May 30, 2016

Bawa Anak Ke Dentist

Assalamualaikum


Minggu lepas saya membawa anak saya ke dentist (baca: doktor gigi) untuk membuat pemeriksaan ke atas giginya.
Umurnya Afiq sudah 6 tahun, jadi ada beberapa gigi susunya yang sudah goyang atau sudah dicabut.
Yang paling Mama dia risau adalah gigi hadapanya yang patah ketika jatuh suatu ketika dulu. Kerana patahnya hanya separuh dan akar gigi susunya masih ada, takut pula menggangu pertumbuhan gigi kekal. Tak naklah gigi kekalnya tumbuh tidak sekata atau jadi berlapis lapis pulak. Tu yang gi jumpa dentist.

Doktor tu kata biarkan aje dulu. Nanti kalau gigi kekalnya dah nak tumbuh, ianya akan 'menolak keluar' gigi susu yang sedia ada.

Saya membawanya ke Klinik Gigi Alan Adlan, Bangi selepas di rekomen oleh kawan sepejabat. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Servicenya ok dan doktornya pun baik.

Sebenarnya susah juga nak memujuk Afiq ke dentist...biasalah, budak-budak. Pernah juga terbaca cara-cara memujuk anak ke dentist, antaranya..
  • Jangan paksa anak. Tu yang berbulan-bulan juga nak pujuk. Nak cari Klinik Gigi pun, kena cari yang betul-betul sesuai untuk kanak-kanak.
  • Janji bagi hadiah. Bukan setakat berus gigi baru, macam-macam jenis mainan jugaklah kena beli...segala ultraman, kereta, lori bagai Mak kena beli. Nasib baik jumpa dentist sekali sekala, kalau hari-hari, boleh botak juga jadinya...hihi
  • Cari Dentist yang pandai layan kanak-kanak. Doktor gigi yang merawat Afiq hari tu memang ok. Cakap pun lemah lembut so budak-budak tak takut. Baik aje dia cakap kat Afiq "Janji dengan Doktor ya, lepas ni Afiq mesti gosok gigi bersih-bersih dan jangan makan #Coklat ". Si Afiq pun mengangguk-angguk aje. Muka pun relax dan tak takut.
Tak pasal pasal kena beli panda, nak pujuk dia selalu gosok gigi punya pasal.


Sebenarnya hari tu, bukan saja Afiq yang kena jumpa Dentist. Mama dia sekali rupanya....sebab ada gigi berlubang dan dah start sakit. Kalau sakit gigi ni, tak boleh tunggu lama-lama....menderita ooiiii. 

Sebab tu ada orang kata, biar sakit hati, jangan sakit gigi (tapi tak boleh compare dengan sakit nak bersalin...huhu). Kalau sakit hati, boleh jugak tidur, kalau sakit gigi, jangan harap.
Tak tahulah macam mana orang boleh tunggu lama-lama dan ada yang sampai setahun baru nak bertindak balas jumpa doktor gigi. Kalau Mak, seminggu aje dah tak sanggup.

Akhirnya gigi Mak pun selamat ditampal. Boleh lah makan semula nasi ambeng, rendang minang, ayam goreng, kambing golek, kacang-kacang, #Coklat dan yang sewaktu dengannya :D

Sekian.







May 25, 2016

Diam

Assalamualaikum


Ada banyak situasi yang membuktikan bahawa 'diam' lebih baik dari berkata-kata.
Contohnya jika berkata-kata itu boleh menyebabkan perselisihan faham atau mengeruhkan lagi keadaan, memang lebih baik diam.

Kalau dulu-dulu, orang kata 'diam tanda setuju' tapi di zaman sekarang ini, mungkin sudah tak berapa relevant lagi kerana diam juga mungkin bermaksud tak kuasa nak layan.

Pernah dulu ada orang berpesan, kalau pergi ke majlis atau meeting dan orang berbincang tentang suatu perkara yang kita tidak pasti, lebih baik diam saja dari cakap perkara yang 'bukan-bukan'. Tidak perlu untuk menjadi 'tong kosong' dan akhirnya menampakkan kebodohan sendiri.


