September 05, 2015

Surah Al-Insyirah..."Sesungguhnya Di Setiap Kesukaran Ada Kemudahan"

Assalamualaikum

Surah Al-Insyirah (bererti melapangkan dada) adalah surah yang ke 94 di dalam al-Quran dan mengandungi lapan ayat.

Surah ini mengajar umat Islam supaya bersabar ketika menghadapi ujian dan dugaan dalam hidup. Allah SWT telah menetapkan bahawa setiap kesukaran itu pasti akan diiring dengan kemudahan atau jalan keluar. Apa yang paling penting adalah kita sentiasa beristiqamah dan berusaha bersungguh-sungguh hingga datangnya pertolongan Allah. 


Terjemahan ayat:
  1. Bukankah kami telah melapangkan dada untuk mu
  2. Dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu
  3. Yang memberati tanggungnmu
  4. Dan kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu
  5. Kerana sesungghnya sesudah kesukaran ada kemudahan
  6. Sesungguhnya sesudah kesukaran ada kemudahan
  7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah sungguh-sungguh (urusan) yang lain
  8. Dan kepada Tuhan mu sahajalah tempat kamu memohon

Antara fadhilat dan faedahnya:
  • Memudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki - bacalah tujuh atau sepuluh kali setiap sembahyang fardu
  • Sesiapa yang membaca surah ini sesudah solat fardu in shaa Allah hilang dukacitanya dan dikurniakan rezeki yang banyak.
  • Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakanlah solat sunat tahajjud dan solat hajat di tengah malam dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak mengikut kemampuan. In shaa Allah, hajatnya kan tercapai.
  • Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan sikap rajin dalam mengerjakan ibadat. 

Sekian. Semoga bermanafaat.

Wassalam.


Gambar : Google
Sumber: Buku, Amalan Membaca Surah-surah Pilihan.

24 comments:

  1. Wah baru tau mbak..
    saya paling sering Al - Ikhlas bacanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga sama-sama belajar.
      Terima kasih atas kunjungan :)

      Delete
  2. BERAMAL DENGANNYA INSYA ALLAH..AKAN MEMUDAHKAN SEMUA URUSAN DAN MURAH REZKI KITA...TQ PERKONGSIANNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Semoga urusan dipermudahkan dan di juga dimurahkan rezeki. Aamiin
      Thanks Kak Paridah :)

      Delete
  3. thanks sharing kak Fidah..memang bagus surah ni!saya kalau nak buat benda yang saya nervous macam mengadap Bos atau naik flight memang saya baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun baca kalau time nervous.
      Thanks Sal :)

      Delete
  4. Sering saya baca pada waktu sholat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga terus dijadikan amalan. Peringatan untuk saya juga.
      Thanks Hanibi :)

      Delete
  5. Arti tersirat nya : Setiap Masalah pasti ada jalan keluarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah..
      Sesungguhnya sesudah kesukaran, ada kemudahan.
      Thanks Irwin :)

      Delete
  6. Ya ada kesukaran
    Pasti ada kemudahan
    Karena Tuhan
    Tidak memperbuntu jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga akan datang yang lebih baik dan dimudahkan segala urusan.
      Thanks Mba Ayu :)

      Delete
  7. Allah sudah beri 'hint' maka terltk pd kita sm ada nk rebut atau sblk nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah Maha Pengasih & Penyayang.
      Thanks Anies :)

      Delete
  8. Surat Al-Insyiroh masuk dalam daftar surat favorit saya kalau dalam membaca surat pendek dalam sholat.nice

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Moga terus manjadi amalan.

      Delete
  9. Lagi sekali terima kasih kerana berkongsi ilmu ni FS....hari tu ada terdetik jugak nak cari kelebihan surah ni....Allah dah permudahkan pun Alhamdulilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama-sama belajar..
      Thanks Okje :)

      Delete
  10. alhamdulillah , saya amalkan surah ni ...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah,...sentiasa amalkan dalam solat

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...selalu amalkan..

    ReplyDelete