October 23, 2015

Mengingati Mati

Assalamualaikum

Mati.
Sesiapa pun tidak akan terlepas dari kematian. Setiap yang hidup pasti akan mati, termasuklah kita semua :(



Pernah terbaca tentang 'mengingati mati' dari Imam Ghazali, antaranya :

  • Ingat kepada rakan atau sahabat yang telah meninggal dunia. Mungkin umur mereka sebaya dengan kita atau penyakit mereka sama dengan kita. Malaikat Maut telah pun menjemput mereka, maka, bila pula giliran kita?
  • Ingat bagaimana cara mereka meninggal dunia. Ada yang disebabkan oleh penyakit darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, barah dan sebagainya. Adakah kita yang sihat hari ini akan sentiasa 'kebal' dari segala penyakit demikian. Ada juga yang meninggal dunia secara mengejut. Terselamatkan kita dari perkara-perkara sedemikian?
  • Ziarahi orang yang sedang sakit dan nazak. Kenangkanlah bagaimana keadaannya ketika menghadapi sakaratul maut. Moga ini juga akan mendatangkan keinsafan.

p/s : Al Fatihah untuk sabahat saya yang telah pulang ke Ramatullah semalam. Penyakit yang dikenal pasti adalah denggi berdarah. Moga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Takziah juga untuk keluarga beliau. Semoga tabah menghadapi dugaan kehilangan orang tersayang dan moga segala urusan dipermudahkan. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

Gambar: google


36 comments:

  1. alfatihah utk sahabat mak fidah tuu

    ReplyDelete
  2. kita disuruh mengingati mati Fidah, mcm2 cara kematian org kan, takziah utk kwn Fidah semoga rohnya dicucuri rahmat ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Sekadar peringatan untuk yang masih bernyawa.
      Thanks Kak Noor :)

      Delete
  3. dengan mengingat mati, tentu kita akan berusaha semaksimal mungkin dan sesegera mungkin berbuat kebajikan dan berbuat hal yang bermanfaat untuk masyarakat, agar kita di sayangi oleh-Nya, saat kematian menjelang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga sentiasa membuat kebaikan dan menjaga hubungan bukan saja dengan Allah tapi juga sesama manusia.

      Delete
  4. innalillah...kematian itu pasti hanya masa menentukannya...salam takziah utk keluarga kwn fidah tu semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masanya pasti akan tiba. Tak cepat atau lewat sesaat..takut juga kalau pikir :(
      Thanks Kak Paridah :)

      Delete
  5. kalau boleh mati biarlah selepas puas beribadah sebagai bekal dan selepas memberi banyak manfaat kepada orang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga bekalan cukup dan segala amalan diterima..aamiin
      Thanks HB :)

      Delete
  6. sebenarnya dalam agama juga kita selalu ditekankan untuk selalu mengingat kepada mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengingati mati buat kita jadi insaf. Moga menjadi renungan.
      Thanks MM :)

      Delete
  7. al fatihah ... selalu fikir , saya akan mati dlm keadaan yg bagaimana dan bila ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga beroleh kebaikan dan sentiasa berada dalan kebaikan hingga akhirnya. Aamiin.
      Thanks Vee :)

      Delete
  8. Allahuakbar...

    Sedih + takut bercampur baur...

    Tatkala baring kt katil pun boleh buat sy terfikir...
    Aduhai selesa katilku... bagaimana nasib ku d kubur dan akhirat kelak...

    Allahuakbar...
    Moga Allah jemput kita pulang dlm keadaan kita bersedia dan ada tempat kita di syurga firdaus Nya... insya Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga beroleh pengakhiran yang baik. Selalu terfikir, nasib saya bagaimana pula.. Moga segala amalan diterima dan moga semuanya dipermudahkan..aamiin
      Thanks Huda :)

      Delete
  9. Janji Allah pada makhluk hidup , Mati itu pasti .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mati itu pasti...sebagai peringatan untuk kita supaya bersedia menghadapinya.
      Thanks Wanyob :)

      Delete
  10. Replies
    1. Al fatihah.
      Sebagai peringatan untuk diri saya juga. Boleh sentiasa beringat, keindahan dunia hanyalah sementara.
      Thanks Anies :)

      Delete
  11. Mati itu pasti, setiap yang hidup harus bersedia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin hari semakin dekat dengan hari kematian... :(

      Delete
  12. Al-Fatehah buat sahabat Fidah... sedih bila kehilangan org yg kita kenal...
    Mati Itu pasti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mati itu pasti. Moga menjadi peringatan untuk kita.

      Delete
  13. Terima kasih diatas peringatan..

    ReplyDelete
  14. semoga kita beroleh husnul khatimah..al-fatihah untuk kawan kak FS tu

    ReplyDelete
  15. Alfatihah utk sahabat FS.....
    Yang takutnya sebab rasa insaf tu kekadang sekejap je huhu....

    Terima kasih mengingatkan pada kematian FS... takutkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al fatihah
      Peringatan untuk saya jugak ni OKje...
      Thanks :)

      Delete
  16. Mengingat mati Mengingatkan kta akan dosa-dosa,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga sentiasa beringat...semuanya nanti akan di soal dan di timbang..takut ya :(

      Delete
  17. Sudah tertulis dalam kitab Suci Al Quran " Setiap makhluk yang bernyawa akan menemui kematian"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai peringatan untuk kita semua.
      Thanks Mr Asep :)

      Delete
  18. takziah dan al-fatihah.. semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. mati itu pasti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiiin..
      Sesungguhnya hari kita akan tiba juga :(

      Delete

Google+ Followers

Followers