May 15, 2016

Ayam Goreng Cili


Assalamualaikum

Jom kita tengok resipi ayam goreng cili. Satu sajian ringkas. Kalau orang kata style masak 'campak-campak'... inilah salah satu darinya. Mak tengok resipi ni pun kat fb hari tu. Bila dah try dan rasa ok, share kat sini pulak.
Esok-esok senang nak refer.


Bahan-bahan

  • Isi ayam (dalam 400gm, di potong dadu atau memanjang - ikut suka)
  • Sedikit tepung jangung (untuk digaulkan pada ayam)
  • Cili kering (ikut tekak, nak pedas boleh letak banyak)
  • 1/2 biji capsicum hijau
  • 1/2 biji bawang besar holland (mak guna  1 biji bawang besar biasa)
  • Sedikit daun bawang
  • 4 biji bawang putih (diketuk atau hiris halus)
  • Sedikit sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis - ikut rasa masing-masing
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara
  • Perap ayam bersama tepung jagung selama lebih kurang 15 minit. Lepas tu goreng tapi jangan garing sangat.
  • Tumis bawang putih, masukkan cili kering dan goreng sampai garing
  • Masukkan sedikit air (dalam 1/3 cawan)
  • Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis - sesuai selera
  • Masukan ayam yang telah digoreng
  • Masukkan bawang, daun bawang dan capsicum - gaul rata
  • Mak tambah kacang gajus sikit....biar ada rasa rangup dan lemak2 siket :)
  • Sedia untuk dihidang.
Nota: tak perlu garam atau gula sebab semua rasa dah ada. Resipi yang mudah. Sesuai sangat untuk ibu-ibu bekerja atau untuk lauk sahur nanti :)


Sekian. Wassalam.


12 comments:

  1. MASAK AYAM GORENG BERCILI GINI MMG SEDAP FIDAH...

    ReplyDelete
  2. Mrs.fidah aku suka sekali dengan daging ayam. minta izin untuk save resepnya :)

    ReplyDelete
  3. salam fidah.. lama nya tak kesini.. pekabar??
    wahhh..sedap ayam goreng.. boleh cuba nti... :)

    ReplyDelete
  4. sedapnya sis, dah terbau aromanya tu

    ReplyDelete
  5. ayam goreng bersalut tepung jagung lg crunchy..nyum,nyum,..

    ReplyDelete
  6. Buat hidangan makan malam ni mmg compom mantopsss... marveles!! :)

    ReplyDelete
  7. sedapnya ayam fidah boleh try ni
    ayam mmg tak pernah tolak oleh anak2
    fav bebeno

    ReplyDelete
  8. tengok gambar dah tahu sedap...nak share la resepi ini dengan bakal istri...he..he..

    ReplyDelete
  9. Wahhhh nampak sedap..Macam makanan orang jawa ada juga ni.. :) Menyelerakan..

    ReplyDelete
  10. Tengok resepi pun dah tau sedap FS....tu ha sos 3 sekawan tu, kalau buh dlm masakan confirmed sodaplah!

    ReplyDelete
  11. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa nk sikittttttttt

    ReplyDelete