July 23, 2017

Antara Mi Ayam Dan Ayam Mi


Assalamualaikum

Sebenarnya bukannya nak cerita pasal mi ayam sangat, tapi nak cerita tentang asal usul mi segera.


Mi segera (baca : instant noodle) adalah mi separa masak yang dikeringkan. Biasanya mi segera dimakan setelah dimasak atau direndam selama 3 hingga 5 minit. Bungkusan perencah disertakan bersama dengan bungkusan mi segera. 
Kalau lihat di pasaran, bukan saja perisa ayam, macam-macam perisa pun ada. Ada kari, asam laksa, tom yam dan macam-macam lagi.
Tapi tak boleh nak ambik gambar-gambar banyak-banyak kat Giant tadi. Takut pulak kena marah dengan bangla yang jaga kat situ...huhu



Mi segera moden dicipta di Jepun oleh usahawan Jepun yang berketurunan Taiwan, Momofuku Ando. Beliau adalah pengasas syarikat Nissin Foods, yang juga merupakan salah satu pengeluar mi segera terbesar hari ini.

Pada tahun 1958, Nissin melancarkan mi segera pertama di dunia, Chikin ramen (ramen segera berperisa AYAM) di Osaka.
Pada tahun 1971, Nissin memperkenalkan mi cawan, iaitu mi segera di dalam bekas styrofoam kalis air yang boleh digunakan untuk memasak mi. Inovasi seterusnya adalah menambah sayur-sayuran kering di dalam bungkusan mi segera.

Begitulah sedikit sebanyak sejarah mi segera.




Apa pulak kaitannya dengan ayam mi?...
Errrmmmm...korang google lah sendiri.


Sekian. Wassalam.

Rujukan utama : wikipedia (mi segera)


#jagakesihatan



July 22, 2017

Prayer




Selamat berhujung minggu.
Apa pun masalahnya...jom kita berdoa dan berserah pada Allah.
Moga segala urusan kita dipermudahkan. Aamiin..

Wassalam.


First pic: google

July 20, 2017

July 19, 2017

Apa Ada Dengan Kucing


Apa tengok-tengok?

Hitam itu menawan

Benarkah putih lambang kesucian?

Anak kucing kelabu jugak yang cute


Assalamualaikum
Gambar-gambar kat atas tu semuanya gambar kucing depan rumah. Suka sangat gambar kucing yang first sebab ekspresi muka kucing tu sangat sendu dan penuh tanda tanya...haha.
Saja nak tepek gambar-gambar tu kat sini buat kenangan..

Sebenarnya keluarga saya tak ada pun bela kucing. Semua tu kucing-kucing yang datang rumah dan tak tau lah ada tuannya atau tidak. Cuma anak-anak saya rajin bagi makan kat kucing-kucing tu, jadi rajinlah dia orang (tak kan nak cakap dia kucing) lepak kat depan rumah.

Antara kebaikan pelihara kucing
  • Terapi menghilangkan stress. Kalau tak percaya, cuba bermain-main dengan kucing time stress. Mesti boleh menjadi terapi mujarab bila tengok aksi manja si kucing.
  • Membentuk rasa ihsan sesama mahluk dan sikap bertanggungjawab. Siapa lah yang tak kesian kalau tengok makhluk yang comel macam tu sedang kelaparan. Mesti rasa nak cepat-cepat bagi dia makan.
  • Peluang untuk bersedekah dengan memberi kucing makan dan tempat berlindung. 
  • Kucing juga adalah haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W dan para sahabat.

Apa-apa pun..
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang



Sekian. Wassalam.












July 18, 2017

Boleh Kurus Ke Kalau Makan Salad?


Assalamualaikum.

Alkisahnya...hari ni akak pergi Isetan KLCC dan membeli salad.
Bukan nak jadi macam mat salleh. Cuma nak berdiet dan tak nak makan makanan yang berkarbohidrat tinggi...(katanya.....)

Tapi boleh kurus ke kalau makan salad?....

Menurut kajian, kalau makan salad memang boleh membantu untuk mengurangkan berat badan. Tapi, ada syaratnya:

  • Dalam sajian salad tu, tak boleh ada banyak bahan-bahan tambahan seperti mayonis, cheese dan sewaktu dengannya.
  • Jangan di bahagian atas mangkuk aje yang ada daun salad hijau (sila lihat gambar). Tapi bahagian bawah ada pasta, nasi, kentang goreng dan lain-lain lagi (baca: tersorok atau ada nasi di balik salad)
  • Salad....salad jugak. Tapi tak hanya menjadi makanan tambahan celah gigi, sebelum atau selepas makan nasi bariyani gam, cheese cake, pisang goreng, lontong, nasi dagang, roti boi dan sebagainya.


Orang kata berdiet bukan saja untuk kurus, tapi untuk lebih sihat.

Sekian saja tips untuk hari ini.
Selamat maju jaya.

Wassalam.


July 16, 2017

Cendol

Assalamualaikum
....dan ketika santan, gula melaka dan durian bersatu.....



Cendol
Dari air tangan mamak
Terhasillah cendol yang lemak
Sajian istimewa membasah tekak

Cendol
Bukan sekadar santan dan gula
Ada durian penambah rasa
Pulut dan kacang merah tidak dilupa

Cendol
Rasanya lemak manis
Bersatu dengan sejuknya ais
Memang best
Tak caya pergi la test :D


Terima kasih cendol.....



Di gerai ini juga ada menjual

Rojak sotong

Air Batu Campur


Sekian. Terima kasih.
Lokasi : Bangi



Allah Merahmati Orang Yang Pengasih

Assalamualaikum




Dari Saad bin Ubadah RA, Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih" (HR Bukhari No: 1284)

Pengajaran:

  • Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap muslim
  • Allah hanya merahmati Muslim yang memiliki kasih sayang sesama makhluk
  • Antara contoh sifat kasih sayang ialah memaafkan orang lain, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu orang yang dalam kesempitan, memberi makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit dan yang ditimpa musibah.
Jika kita ingin dirahmati Allah, maka milikilah sifat pengasih terhadap orang lain.

Hate no one, no matter how much they've wronged you. Live humbly, no matter how wealthy you become. Think positively, no matter how hard life is. Smile, even your heart is bleeding. Give more, even if you've been giving little. Keep in touch with the ones who have forgotten you, and forgive who has wronged you. And do not stop praying for the best for those you love - Imam Ali Ibn Abi Talib (AS)


Sekian. Wassalam.

Shared via wa group
Pic : google


July 12, 2017

WW#19 Pesan Nenek



Apa perasaan kalau dapat pesanan dari nenek macam ni. Agak-agak boleh baca tak?...hihi

Setiap patah perkataan tu penting. Jangan sampai tersalah. Nanti balik rumah kena marah :'(
Jenuh pulak nak mintak maaf...



Sekian. Wassalam
Gambar: wa group


1. Gula
2. Bawang besar
3. Bawang kecil
4. Quaker oats
5. Susu Anlene
6. Ikan sepat kering
7. Sawi
8. Lada merah, hijau
9. Kacang buncis
10. Carrot

p/s: bila dah boleh baca ni...harap2 nenek tak marah cucu lagi...:)









July 11, 2017

Pizza Dan Keropok Lekor

Assalamualaikum


Ini adalah makanan yang paling senang nak dapat kalau malas masak.
Tapi tak boleh selalu...takut jadi botak...huhu


Memang lemak berkrim. Sesuai sangat kalau jadi ubat kurus.
Pizza #1 pilihan Adham dan #2 pilihan Afiq.
Mama dia orang?..apa pun boleh.


Keropok lekor ni pulak, sesuai sangat kalau jadi makanan pencuci mulut lepas makan pizza :)
Nama pun tekak melayu. Dapat makanan yang pedas-pedas sikit pun jadilah..

Sekian. Wassalam.

#dominospizza
#celebrateraya2017
#fidahshah
#whitebarley
#dietkelaut







July 10, 2017

Beautiful


People are not beautiful for the way they look, walk or talk.
They are beautiful for the way they love, care and share.


Betul tak??
.......dan dalam kisah yang lain...

Not everyone will value you. But there are a few who will stand by you no matter what. They're the ones praying for you without you knowing -Mufti Ismail Menk


Sekian. Wassalam
Pic: google










July 08, 2017

Fit and Healthy

Assalamualaikum..

Hari ni saya berkesempatan untuk ke Taman Tasik Cempaka, Bangi.
Boleh jugak la kalau rasa nak jogging atau jalan-jalan lenggang kangkung laju-laju.....dari duduk bersandar tengok tv kat rumah sambil makan kuih raya.


Nampak tak orang Bangi begitu bersemangat untuk bersenam dan menjaga kesihatan.
Health is wealth..
Tapi Mak tumpang selfie aje kat situ..haha


Apa-apa pun memang best jugak jalan-jalan pusing tasik kat sini.



Sekian. Wassalam.

#healthiswealth
#fitandhealthy
#badansihatotakcergas
#tasikcempakabangi
#fidahshah
#whitebarley


July 03, 2017

Kiss From A Rose



Kalau bunga rose sering dikaitkan dengan kisah cinta sepasang kekasih, tapi sebenarnya kalau di makan lagi bagus :D:D

Sejak dahulu lagi, bunga rose atau mawar memang terkenal sebagai bahan penting untuk kecantikan. Kalau tak percaya, sila baca kat botol tu.

Bunga rose bukan sahaja cantik dipandang dan berbau harum, tapi ada banyak khasiat lain yang baik untuk kesihatan dan kecantikan. Antaranya:

  • Melancarkan penghadaman, mengelakkan masalah sembelit, mengurangkan PMS dan senggugut. Hanya perlu minum air rendaman kuntuman atau kelopak bunga mawar.
  • Mencegah lingkaran hitam. Rendam kapas dalam air mawar dan letakkan di bawah mata untuk mencegah lingkaran hitam.
  • Rawatan kulit kepala dan membantu pertumbuhan rambut. Rebus kelopak bunga mawar, sejukkan dan sapu di bahagian kulit kepala.
  • Menyingkirkan rasa cemas. Mandi dengan air mawar (suam) dipercayai dapat menyingkirkan rasa cemas dan dapat membantu tidur yang lebih berkualiti.


Jom cuba..

Sekian. Wassalam.
Sumber dan rujukan : pelbagai


July 02, 2017

Makan Apa Lepas Raya?

Assalamualaikum

Hari ni kira dah lebih seminggu raya.
Alhamdulillah. Raya tahun ni, macam-macam jenis makanan dapat rasa.
Ketupat, lemang, rendang, nasi bariyani, nasi arab, mi kari, soto dan yang sewaktu dengannya. Nasi dagang aje tak sempat nak makan hari tu.

Bila dah banyak sangat makan segala jenis menu raya, tekak pun teringin nak makan benda-benda simple pulak...Betul tak?


Maka, keluarlah apa-apa bahan yang ada kat dapur dan dalam peti ais tu. Terbiar lama atau tak habis nanti, Cik Abang bising pulak. Maklum ler, masa beli...... ingat anak ada 12 orang...huhu


Untuk efek yang lebih pedas, makanlah dengan sambal ijo ni. Memang sedap.
Dapat pulak nasi panas, mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan..haha



Kalau tak nak makan nasi, makan lempeng dengan sambal ikan bilis pun menarik jugak.
Nak masak pun senang.

Korang pulak, makan apa lepas raya ni?..


Sekian. Wassalam.