Sama juga bila dalam satu keadaan di mana ada ramai orang bercakap-cakap kosong, lebih baik kita diam. Mana tau jika cakap-cakap kosong tersebut menjurus ke arah fitnah, Kan tak pasal-pasal dapat dosa free...:(

Diam juga lebih baik apabila kita cuba memberikan pendapat, buah fikiran atau komen, tapi langsung tak di terima pakai atau langsung tak diendahkan. Daripada cuba nak memandai-mandai nak bagi pendapat dan esok lusa kita sendiri yang berkecil hati, lebih baik diam atau balik tidur saja....




Sekian. Wassalam
Gambar: Google

May 18, 2016

May 15, 2016

Ayam Goreng Cili


Assalamualaikum

Jom kita tengok resipi ayam goreng cili. Satu sajian ringkas. Kalau orang kata style masak 'campak-campak'... inilah salah satu darinya. Mak tengok resipi ni pun kat fb hari tu. Bila dah try dan rasa ok, share kat sini pulak.
Esok-esok senang nak refer.


Bahan-bahan

  • Isi ayam (dalam 400gm, di potong dadu atau memanjang - ikut suka)
  • Sedikit tepung jangung (untuk digaulkan pada ayam)
  • Cili kering (ikut tekak, nak pedas boleh letak banyak)
  • 1/2 biji capsicum hijau
  • 1/2 biji bawang besar holland (mak guna  1 biji bawang besar biasa)
  • Sedikit daun bawang
  • 4 biji bawang putih (diketuk atau hiris halus)
  • Sedikit sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis - ikut rasa masing-masing
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara
  • Perap ayam bersama tepung jagung selama lebih kurang 15 minit. Lepas tu goreng tapi jangan garing sangat.
  • Tumis bawang putih, masukkan cili kering dan goreng sampai garing
  • Masukkan sedikit air (dalam 1/3 cawan)
  • Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis - sesuai selera
  • Masukan ayam yang telah digoreng
  • Masukkan bawang, daun bawang dan capsicum - gaul rata
  • Mak tambah kacang gajus sikit....biar ada rasa rangup dan lemak2 siket :)
  • Sedia untuk dihidang.
Nota: tak perlu garam atau gula sebab semua rasa dah ada. Resipi yang mudah. Sesuai sangat untuk ibu-ibu bekerja atau untuk lauk sahur nanti :)


Sekian. Wassalam.


May 11, 2016

Kesihatan Adalah Anugerah

Assalamualaikum


Kisah 1
Seorang rakan saya mengambil cuti panjang kerana ingin menjaga suaminya yang sedang sakit. Bukan saja rakan saya, sesiapa pun sebenarnya, sekiranya mendapat tahu dirinya atau atau ahli keluarga terdekat mengidap penyakit barah (cancer) tahap 3, pasti menjadi berita yang sangat menyedihkan. Walaupun tahap pencapaian dalam hidup boleh dikatakan cemerlang, tanpa kesihatan tubuh badan, mungkin juga segalanya menjadi hambar. Moga Allah permudahkan segala urusan kawan saya.


Kisah 2
Ini berkenaan tentang pemeriksaan kesihatan yang di wajibkan kepada bakal-bakal haji. Hujung minggu lalu, banyak terbaca rungutan sahabat-sahabat (yang bakal haji dan hajjah) di group telegram tentang keputusan medical check up mereka. Ada yang tidak 'melepasi' tahap yang di sarankan terutamanya tentang bacaan tekanan darah dan gula (sugar reading untuk diabetic). Akibatnya ada diantara mereka yang terpakasa bercuti untuk membuat ujian kesihatan semula dan mendapatkan rawatan susulan. Sesuatu yang agak merumitkan juga (pada saya) untuk membuat pemeriksaan beberapa kali. Tapi, (sekadar pendapat peribadi), apa yang disarankan oleh pihak Tabung Haji itu perlu, supaya rekod kesihatan semua jemaah haji adalah jelas demi memudahkan segala urusan di sana sekiranya berlaku kecemasan. Kepada rakan-rakan saya, harap bersabar dan semoga segala urusan dipermudahkan.


