May 01, 2016

Belajar Dari Kata-Kata Hikmah Imam As-Syafie


  • Bila kamu tidak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan
  • Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun
  • Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negeri mu dan merantaulah ke negeri orang.
  • Jangan mencintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah sahaja di tinggalkan, apa lagi kamu
  • Barang siapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah dia sentiasa bersangka baik dengan manusia
  • Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran
  • Ilmu itu bukan dihafal tetapi yang memberi manafaat
  • Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara; malas, suka makan, suka tidur dan berlebih lebihan
  • Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghina mu
  • Jadikan akhirat di hati mu, dunia di tangan mu dan kematian di pelupuk mata mu

Bersabarlah untuk sabar mendidik hati. Peringatan untuk diri saya sendiri...
Jangan sampai #kelupaan
Moga menjadi manafaat bersama.

Sekian.

Sumber : FB
Pic : Google

8 comments:

  1. Ilmu dan kemahiran,
    kalau diguna dengan betul
    pasti memberi pulangan yang baik dan berguna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Segala perbuatan dan niat yg baik, pasti ada balasannya. Thanks Padin :)

      Delete
  2. BERILMU MEMENAFAATKAN RAMAI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga dapat manafaatnya bersama.
      Thanks Kak PI :)

      Delete
  3. Semoga menjadi peringatan yang bermanfaat buat panduan dan renungan kita semua. T kasih atas perkongsian Fidah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk peringatan saya juga...Teringat tentang 'saham akhirat' yang pernah diperkatakan.
      Thanks Khir :)

      Delete
  4. Thank you sharing Kak..Bagus utk peringatan kita bersama.. ☺

    ReplyDelete
  5. semuanya ada maksud tersirat dan bermakna

    ReplyDelete