July 28, 2015

Kek Pisang

Assalamualaikum

Perasaan teruja ingin mencuba resipi kek pisang dari blog periuk tanah (periuktanah.blogspot.com) timbul kerana bancuhannya hanya menggunakan 'blender' dan sukatannya menggunakan cawan. Jadi, tak perlu susah-susah nak keluarkan mixer dan alat penimbang. Resipinya juga simple dan sesuai untuk orang yang baru belajar macam saya.


Jom kita tengok resipinya.
Bahan-bahan:
  • 4 biji pisang emas (di potong kecil-kecil dan dilenyek)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan minyak masak (saya guna minyak jagung)
  • 4 biji telur (gred A)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum. Diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbornat.
  • 1 sudu teh esen vanila atau esen pisang (saya guna esen vanila).
  • Sedikit perahan air limau nipis (saya tak guna sebab tak sempat nak beli limau..huhu)

Cara-cara:
  • Panaskan oven ke suhu 185c - api atas bawah
  • Sediakan loyang 4 persegi. Lenserkan dengan magerine dan alas dengan kertas minyak.
  • Kisar gula, telur dan minyak di dalam 'blender' hingga putih (anggaran dalam 3 ke 5 minit).
  • Tuangkan bahan yang telah diblend ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.
  • Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila. Gaul sebati.
  • Tuangkan bahan ke dalam loyang pembakar. Masak dalam oven selama 45 minit atau kek telah menjadi keperangan. Setelah itu cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk pastikan yang kek telah masak sempurna atau tidak.

Sekian. Selamat mencuba.

Nota: Resipi kek pisang ini adalah benar dan bukan seperti resipi kulit pisang :)

Baca juga resipi cup cake oren dan cerita tentang kulit oren.

Wassalam.






28 comments:

  1. SEDAPNYA FIDAH BOLEH BUAT SARAPAN PAGI NI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru2 nak belajar... :)
      Thanks Kak Paridah.

      Delete
  2. Alhamdulillaah..., tampaknya enak sekali ini kek pisang. Bisa dicoba resepnya. Terima kasih banyak telah berbagi yaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan dicoba. Peralatan dan bahannya juga mudah didapati.
      Terima kasih Akhmad Muhaimin Azzet :)

      Delete
  3. Wah...nampak sedap. Boleh juga nak cuba ni nanti. Thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan dicuba...
      Rasanya juga enak
      Thanks :)

      Delete
  4. Makan kek pisang dgn teh o waktu petang kat laman rumah.. pehh.. besssttt.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..best..santai2 sambil berkelah di luar rumah.
      Thanks Khir :)

      Delete
  5. Hmmm kek pisang
    Harum kupandang
    Resipinya senang
    Mudah dikenang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah resipi ini
      Pasti enak sekali
      Boleh dimakan berkali kali.

      Thanks Mba Anies :)

      Delete
  6. mesti sedap sehingga boleh menjilat tapak (pinggan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik bukan tapak kaki.. :D

      Thanks HB

      Delete
  7. Replies
    1. Boleh try test resipinya..
      Thanks Nohas :)

      Delete
  8. Bestnyer kek pisang. Tambah walnut lagi terangkat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tambah walnut..lagi terangkat
      Thanks :)

      Delete
  9. sedap ni kalau mkn time panas2 hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...masa beberapa minit keluar oven. Layan pulak dengan teh atau kopi o
      Thanks Deanna :)

      Delete
  10. Memang kalau mencari resepi nak cari yg paling senang dan guna sukatan cawan hihi..

    Makan minum petang dgn anak2 yg br balik sekolah mmg best ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang syok kalau dapat makan dengan family...buat minum petang.
      Thanks Aniey :)

      Delete
  11. senang ni guna sukatan cawan dan blender je, sebab rumah saya takde mixer! hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah cuba resipinya..
      Bahan dan peralatannya juga senang cari.
      Thanks. Salam Kenal :)

      Delete
  12. saya ada juga simpan resepi kek pisang guna cawan ni tapi blm buat lagi samoai la ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer try test..
      Boleh saya pi datang beraya :)
      Thanks Vee

      Delete
  13. fav sy ni tp x penah buat sbb tangan sy ni krg mahir bla membuat kek. kalu lauk pauk tu no prob ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru-baru nak berjinak dengan kek..
      Masa muda dulu tak minat sangat :)
      Thanks Anies

      Delete