<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Kesihatan Adalah Anugerah

Mei 11, 2016

Kesihatan Adalah Anugerah

Assalamualaikum


Kisah 1
Seorang rakan saya mengambil cuti panjang kerana ingin menjaga suaminya yang sedang sakit. Bukan saja rakan saya, sesiapa pun sebenarnya, sekiranya mendapat tahu dirinya atau atau ahli keluarga terdekat mengidap penyakit barah (cancer) tahap 3, pasti menjadi berita yang sangat menyedihkan. Walaupun tahap pencapaian dalam hidup boleh dikatakan cemerlang, tanpa kesihatan tubuh badan, mungkin juga segalanya menjadi hambar. Moga Allah permudahkan segala urusan kawan saya.


Kisah 2
Ini berkenaan tentang pemeriksaan kesihatan yang di wajibkan kepada bakal-bakal haji. Hujung minggu lalu, banyak terbaca rungutan sahabat-sahabat (yang bakal haji dan hajjah) di group telegram tentang keputusan medical check up mereka. Ada yang tidak 'melepasi' tahap yang di sarankan terutamanya tentang bacaan tekanan darah dan gula (sugar reading untuk diabetic). Akibatnya ada diantara mereka yang terpakasa bercuti untuk membuat ujian kesihatan semula dan mendapatkan rawatan susulan. Sesuatu yang agak merumitkan juga (pada saya) untuk membuat pemeriksaan beberapa kali. Tapi, (sekadar pendapat peribadi), apa yang disarankan oleh pihak Tabung Haji itu perlu, supaya rekod kesihatan semua jemaah haji adalah jelas demi memudahkan segala urusan di sana sekiranya berlaku kecemasan. Kepada rakan-rakan saya, harap bersabar dan semoga segala urusan dipermudahkan.


Kisah 3
Ada seorang kakak yang umurnya sudah termasuk dalam kategori 'asar'. Dia berhajat untuk mengekalkan tahap kesihatan. Apa yang dia cuba buat adalah mengubah gaya hidup (seperti yang disarankan oleh Pak Menteri...ehem). Antara perkara positif yang cuba dilakukan adalah
  • Menjaga pemakanan dan mengambil suplement yang perlu untuk kesihatan
  • Mengambil kolegen 
  • Melakukan aktiviti riadah yang menyihatkan seperti berbasikal, zumba, berjogging dan sebagainya.
  • Menurunkan dan mengawal berat badan... :'(
  • Tidur awal
  • Elakkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan stress.
  • Melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati dan menggembirakan diri sendiri
Semoga berjaya melalukannya dan segala urusan dipermudahkan...aamiin

Sekian. Wassalam.

Pic: google


Label: ,

23 Ulasan:

Di 5/11/2016 03:46:00 PTG, Blogger paridah berkata...

KESIHATAN YG BAIK ADALAH KEKAYAAN SEBENARNYA...MMG BANYAK MSLH YG DIHADAPI SEKIRANYA SAKIT,,,IAGALAH KESIHATAN DIRI..

 
Di 5/11/2016 04:34:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

Kak Fidah, semoga urusan mereka dipermudahkan..Aminnnnnnn..

 
Di 5/11/2016 06:00:00 PTG, Anonymous Afif Rayyan berkata...

Kesihatan yang baik tu salah satu rezeki dari-Nya

 
Di 5/11/2016 10:01:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

Kesehatan memang jadi yang paling utama dalam realita kehidupan . senoga kita semua di beri kesehatan dan kelancaran dalam menjalani kehidupan

 
Di 5/12/2016 02:19:00 PTG, Blogger hasliynda umairah beauty berkata...

jom kita jaga kesihatan,biar sihat selalu

 
Di 5/12/2016 04:39:00 PTG, Blogger Bunda_nora berkata...

Sakit memang berat rasanys...apa lagi kalu menyusahkan orang tersayang sekeliling kita...

Tapi sakit juga penghapus dosa...

 
Di 5/13/2016 10:49:00 PTG, Blogger mrhanafi berkata...

sejak jadi blogger nie..agak susah nak tidur awal...kalau bangun awal tu sudah pasti

 
Di 5/13/2016 11:59:00 PTG, Blogger OKje berkata...

Betul FS.....kesihatan ni sebenarnya rezeki yg tidak ternilai mengatasi duit berjuta.....
Mak pun tgh nak start bersenam jugak ni....

 
Di 5/14/2016 10:57:00 PTG, Blogger Qaseh Vee berkata...

saya berharap sgt saya dpt terus sihat . maklumlah , hidup sorang ni klu sakit memang menyusahkan org lain kan ... saya amalkan puasa isnin khamis , krgkan mkn nasi lebihkan mkn sayur / ulam dan buah .

 
Di 5/15/2016 10:16:00 PG, Blogger Khir Khalid berkata...

Kesihatan mmg sgt penting... dalam usia yg mcm ni sepatutnya memang perlu jaga kesihatan dah. Semoga sentiasa dianugerahkan dengan kesihatan yg baik... aamiin ya Rabb.

 
Di 5/15/2016 05:08:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul Kak...kesihatan adalah harta yang utama.

Maaf Kak, belum sempat komen di blog sana...dah singgah, tapi kotak komen tak keluar kalau guna tab :(

 
Di 5/15/2016 05:08:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Aamiin. Moga segala urusan kita dipermudahkan.

 
Di 5/15/2016 05:09:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Setuju. Sihat itu rezeki

 
Di 5/15/2016 05:10:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Tidak dinafikan, kesihatan amat penting dalam kehidupan.

 
Di 5/15/2016 05:10:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Jom jaga kesihatan. Lebih lagi di umur macam saya ni..

 
Di 5/15/2016 05:11:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul Bunda. Sakit itu satu peringatan dari Nya dan juga penghapus dosa....

 
Di 5/15/2016 05:11:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Bagus awal tu memang bagus. Pastikan tidur juga cukup..

 
Di 5/15/2016 05:12:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Masih dlm percubaan nak amalakan puasa Isnin dan Khamis...tapi dugaan biasanya banyak...huhu
Thanks for the tips Vee

 
Di 5/15/2016 05:13:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Aamiin...aamiin..moga dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa

 
Di 5/15/2016 05:14:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Amboi...romantik nya profile pic...
Betul tu Mak..sihat juga rezeki dan kurnia untuk disyukuri.

 
Di 5/18/2016 10:48:00 PG, Blogger Unknown berkata...

Aminnnnnnnn.. :)ā™„

 
Di 5/25/2016 11:25:00 PTG, Blogger SIQAHIQA berkata...

kesihatan juga adalah kebahagiaan :)

 
Di 6/09/2016 01:59:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

pg td terima wassap yg berbunyi begini....

namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an, bahawa perkara yg plg penting dlm hidup ini adalah kesihatan. kekayaan tidak bermakna jika tahap kesihatan diusia ini tidak memuaskan... darah tinggi, kencing manis, etc. dan lain2 penyakit cuba melamar. ms inilah kita menyesal kerana sewaktu sihat kita sibuk bekerja shgga lali utk menjaga kesihatan, bersenam dan sbg nyer...

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama