November 30, 2015

Kerana Ucapan Assalamualaikum



Kisah seorang perempuan yang bekerja di kilang daging.  Pada suatu hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugas harian, dia masuk ke dalam bilik sejuk beku. Akan tetapi nasibnya tidak baik, pintu bilik sejuk beku itu tertutup dan dia telah terkunci dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya keluar.

Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Kebanyakan pekerja sudah pun lama pulang dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa  di dalam bilik sejuk dari kawasan luar.
5 jam kemudian, sedang dia berada dalam nafas kematian, seorang security guard di kilang tersebut membuka pintu bilik sejuk beku itu. Nasibnya baik kerana dia terselamat dari ‘kematian’ pada hari itu. 

Perempuan itu bertanya pada security guard berkenaan, bagaimana dia boleh membuka pintu bilik sejuk beku itu walaupun itu bukanlah tugas hariannya.  
Pak Cik security guard itu menjawab “Saya telah bekerja di kilang ini selama 35 tahun dan terdapat ratusan pekerja yang keluar dan masuk ke dalam kilang setiap hari. Namun kebanyakan mereka melayan saya seperti saya tidak pernah wujud. 

Hari ini, sebagaimana awak masuk bekerja dan pada hari-hari sebelumnya, awak akan menegur saya dengan ucapan ringkas ‘ASSALAMUALAIKUM’. Tetapi malam ini, selepas waktu kerja, saya berasa pelik kerana tidak mendengar sapaan  ‘ASSALAMUALAIKUM.  Jumpa Lagi esok’. Jadi saya merasakan yang saya perlu check di sekitar kilang.

Setiap hari saya mengharapkan ucapan ‘ASSALAMUALAIKUM’ dari awak kerana awak mengingatkan bahawa saya masih seorang insan. Dengan tidak mendengar ucapan selamat hari ini, saya dapat mengagak mungkin sesuatu telah terjadi. Sebab itu, saya mencari awak di merata tempat.

Pengajaran untuk diri
  • Jadilah seorang individu yang merendah diri, penyayang dan hormat pada setiap individu di sekeliling
  • Cubalah untuk berbuat baik pada setiap orang tanpa mengira status kerana kita tidak tahu apakah yang akan terjadi pada diri kita di masa hadapan
  • Boleh jadi sapaan yang kita anggap ringkas memberi makna atau kesan pada individu yang lain.
  • Setiap kali kita memberi salam, bererti kita mendoakan agar orang (yang di beri salam) berada dalam keadaan sejahtera. In shaa Allah, orang tersebut juga akan mendoakan kita perkara yang sama dengan menjawab 'Waalaikumsalam' yang bermaksud 'salam sejahtera juga ke atas kamu'


Moga cerita ini menjadi inspirasi untuk kita terus membuat kebaikan.
Sekian. Wassalam.

Cerita asal : FB
Gambar: Google

November 27, 2015

November 24, 2015

Bacalah Bismillah


Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 21x sebelum tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian, maut yang mengejut dan sebarang bencana.

Bacaan Bismillah sebelum makan akan menghalang syaitan untuk turut bersama makan bersama manusia. "Sesungguhnya syaitan akan ikut menyantap makanan yang tidak diawali dengan Bismillah sebelum makan" (H.R Muslim dan Ahmad)

Bukan saja sebelum tidur dan sebelum makan, kiranya setiap pekerjaan kita dimulakan dengan bacaan Bismillah, In shaa Allah segalanya akan lebih diberkati.

Sekian. Wassalam.

Gambar : Google


November 22, 2015

Nasi Goreng Cili Hijau


Assalamualaikum

Nasi goreng pastinya sudah tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Ada yang memilihnya untuk sarapan pagi atau makan malam. Malah ada juga yang menjadikannya hidangan tengah hari.

Yang pastinya hidangan nasi goreng adalah menu ringkas yang mudah disediakan. Bahan-bahan asasnya seperti bawang, cili dan ikan bilis juga amat mudah untuk dicari dan ada disekeliling kita. Jangan lupa juga kuali, sudip, minyak dan gas untuk memasak ;)

Untuk hidangan malam ini dan kebetulan ada lebihan nasi tengah hari tadi, saya goreng ajelah nasi. Kebetulan ada kawan update pasal makan nasi goreng cabe ijo, tekak ni teringin lah pulak. Kalau ikut resipi, macam tak ada beza sangat dengan nasi goreng biasa, cuma ada tambahan cili hijau. Mungkin lagi pedas lagi ummmphh kot.

Bahan-bahan:
  • 3 cawan nasi
  • 4 biji bawang kecil dan 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili hijau dan 3 biji cili padi hijau (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • Segengam ikan bilis  (separuh digoreng)
  • Sedikit fish cake (hiris dan goreng)
  • Sayuran ikut suka (carrot, kacang panjang , kubis - semua dihiris)
  • Sedikit mentega untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Cara-cara
  • Tumbuk halus bawang, cili dan separuh daripada ikan bilis tadi. Panaskan mentega dan biarkan cair dan panas dalam kuali.
  • Masukkan semua bahan tumbuk dalam kuali dan biarkan garing sedikit. Masukkan sayuran.
  • Masukkan nasi dan gaul rata. Masukkan garam ikut citarasa masing-masing. Masukkan ikan bilis dan fish cake yang telah digoreng.
  • Sedia untuk dihidangkan dan hias ikut suka.

Senang aja kan. Sambil-sambil tu dapat juga berjimat cermat. 

Sekian. Wassalam.

November 19, 2015

Ayam Penyet Wong Solo



Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, menu ayam penyet semakin semakin popular. Buktinya? Sudah banyak restoran yang menjual ayam penyet di sekeliling kita. Pernah juga menyalin resipi. Tapi setakat ini, saya masak di kedai :D

Dalam banyak-banyak restoran, tempat yang menjadi pilihan saya, keluarga dan rakan-rakan adalah restoran Wong Solo. Jom baca sikit review.

Makanan:
Rasa memang sedap. Lauk utama yang menjadi pilihan adalah ayam penyet, ayam goreng atau empal sapi.

Restoran:
Tempat yang agak selesa. Selalunya kalau makan dengan rakan-rakan (baca: masa lunch hour) kami memilih restotan di Kampung Baru. Kalau makan bersama keluarga di hari Mak rasa nak gantung kuali, kami memilih restoran di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Service:
Boleh dikatakan ok. Cepat ambik order dan cepat juga sampai makanannya. Pelayan restoran juga boleh dikatakan ramah mesra.

Harga:
Saya rasa agak berpatutan untuk dilayan sekali sekala. Sesuailah dengan rasanya yang sedap.

Ok. Itu saja nak cerita hari ni.
Sekian. Wassalam.


November 16, 2015

Double Standard

Assalamualaikum


Adakah golongan yang tidak berbahasa inggeris dan tidak bergaya akan mendapat layanan kelas kedua?

Kisah berlaku di sebuah kedai.
Mungkin sebab kedai ada jenama siket. Kenalah cakap orang putih agak nyer. Walaupun yang bercakap tu adalah antara orang Melayu dengan orang Melayu :(

Kalau pelanggan yang datang tu...ber speaking London. Fesyen pakaian memang cas-cas 'urban'. Rambut blonde siket. Selalunya, memang dapat layanan kelas pertama. Tak sempat masuk kedai lagi pun sudah disambut meriah. Apa lagi kalau dah masuk kedai. Itu belum lagi tunjuk bilangan kredit kad yang berderet.

Lain pula halnya dengan golongan yang bergaya biasa-biasa. Pakaian pun biasa-biasa. Cakap Melayu pulak tu. Kadang-kadang, memang tidak mendapat layanan yang sewajarnya. Padahal masuk kedai memang dengan niat nak membeli. Ikhlas. Dan bayar CASH! Errmmmmm..

Begitulah manusia. Janganlah dinilai hanya daripada rupa dan gayanya sahaja. Siapa tau, yang bergaya biasa-biasa tu lah mungkin mempunyai kuasa membeli yang lebih besar.

Sekian. Wassalam.

Gambar: google









November 15, 2015

Rahsia Di Sebalik Rahsia

Assalamualaikum



Jika ada sesuatu yang menyedihkan berlaku, bukan mudah juga untuk sentiasa positif. Tapi harus juga yakin bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah tidak pernah menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

Pernah juga terbaca tentang cara Rasulullah SAW merawat kesedihan. Baginda merawat kesedihan dengan zikir, tenteramkan hati dengan janji Allah serta redha dengan segala ketentuanNya.

Sesungguhnya Allah tidak akan membebani hambaNya di luar kemampuan hamba-hambaNya. Moga yang lebih baik akan tiba dan semoga segala urusan kita dipermudahkan. Aamiin.

Sekian. Wassalam.


November 12, 2015

When I Feel Sad

Assalamualaikum

Hidup memang tak boleh lari dari masalah. Tapi hari ini saya betul-betul rasa sedih dengan berita yang saya terima petang tadi. Betul-betul rasa hilang semangat.



Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan untuk saya menghadapi segala dugaan. Semoga Allah menggantikan kesedihan hari ini dengan kebahagiaan yang lebih besar di hari esok.

Dan semoga segala urusan kita semua juga dipermudahkan. Aamiin.


Minta maaf juga kalau saya tidak sempat lagi untuk BW ke blog kawan-kawan. In shaa Allah saya akan singgah jika ada kesempatan nanti.

Sekian. Wassalam.

Gambar: google

Gunung Bromo Dan Bubur



Bukan cerita tentang gunung yang cuba akak sampaikan kerana tak pernah seumur hidup akak daki gunung. Habis best pun, mungkin panjat bukit kat belakang rumah saja..haha

Entri ini adalah penghargaan buat Blogger Jari Manis atau JM.
Terima kasih banyak-banyak JM atas souvernir yang dikirimkan. Moga JM dimurahkan rezeki selalu. In shaa Allah, boleh travel kat banyak-banyak tempat lagi. Aamiin

Terima Kasih Daun Keladi Blogger JM
Untuk kawan-kawan yang belum mengenali Blogger JM, bolehlah melawat ke blognya di www.jarimanistravel.blogspot.my
Terutamanya untuk kaki travel, pasti anda semua akan dapat tips-tips penting tentang perjalanan, penginapan dan tempat yang ingin dilawati.

Apa pulak kaitannya dengan bubur ni?..
Sebenarnya tak ada apa. Juga bukan kisah akak makan bubur di puncak gunung...:D
Cuma nak cerita tentang breakfast pagi tadi. Niat dihati nak cari ayam, tapi yang ada hanya bubur ikan bilis. Jadi, bayangkan ajelah macam makan ayam atau bubur ayam..hoho

Bubur


Sekian. Wassalam.

November 10, 2015

Cahaya



Sabda Rasulullah SAW "Berikanlah khabar gembira bagi orang-orang yang berjalan di dalam kegelapan untuk menuju ke masjid, mereka akan mendapatkan cahaya yang sempurna pada hari kiamat (HR Abu Dawud)

Cahaya adalah anugerah. Cahaya bagaikan satu petunjuk. Cahaya juga ibarat penyeri hidup.
Bayangkan jika kehidupan kita tanpa cahaya. Pasti segalanya gelap, kelam dan samar.

Dalam hidup kita, cahaya juga di datangkan dan juga dikiaskan dengan pelbagai bentuk. Ada cahaya suria, cahaya lampu, cahaya mata, cahaya keimanan dan banyak lagi.
Cahaya juga kadang kala dikaitkan dengan satu harapan baru. Ada sinar dihujung cahaya katanya...
Atau orang putih selalu kata "light at the end of tunnel" atau ada cahaya di hujung terowong :)

Moga kita sentiasa diberikan cahaya harapan baru.
Moga kita sentiasa bersyukur dengan nikmat cahaya yang diberikan.
Moga kita sentiasa dikurniakan cahaya yang dapat membuka mata dan hati kita ke arah kebaikan...

