<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Musim Sejuta Warna

Julai 30, 2017

Musim Sejuta Warna

Assalamualaikum

Hari ni saya nak mempromosikan novel sahabat baik saya, RIN AZRINA.
Tajuknya MUSIM SEJUTA WARNA.


Sinopsis:

Nalia Airani hanya memendam rasa. Dalam diam, senior berkarisma, penuh wibawa telah menawan hati remajanya. Lelaki bernama Muzairi itu membuatkan Nalia Airani sukar membuka hatinya pada insan lain. 
Cerita hanya diluah pada Shamrin; teman sekuliah, pendengar setia yang amat mengambil berat tentang dirinya.
"Apa tak salahkah Sham, kalau aku yang memulakan, aku ini perempuan" Nalia mengulangi soalannya bila melihat Shamrin senyum terus-terusan.
"Kalau aku ada secret admire secantik engkau, aku tak fikir lama. Confrim aku terima"
Pertemuan semula Nalia Airani dengan Muzairi memutikkan semula perasaan yang terpendam setelah sekian lama. Ditakdirkan Ilahi, Nalia juga tidak bertepuk sebelah tangan. Namun, panas yang disangka hingga ke hujung hari berakhir apabila badai datang melanda perhubungan Nalia Airani dan Muzairi.
"Biarlah jarak dan masa memisahkan kita, Nalia. Mungkin untuk masa ini, perpisahan itu lebih baik untuk kita"
Antara cinta dan persahabatan, Nalia Airani berada di persimpangan. Muzairi lelaki yang dicintai sedangkan Shamrin sahabat baik yang amat memahami. Dalam kekalutan, salah seorang harus berundur diri. Mungkin menyayangi dari kejauhan itu lebih baik dari kita terus bertentangan mata dan kecewa.
"Muz, satu hari kau akan tahu. Betapa susah dan sakitnya membenci insan yang kau cintai sepenuh hati" - RIN AZRINA
Yang istimewa memang sukar untuk dimiliki...
Novel ini belum diterbitkan lagi.
Tapi, untuk peminat-peminat kisah cinta, bolehlah membaca kisah ini secara online di ilhamkarangkraf.
Sila klik SINI.
Ada 22 bab kesemuanya. Jom...

Sebelum ini, saya pernah juga membuat entri tentang novel ini. Sila baca di sini:
Novel: Musim Sejuta Warna


Tentang sahabat saya, RIN AZRINA: Saya mengenali beliau semanjak umur saya 8 tahun lagi. Beliau berasal dari Pontian, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Tengku Mahmood Iskandar 1, Pontian. Beliau kemudiannya bersekolah di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur sebelum meneruskan pengajian di Universiti Malaya. Beliau memang sangat berbakat dalam bidang penulisan. Bahasanya cantik, ayatnya menarik. Kalau tak percaya, sila baca novel tu....

Untuk RIN AZRINA, moga terus suksess dan semoga novel ini segera diterbitkan...aamiin.

Sekian. Wassalam.


#musimsejutawarna
#orangpontian
#seriputeribandgirls
#fidahshahsupportmember





Label:

8 Ulasan:

Di 7/31/2017 08:22:00 PG, Blogger Wak Lat berkata...

cinta saja tak menjamin kebahagian rumahtangga., huhu2

 
Di 7/31/2017 11:31:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kan cerita novel aje Wak...😊😊

 
Di 8/01/2017 01:43:00 PTG, Blogger hasliynda umairah beauty berkata...

wow mesti sedih nie..
suka juga novel kisah cinta nie..hihi

 
Di 8/01/2017 07:19:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Wow menarik ni.. rasanya kenal penulis tu hehee. Nice sharing :)

 
Di 8/01/2017 08:05:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Saya layan juga cerita2 macam ni. Sesekali fefeeling..:)
Thanks Lynn

 
Di 8/01/2017 08:06:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Kawan sekampung tu..hihi

 
Di 8/08/2017 12:28:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

kena sediakan tisu sblm baca ni

 
Di 8/17/2017 05:36:00 PG, Blogger WhiteBarley berkata...

Sedih taw...:'(

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama