<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Bahagia Adalah Pilihan

Mei 03, 2016

Bahagia Adalah Pilihan

Assalamualaikum

Sewaktu selesai solat tadi dan ketika bercermin (maklumlah, kalau orang perempuan, mesti nak tengok cermin walaupun sekejap. Sekadar nak menepek bedak, menyapu lip gloss atau sekurang -kurangnya nak betulkan tudung supaya tak nampak senget...huhu), saya disapa oleh seseorang.

Saya tak lah kenal sangat dengannya. Sekadar rakan satu organisasi ( lain department), tapi biasa juga nampak dia kalau ke surau. Namun saya tahu, dia adalah seorang doktor (lulusan PhD, bidang apa saya kurang pasti)...sebab orang memanggilnya Dr Mas (bukan nama sebenar).

Dia bercerita tentang kehidupannya, tentang keluarganya, cara dia belajar dan umurnya juga.
Lantas saya bertanya "Apa yang Dr Mas buat sewaktu umur 40 tahun?"

Dia menjawab "that was my turning point. Umur 40 sangat kritikal. Jangan anggap diri kita masih muda kerana ianya akan menyebabkan kita selalu lalai tentang tujuan hidup yang sebenar"



Straight to the point, sebab nak cerita panjang-panjang pun, Mak bukan pakar motivasi. Tapi ada 4 perkara yang dinyatakan oleh Dr Mas.

  • Be Happy. Buatlah perkara yang membahagiakan. Lakukan apa yang kita mahu asalkan tidak melampaui batas. Contohnya, kalau nak makan apa, makanlah. Nak beli barang yang kita suka (asalkan mampu), belilah. Tak perlulah begitu taksub bila melihat angka wang simpanan di bank yang kian bertambah, sedangkan hidup kita sehari hari adalah seperti orang miskin kerana terlampau kedekut. Bukankah hidup untuk dinikmati. Banyak kan juga sedekah, kerana sedekah bukan sahaja membahagiakan orang, tapi akan membahagiakan diri kita juga.

  • Be Healthy. Jaga kesihatan. Umur 40 tahun, kira dah masuk waktu 'asar'. Macam-macam jenis penyakit pun senang nak jengah (minta dijauhkan). Maka, jagalah kesihatan. Jagalah pemakanan. Jauhkan dari perkara-perkara yang  negatif serta mendatangkan stress. Health is wealth.

  • Silaturrahim. Jagalah hubungan dengan orang lain walaupun kadangkala ianya sangat susah untuk dilakukan. Pasti tidak mudah untuk terus berbuat baik pada orang yang pernah menganiaya kita, atau pernah menghina, memaki hamun serta memanggil kita dengan gelaran yang bukan-bukan. Teringat saya pada kata-kata seorang rakan "bersilaturrahim itu mudah, tapi untuk menjaga dan mengekalkan silaturrahim amat sukar sebenarnya". Namun begitu, cubalah untuk menjaga silaturrahim dan berbuat baik dengan semua orang. Try to forgive but no need to forget all. Sebab apa yang berlaku akan menjadi pengajaran dan sempadan buat kita, serta menjadi peringatan supaya lebih berhati hati di masa hadapan. 

  • Enhance Your Spiritual. "Hari ini seharusnya lebih baik dari semalam". Contohnya jika hari ini atau bulan ini kita sembahyang sunat dhuha 2 rakaat, esok cubalah bersembahyang 4 rakaat. Begitu juga dengan ibadah-ibadah yang lain seperti mambaca al quran, berzikir, bersedekah dan sebagainya. Setiap hari, berazamlah untuk tingkatkan lagi amal kebaikan dan jauhkan dari perkara-perkara yang tidak memberi faedah. Bukankan ini 'bekalan' yang akan kita bawa bila di sana nanti. 

Itulah pesan dan kata-kata nasihat yang saya dapat hari ini. Saja nak share kat sini moga dapat manafaatnya bersama.

Sekian. Wassalam.


P/s : maaf, tak dapat nak ber BW untuk seketika ini kerana agak sibuk dan internet yang super slow ini bagai tak mengizinkan...:)

Pic: google




Label:

15 Ulasan:

Di 5/03/2016 10:36:00 PTG, Blogger paridah berkata...

berikan hak diri untuk bahgia di dunia n akhirat...

 
Di 5/04/2016 08:43:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul Kak. Seharusnya kita berikan hak kepada diri utk bahagia di dunia dan akhirat.
Thanks Kak PI

 
Di 5/04/2016 09:39:00 PG, Blogger hasliynda umairah beauty berkata...

terima kasih ya utk saya juga

 
Di 5/04/2016 10:08:00 PG, Blogger Unknown berkata...

Wanita, tetep ya dimana pun tinggalnya nggak bisa jauh-jauh dengan cermn walau hanya 5 menit saja hihi.

 
Di 5/04/2016 12:29:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

Setuju dengan Dr Mas..Betulla kan, senang cerita duit tu kita bukan bawa ke kubur pun..Belilah ape yang kita nak..Jgn terlampau kedekut..Thank you sharing Kak Fidah.. ☺

 
Di 5/05/2016 03:58:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Thanks Lynn :)

 
Di 5/05/2016 06:51:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

alhamdulillah , sis ada kesedaran ttg tu semua . mmg betul , 40an adalah permulaan untuk memperbaiki kehidupan dunia dan bmenambah bekalan akhirat . disisi lain , biarlah kita anggun diluar dan dalam juga ... bahagia mmg kita yg pilih !

 
Di 5/06/2016 07:24:00 PG, Blogger Khir Khalid berkata...

Life begins at 40 huhu... bila masuk usia mcm ni mmg dah waktu utk bermuhasabah diri dan buat apa yg kita rasa patut lakukan utk kebaikan diri, keluarga, dunia dan akhirat... semoga Allah sentiasa memberkati dgn sepenuh ketenangan hati dan jiwa... aamiin.

 
Di 5/06/2016 07:29:00 PG, Blogger Khir Khalid berkata...

p/s: tak kluar ruang komen kat post israk mikraj... nnti saya singgah tengok lagi...

 
Di 5/31/2016 09:53:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu Zee...hihi

 
Di 5/31/2016 09:54:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Jangan kedekut dgn diri sendiri...biarlah kita membuat diri kita bahagia

 
Di 5/31/2016 09:55:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Life begins at 40...masa untuk berubah...
Kalau tak mampu drastik...buat pelan2..

 
Di 5/31/2016 09:57:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Mencari kekuatan utk berubah..
Yg paling penting, jauhi perkara2 yang tak mendatangkan faedah...lebih2 lagi yg buat hati tidak tenang

 
Di 5/31/2016 09:57:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Dah macam2 buat..kotak komen tu x nak keluar jugak..huhu

 
Di 6/09/2016 02:21:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

seharusnya sblm 40 dah ada kesedaran ;-)

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama