October 10, 2015

Gossip Sang Buaya

Assalamualaikum

Entri ini bukanlah cerita tentang kisah buaya dan sang kancil yang mahu menyeberang sungai.
Jauh sekali untuk bercerita tentang spesis buaya darat..hoho :D


Sebenarnya saya baru saja 'mencuci mata' melihat iklan beg tangan (baca : handbag). Memang terang-lah biji mata bila melihat beg tangan serba mewah yang dibuat dari kulit buaya keluaran jenama terkenal. Chantik Mak Jahh!!!
Bab harga jangan ceritalah, kerana berada di luar jangkauan dan termasuk dalam kategori tidak mampu milik. Kalau sebuah beg tangan harganya melebihi RM50,000...kau addo??

Tapi, bukanlah suatu yang menghairankan kerana beg tangan yang sebegini (dan yang sewaktu dengannya) tetap mempunyai 'demand' dan 'market' nya yang tersendiri. Boleh laku kalau dijual jika kena pada 'target market' (baca: sasaran pasaran) yang betul.

Bukan sahaja beg tangan, tapi ada banyak lagi produk yang berasaskan kulit buaya seperti wallet, tali pinggang, card holder, tali jam tangan dan sebagainya yang mendapat tempat di pasaran.

Tapi, kalau semua dah sibuk cari kulit buaya, di mana pula nak cari buayanya?
Pernah suatu ketika dulu tersebar tentang kisah penganiayaan terhadap buaya yang diseksa serta disiat kulitnya. Mesti sakit kan :(....isk..iskk..rasa tak sampai hati pulak nak beli barangan kulit buaya.

Kalau biasanya seekor buaya membunuh atau memakan manusia, pastinya buaya tersebut akan ditangkap dan dibunuh juga. Tapi, bagaimana pula dengan buaya yang saban hari dibunuh untuk kepentingan manusia?

Walaupun ada program-program pemeliharaan dan pemuliharaan agar buaya yang ada tidak pupus, namun dengan adanya permintaan kulit buaya yang semakin tinggi, hidupan spesis ini tetap juga terancam.

Jangan pula sampai anak cucu kita nanti hanya dapat melihat replika buaya di muzium. Kesian kat kita dan kesian juga pada buaya.

Ibu yang sentiasa melindungi anak

Saya tak tahulah apa perasaan buaya sebab tak pernah jadi buaya. Tapi dia pun mesti sedih bila melihat anak cucu dia kena bunuh. Kalau dulu ada lagu 'Penyu Menangis' mungkin pula selepas ini ada lagu 'Air Mata Buaya' atau 'Buaya Menangis Siapa Yang Tahu'...huhu

Sekian. Wassalam.
Gambar: google


37 comments:

  1. buaya dh hbs dijadikan handbag ya fidah yg tinggal replikanya jer heh..heh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah...kesian pulak kat buaya..
      Thanks K.Paridah :)

      Delete
  2. buaya pun dah termasuk dlm kategori haiwan yg hampir pupus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sesetengah spesis buaya memang sudah hampir pupus.
      Thanks SF :)

      Delete
  3. emm kita tunggu lagu Buaya Menangis Siapa Tahu popular di corong radio :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun nak tunggu jugak lagu2 jenis tu...haha
      Thanks Padin :)

      Delete
  4. jangankan 50k.. RM500 pun saya tak tergamak nak beli handbag.. Setakat RM100++ saya boleh beli lagi. Lebih dari tu memang tak la. rasa macam tak sanggup nak bayar. hahahaha... Banyak haiwan mula mengalami kepupusan akibat kerakusan manusia.. kalau haiwan tu tak di bunuh, habitat dia di musnahkan sehingga dia hilang tempat tinggal seterusnya mati & pupus... Manusia ni semua nak bolot. Tak pernah rasa puas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetiba rasa kesian kat buaya...huhu
      Macam tu lah manusia. Hanya mementingkan diri sendiri.
      Thanks Suria :)

      Delete
  5. Assalamualaikum Fidah Shah,
    Saya sangat obsessed dgn handbag tapi tak sampai hati guna barang kulit buaya or ular etc. Carilah material lain..

    Cian makin pupus haiwan2 tu.. Too much kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka sangat handbag...hoho. Sebab tu gatai tangan gi belek2 instagram tengok promotion handbag :...eehhh
      Tapi tak adalah beli dari material kulit buaya atau ular...iisskkk seram pulak Mak :(
      Thanks LZ :)

      Delete
  6. Ingat gossip apa lah pulak tadi..suspen aje..heh..heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gossip tentang pencinta alam ni..hihi
      Thanks Sani :)

      Delete
  7. Kesian pula kat buaya..habis kulit dibuat komersial

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu semua kerana kerakusan manusia. Kesian pada spesis yang hampir pupus ni kan.
      Thanks Noriza :)

      Delete
  8. Seganas2 buaya ganas lagi akal manusia... selagi ada permintaan tiada apa yg dapat membendung walaupun pelbagai kempen kesedaran diadakan.. silap2 kempen kesedaran pun jadi sekadar retorik acara yg menguntungkan pihak yg lain... macam2 manusia ni... cian buaya.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kempen kesedaran ntah2 nak bagi untung pada pihak tertentu. Sabar aje lah. Tapi...cian kat buaya kannn....huhu :D
      Thanks Khir :)

      Delete
  9. memang kesian haiwan-haiwan ni dibunuh utk tujuan komersil..semakin pupus species ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kesian. Lagi kesian bila tengok video kulit buaya tu kena siat2. Sakitnya :(
      Thanks Nohas :)

      Delete
  10. haih, mujur saya tak minat handbag sangat... hahahah saya biasa pakai satu2 beg tu sampai lunyai baru cari lain... hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually kalau maintain satu handbag lagi senang. Tak payah pening2 kepala nak pindah2 barang. Dan selalunya, ada aje barang yg tertinggal :(
      Thanks Nora :)

      Delete
    2. Sama la.. Aiza pun ada 1 beg pada 1 masa..

      Delete
    3. Lebih senang nak manage. Barang x terringgal...huhu

      Delete
  11. Kesian buaya yer... tak nak beli barang kulit buaya laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian kan...nampak macam ganas, tapi kena dera jugak :(
      Thanks Zumal

      Delete
  12. Aiza ada 1 je handbag pada 1 masa.. Dah rosak baru beli lain..

    Kasihan juga buaya kalau kulitnya disiat untuk buat handbag..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba bayangkan...sakit nya..addooiii

      Delete
  13. buaya kalau dah ganggu manusia ..harus dibunuh..tapi buaya darat tak tau la saya pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kot..kata keluarga buaya :D
      Thanks HB

      Delete
  14. RM50k? baik beli kereta or bayar down payment rumah tak pun pegi haji....sayang lah nak bayar mahal kerana hanbag...kasihan sang buaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiissshhhh...kalau Mak, tak mungkin beli hangbag rm50k...huhu

      Delete
  15. bukan takat buaya je, ramai lagi haiwan yang dibunuh kerana ketamakan manusia..kejam betul makhluk yang Allah kurniakan akal tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada akal..jarang guna kot. Sabar aje lah :(

      Delete
  16. kesian buaya, biasa dibunuh untuk kulitnya kan

    ReplyDelete
  17. kt kpg en suami sy byk buaya....yg baham orang pun ada...situ byk buaya ganas...kdg..bila air surut...leh nmpk diorg bersidai kt tebing sungai sambil nganga...ngeriiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air yang tenang jangan di sangka tak ada buaya...huhu

      Delete
  18. Buaya juga manusia,,,eh salah,,buaya juga punya perasaan

    ReplyDelete