August 30, 2015

Kuning Bukan Kerana BERSIH



Entri ini tiada kaitan dengan perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan diadakan di Kuala Lumpur.

Saya hanya ingin kongsikan resipi ikan patin tempoyak yang selalu menjadi hidangan kalau balik kampung. Saja nak tepek resipi kat sini sebagai rujukan. Lagipun ni resipi warisan turun temurun :)

Bahan-bahan:

  • Seekor ikan patin (sederhana besar. Anggaran berat dalam 900gm - 1kg)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 ke 4 sudu tempoyak
  • Segenggam daun kesum
  • 10 biji cili padi (boleh tambah kalau nak lagi pedas)
  • 1 asam keping
  • 4 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  • Tumbuk cili padi dan kunyit hidup. Kemudian masukkan tempoyak dan gaul rata.
  • Masukkan air dan kesemua bahan yang digaul rata tadi ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana.
  • Masukkan ikan. Biar sampai menggelegak. Masukkan daun kesum.
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Tunggu hingga kuah pekat (mengikut cita rasa masing-masing)

Sekian. Selamat mencuba.



30 comments:

  1. Sedapnyer....
    ikan patin ni goreng garing2 pun sodap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Bunda..
      Kalau goreng pun sodap..nyum2
      Thanks Bunda :)

      Delete
  2. Ikan patin ni mmg sedap, tetapi kekadang ada rasa mcm hanyir sikit dan hanya beberapa kedai yg sy pilih yg mmg tidak mempunyai rasa tersebut. Nak masak ikan ni x berapa reti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak basuh ikan air tawar ni memang leceh siket. Selalunya cuci bersih2 especially part kepala. Lepas tu basuh dengan air asam limau...
      Thanks Ummiseri :)

      Delete
  3. wak kureng sikit mamam ikan patin nih., huhu2

    selamat hari merdeka 2015, semoga negara akan tetep aman damai sejahtera sentosa senantiasa., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...moga negara kita terus aman makmur.

      Mula2 dulu tekak jawa saya ni pun tak berapa nak terima...lama2 dah ok..:)
      Thanks Wak :)

      Delete
  4. sedapnya patin tempoyak makan bersama keluarga xcukup nasi tentunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada sambal hitam...nasi pulak panas2...ppeerrgghhh. Terbaek... :)
      Thanks Kak Paridah :)

      Delete
  5. Thanks for the tips, tapi sayang sekali aku nggak suka makan ikan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi tak makan ikan Zee...sedap :)
      Thanks :)

      Delete
  6. nampak dia aja sudah enak, apalagi makannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang enak...lebih lagi kalau pedas...
      Thanks Em Albar :)

      Delete
  7. Replies
    1. Masak tempoyak sedap..kalau goreng pun sodap.
      Thanks ejulz :)

      Delete
  8. Wowww sedapnya patin tempoyak FS..... kalau okje suka buh kuah banjir, last sekali hirup kuah. Pergh....nikmat sungguh....

    Tak payah kasi bawang yeh FS....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena letak kuah banyak baru best. Kuah pulak kena pekat siket...hihi
      Tak payah bawang..cuma tumbuk cili & kunyit + gaul dgn tempoyak.
      Thanks Okje :)

      Delete
  9. Replies
    1. Silakan cuba resepinya Miss
      Thanks Yeni Safira :)

      Delete
  10. Warna kuah ikan patin keemasan
    Kuningnya mengundang makan
    Sedap nikmat kenyataan
    Aroma tempoyak makin berkesan

    ReplyDelete
  11. sedapnya gulai tempoyak tu,
    tapi kita tak mkn ikan patin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh diganti dengan ikan lain Lin...
      Thanks :)

      Delete
  12. cara nya sangat mudah ya mba boleh nih buat belajar masak di rumah hehe terimakasih info nya mba :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Caranya memang agak mudah. Boleh dicuba ni Ipah.
      Thanks :)

      Delete
  13. Wah sangat beruntung dapat isteri yang pandai terutama masakan kampung

    ReplyDelete
  14. Sedap tu... ingatkan Fidah selfie berbaju kuning tadi....

    ReplyDelete
  15. Ahaha..jangan kena tangkap dengan ikannya sekali hehe

    ReplyDelete
  16. berlemak dan gurih.
    sedap nya...

    ReplyDelete
  17. saya suka makan, tapi jarang masak..tak pandai, takut berbau nanti orang tak lalu..huhu

    ReplyDelete