Kisah 3
Ada seorang kakak yang umurnya sudah termasuk dalam kategori 'asar'. Dia berhajat untuk mengekalkan tahap kesihatan. Apa yang dia cuba buat adalah mengubah gaya hidup (seperti yang disarankan oleh Pak Menteri...ehem). Antara perkara positif yang cuba dilakukan adalah
  • Menjaga pemakanan dan mengambil suplement yang perlu untuk kesihatan
  • Mengambil kolegen 
  • Melakukan aktiviti riadah yang menyihatkan seperti berbasikal, zumba, berjogging dan sebagainya.
  • Menurunkan dan mengawal berat badan... :'(
  • Tidur awal
  • Elakkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan stress.
  • Melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati dan menggembirakan diri sendiri
Semoga berjaya melalukannya dan segala urusan dipermudahkan...aamiin

Sekian. Wassalam.

Pic: google


May 06, 2016

Waktu Terbaik Untuk Berdoa


Sabda Rasulullah SAW:

"Barang siapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam kesempitan, hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan"

"Mohonlah kepada Allah keampunan serta kesejahteraan. Sesungguhnya kurniaan yang terbaik untuk seseorang itu selepas mendapat keyakinan hidup adalah kesejahteraan hidup"

-Hadis Riwayat Tarmizi

Sekian. Wassalam.


May 05, 2016

Israk Mikraj


Bukti kekuasaan Allah tentang sebuah kisah perjalanan yang panjang hanya dengan satu malam.

Antara perkara yang digalakkan oleh Rasulullah SAW...
Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadah yang lain

Sekian. Wassalam

Pic: google



May 03, 2016

Bahagia Adalah Pilihan

Assalamualaikum

Sewaktu selesai solat tadi dan ketika bercermin (maklumlah, kalau orang perempuan, mesti nak tengok cermin walaupun sekejap. Sekadar nak menepek bedak, menyapu lip gloss atau sekurang -kurangnya nak betulkan tudung supaya tak nampak senget...huhu), saya disapa oleh seseorang.

Saya tak lah kenal sangat dengannya. Sekadar rakan satu organisasi ( lain department), tapi biasa juga nampak dia kalau ke surau. Namun saya tahu, dia adalah seorang doktor (lulusan PhD, bidang apa saya kurang pasti)...sebab orang memanggilnya Dr Mas (bukan nama sebenar).

Dia bercerita tentang kehidupannya, tentang keluarganya, cara dia belajar dan umurnya juga.
Lantas saya bertanya "Apa yang Dr Mas buat sewaktu umur 40 tahun?"

Dia menjawab "that was my turning point. Umur 40 sangat kritikal. Jangan anggap diri kita masih muda kerana ianya akan menyebabkan kita selalu lalai tentang tujuan hidup yang sebenar"



Straight to the point, sebab nak cerita panjang-panjang pun, Mak bukan pakar motivasi. Tapi ada 4 perkara yang dinyatakan oleh Dr Mas.

  • Be Happy. Buatlah perkara yang membahagiakan. Lakukan apa yang kita mahu asalkan tidak melampaui batas. Contohnya, kalau nak makan apa, makanlah. Nak beli barang yang kita suka (asalkan mampu), belilah. Tak perlulah begitu taksub bila melihat angka wang simpanan di bank yang kian bertambah, sedangkan hidup kita sehari hari adalah seperti orang miskin kerana terlampau kedekut. Bukankah hidup untuk dinikmati. Banyak kan juga sedekah, kerana sedekah bukan sahaja membahagiakan orang, tapi akan membahagiakan diri kita juga.

  • Be Healthy. Jaga kesihatan. Umur 40 tahun, kira dah masuk waktu 'asar'. Macam-macam jenis penyakit pun senang nak jengah (minta dijauhkan). Maka, jagalah kesihatan. Jagalah pemakanan. Jauhkan dari perkara-perkara yang  negatif serta mendatangkan stress. Health is wealth.

  • Silaturrahim. Jagalah hubungan dengan orang lain walaupun kadangkala ianya sangat susah untuk dilakukan. Pasti tidak mudah untuk terus berbuat baik pada orang yang pernah menganiaya kita, atau pernah menghina, memaki hamun serta memanggil kita dengan gelaran yang bukan-bukan. Teringat saya pada kata-kata seorang rakan "bersilaturrahim itu mudah, tapi untuk menjaga dan mengekalkan silaturrahim amat sukar sebenarnya". Namun begitu, cubalah untuk menjaga silaturrahim dan berbuat baik dengan semua orang. Try to forgive but no need to forget all. Sebab apa yang berlaku akan menjadi pengajaran dan sempadan buat kita, serta menjadi peringatan supaya lebih berhati hati di masa hadapan. 

  • Enhance Your Spiritual. "Hari ini seharusnya lebih baik dari semalam". Contohnya jika hari ini atau bulan ini kita sembahyang sunat dhuha 2 rakaat, esok cubalah bersembahyang 4 rakaat. Begitu juga dengan ibadah-ibadah yang lain seperti mambaca al quran, berzikir, bersedekah dan sebagainya. Setiap hari, berazamlah untuk tingkatkan lagi amal kebaikan dan jauhkan dari perkara-perkara yang tidak memberi faedah. Bukankan ini 'bekalan' yang akan kita bawa bila di sana nanti. 

Itulah pesan dan kata-kata nasihat yang saya dapat hari ini. Saja nak share kat sini moga dapat manafaatnya bersama.

Sekian. Wassalam.


P/s : maaf, tak dapat nak ber BW untuk seketika ini kerana agak sibuk dan internet yang super slow ini bagai tak mengizinkan...:)

Pic: google




May 02, 2016

Biskut Oat Sukatan Cawan

Assalamualaikum


Hari ni terjumpa resipi biskut oat yang amat mudah. Caranya mudah, bahannya juga senang di cari.
Saya jumpa resipi ini di blog 'buatwanita.blogspot.my'

Jom tengok resipinya
  • 2 cawan tepung gandum (saya guna 1 cawan sahaja)
  • 2 cawan oat (saya guna 3 cawan). Saja letak lebih sebab cik Abang dah jeling2 kat oat yang dah lama terbiar sepi. Masa beli tak hengat...nak yang pack besar...huhu
  • 3/4 cawan gula kastor ( saya ikut sukatan ni, tapi rasanya agak manis. Kalau nak buat lagi next time mungkin guna 1/2 cawan saja. Mak tak suka guna banyak gula sebab dah manis....oohhohoho...silakan muntah hijau :D
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • Minyak jagung secukupnya

Cara-cara
  • Masukkan kesemua bahan kecuali minyak jagung ke dalam mangkuk
  • Lepas tu baru tuangkan minyak jagung sedikit-sedikit. Gaul bahan sehingga menjadi doh.
  • Buat bulat kecil-kecil (saiz ikut suka) dan leperkan. Susun di dalam dulang pembakar. Boleh juga kalau nak letak hiasan coklat chip atau badam.
  • Bakar pada suhu 180°c selama 15 minit.
  • Sedia untuk dihidangkan.
Sila abaikan paras rupa biskut Mak tu. Next time kalau rajin boleh buat bentuk bunga ke, bintang ke atau teddy bear...haha

Sekian. Selamat mencuba.
Wassalam.


May 01, 2016

Belajar Dari Kata-Kata Hikmah Imam As-Syafie


  • Bila kamu tidak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan
  • Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun
  • Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negeri mu dan merantaulah ke negeri orang.
  • Jangan mencintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah sahaja di tinggalkan, apa lagi kamu
  • Barang siapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah dia sentiasa bersangka baik dengan manusia
  • Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran
  • Ilmu itu bukan dihafal tetapi yang memberi manafaat
  • Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara; malas, suka makan, suka tidur dan berlebih lebihan
  • Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghina mu
  • Jadikan akhirat di hati mu, dunia di tangan mu dan kematian di pelupuk mata mu

Bersabarlah untuk sabar mendidik hati. Peringatan untuk diri saya sendiri...
Jangan sampai #kelupaan
Moga menjadi manafaat bersama.

Sekian.

Sumber : FB
Pic : Google