<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Diary Mama #Matematik dan Kehidupan

September 09, 2015

Diary Mama #Matematik dan Kehidupan

Assalamualaikum

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sudah pun masuk hari ke 2. 
Hanya satu subjek sahaja pagi ini, iaitu Matematik.




Seperti biasa, saya akan menanti dengan penuh debaran. Entah apalah soalan yang keluar. Semoga anak-anak yang mengambil peperiksaan/ujian dapat menjawabnya dengan tenang, baik dan betul. Aamiin.

Kalau di lihat pada soalan peperiksan/ujian sekarang, agak tinggi juga standardnya (sekadar pendapat peribadi). Mungkin kerana persaingan semakin tinggi, dan anak-anak sekarang semakin cerdik...


Suasana di luar dewan peperiksaan/ujian

Kalau subjek Bahasa dikatakan subjek yang utama kerana digunakan sebagai medium perhubungan dan komunikasi, Matematik juga tidak kurang pentingnya. Bukankah kita sentiasa menggunakan nombor dan angka dalam kehidupan seharian?  Orang kata, tanpa nombor dan angka, kelamlah dunia.. :)
Tak percaya? Cuba lihat contoh nombor dan angka yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian (dari perspektif seorang anak):


Bangun pagi pukul 5. Solat subuh 2 rakaat. Pergi sekolah pukul 7 pagi. Emak bagi duit belanja RM5. Sampai sekolah, ada perhimpunan pagi pukul 7.20 pagi. Waktu rehat nanti beli kuih 2 ketul dan air sirap 1 gelas. Lepas tu, sambung belajar sampai pukul 1.20 petang. Lepas sekolah balik ke rumah pengasuh dan makan nasi 1 pinggan dan ayam masak merah 3 ketul. Lepas makan, solat zuhur 4 rakaat dan berehat. Pukul 5.30 petang, selepas solat asar, boleh main bola di padang dengan 8 orang lagi kawan. Pukul 7 petang, balik rumah. Bersiap-siap untuk solat maghrib 3 rakaat di surau yang jaraknya 200m dari rumah. Seleps solat adalah waktu untuk makan malam. Emak telah pun masak 1 periuk nasi dan 2 jenis lauk kesukaan. Sesudah makan, saya menonton TV di saluran 616 kerana saya suka rancangan kartun. Saya tidak menonton saluran lain contohnya TV2, TV3 atau Astro Ria kerana waktu malam tiada rancangan kartun...haha. Pukul 10 malam, selepas solat Isya', saya tidur. Tidak lupa juga memasang jam loceng yang menunjukkan jam 5 pagi.

Kan dah kata..nombor dan angka tu penting.. :D

Berbalik pada cerita exam...... untuk anak saya, ada 2 lagi subjek yang menanti esok. Moga segala urusan dipermudahkan. Aamiin






Sekian. Wassalam.
#diarymama
#upsr2015

Gambar: Google

Label:

26 Ulasan:

Di 9/09/2015 03:10:00 PTG, Blogger paridah berkata...

nampaknya kita terpaksa mengira angka2 yg lbh besar lagi seperti ribu2 juta2 dgn turun nilai ringgit yg semakin menyamai rupiah n baht..

 
Di 9/09/2015 04:40:00 PTG, Blogger OKje berkata...

Sama ler kita FS.....esok 2 subjek berat pulak tu.
Okje tawakkal ajelah....sebagai ibu rasanya dah cuba buat yg sebaiknya.....solat, doa....moga Allah makbulkan

 
Di 9/09/2015 04:42:00 PTG, Blogger OKje berkata...

Betullah ......first day tu hujan lebat sungguhkan..

 
Di 9/09/2015 09:38:00 PTG, Blogger Sufi berkata...

Esok last day kan..smga dpermudahkan smua urusan anak2 upsr

 
Di 9/10/2015 07:32:00 PG, Blogger Nove Hasanah berkata...

belum lagi mesti menghafal nomor telepon ayah, bunda, bibi, paman, dan lain-lain...
begitu banyak angka-angka ya :D

 
Di 9/10/2015 10:54:00 PG, Blogger seibar berkata...

tanpa nomor dan angka mau gimana bisa berjalan dan berkomunikasi

 
Di 9/10/2015 10:55:00 PG, Blogger seibar berkata...

brarti hari ini ya. semoga lancar aamiin

 
Di 9/10/2015 03:52:00 PTG, Blogger Wak Lat berkata...

semoga semuanya dipermudahkan., aminnn

 
Di 9/11/2015 07:27:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu Kak Paridah. Semakin hari, semakin banyak pula nombornya. Sabo aje lah.
Thanks Kak Paridah :)

 
Di 9/11/2015 07:29:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Dah abih pun..lega sikit hati. Sekarang masa untuk berdoa dan tawakkal.
Moga anak-anak kita semua berjaya. In shaa allah. Aamiin
Thanks Okje :)

 
Di 9/11/2015 07:30:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul First day tu hujan lebat. Syahdu aje masa tunggu kat tepi dewan tu.

 
Di 9/11/2015 07:33:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Terima kasih. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Thanks Suhaila :)

 
Di 9/11/2015 07:34:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

haha..betul tu Mbak Nove.
Banyak lagi nombor yang perlu diingat..
Thanks Mbak Nove :)

 
Di 9/11/2015 07:35:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu. Sangat setuju. Contohnya, berapakah jumlah foto bunga yang diambil hari ini..hihi
Thanks Desa Seibaru :)

 
Di 9/11/2015 07:36:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sudah pun berakhir semalam..(ketika 'reply' ini ditulis)
Thanks Desa Seibaru :)

 
Di 9/11/2015 07:37:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Aamiin..aamiin. Thanks Wak :)

 
Di 9/11/2015 02:40:00 PTG, Blogger SalbiahM berkata...

yup..matematik adalah subjek paling basic. Tu sebab kalau kat kampung-kampung, orang tua-tua even tak pandai membaca menulis pun, tapi duit mesti kenal...sifir mesti hafal

 
Di 9/11/2015 04:18:00 PTG, Blogger Dunia Zumal berkata...

Setiap inci hidup kita dipenuhi angka kan...

 
Di 9/13/2015 01:31:00 PTG, Blogger Qaseh Vee berkata...

utg budak zmn sekarang . anak periksa , mamanya puasa dan buat solat hajat ...

 
Di 9/15/2015 12:35:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Saya paling tak suka matematik walaupun sedar ia amat penting waktu sekolah dulu. Tapi bila dah habis sekolah, hari2 kita mengira tolak tambah bahagi dan kali...

 
Di 9/16/2015 03:10:00 PTG, Blogger Jari Manis berkata...

mmg betul..itu naluri seroang ibu..anak yg nk exam kita yg akan lebih debaran nya dan doakan yg terbaik

 
Di 9/16/2015 05:43:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul Sal. Benda basic tu. Kalau pasal duit..hampir semua orang pandai kira..hihi
Thanks Sal :)

 
Di 9/16/2015 05:43:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Hidup penuh angka.
Thanks Zumal :)

 
Di 9/16/2015 05:44:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

In shaa Allah. Akan dilakukan selagi termampu.
Thanks Vee :)

 
Di 9/16/2015 05:45:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Tapi sekarang...dah berkepuk kepuk duit dikirakan..kan..haha
Thanks Khir :)

 
Di 9/16/2015 05:46:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sangat setuju. Mak pulak yg kecut perut..huhu
Thanks JM :)

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama