<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Ada Apa Dengan Motosikal

November 06, 2015

Ada Apa Dengan Motosikal

Assalamualaikum

Tahukah anda menaiki motosikal ada banyak kelebihannya:


  • Kos minyak petrol untuk motosikal lebih murah berbanding kereta, van atau lori.
  • Untuk lebih jimat dan senang kira, boleh amalkan 'motor pool' (baca: berkongsi motosikal) dengan rakan sepejabat.
  • Dapat merasakan udara yang segar dan nyaman terutamanya jika anda menaiki motor di waktu pagi. Dapat juga menikmati titisan-titisan embun malam sekiranya anda pulang lewat.
  • Tiada masalah mencari 'parking' berbanding dengan menaiki kereta.
  • Dapat meningkatkan kemahiran mengimbangkan badan terutamanya bila melalui selekoh-selekoh tajam.
  • Tidak perlu bimbang untuk mengekalkan kekemasan rambut di sepanjang perjalanan kerana anda menggunakan helmet. Juga dengan mudah dapat menunjukkan kepada dunia sekiranya anda memakai helmet baru.
  • Dapat menikmati panorama indah waktu hujan ketika menunggu di bawah terowong atau jejantas sementara menanti hujan reda.
  • Dapat duduk rapat-rapat dan menambahkan lagi kemesraan dengan pasangan (untuk suami isteri sahaja).
  • Mengurangkan masalah lewat ke pejabat kerana dapat mencilok cilok serta mencelah celah di antara kenderaan lain di jalan raya. Boleh bergerak dengan lancar dan pantas di waktu pemandu kereta dan bas duduk melopong kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. 
  • Dan yang paling penting, tak perlu bangun seawal 3 atau 4 pagi demi mencari jalan alternatif untuk elak bayar tol disamping memastikan anda sampai ke pejabat sebelum pukul 9 pagi.

Sekian. Wassalam.

Gambar: google

Label:

25 Ulasan:

Di 11/06/2015 06:14:00 PG, Anonymous Hero Borneo berkata...

dengan motosikal juga dapat mempamerkan aksi berani mati seperti yang ditunjukkan oleh si rempit..silap hari bulan boleh membawa maut dan mati katak di jalan raya

 
Di 11/06/2015 10:22:00 PG, Blogger paridah berkata...

tapi hati2 bermotosikal ke pejabat fidah bimbang dihimpit kenderaan besar...doa banyak2 sambil bermotosikal.

 
Di 11/06/2015 10:38:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Setakat ni, tak pernah lagi naik motosikal ke pejabat Kak..
Hanya sekadar menggambarkan kesusahan orang untuk sampai tepat waktu ke pejabat sambil memikirkan apakah alternatif yang ada.. :(
Thanks Kak Paridah :)

 
Di 11/06/2015 10:42:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Itu lah silapnya. Dapat motosikal, di modified nyer sana sini. Lepas tu buat aksi yang membahayakan...superman ultraman bat man bagai.
Kalau jadi apa2, bukan saja menyusahkan diri sendiri, orang lain pun susah sama :(

 
Di 11/06/2015 11:16:00 PG, Blogger AtieYusof berkata...

si motorsikal yg punya pro dan kontra...ikut dari cara penggunaan masing2... bila melibatkan anak2 rasanya kereta lagi berbaloi.... hehe...

 
Di 11/06/2015 01:01:00 PTG, Blogger nohas berkata...

pernah naik motosikal di KL ni..huhu..seram sejuk rasanya.masa cilok-mencilok celah2 kereta, lori...

 
Di 11/06/2015 03:55:00 PTG, Blogger Mang Lembu berkata...

motor sebagai kendaraan yang simpel dan mampu selap selip menghindari kemacetan jalan raya memang sangat simpel dan berguna untuk mencapai tujuan

 
Di 11/07/2015 02:25:00 PG, Blogger Siti Aisya Ibrahim berkata...

haa yg last sekali tuh paling betol sekali...setuju habes :D

 
Di 11/07/2015 01:13:00 PTG, Blogger Anisayu Nastutik berkata...

Betul bermotosikal
Tak perlu bangun awal
Cepat dan handal
Tujuan sampai sebelum sesal..

 
Di 11/07/2015 07:53:00 PTG, Blogger Mizz Aiza berkata...

tapi aiza takde lesen motosikal.. ;(

 
Di 11/07/2015 07:59:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sama lah kita..
Pernah juga belajar dulu, tapi tak confident nak bawak. Naik basikal aje lah nampaknya saya :D

 
Di 11/07/2015 08:00:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Bawa laju laju
Bagai angin lalu :D
Thanks Mba Ayu

 
Di 11/07/2015 08:00:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kannzzzz....
Malaysia Boleh :)

 
Di 11/07/2015 08:01:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Moga lebih mudah dan cepat sampai :)

 
Di 11/07/2015 08:02:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Setuju. Takut sangat kalau tengok budak2 bawak motor..

 
Di 11/07/2015 08:07:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Saya naik motor tumpang room mate saya zaman student dulu2..setakat pergi kuliah

 
Di 11/08/2015 05:53:00 PTG, Blogger Wak Lat berkata...

mcm perli wak je hari2 merempit nih. huhu2

 
Di 11/08/2015 07:18:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Haha...jangan merempit Wak. Berhati hati di jalan raya :)

 
Di 11/08/2015 07:47:00 PTG, Blogger Jari Manis berkata...

mmg seronok naik motosikal x perlu econd ada uadara segar tp musim hujan seperti skrg x boleh bonceng motosikal

 
Di 11/08/2015 08:05:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Time hujan2 cam ni x boleh naik motor nampaknya..lencun karang..hihi :)

 
Di 11/10/2015 06:22:00 PTG, Blogger wan muliani berkata...

tapi satu je.. berisiko hehe

 
Di 11/10/2015 06:44:00 PTG, Blogger Qaseh Vee berkata...

dpt dok rapat2 suami isteri tu bagus ...

 
Di 11/11/2015 07:39:00 PG, Blogger OKje berkata...

Takut nak naik motor walaupun ada lesen.

Memang betul tu FS....Kita yg duk KL ni mmg patut pun cari alternatif utk mengelak jem....kalau tak, tunggu jerlah surat dari HR hujung bulan hihi...

 
Di 11/11/2015 02:11:00 PTG, Blogger Mizz Aiza berkata...

Ok la tu naik basikal.. Hehe..

 
Di 11/13/2015 02:59:00 PTG, Blogger Padin berkata...

walau ada kereta, moto tetap kena ada..
nk kedai seberang jalan, bersiar2 petang
elok benar ada moto... kihkih

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama