September 26, 2015

Petai Belalang


Malam malam pergi ke kedai
Beli gula setengah balang
Petai bukan sebarang petai
Ini namanya petai belalang

Walaupun line internet kadangkala macam biskut chipsmore..kejap ada kejap tak ada, perasaan gigih untuk cuba try test update satu entri tetap ada.....huhu
Sebenarnya agak teruja (baca: jakun) apabila melihat pokok ini tumbuh di depan rumah kat kampung.

Masa kecik-kecik dulu, pokok ni ada di depan rumah bapa saudara saya. Maka, selalulah juga memetik buahnya untuk dimakan dan dijadikan bahan untuk main masak-masak..hihi (eko addo????)

Pokok ini adalah dari keluarga kekacang. Nama saintifiknya adalah laucaena leucocephale.
Rupa bentuknya lebih kurang macam petai, tapi saiznya lebih kecil dan buahnya lebih nipis. Sesetengah pendapat menyatakan khasiatnya sama malah lebih baik jika dibandingkan dengan alfalfa.

Petai belalang dikatakan dapat merawat penyakit kencing manis. Ianya juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Petai belalang juga mengandungi kandungan serat yang tinggi. Jadi, makanlah petai ini untuk memudahkan proses pencernaan, sekaligus mengelakkan masalah sembelit.

Selain daripada itu, petai belalang dipercayai dapat mengatasi masalah depresi. Kandungan trytophan yang ada dalam petai ini dikatakan dapat membuat mood seseorang menjadi lebih relax dan tidak tertekan.

Jadi tunggu apa lagi. Jom makan petai belalang :)

Sekian. Wassalam.

Sumber: pelbagai.






32 comments:

  1. kat tempat aiza panggil petai jawa.. pucuk pokok petai ni sedap dibuat ulam atau dicelur makan dengan sambal belacan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah juga dengar pucuknya boleh dibuat ulam. Tapi x pernah try.
      Thanks Aiza :)

      Delete
  2. Lorrr Fidah Shah, dulu masa kecik saya pun makan petai ni kat kampung. Tak sangka berkhasiat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tau khasiatnya...dulu2 tau makan aje...hihi
      Thanks LZ :)

      Delete
  3. Petai belalang
    Sewarna dengan belalang
    Ramai tumbuh diladang
    Boleh disantap orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya enak
      Khasiatnya banyak

      Thanks Mba Ayu :)

      Delete
  4. Lama dah tak dengar ttg petai ni... pernah juga makan dulu tapi tak tau khasiatnya smpi mcm tu... thanks sharing Fidah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tau khasiat petai belalang..kalau tau, dari dulu makan banyak2..hihi
      Thanks Khir :)

      Delete
  5. sambal petai belalang sedap, gaul sekali dengan bilis kecil yang dah digoreng garing tu... perghhh, lauk yang cukup sedap. ish tetiba rasa macam nak cari petai belalang esok hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan pulak dengan nasi panas..ppeerrgghhh terangkat!!
      Thanks :)

      Delete
  6. tengah mengandung ni, rasa nak muntah makan petai
    sebenarnya sy peminat petai, sambal udang petai tu pergh sedap betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas bersalin nanti boleh cover balik..makan banyak2..hihi
      Thanks seri nian :)

      Delete
  7. kat tempat saya jarang jumpa.. Hari tu pergi kedah rombangan pengantin kat tepi rumahnya banyak petai belalang ni.. tapi tak tahulah diorg panggil ap.. Saya baca entry ni baru tahu org panggil petai belalng.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba makan tak?....rugi kalau tak rasa..:D
      Thanks Ikhwan

      Delete
  8. ohhh.ini namanye petai belalang..saya suke petai yang gemuk2..perghh buat ulam dengan sambal tempoyak! hmmm..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau makan yg gemuk2 siket tu baru ada feel..selalu makan gitu aja. Tapi kalau dpt tempoyak, lagi best.
      Thanks Maya :)

      Delete
  9. kalau ditempat saya disebut dengan meladingan.Hehehe
    itu mantap banget kalau dijadikan pecel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enak ya kalau dibuat pecel. Buat penambah rasa..
      Thanks Eksa :)

      Delete
  10. selalu jumpa, baru hari ni tahu namanya.samalah kita kak Fidah, selalu guna main masak-masak..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan..kenangan masa kecik2..
      Thanks Sal :)

      Delete
  11. Ohhh nama dia petai belalang yeh FS. Yelah ..... teringat dulu dulu zaman kecik, mmg suka makan petai ni. Dah mcm kudap kudapan pun ye. Satu lagi buah leletop. Tu pun spesis kudap kudapan jugak tu.
    Alahai nostalgiknya FS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...terkenang semasa dulu :D
      Thanks Okje :)

      Delete
  12. macam2 jenis ada ya, sedap buat sambal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Makan macam tu aje pun ok.
      Thanks Raihanah :)

      Delete
  13. Masa Zumal kecil dulu hanya buat main ja petai belalang nie ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi la kalau tak makan...haha
      Thanks Zumal :)

      Delete
  14. baru tau kalau pucuknya bisa dibuat untuk lalapan. mau dicoba nih kalau nanti ada ketemu pohonnya, maklum sekarang kemarau panjang, pohon-pohonan semua merontokkan daunnya untuk bertahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga baru tahu. Tak pernah kisah tentang pucuknya selama ini. Teringin juga mau cuba.
      Thanks Mba Nove :)

      Delete
  15. sedap buat ulam pernah makan kat rumah maksu sebelah asben dulu. yang pasti bau dia tak la kuat macam petai biasa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau dia tak se power petai biasa. So, boley makan cam tu jek.
      Thanks Suria :)

      Delete
  16. selalu jd mangsa sy time main pondok2 dulu hahahaha

    ReplyDelete
  17. "Fenomena TERBARU & TERPANTAS TAHUN 2016 DIMALAYSIA Ini Mungkin Hadir Sekali Sahaja Di Dalam Hidup Anda...KEPUTUSAN anda hari inilah akan menentukan siapa anda 5 tahun dari sekarang. Tahniah kerana anda antara yang bertuah kerana membuka website yang "TEPAT".

    Nama saya JAIRINLY BIN MATUIN dan nombor tel: 0135404900. Anda boleh hubungi saya melalui sms, call & whatsapp. Saya buat keputusan untuk bermula dan tidak sesekali untuk patah balik. Saya nak anda bersama kami atas dasar Kepercayaan & Keikhlasan. Gabungan Leader-leader hebat mengkaji Platform Syarikat, Prodak & Pelan Pemasaran. Tahap confident adalah 2000% dan sangat-sangat yakin...rasa bergetar melihat peluang ini...memang power. Lebih dari itu adalah kuasa Tuhan.

    website: http://pasifincome2016.blogspot.my/

    ReplyDelete