July 11, 2015

Duit Raya


Budaya memberi duit raya terutamanya kepada kanak-kanak memang telah lama ada.
Inilah waktu terbaik bagi kanak-kanak untuk 'mengumpul' duit lebih. Dan ini juga waktu yang baik bagi golongan yang berkemampuan untuk 'memberi' dan menggembirakan kanak-kanak.

Teringat zaman saya kecik-kecik dulu. Sanggup berjalan kaki keliling kampung dengan sekumpulan rakan untuk beraya dari rumah ke rumah. Ketika itu, umur baru sekitar 8 ke 10 tahun. Pastinya niat beraya bukanlah untuk berziarah atau makan kuih sangat. Hanya sekadar untuk mengumpul duit raya...huhu. Kenangan......

Bagi golongan yang berkemampuan, pastinya juga sedang sibuk untuk menyediakan duit raya dan menggumpulkan sampul 'ang paw'. Walaupun ada sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa memberi duit raya hanya menjuruskan kanak-kanak menjadi 'meterialistik', tapi pada saya, pendapat ini bukanlah 100% benar. Tak salah rasanya 'memberi' dengan niat untuk bersedekah, menggembirakan kanak-kanak dan memeriahkan suasana hari raya.

Namun dengan keadaan ekonomi yang semakin mencabar dan segala kos perbelanjaan kian meningkat, masih adakah budaya memberi duit raya pada tahun ini?
Usahkan mahu memberi duit raya, nak balik kampung pun ada pendapat bijak pandai yang kata tidak perlu...bijak kah...eeerrrmmmmm???
Itu belum lagi cerita tentang harga barang-barang  (selepas GST...). Harga kuih raya, baju raya, tudung raya, kasut raya pastinya kian bertambah... :(
Susah nak komen tentang hal ni. SENSITIF katanya.

Semoga kita dapat mengawal perbelanjaan kita dengan bijaksana.
Semoga kita juga sentiasa dimurahkan rezeki untuk terus tergolong dalam golongan 'pemberi' dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

Sekian. Wassalam

Gambar : whatsapp








18 comments:

  1. SEMAKIN KEDEKUT UNTUK BERSEDEKAH SEMAKIN LIAT REZEKI YG KITA KENA PULAS GAMAKNYA...REZEKI ITU MILIK ALLAH SENTIASA CUKUP UTK HAMBA2-NYA...XPAYAHLAH TERLALU BERKIRA UTK GEMBIRAKAN IBU BAPA R ANAK2 DI HARI RAYA....ANAK2 YG BERKUNJUNG KE RUMAH KITA ADALAH TETAMU YG MEMBAWA REZKI ALLAH...WALAU KITA BERI DUIT RAYA SEKADAR KEMAMPUAN UTK MENGGEMBIRAKAN MRK GANJARAN ALLAH KITA XTAU SEBESAR MANA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Paridah. Semakin banyak kita memberi, semakin banyak juga kita menerima..in shaa Allah.
      Apa lagi jika niatnya untuk gembirakan kanak2..
      Thanks Kak Paridah :)

      Delete
  2. Idul fitri tinggal 5 hari lagi dan harusnya mengumpulkan uang banyak untuk di bagikan kepada anak-anak.. Pusing pala zee nih miss kalau idul fitri tiba :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan pusing2 Zee...moga2 bertambah rezekinya lagi. In shaa Allah.
      Pasti kita akan rasa senang juga kalau dapat gembirakan kanak2.
      Terima kasih Zee :)

      Delete
  3. bagi tu boleh kot kak Fidah, tapi biarlah berpada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sal...selagi boleh, memang niat nak bagi..tapi sekadarnya.
      Thanks Sal :)

      Delete
  4. dulu kite di beri duit raye ya fid...sekarang kalau kita mampu kita yang harus ngasih duit raye....jadi ingat masa kecil dulu, sampai satu kampung saya datangin fid, dan pulang bawa duit satu kantung plastik...tapi duit receh semua fid. bahagia rasanya. jadi gantian sekarang kita yang membahagiakan anak-anak di sekitar kita...semoga berkan dan mavfaat kebaikan dunia akhirat ya saudari....salam sahabat blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kecil bila beraya dapat duit raya...sekarang zaman memberi pula.
      Moga niat untuk menggembirakan kanak2 akan dibalas baik juga. Aamiin.
      Pastinya kenangan indah masa kecil beraya dikeliling kampung sambil mengumpul duit raya.
      Thanks Mbah :)

      p/s : minta maaf juga sudah lama tidak berkomentar di bengkel blogger.


      Delete
  5. ada yg x bagi sbb GST...tapi itulah kalau niat ikhlas beri sedikit sbg sedekah in shaa Allah rezeki Allah kan luas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah...Yg penting, biar sedikit..tapi ikhlas dan niat tu betul2 nak bersedekah atau gembirakan kanak2..

      Thanks JM :)

      Delete
  6. sebenarnya bkn memberi duit raya tu yg jadi beban tetapi shopping raya x ingat dunia tu yg jadi beban tanpa sedar ... maklumlah , nak bergaya sakan masa raya kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..betul.
      Masa shopping raya yang tak hengat.
      Portion duit raya tu sebenarnya biasa2 aje..:)
      Thanks Vee

      Delete
  7. Bagi jelah budak2 tu.. nanti rezeki pasti ada lagi bertambah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah..the more u give..the more u get

      Thanks Khir :)

      Delete
  8. niat sedekah..menggembirakan kanak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...
      Seeloknya niatkan untuk sedekah dan gembirakan kanak-kanak

      Thanks Nohas :)

      Delete
  9. niat yg penting... bersedekah utk apa...

    ReplyDelete