August 06, 2015

Work Life Balance

Assalamualaikum

Ketika entri /posting ini ditulis, saya masih lagi dalam perjalanan pulang (nasib baik naik komuter, boleh jugak buat entri..huhu).
Pastinya ketika ini saya membayangkan alangkah bagusnya jika saya balik kerja lebih awal dan telah pun berada di rumah bersama keluarga.


Saya juga pasti semua orang mahukan kehidupan yang seimbang di antara kerjaya dan keluarga (work life balance). Tapi apakan daya...

Namun, tiada yang mustahil jika kita berusaha untuk mengubah cara yang terbiasa demi kehidupan yang lebih seimbang. Walaupun berhenti kerja bukanlah pilihan yang terbaik untuk waktu ini (bagi saya), namum pasti ada caranya untuk 'mencari' lebih masa untuk diri dan keluarga.

Setelah di 'google', saya berjumpa beberapa tips berikut. Jom semak.
  • Membuat jadual peribadi supaya anda dapat mengimbangkan masa antara keduanya. Pastikan anda juga cukup 'disiplin' untuk mematuhi jadual tersebut.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah ketika di tempat kerja supaya anda boleh pulang lebih awal ke rumah. Contohnya kurangkan bergossip dan bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah :)
  • Kerja...sampai bila pun memang tak kan habis. Jadi, anda harus bijak untuk merancang dan membuat priority tentang kerja mana yang harus dilakukan terlebih dahulu. Mana yang tidak begitu urgent atau penting, boleh buat esok kan...huhu
  • Selain dari kerja di pejabat, kerja di rumah juga ada banyak yang menanti terutama bagi kaum ibu yang tidak mempunyai pembantu. Oleh itu, jika berkemampuan, silalah beli peralatan yang dapat meringankan kerja-kerja anda contohnya mesin pengering pakaian, air fryer dan sebagainya. Anda boleh juga mengupah orang untuk membersihkan rumah di hujung minggu supaya mempunyai lebih banyak masa yang berkualiti untuk keluarga.
  • Pastikan anda juga bijak 'mencuri' masa untuk diri sendiri. Meluangkan masa bersama keluarga memang penting, tapi mencari masa untuk melakukan aktiviti yang dapat menggembirakan hati sendiri juga perlu (contohnya shopping, tengok tv, berblogging). Diri sendiri... perlu di 'reward' juga kan...
Semoga tips-tips di atas bermanafaat untuk semua dan untuk saya juga.

Sekian. Wassalam

Gambar: google
Sumber: pelbagai


22 comments:

  1. PANDAI MEMBAHAGI MASA UTK MENEPATI SETIAP KEPERLUAN ITU AMAT PENTING....MASA TERLALU BERHARGA BAGI SETIAP PERKARA....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Memang kena pandai membahagi masa...kalau tak memang pasti banyak yang terbengkalai..
      Thanks Kak Paridah & Salam Jumaat :)

      Delete
    2. pandai membagi masa itu akan melancarkan pekerjaan dan itu kadang susah untuk diterapkan. makanya perlu keseriusan untuk mensiasatinya.

      Delete
    3. Betul. Harus bijak membahagi masa dan juga berdisiplin.

      Delete
  2. yah memang penting untuk hidup seimbang, begitu jgua dengan kehidupan dunia dan akhirat. karena keduanya penting untuk mendukung salah satunya agar bisa bahagia dunia akhirat pula...makasih pencarahannya sista.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju. Harus juga seimbangkan antara dunia dan tuntutan akhirat...kerana keduanya saling berkait.
      Point yang sangat penting tu.
      Terima kasih kunjungannya Mbah :)

      Delete
  3. wanita bekerja kena jd superwoman..di pejabat, di rumah, bos, rakan sekerja, suami, anak2, ibubapa, masyarakat...dapat suami yg memahami dan rajin menolong is a bonus....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah sebenarnya nak jadi superwoman..tapi kot mana pun, memang kena buat. Dapat suami yang saling membantu memang satu bonus. Alhamdulillah.
      Thanks Nohas :)

      Delete
  4. terkadang saya juga masih suka menghabiskan waktu untuk hal yg tak berfaedah :(
    manteplah tipsnya bu,semoga bisa jadi pembelajaran terutama saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga kadang kala begitu. Entri ini adalah untuk memgingatkan diri saya juga sebenarnya :D
      Terima kasih Andrian.

      Delete
  5. masa yang diurus dengan bijak membolehkan dapat melakukan banyak perkara dalam satu hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus bijak mengurus masa...barulah dapat melakukan pelbagai perkara...
      Thanks HB :)

      Delete
  6. Semoga bermanfaat, Insyaallah..:)

    ReplyDelete
  7. great tips kak Fidah! walaupun saya bujang, tapi nak amalkan jugak...supaya ada masa untuk parents kat rumah ni. great sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga2 bermanafaat..
      Peringatan utk akak juga.
      Thanks Sal :)

      Delete
  8. tuh..tuh...
    yang terakhir itu penting banget deh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang penting banget tu Mbak Nove...hihi
      Thanks :)

      Delete
  9. harus bijak mengawal masa. bukan masa yg mengawal kita

    ReplyDelete