Ya Allah, jadikanlah pada hatiku cahaya, pada penglihatan ku cahaya, pada pendengaran ku cahaya, dan di kanan ku cahaya, di kiri ku cahaya, di atas ku cahaya dan di bawah ku cahaya, di depan ku cahaya dan di belakang ku cahaya.


Sekian. Wassalam.
p/s : Entri ini tiada kaitan dengan pesta cahaya Deepavali dan tidak juga ditaja oleh mana-mana syarikat lampu :D

November 08, 2015

Benarkah Putih Lambang Kesucian?

Assalamualaikum



Warna putih sering dikaitkan dengan kesucian dan keamanan. Ia merupakan lambang kedamaian, kesederhanaan, kesempurnaan dan kebersihan.

Warna putih juga dikatakan menjadi salah satu dari warna kegemaran Rasulullah SAW
"Pakailah pakaian yang berwarna putih kerana warna putih itu termasuk daripada sebaik-baik pakaian" - HR Abu Dawud dan Tarmidzi

Maka tidak hairan juga warna putih menjadi pilihan dan kebanggaan umat Islam. Contohnya warna telekung dan jubah biasanya adalah dari warna putih.

Keindahan warna putih memang sudah lama diakui. Bukan sahaja untuk pakaian, bahkan untuk rumah dan juga hiasan interior. Warna putih dikatakan dapat memberikan kesan yang lebih terang, lapang dan bersih. Ruang yang demensi ukurannya agak terbatas, akan kelihatan lebih besar dan luas dengan efek warna putih. Tapi masalahnya, dinding dan hiasan warna putih biasanya akan kelihatan cepat kotor dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi.

Sesiapa yang sukakan warna putih biasanya adalah seorang yang tenang dan mudah berkawan dengan sesiapa juga. Malah, ramai juga yang mengkagumi golongan ini kerana sifat anggunnya. Mereka dikatakan tidak sombong dan suka membantu sesiapa yang memerlukan pertolongan.

Gambar : Google

Kalau wanita, pasti dikaitkan dengan bunga. Contohnya bunga mawar. Mawar putih adalah lambang kesetiaan dan ketulusan. Ia dikatakan lambang hati yang penuh keikhlasan dan kejujuran...(eerrmm dalam makna tu). Dan pasti hati menjadi kembang berbunga-bunga sekiranya mendapat sejambak mawar putih dari orang-orang tersayang :)

Kalau BARLI PUTIH? (baca : whitebarley)...itu nama blog akak. Blog picisan ini kadang kala di update dan kadang kala sepi, bergantung pada tahap kerajinan empunyanya...huhu

Kalau SELIMUT PUTIH?. Biasanya dikaitkan dengan kematian. Dengar lirik lagu pun sepatutnya insaf. " Bila Izrail datang memanggil. Jasad terkubur di pembaringan".... :(

Sekian. Wassalam.





November 06, 2015

Ada Apa Dengan Motosikal

Assalamualaikum

Tahukah anda menaiki motosikal ada banyak kelebihannya:


  • Kos minyak petrol untuk motosikal lebih murah berbanding kereta, van atau lori.
  • Untuk lebih jimat dan senang kira, boleh amalkan 'motor pool' (baca: berkongsi motosikal) dengan rakan sepejabat.
  • Dapat merasakan udara yang segar dan nyaman terutamanya jika anda menaiki motor di waktu pagi. Dapat juga menikmati titisan-titisan embun malam sekiranya anda pulang lewat.
  • Tiada masalah mencari 'parking' berbanding dengan menaiki kereta.
  • Dapat meningkatkan kemahiran mengimbangkan badan terutamanya bila melalui selekoh-selekoh tajam.
  • Tidak perlu bimbang untuk mengekalkan kekemasan rambut di sepanjang perjalanan kerana anda menggunakan helmet. Juga dengan mudah dapat menunjukkan kepada dunia sekiranya anda memakai helmet baru.
  • Dapat menikmati panorama indah waktu hujan ketika menunggu di bawah terowong atau jejantas sementara menanti hujan reda.
  • Dapat duduk rapat-rapat dan menambahkan lagi kemesraan dengan pasangan (untuk suami isteri sahaja).
  • Mengurangkan masalah lewat ke pejabat kerana dapat mencilok cilok serta mencelah celah di antara kenderaan lain di jalan raya. Boleh bergerak dengan lancar dan pantas di waktu pemandu kereta dan bas duduk melopong kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. 
  • Dan yang paling penting, tak perlu bangun seawal 3 atau 4 pagi demi mencari jalan alternatif untuk elak bayar tol disamping memastikan anda sampai ke pejabat sebelum pukul 9 pagi.

Sekian. Wassalam.

Gambar: google

November 05, 2015

Diet Ala Kak Fiffy


Hidangan nasi bariyani kambing masa lunch tadi. Ini adalah antara menu pilihan kalau tengah stress.
Makin stress, semakin montel lah akak nampaknya :)

Setimbun nampak nasi tu. Tapi habis..hokey!
Masa makan, memang tak hengat. Bila dah makan, baru rasa macam nak pergi berjogging..alolo..

Apa-apa pun..Syukur dengan segala rezeki dan nikmat yang Allah bagi. Alhamdulillah.


Lepas makan, jangan lupa minum air.

Sekian. Wassalam.


November 03, 2015

Tren Komuter


Kenapa orang memilih tren komuter?

  • Elak kesesakan jalan raya dan lalu lintas
  • Boleh sambung tidur sewaktu dalam perjalanan
  • Boleh up date blog sendiri atau intai2 blog orang (baca: tak boleh komen untuk mengelakkan efek double).
  • Boleh baca buku, majalah hiburan, main game atau berbelanja online
  • Dapat tengok pelbagai ragam dan jenis manusia. Ini termasuk juga menambah pengetahuan tentang fesyen pakaian dan tudung terkini untuk segenap lapisan umur.
  • Kalau jumpa kawan atau kenalan, dapat bergossip sepanjang perjalanan.
  • Dapat meningkatkan disiplin diri sambil belajar menepati masa kerana perjalanan ditentukan oleh jadual yang telah ditetapkan :D
  • Kalau kena berdiri sepanjang perjalanan, dapat menguatkan otot-otot kaki dan melancarkan perjalanan darah. Badan juga terasa lebih langsing :D
  • Membentuk perasaan bangga dan bersyukur dengan kemudahan dan kecanggihan sistem pengangkutan yang disediakan.
  • Mendidik hati supaya sentiasa bersabar sekiranya berlaku kerosakan pada tren (baca: you jump, i jump) atau perjalanan tidak dapat diteruskan ke destiasi kerana rail ditenggelami air (hanya berlaku jika ada banjir kilat)
  • Kos kenaikan tambang komuter lebih perlahan jika dibandingkan dengan kenaikan harga petrol dan tol....gitew..

"TAMBANG KOMUTER AKAN DINAIKKAN MULAI 2 DISEMBER 2015. KENAIKAN HARGA TAMBANG BARU ADALAH SEBANYAK 4 SEN BAGI SETIAP SATU KILOMETER"


Sekian. Wassalam.


November 01, 2015

Ketika Hujan


Berjalan ketika hujan
Ingin ku bawa segala mimpi
Meniti ilusi mencari bayangan
Peritnya memijak realiti yang pasti

Berjalan ketika hujan
Ingin menumpang tempat berteduh
Di jemput tidak di sambut pun bukan
Berlalu pergi tanpa disuruh

Berjalan ketika hujan
Sambil menangis siapa yang tahu
Air mata menjadi teman
Moga gundah cepat berlalu


Fidah Shah @ 1 Nov 2015
#novemberrain

p/s: layan aje sajak poyo yang Mak tulis sambil2 melayan ubat demam dan selsema. Hati penuh harapan kot2 boleh dapat MC esok..huhu :)
Orang kata, kalau sajak pasal hujan, kena cerita yang sedih2. Sebenarnya asal kejadian nak tepek gambar bukti hujan di Bangi tiew. November Rain katanya :)




  
This entry was posted in