July 29, 2017

Kenapa Pisang Emas Dibawa Berlayar?

Assalamualaikum...


Semua mesti biasa dengan pantun ni kan...

Persoalannya...kenapa buah pisang yang dibawa belayar? Kenapa bukan buah durian, buah rambutan, ciku, cempedak, mangga atau buah-buahan lain?

Dan....dalam banyak-banyak pisang, kenapa pisang emas yang dipilih. Kenapa bukan pisang tanduk, pisang kaki, pisang berangan, pisang embun atau pisang montel?..kenapa mesti pisang emas?.

Menurut cerita orang-orang lama, zaman dulu kalau nak ke sesuatu tempat yang jauh, mereka harus melalui jalan sungai atau merentas lautan (baca : berlayar). Jadi buah pisang adalah antara bekalan makanan yang terbaik kerana rasanya yang sedap, mudah untuk dimakan, tahan lama dan dapat membekalkan tenaga segera.


Kenapa pisang emas?
Menurut kajian, pisang emas adalah antara pisang yang paling sedap jika dibandingkan dengan pisang-pisang lain. Rupa bentuknya yang kecil dan comel pasti menambat selera. Selain daripada itu, pisang emas juga dikatakan dapat mengatasi atau mengurangkan masalah MABUK LAUT.
Mungkin kerana itulah pisang emas yang dipilih untuk dibawa berlayar.
Wallahu a'alam

Kenapa masak sebiji di atas peti?...
Kenapa bukan 2 biji, 3 biji, sesikat atau setandan?...
Haha...tak tau la pulak kenapa..

Sekian. Wassalam.









12 comments:

  1. Betul andaian LZ.. Pisang senang dibawa ke mana2 bukan sahaja dibawa belayar, hehehe.. Kalau bawa durian nanti mabuk bau durian..

    Cuma baru tahu pisang emas antara pisang paling sedap dan boleh mengurangkan mabuk laut..

    Good info Fidah.. I like ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks LZ..
      Betul tu..pisang mudah utk dibawak gi mana2..
      Pasal mabuk laut tu pun ada orang bg tau..

      Delete
  2. Orang dulu cipta pantun pun sirat maknawalau sampiran saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bijak orang dulu2..
      Setiap patah perkataan yg digunakan..ada maksud tersendiri.
      Thanks Kak PI

      Delete
  3. suka pisang emas, mmg sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sedap kan Sis Nohas..saya memang suka.
      Thanks

      Delete
  4. Untuk tahan lama mereka membawa pisang emas yang belum masak.
    Sebab tu masak sebiji di atas peti, bukan sesikat atau setandan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih WP... atas info tambahan.
      Saya memang berharap WP singgah sini untuk confirm kan fakta saya...Thanks

      Delete
  5. Pisang buat ubat pelawas.. klu sesetengah org, makan bnyk boleh buat nak terbe*** hahaa. Klu zaman dulu senang, takde public toilet... berlayar kat laut pulak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...tau tak pe..
      Thanks Khir :)

      Delete
  6. diorg bw pisang ms tu br tebang kot dr pokok tu yg msk 2 - 3 biji je hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugak..biarlah pisang saja yang tau :D

      Delete

Google+ Followers

Followers