August 15, 2015

6 Pesanan Imam Al Ghazali

  • Apabila berjumpa KANAK_KANAK, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak itu belum dibebani dosa
  • Apabila berdepan dengan ORANG TUA, anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita
  • Apabila berjumpa ORANG ALIM, anggaplah mereka lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dada
  • Apabila melihat ORANG JAHIL, anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita berdosa dalam keadaan mengetahuinya
  • Apabila berjumpa dengan ORANG JAHAT, jangan anggap kita mulia. Mungkin orang jahat itu akan bertaubat di kemudian hari sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita
  • Apabila bertemu dengan ORANG KAFIR, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Begitulah kehidupan. Jangan mudah untuk menghukum, mengadili dan memberi persepsi buruk kepada orang. Setiap yang berlaku pasti ada sebab dan tidak selamanya akan terus buruk.

Baca juga

Sekian. Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri. Moga yang lain juga mendapat manafaatnya.
Wassalam.

Sumber : whatsapp
Gambar : Google



22 comments:

  1. DIRI KITA XSESEMPURNA MANA JADI XUSAH MENILAI ORG LAIN,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...baik sama muhasabah diri.
      Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya.
      Thanks Kak Paridah :)

      Delete
  2. setuju!!! jgn pandang hina or rendah kepada org lain kerana ada kemungkinan satu hari nanti org itu lebih mulia dari kita....thanks for sharing...peringatan buat JM juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dunia ni ibarat roda..tak semestinya yang berada di atas akan sentiasa berata di atas..
      Thanks JM :)

      Delete
  3. Terima kasih atas perkongsian Fidah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Zumal. Perungatan utk diri saya juga.
      Thanks :)

      Delete
  4. pendek kata, jgn pandang rendah kat org lain.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..jangan sekali memandang rendah pada orang lain. Setiap orang pasti ada keistimewaannya yg tersendiri
      Thanks Pha Is :)

      Delete
  5. sangat berhikmah..terima kasih ilmu ni ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Etuza. Saya pun belajar juga..
      Thanks :)

      Delete
  6. yalah kan..jangan nak jadi Tuhan Pulak..


    #Jomsinggah dari admin blog Buku Online

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tak baik suka suki judge orang.
      Thanks HB..nanti saya singgah kat buku online.
      Thanks :)

      Delete
  7. Nice sharing... kita selalu alpa dan merasakan kita telah cukup segalanya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nora. Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri sebenarnya.
      Terima kasih juga atas kunjungan :)

      Delete
  8. siapalah kita utk menghukum makhluk Tuhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Anies...
      Moga kita sentiasa muhasabah diri.
      Thanks :)

      Delete
  9. janganlah kita suka menilai org lain sedangkan kita sndiri belum tentu sempurna kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..Tak perlu pandai-pandai nak menilai orang lain. Pastinya mereka ada sebab musabab tertentu..
      Thanks Deanna :)

      Delete
  10. sangat bijak
    mengingat 6 perkara yang dipesankan Imam A; Ghazali ini akan membuat kita selalu rendah hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Semoga menjadi renungan kita bersama.
      Thanks Mba Nove :)

      Delete
  11. sentiasa melihat orang lain lebih baik..in shaa Allah, utk mentarbiah, muhasabah diri sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 ingat mengingati
      Thanks Nohas :)

      Delete