimas pula nanti.
  • Pandai Menjaga Kecantikan. Wanita mana yang tak mahu cantik. Dan lelaki juga, secara fitrahnya suka pada wanita cantik dan pandai menjaga kecantikan. Selain dari menjaga kecantikan, wanita juga harus pandai menjaga penampilan diri.
  • Berakhlak mulia. Wanita mulia adalah wanita solehah. "Wanita adalah hiasan dunia, tetapi, seindah hiasan adalah wanita solehah"
  • Tidak mempamerkan keseksian. Secara umumnya (maaf kalau tersalah fakta), lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita. Namun begitu, kaum lelaki tidak suka menjadikan wanita yang sedemikian sebagai isteri kerana keindahan diri wanita itu seolah-olah menjadi barang pameran untuk semua lelaki.
  • Tidak cerewet. Wanita cerewet memang merimaskan dan boleh menyebabkan lelaki merasa jemu kepadanya. Wanita seperti ini suka mengkritik dan segala perkara tidak akan memuaskan hatinya :(
  • Memahami lelaki. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Dalam erti kata lain, suami tak perlu bersuara, tetapi isteri sudah pun memahami masalahnya serta bertindak menghiburkan hatinya di samping memberikan semangat & kekuatan.
  • Sejuk mata memandang. Bersopan santun, mempunyai sifat keibuan, sentiasa memaniskan wajah, memberikan senyuman ikhlas dan menutup aurat adalah ciri-ciri penting bagi seorang wanita idaman. "Jika memandangnya, membuat suami senang" (Abu Daud).
  • Cergas dan cerdas. Dalam menghadapi kesibukan seharian dan hidup sentiasa mengejar masa, sifat cergas memang perlu. Selain daripada itu, wanita cerdas dan pintar juga adalah antara ciri yang menjadi pilihan. Biasanya, lelaki lebih suka pada wanita yang boleh memberinya idea atau value added input dalam perbincangan, tak kiralah tentang hal keluarga, hal kewangan atau isu-isu semasa. Jadi, pesanan untuk wanita termasuk saya, rajin-rajinlah menambah ilmu.


Sekian. Wassalam.

Sumber : Pelbagai
Gambar : Instagram






Label: ,

21 Ulasan:

Di 2/20/2016 08:52:00 PG, Blogger Unknown berkata...

Semoga saja saya bisa menjadi pribadi yang baik seperti kiat-kiat yang ada di artikel ini. amin :)

 
Di 2/20/2016 11:32:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

In shaa Allah. Moga hari ini lebih baik dari semalam.

 
Di 2/20/2016 06:56:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

semoga kita menjadi wanita sepeti itu ...

 
Di 2/21/2016 01:21:00 PG, Anonymous senyuman yang pergi berkata...

benar banget (y) secara garis besar saya sangat setuju :)

 
Di 2/21/2016 06:24:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

In shaa Allah..moga hanya yang terbaik untuk kita semua. Aamiin

 
Di 2/21/2016 06:24:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Secara umumnya, itu adalah ciri2 yang disukai

 
Di 2/21/2016 09:12:00 PTG, Anonymous siti hazreen berkata...

in syaa allah, lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik, begitulah sebaliknya

 
Di 2/21/2016 10:13:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

In shaa Allah. Aamiin.

 
Di 2/22/2016 06:35:00 PG, Anonymous mrhanafi berkata...

saya masih mencari juga nie..doa-doakan ya..semoga saya ketemukan calon isteri yang terbaik untuk dunia dan akhirat

p/s : saya itu merujuk kepada orang lain iaitu bukan saya yang sebenar..he..he.

 
Di 2/22/2016 09:24:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

H..bukan nama sebenar. Macam cerita dalam majalah aje :)

 
Di 2/22/2016 06:20:00 PTG, Anonymous Fyda Noh berkata...

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. In sha Allah macammana suami layan isteri, macamtu lah juga isteri akan balas

 
Di 2/22/2016 10:04:00 PTG, Anonymous putri aisah azzahra berkata...

saya masih belajar dan terus belajar mbak.....memperbaiki diri dll

 
Di 2/23/2016 11:47:00 PG, Blogger Dunia Zumal berkata...

Sampai sekarang takde calon. Hehe ^-^

 
Di 2/25/2016 01:48:00 PG, Blogger Khir Khalid berkata...

Subhanallah walhamdulillah... isteri yg baik utk suami yg baik, in shaa Allah... aamiin.

 
Di 2/25/2016 01:49:00 PG, Blogger Khir Khalid berkata...

Kena belajar ilmu prospecting lebih sikit tu Zumal hoho.. :D

 
Di 2/27/2016 10:31:00 PTG, Blogger mrhanafi berkata...

begitulah H nak hidup dalam dunia yang penuh berliku ini..semoga ia berjaya mendapat apa yang dicita-citakan

aamiin..

 
Di 2/29/2016 12:32:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

aamiin..

 
Di 2/29/2016 12:32:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

sama-sama kita memperbaiki diri..in shaa Allah

 
Di 2/29/2016 12:33:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Moga Zumal akan bertemu calon yang sesuai..

 
Di 2/29/2016 12:33:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Saling melengkapi dan memerlukan..

 
Di 2/29/2016 12:34:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Moga H mencapai apa yg diimpikan serta dapat memikul amanah dengan lebih sempurna..aamiin

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama