<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY

Mac 02, 2018

Menjejaki Jutawan Senyap

Assalamualaikum
Anda pernah baca buku 'Menjejaki Jutawan Senyap' karya Dato' Dr Hj Rusly Abdullah (Chef Li)?

Secara ringkasnya, buku ini menceritakan tentang pengalaman beberapa orang yang telah berjaya dalam bidang perniagaan. From zero to hero. 

Selain daripada buku 'Menjejaki Jutawan Senyap', ada beberapa lagi buku hasil karya Chef Li yang sangat menarik untuk dibaca. Antaranya:
  • Aku Tak Nak Miskin
  • Biar Kecil Asalkan Berhasil
  • Petunjuk Jalan Kekayaan
  • OKB - Orang Kaya Bertakwa


Semua buku-buku tersebut memang memberi inspirasi kepada pembaca terutamanya bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan. 

Tapi...kalau masih tidak ada buku tersebut juga tidak mengapa kerana jika anda menyertai Talk Show 'Menjejaki Jutawan Senyap', anda berpeluang untuk berjumpa sendiri dengan Chef Li.

Dengan menyertai Talk Show ini, anda boleh berbincang dan berkongsi luahan hati untuk menilai di mana kekurangan diri yang menghalang kejayaan sebagai usahawan berjaya.


Apa manafaat Talk Show atau program ini?
  • Dapat mengenali 7 ciri jutawan senyap
  • Mengetahui apa yang tersirat disebalik jutawan senyap
  • Mengetahui langkah untuk memulakan bisnes ke arah menjadi jutawan
  • Mendapat tips-tips penting untuk mengelak perangkap yang meruntuhkan perniagaan.
Anda harus belajar dari mereka yang arif tentang selok belok perniagaan. Cara yang terbaik adalah dengan mencari mentor atau belajar dari mereka yang telah membuktikan bahawa mereka adalah usahawan berjaya.

Jadi, tunggu apa lagi. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk belajar dengan lebih mendalam tentang ilmu perniagaan dan keusahawanan.

Cepat, cepat...jangan lambat lambat.
Maklumat tentang tempat dan masa, sila rujuk di bawah. Jangan lupa hubungi wakil kami untuk book tempat.

3 Mac 2018 (9.30am - 12.00 pm)
Kuala Terengganu
Najib : 012 9460634

4 Mac 2018 (8.00pm - 11.00pm)
Kota Bharu
Prof Aziz : 013 9829918

5 Mac 2018 (8.00pm - 11.00pm)
Besut
Shukri : 019 9858811

9 Mac 2018 (10.00am - 1.00pm)
Johor Bahru
Muslim : 017 7762677

10 Mac 2018 (10.00am - 1.00pm)
Melaka
Faris : 013 3987699

11 Mac 2018 (10am - 1.00pm)
Setapak
Fauzal : 018 7700047

11 Mac 2018 (3.00 pm - 7.00 pm)
Seksyen 7, Shah Alam
Mastor : 013 6842835

12 Mac 2018 (10.00 am - 1.00 pm)
Bangi
Faisal : 016 6098494

13 Mac 2018 (10.00 am - 1.00 pm)
Seremban
Dr Karim 019 6220620

Yuran : Percuma
***Tempat adalah terhad

Sekian. Wassalam.



Label:

Januari 25, 2018

OPR Naik Kepada 3.25%

Assalamualaikum



Bank Negara Malaysia hari ini membuat keputusan untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25%. 
Kali terakhir perubahan dibuat ke atas OPR adalah pada Julai 2016, iaitu pada kadar 3%.


Bagaimana penurunan OPR mempengaruhi kehidupan kita?
Bila OPR naik, interest rate yang dikenakan terhadap pinjaman akan juga naik. Umumnya, jika kadar interest naik, ianya tidak menggalakkan orang untuk meminjam wang (di bank). 

Sebaliknya, jika anda adalah penyimpan wang tegar di bank, kenaikan OPR akan turut memberi kesan kepada faedah deposit yang anda perolehi. Secara teori, bila interest rate atau faedah tinggi, ianya akan menggalakkan orang menyimpan wang di bank. 

Apa lagi. Jom kita menyimpan.
Banyak wang, hati senang :)

Sekian. Wassalam.

Sumber: utusan online
Gambar: google

Label:

Oktober 27, 2017

Budget 2018


Assalamualaikum.
Budget 2018 baru saja dibentangkan tadi.

Perkara terpenting dalam budget 2018:
  • Menggalakkan pembangunan seimbang di kota dan di desa
  • Membantu menjana dan menambah pendapatan rakyat
  • Memberi keutamaan pada sektor-sektor penting seperti kesihatan, pendidikan, pertanian dan keselamatan.
  • Memartabatkan warga emas
  • Memperkasakan kaum wanita
  • Mengukuhkan institusi kekeluargaan
  • Seimbang duniawi dan ukkrawi.

Sekian. Wassalam.

Kalau akak rajin, nanti akak sambung...huhu




Label:

September 26, 2017

Betul Ke Ekonomi Kita Mula Dikuasai Bangla?

Assalamualaikum

Bila diperhatikan kedai-kedai sekarang, sudah banyak juga yang dipunyai oleh warga Bangladesh.


Kalau dulu kita nampak kebanyakan Bangla kerja di stesen-stesen minyak, tapi sekarang Bangla sudah menguasai pelbagai bidang.

Pergi kedai perabut, Bangla yang sambut. Bukan setakat kuli, towkey dia pun Bangla.

Masuk kedai makan, yang control market otak-otak pun Bangla, walaupun namanya otak-otak JB. Bukannya kat satu kedai, tapi berkedai kedai.

Kat tempat cuci kereta (car wash) pun macam tu. Entah berapa besar market dia orang kat bidang cuci mencuci kereta ni.

Dekat kedai jahit baju (tailor) pun dia orang ada. Yang kerja kat situ memang ada skill menjahit. Ini bermakna, yang datang sini bukan saja boleh mangayat adik manis (haha...) tapi mereka memang ada kemahiran.

Tu belum lagi yang kerja di tempat-tempat lain contohnya di kedai runcit, menjaga tandas, serta mengambil upah cat rumah, potong rumput atau di bidang cuci mencuci, tak kiralah cuci rumah, cuci pejabat dan yang sewaktu dengannya.

Nampak macam bukan sektor utama (major sector), tapi bidang yang dia orang ceburi ni, tidak kurang pentingnya.


Mungkin dengan berbekalkan sifat rajin, dapat memahami bahasa tempatan dengan cepat dan peka pada kehendak pasaran persekitaran, membolehkan mereka terus 'hidup' dan sedikit demi sedikit menguasai ekonomi kita.
Wallahu 'alam

Tak Bangla hilang di dunia.

#pendapatperibadi
#dimanabangsaku
#fidahshah
#whitebarley
#selamatkanbangsaku

Gambar: google







Label:

Julai 14, 2016

Bila Overnight Policy Rate (OPR) Turun

Assalamualaikum

Bank Negara Malaysia telah mengumumkan penurunan overnight policy rate (OPR) sebanyak 25 basis point dari 3.25% kepada 3.0%.



Apakah Overnight Policy Rate (OPR)?
OPR adalah kadar faedah semalaman yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia. Kadar faedah ini dikenakan ke atas bank yang meminjam tunai dengan bank lain untuk jangka pendek semalaman.

OPR juga memberi impak kepada pengiraan base  (lending) rate (baca: kadar interest/bunga atau keuntungan) bagi bank-bank. OPR (contoh 3% seperti yang dinyatakan di atas), adalah menjadi kos asas kepada wang yang digunakan oleh bank untuk memberi pinjaman.
Kos asas ini kemudiannya akan ditambah dengan kos-kos lain seperti kos operasi, kos statutory reserve requirement (SRR), risiko credit pelanggan (credit risk of the borrower) dan lain-lain. Bila ditambah semua, dapatlah kadar pinjaman asas atau base rate.

Bagaimana penurunan OPR mempengaruhi kehidupan kita?
Bila OPR turun, interest rate yang dikenakan terhadap pinjaman akan juga turun. Umumnya, jika kadar interest rendah, ia akan menggalakkan orang untuk meminjam (bank) untuk terus membeli bagi menjana ekonomi negara.

Sebaliknya, jika anda adalah penyimpan wang tegar di bank, penurunan OPR akan turut memberi kesan kepada faedah deposit yang anda perolehi. Secara teorinya, bila interest rate atau faedah rendah, ia tidak akan menggalakkan orang menyimpan wang di bank, sebalikknya orang akan menggunakan wang tersebut untuk membeli dan membeli lagi dan ini akan dapat menjana ekonomi negara.
(nota: kalau nak menyimpan, bolehlah cari alternative untuk menyimpan wang di tempat lain, contohnya seperti ASB dan Tabung Haji).


Sekian. Wassalam





Label:

Januari 29, 2016

ASB dan Tabung Haji - Di Mana Orang Melayu Simpan Duit?

Assalamualaikum

10 tahun dulu boss saya pernah bertanya kenapa tak ramai orang Melayu yang simpan duit dalam fixed deposit (FD) account?.
Padahal pada masa itu sudah banyak produk akaun simpanan yang patuh Shariah di tawarkan oleh bank-bank yang berkonsepkan Islam. Mengapa akaun simpanan yang sebegini (kadar keuntungannya dalam 2% ke 4% bergantung pada maturity period) masih tidak dapat menarik minat orang Melayu atau orang Islam?



Jawapan saya pada masa itu mungkin kerana orang Melayu lebih suka simpan duit dalam ASB (amanah saham bumiputera) atau mana-mana amanah saham yang lain. Mana tidaknya, ASB menjanjikan dividend sehingga 8%. Selain daripada itu, akaun Tabung Haji juga menjadi pilihan. Selaras dengan penubuhannya untuk membantu umat Islam menunaikan fardu haji dengan simpanan tanpa riba', institusi ini menawarkan pulangan
yang agak tinggi (sekitar 5% setelah ditolak zakat - pada masa itu).

Antara sebab lain adalah kerana prosesnya lebih mudah. Simpanan boleh dibuat melalui bank-bank yang menjadi agen atau boleh juga dibuat melalui potongan gaji. Lagipun, pendeposit tidak perlu untuk sentiasa mengkaji keadaan ekonomi dan pasaran semasa bagi memastikan pelaburan atau simpanan mereka selamat dan memberi keuntungan kerana semuanya dijamin oleh kerajaan (in Shaa Allah). Maka tidak hairanlah mengapa melabur di ASB dan menyimpan di Tabung Haji tetap menjadi pilihan dan berada di hati orang Melayu dari dulu.

Tapi sekarang? Komen susah..tak komen pun susah :(

Semoga ASB dan Tabung Haji tetap akan meningkatkan prestasi dan integritinya sebagai institusi yang menjadi pilihan serta mendapat kepercayaan orang-orang Melayu.

Sekian. Wassalam.





Label: ,

Oktober 25, 2015

Belanja dan Belanjawan

Assalamualaikum.

Hari Ahad atau hari minggu memang hari yang diperuntukan untuk membeli barang 'basah' dan barang keperluan yang lain. Meriah nampak pasar hari ni. Mungkin kerana ramai orang telah pun mendapat gaji.


Bila di fikir-fikirkan balik, kuasa membeli rakyat Malaysia memang tinggi rupanya. Walau harga barang telah naik, harga minyak petrol naik dan adanya GST, kita tetap terus membeli dan membeli.

Kalau dikira secara terperinci, kadar kenaikan barang tidaklah banyak. Contohnya kalau dulu nescafe O kegemaran saya harganya RM1.50 segelas, sekarang hanya RM1.80. Cuma naik 30 sen atau 20% sahaja. Mungkin tak terasa sangat pun perubahan harga tersebut apatah lagi untuk menyatakan ianya sejenis inflasi. Dan statistik juga telah membuktikan bahawa kadar inflasi negara kita berada diparas yang rendah iaitu di sekitar 3% sahaja.

Lagipun, orang di Malaysia ni sememangnya berduit. Menurut kajian, kadar kemiskinan tegar di Malaysia hampir ke paras sifar. Patutlah bila balik kampung, saya lihat  jiran tetangga semuanya sudah berkereta baru. Rumah yang dulunya kelihatan usang, kini sudah besar bertingkek tingkek :)

Begitu juga dengan kadar pengangguran. Semakin hari semakin banyak peluang pekerjaan telah berjaya di sediakan. Sebagai buktinya, kita telah berjaya mengurangkan kadar pengangguran kepada 2.9% sahaja. Secara tidak langsung, ini membuktikan ekonomi Malaysia adalah stabil dan jauh sekali untuk mengatakan bahawa rakyatnya hidup dalam kesempitan.

Selepas ini, keadaan di pasar dan pasaraya pastinya akan lebih meriah. Maklumlah ada BR1M. Dapat juga menampung perbelanjaan asas dan keperluan yang lain. Usah bimbang tentang gst kerana ianya masih 6%. Malah, banyak lagi barangan yang dikenakan gst sifar, termasuk makanan kegemaran saya yang berasaskan kacang kuda.

Pastinya selepas ini kita boleh menarik nafas lega dengan penambahbaikan mutu pengangkutan awam khususnya LRT dan MRT menerusi projek-projek infrastruktur bertaraf mega. Walaupun kita terpaksa menanggung sedikit kenaikan harga tambang, tapi ianya amat berbaloi baloi dengan perkhidmatan yang dijangka lebih selesa, disamping merupakan alternatif terbaik dalam keadaan harga minyak dan tol yang semakin meningkat.

Sebahagian besar pembayar cukai juga pastinya rasa gembira kerana begitu banyak pelepasan cukai diberikan. Maka, dengan adanya wang lebihan, bolehlah kita terus berbelanja demi menjana ekonomi negara. Dan jangan lupa, rajin-rajinlah menjenguk ibu dan bapa di kampung.

Cuba renungkan, walaupun negara kita dilanda dengan pelbagai masalah seperti kejatuhan harga minyak dunia, penurunan nilai ringgit, penurunan harga komoditi utama (seperti harga sawit dan getah) dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan oleh negara-negara rakan dagangan, ekonomi negara kita tetap diberitakan stabil. Kita juga masih lagi dapat hidup aman damai serta dapat menikmati kekayan hasil negara.
Dan di sebalik itu semua, masih ada lagikah yang menyatakan negara kita berada di ambang muflis?..:(

Sekian. Wassalam.
p/s: sekadar pendapat peribadi

Gambar : google









Label:

Oktober 02, 2015

Ada Apa Dengan 10 Sen?

Assalamualaikum

Ada apa dengan 10 sen?


Kalau dikaji, nilainya kecil. Cuba bandingkan dengan matawang negara lain.
 10 sen @ RM0.1 = $0.023 (USA)
 10 sen @ RM0.1 = $0.032 (Singapore)
 10 sen @ RM0.1 = $0.032 (Australia)
 10 sen @ RM0.1 = SAR0.085 (Arab Saudi)
 10 sen @ RM0.1 = IDR334.17 (Indonesia)

Atau kalau kita ke pasar dengan membawa hanya 10 sen. Apakah barangan yang dapat kita beli?..eerrrmm hampir tak ada kan.

Tapi, apakah kesannya jika harga minyak petrol naik 10 sen?
Mungkinkah ada berlaku kesan sampingan terhadap segala harga dan perkhidmatan (sebelum GST) yang ada di sekeliling kita?
  • Adakah harga teh tarik dan roti canai akan naik?
  • Adakah harga nasi lemak dan kopi o kegemaran saya akan naik?
  • Adakah harga ikan, ayam dan daging di pasar akan naik?
  • Adakah harga susu dan lampin pakai buang si kecil kita akan naik?
  • Adakah tambang bas sekolah anak-anak akan naik?
  • Adakah tambang kenderaan/ pengangkutan awam untuk kita berulang alik ke tempat kerja akan naik?
  • Adakah harga bag tangan (baca: handbag), kasut idaman dan make up berjenama pilihan saya akan naik...huhu?
Kalau nak disenaraikan semua nanti banyak sangat pulak.

Tapi itu semua hanya kemungkinan.
  • Boleh jadi, segala perancangan rapi tentang pengawalan dan pemantauan harga telah dibuat supaya kadar inflasi berada dalam keadaan terkawal. 
  • Boleh jadi, para peniaga pula telah pun diberi peringatan supaya tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barang. 
  • Boleh jadi, esok lusa gaji kita semua akan naik supaya 'kuasa membeli' kita terus kekal terpelihara :)
  • Boleh jadi.....


Sekian. Wassalam.



Label:

September 28, 2015

Tanda-Tanda Anda Mempunyai Masalah Kewangan

Assalamualaikum

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, GST, harga barang-barang (sebelum GST) yang kian meningkat serta kadar pertukaran wang asing yang semakin tinggi, pasti sedikit sebanyak memberi impak kepada aliran tunai kita.
Selain daripada itu, jumlah pendapatan individu, bilangan tanggungan serta cara perbelanjaan juga memberi kesan. Tanpa sedar, kita mungkin sedang menghadapi masalah kewangan.

Jom semak, tanda-tanda jika anda mempunyai masalah tersebut.
Jangan sampai di tahap kritikal baru kita mahu bertindak.


  • Kadar kebergantungan pada kad kredit sangat tinggi. Perbelanjaan harian anda hampir semuanya bergantung pada kad kredit. Penggunaannya juga sudah hampr ke tahap maksimum (credit limit). Pembayaran pula, sentiasa berada di tahap minimum
  • Terpaksa meminjam wang dari kawan, keluarga, ceti, along bukit beruntung atau sesiapa sahaja untuk menampung ketidakcukupan perbelanjaan bulanan anda. Ini jelas menunjukkan bahawa aliran tunai anda berada di tahap kritikal.
  • Mempunyai masalah untuk menampung perbalanjaan harian. Masalah akan menjadi lebih ketara apabila hujung bulan hampir tiba. Anda mula menghitung hari, bilakah tibanya hari gaji kerana wang di saku atau baki wang di akaun simpanan sudah kering kontang.
  • Melambatkan pembayaran segala bil. Tidak dinafikan bahawa hidup kita memang dikelilingi dengan pelbagai bil. Just name it. Bil elektrik, bil air, bil telefon dan macam macam bil lagi. Lebih parah jika anda hanya mampu membayar sebahagiannya sahaja, manakala yang selebihnya akan dibayar pada bulan hadapan.
  • Tidak mampu untuk mambayar segala kos maintenance rumah dan kereta secara teratur. Walaupun tempat tinggal dan kenderaan adalah 2 perkara penting dalam kehidupan harian kita, anda terpaksa menunda segala kos perbelanjaan yang berkaitan dengannya kerana tidak cukup wang.
  • Anda masih berkira kira atau merasakan wang untuk membayar sewa rumah atau ansuran bulanan rumah (bagi yang telah membeli rumah) tidak cukup.
  • Tidak mampu untuk membeli apa jenis insuran sekalipun. Insuran nyawa (life insurance), insuran pendidikan untuk anak, insuran perubataan serta insuran-insuran yang lainnya semua dipandang sepi.
  • Wang tabungan atau simpnan kini mulai susut. Sepatutnya makin hari wang simpanan makin bertambah. Kata orang, sedikit sedikit biar lama-ama jadi bukit. Tapi ini sudah dikira kes tarah bukit pulak. Agak kritikal juga ni. Apalagi jika tiada wang langsung wang untuk di simpan sebagai kegunaan di saat-saat kecemasan.
  • Tidak mempunyai wang atau simpanan untuk pelan selepas bersara. 

Pasti susah juga jika kita sudah mempunyai simptom-simptom masalah kewangan.
Oleh itu carilah jalan penyelesaian yang terbaik sebelum masalah menjadi lebih kritikal.

Mulakan dengan menyimak perbelanjaan bulanan dan membuat belanjawan keluarga. 
  • Pastikan anda berbelanja secara disiplin 
  • Anda seharusnya sentiasa ada lebihan tunai dan mampu untuk menyimpan sejumlah wang di setiap bulan
  • Ubah gaya hidup dan jauhi pembaziran :)
Saya pasti, semua orang mahu hidup bebas dari segala bebanan hutang serta mempunyai jiwa yang merdeka. Baca juga erti kemerdekaan dari perspektif kewangan.
Ingat, bijak berbelanja, hati bahagia...:)

Sekian. Wassalam.

Rujukan: Save-money magazine
Gambar: Google

Label:

Ogos 18, 2015

Erti Merdeka (Dari Perspektif Kewangan)

Assalamualaikum

Merdeka bermaksud bebas dari penjajahan. Tapi, bagaimana pula dengan merdeka dari segi kewangan atau financial independence?
Sebenarnya ia membawa pelbagai maksud yang mungkin juga berbeza bagi setiap individu.


  • Tidak Bimbang Tentang Kekurangan Wang. Kalau orang di kampug saya orang menyebutnya sebagai "money is not my problem"... :) Jadi, orang yang merdeka dari sudut kewangan tidak perlu bimbang jika ingin berbelanja sebanyak mana yang dia perlu dan mahu.
  • Hidup Bebas Hutang. Sesetengah orang berkeja untuk membayar hutang. Untuk membeli sesuatu juga harus berhutang. Sedihkan.....Jadi, orang yang merdeka dari sudut kewangan, hidupnya tenang dan tidak dibelenggu hutang. Malahan semuanya boleh dibeli secara tunai dengan rasa senang hati.
  • Mampu Untuk Bersara Awal. Adalah menjadi impian kebanyakan orang untuk bersara atau pencen awal dan setelah itu boleh duduk goyang kaki bersenang lenang. Apa yang dimaksudkan dengan merdeka dari sudut kewangan di sini adalah seseorang itu boleh bersara awal tanpa rasa ragu tentang kos sara hidupnya selepas itu, malahan boleh melakukan segala aktiviti yang tidak dapat, tidak sempat atau tidak mampu dilakukan ketika bekerja.
  • Bebas Untuk Bertukar Kerja. Seseorang yang merdeka dari sudut kewangan juga bebas untuk bertukar kerja atau profession. Jenis atau apakah pekerjaannya tidak bergantung pada jumlah gaji yang diterima tetapi lebih kepada faktor minat atau bentuk pencapaian yang ditentukan sendiri. Contohnya anda boleh membuat keputusan untuk berhenti kerja dan membuka perniagaan (mengikut bidang yang anda minat) tanpa rasa bimbang tentang masalah duit.
  • Boleh Merealisasikan Segala Impian Anda. Semenjak kecil pasti kita mempunyai impian masing-masing. Merdeka dari sudut kewangan juga bermaksud anda mampu untuk merealisasikan impian anda tanpa perlu rasa bimbang tentang masalah kewangan. Contohnya mempunyai rumah sebesar istana, pergi melancong keliling dunia atau membeli sebuah pulau di kawasan impian anda. Best kan.... :)

Apa pula erti 'merdeka dari sudut kewangan' bagi anda???
Sekian. Wassalam.

Rujukan utama : Artikel - Financial Independence (Save Money Magazine).

Label:

Ogos 09, 2015

Nilai Ringgit Turun Lagi

Assalamualaikum


Nampaknya nilai matawang kita telah turun lagi pada Jumaat lalu.
Saya bandingkan dengan USD dan juga nilai matawang beberapa negara jiran.
Tak payah nak cerita panjang-panjang jom tengok:

Perbandingan diantara Ringgit Malaysia dangan Matawang Negara Lain
Date USD SGD IDR100 THB100
Dec 14 3.495 2.645 0.0281 10.627
Jan 15 3.624 2.681 0.0287 11.073
Feb 15 3.611 2.662 0.0281 11.154
Mar 15 3.717 2.699 0.0284 11.423
Apr 15 3.571 2.700 0.0276 10.863
May 15 3.652 2.709 0.0276 10.829
Jun 15 3.786 2.809 0.0284 11.205
Jul 15 3.818 2.781 0.0283 10.867
7 Aug 15 3.923 2.829 0.0290 11.151
Nota:
USD : US Dollar (Ringgit Malaysia ke 1 USD)
SGD : Singapore Dollar (Ringgit Malaysia ke 1 SGD)
IDR : Indonesian Rupiah (Ringgit Malaysia ke 100 Rupiah)
THB : Thai Baht (Ringgit Malaysia ke 100 Baht)
**Lagi besar nombor yang dipaparkan, bermakna kita harus keluarkan lebih banyak Ringgit Malaysia untuk pertukaran ke mata wang negara-negara tersebut. Contohnya, pada 7 Ogos 2015, kita harus mengeluarkan RM3.923 untuk mendapatkan 1 Dollar Amerika (1 USD) berbanding dengan RM3.495 pada 31 Disember 2014.

Apakah implikasi sekiranya nilai matawang turun?
  • Jumlah pelancong akan bertambah kerana kos di Malaysia menjadi murah jika dibandingkan dengan nilai matawang negara mereka (tapi ada faktor lain yang akan menarik para pelancong asing. Kestabilan politik dan sosial contohnya....)
  • Keuntungan (ekport) akan bertambah bagi syarikat/perusahaan yang membuat transaksi menggunakan USD
  • Pelajar-pelajar Malaysia di luar negara akan lebih memahami erti berjimat cermat disebabkan oleh nilai matawang kita yang semakin mengecil :(
  • Semangat untuk membeli barangan tempatan akan meningkat disebabkan kenaikan harga barangan impot.
Dan pastinya ada banyak perkara negatif bila nilai matawang semakin menurun. Nak cakap lebih-lebih pun susah. Jadi, saya cuma mahu mengambil kata-kata dari Pelawak Nabil..."Lu Pikirlah Sendiri"....huhu :(

Sekian. Wassalam


Label:

Julai 11, 2015

Duit Raya


Budaya memberi duit raya terutamanya kepada kanak-kanak memang telah lama ada.
Inilah waktu terbaik bagi kanak-kanak untuk 'mengumpul' duit lebih. Dan ini juga waktu yang baik bagi golongan yang berkemampuan untuk 'memberi' dan menggembirakan kanak-kanak.

Teringat zaman saya kecik-kecik dulu. Sanggup berjalan kaki keliling kampung dengan sekumpulan rakan untuk beraya dari rumah ke rumah. Ketika itu, umur baru sekitar 8 ke 10 tahun. Pastinya niat beraya bukanlah untuk berziarah atau makan kuih sangat. Hanya sekadar untuk mengumpul duit raya...huhu. Kenangan......

Bagi golongan yang berkemampuan, pastinya juga sedang sibuk untuk menyediakan duit raya dan menggumpulkan sampul 'ang paw'. Walaupun ada sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa memberi duit raya hanya menjuruskan kanak-kanak menjadi 'meterialistik', tapi pada saya, pendapat ini bukanlah 100% benar. Tak salah rasanya 'memberi' dengan niat untuk bersedekah, menggembirakan kanak-kanak dan memeriahkan suasana hari raya.

Namun dengan keadaan ekonomi yang semakin mencabar dan segala kos perbelanjaan kian meningkat, masih adakah budaya memberi duit raya pada tahun ini?
Usahkan mahu memberi duit raya, nak balik kampung pun ada pendapat bijak pandai yang kata tidak perlu...bijak kah...eeerrrmmmmm???
Itu belum lagi cerita tentang harga barang-barang  (selepas GST...). Harga kuih raya, baju raya, tudung raya, kasut raya pastinya kian bertambah... :(
Susah nak komen tentang hal ni. SENSITIF katanya.

Semoga kita dapat mengawal perbelanjaan kita dengan bijaksana.
Semoga kita juga sentiasa dimurahkan rezeki untuk terus tergolong dalam golongan 'pemberi' dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

Sekian. Wassalam

Gambar : whatsapp








Label: ,

Jun 18, 2015

Tips Berbelanja Di Pasar Ramadhan

Assalamualaikum

Ada orang panggil Pasar Ramadhan...ada juga orang dah ringkaskan namanya menjadi Param
Namun apa yang penting, apakah tujuan orang ke sana. Mestilah untuk mencari juadah berbuka puasa. Pasti banyak makanan, kuih muih dan segala jenis air di jual di sana. Tapi jangan terlebih berbelanja pulak ya...sebab sebelum berbuka puasa, memang semuanya nampak best. Cuba kita pergi pasar Ramadhan selepas berbuka puasa..

Berikut adalah tips berjimat belanja jika ke Pasar Ramadhan:
  • Tetapkan budget. Bawa sejumlah wang yang diperlukan sahaja. Secara tidak langsung akan mendisiplinkan diri untuk membeli makanan yang betul-betul perlu dan mahu sahaja.
  • Fokus pada makanan yang hendak dibeli. Contohnya nasi ayam atau nasi bariyani. Jadi tidaklah kita melencong ke gerai soto, mee bandung, mee rebus, nasi lemak atau kambing golek...
  • Buat survey dulu..kalau larat, buat satu pusingan di Pasar Ramadhan pilihan anda. Mungkin nasi ayam kedai paling hujung lebih sedap dari kedai paling depan. Kan dan menyesal tak tengok dulu..
  • Mana yang sedang berdiet tu..lagilah kena beringat. Selalu-selalulah tengok baju kebaya idaman yang hendak dipakai di waktu hari raya nanti sebelum ke Pasar Ramadhan. Pasti akan menambah motivasi supaya tidak membeli makanan berlebihan...huhu
Kalau nak mudah bawa barang-barang, boleh ikut tips brother ni :D

Sebenarnya, saya jarang ke pasar Ramadhan. Bukanlah sebab rajin sangat nak memasak, tapi sebab tak sempat. Selalunya sampai rumah dah agak lewat...mana nak berebut ambik anak di rumah pengasuh (selalunya di bulan Ramadhan pengasuh pesan supaya ambil anak awal) dan kalau pergi pun, pilihan dah tak berapa menarik.
Jadi, untuk judah berbuka puasa, kalau sempat masak, saya masaklah apa yang termampu. Kalau rasa-rasa tak sempat, beli ajelah makanan di cafe tempat saya bekerja...hihi..senang juga kan :)

Sekian. Wassalam.
Selamat Berpuasa.

Gambar : whatsapp.

Label: ,

Jun 11, 2015

SME : Cabaran dan Masa Depan

Assalamualaikum

Small Medium Enterprise (SME) atau Industri Kecil Sederhana (IKS) memang sangat sinonim dengan kehidupan kita. Walaupun saya bukan lah seorang usahawan atau usahawati,  secara langsung atau tidak, kehidupan kita berkait rapat dengan SME. Dari membeli ikan di pasar, barang keperluan di kedai runcit, baju atau buku di kedai sederhana besar, semuanya adalah termasuk dalam kategori SME.

Dengan keadaan ekonomi dan pasaran yang semakin mencabar, pasti akan membawa impak kepada keseluruhan prestasi kewangan SME. Contohnya jika berlaku kenaikan kos seperti kenaikan tarif elektrik, minyak petrol, bahan mentah dan kos pinjaman wang di bank, maka akan naik jugalah kos operasi SME. Itu belum lagi termasuk syarat gaji minimum pekerja, GST serta segala cukai atau kos-kos lain yang harus ditanggung.
Akan tetapi, ianya akan menjadi lebih menyedihkan sekiranya kos-kos tersebut disalurkan kepada KITA, sebagai pengguna akhir...huhu


Berbalik pada topik asal. Apakah cabaran yang dihadapi oleh SME selain daripada kenaikan kos-kos yang dinyatakan di atas. Berdasarkan artikel yang pernah saya baca, berikut adalah cabaran yang di hadapi oleh perniagaan SME hari ini:
  • Halangan untuk mendapat pinjaman kewangan di sebabkan kurangnya rekod kewangan atau aset untuk dijadikan cagaran
  • Pasaran terhad 
  • Kurang pengalaman dalam bidang pengurusan
  • Kurang pekerja yang berkemahiran
  • Kurang mendapat informasi tentang pasaran, teknologi terkini dan sumber bahan mentah.
  • Tiada 'link' atau 'connection' untuk import dan eksport barangan.
  • Saluran komunikasi yang terhad dan kurang 'hubungan' dengan syarikat-syarikat besar atau multinasional
Tidak dinafikan, berbagai langkah telah pun di ambil untuk terus menyokong perkembangan SME. Ini termasuk bantuan dari segi kewangan, khidmat nasihat, latihan kemahiran, kursus keusahawanan, sokongan infrastruktur (seperti pembangunan perisian, permis kilang) dan sebagainya. Barbagai agensi juga telah ditubuhkan untuk memastikan perniagaan SME terus berkembang maju (Sasaran: 41% sumbangan kepada GDP pada tahun 2020).

Namun, dengan keadaan ekonomi sekarang, ditambah lagi dengan sikap pengguna yang lebih berhati-hati, kenaikan kos operasi serta saingan yang sengit dari syarikat-syarikat besar, adakah bantuan yang diberikan itu cukup untuk terus memastikan perniagaan SME terus stabil dan berdaya saing untuk masa hadapan?

Sekian. Wassalam.

Sumber: Pelbagai
Gambar: Google

Label:

Mei 21, 2015

Rancangan Malaysia ke 11

Assalamualaikum



Rancangan Malaysia ke 11 (RMK ke 11) telah pun dibentangkan hari ini, 21 Mei 2015.
Rancangan untuk tahun 2016 ke 2020 merupakan rancangan pembangunan 5 tahun terakhir ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Seperti yang kita ketahui, Wawasan 2020 telah dilancarkan pada tahun 1991. Wawasan 2020 telah menggariskan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam semua aspek merangkumi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya.

RMK ke 11 merupakan satu pelan strategik ke arah pembangunan masa depan Malaysia selaras dengan impian rakyat bagi menikmati hasil pembangunan yang sewajarnya. Pelan yang bertemakan 'Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat' ini merupakan satu pelan yang mengandungi 6 teras strategik:
  • Pertama : Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat saksama
  • Ke 2: Meningkat kesejahteraan untuk semua
  • Ke 3 : Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju
  • Ke 4 : Menuju ke arah pembangunan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan
  • Ke 5 : Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong perkembangan ekonomi
  • Ke 6 : Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran
Semoga RMK ke 11 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi keutamaan kepada rakyat jelata dalam semua aspek pembangunan. Pendekatan yang diberikan haruslah dapat terus membantu pertumbuhan ekonomi negara disamping meningkatkan taraf hidup rakyat. Semoga setiap lapisan rakyat dapat menikmati faedah daripada hasil kekayaan dan kemakmuran negara. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

Gambar: Sumber.

Label: ,

April 27, 2015

Taksiran Bersama Atau Berasingan


TIPS UNTUK PASANGAN YANG SUDAH BERKAHWIN
Saya percaya, ramai orang tidak begitu suka dengan perkara ini. Walau bagaimana pun, kita harus menunaikan tanggungjawab dan membuat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri, pasangan serta seluruh ahli keluarga.

Mengikut Seksyen 45, Akta Cukai Pendapatan 1967, setiap pasangan yang sudah berkahwin di Malaysia berhak untuk memilih taksiran cukai BERSAMA atau BERASINGAN.

Sebenarnya tiada formula khusus untuk menentukan jenis taksiran mana yang paling sesuai dengan anda dan suami/isteri. Semuanya bergantung pada jumlah pendapatan yang dikenakan dan jumlah pelepasan cukai yang diperolehi oleh kedua-dua pihak. Contohnya, sekiranya anda dan suami/isteri mempunyai jumlah pendapatan yang tinggi, adalah lebih baik jika memilih taksiran BERASINGAN kerana lebih tinggi jumlah pendapatan yang diisytiharkan, maka lebih tinggi cukai yang akan dikenakan (Remember! It will be depending on tax rate bracket).

Perbandingan diantara taksiran cukai BERSAMA dan BERASINGAN
Taksiran Bersama Taksiran Berasingan
Jumlah pendapatan suami dan isteri akan diisytihrkan sebagai satu jumlah pendapatan Suami dan isteri mengisytiharkan pendapatan masing-masing secara bersingan
Layak menerima pelepasan cukai terhadap anak (berumur di bawah 18 tahun) berjumlah RM1,000 seorang Suami ATAU isteri boleh memilih siapa yang lebih layak untuk menerima pelepasan cukai terhadap anak (berumur di bawah 18 tahun) berjumlah RM1,000 seorang
Layak menerima pelepasan cukai persendirian berjumlah RM9,000 DAN untuk pasangan berjumlah RM3,000 Suami dan isteri masing-masing layak untuk menerima pelepasan cukai persendirian berjumlah RM9,000 seorang


Faktor-faktor lain yang perlu diambil kira dalam menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar.
  • Bilangan anak (lagi ramai, lagi bagus. Kalau buat taksiran berasingan, boleh bahagi-bahagi..huhu)
  • Bagi suami dan isteri yang masing-masing membeli insuran, lebih baik memilih taksiran berasingan kerana maksimum pelepasan individual hanya RM6,000 (insuran nyawa) dan RM3,000 (insuran pendidikan & perubatan)
  • Kalau beli buku dan majalah melebihi RM1,000 setahun, memang patut buat taksiran berasingan. So, masing-masing boleh claim.
  • Perkara-perkara lain yang layak diberi pelepasan (boleh rujuk pada borang - contohnya Borang BE atau Borang Nyata Individu @ LHDN)
Rujuk juga e-filing

Okey. Sekian saja tips untuk hari ini.
Wassalam

Label: ,

Mac 14, 2015

GST : Adakah Kita Sudah Bersedia?

Assalamualaikum.


Seperti yang kita sedia maklum, Goods and Services Tax (GST) atau cukai barangan dan perkhidmatan akan berkuatkuasa bermula 1 April 2015. Memandangkan ianya adalah sesuatu yang baru dilaksanakan, elok juga kalau kita bersiap sedia.

Apakah yang dimaksudkan dengan GST?


GST adalah cukai yang dikenakan pada setiap peringkat sama ada pengeluar, pemborong, peruncit dan pengguna. GST juga merupakan satu sistem cukai tambah nilai atau value added tax (VAT). Ini bermakna cukai akan bertambah pada setiap urusniaga. GST dikenakan pada setiap urus niaga kecuali jika urus niaga itu diberi pengecualian. Walaupun GST akan dikenakan pada setiap urusniaga, namun pada akhirnya pengguna akan membayar sekali sahaja kerana GST mempunyai mekanisme kredit cukai input atau input tax credit di mana cukai yang dibayar oleh sesebuah firma dalam proses pembuatan dan pengagihan boleh dituntut semula. Cuma pengguna akhir sahaja yang tidak dapat meminta balik cukai yang dibayar oleh mereka.


Pengguna
  • Perubahan pada belanjawan keluarga. Bersiap sedia dengan segala kemungkian tentang kenaikan harga barang. Lebih teruk, jika ada para peniaga yang mengambil kesempatan untuk suka suki menaikkan harga.
  • Jadilah pengguna bijak. Perlu juga rajin buat survey, di mana kedai yang menjual barangan murah lebih murah. Contohnya barangan basah seperti ikan, ayam dan juga sayuran. Walaupun kebanyakan barangan makanan tidak dikenakan GST, pengetahuan tentang kedai mana yang menjual lebih murah, mungkin dapat membantu niat murni kita untuk berjimat cermat. Eerrmm...saja nak bagi tau, kalau ikut senarai, tempe dan tauhu kena cukai, hokkeh!.
  • Pendidikan berterusan. Harus mengambil tahu tentang hal-hal yang berlaku disekitar dan menambah pengetahuan tentang pertambahan dan pengurangan harga supaya kita tidak mudah ditipu dan diambil kesempatan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, harus juga memberi pendedahan kepada anak-anak kita tentang cukai ini supaya mereka lebih peka dengan perubahan perbelanjaan keluarga. Contohnya jika belikan mereka ais krim, anda makan 6% daripada ais krim tersebut dan tinggalkan bakinya pada anak anda. Bukanlah cuba untuk berlaku zalim, tapi inilah realiti kehidupan....huk..huk..
  • Ketahui hak anda sebagai pengguna. Senarai barang-barang yang dikenakan cukai 6% GST dan tidak dikenakan cukai telah pun disediakan. Sebagai pengguna bijak, kita harus peka terhadap senarai barangan ini. Senarai terperinci boleh didapati di laman web rasmi GST.

Peniaga:
Serba sedikit tentang apa yang perlu diketahui dan disediakan oleh pihak peniaga.
  • Mendaftar untuk GST. Syarikat yang jumlah jualannya melebihi RM500,000 harus mendaftar sebagai syarikat layak GST. Walau bagaimana pun, syarikat yang jumlah jualan tahunannya kurang dari RM500,000 digalakkan juga untuk mendaftar (secara suka rela)
  • Format invoice. Demi menjamin ketelusan sepanjang masa, ada beberapa perkara yang perlu dipatuhi contohnya perkataan invois cukai seperti yang ditetapkan, nombor rujukan pendaftaran GST, harga barangan atau perkhidmatan, serta jumlah cukai yang dikenakan.
  • Pelaburan Infrastruktur. Ini termasuk juga perbelanjaan untuk program perakunan atau accounting program/software yang 'GST friendly'....huhu. Pastinya pengiraan cukai ini agak sukar jika dilakukan secara manual. 
  • Pengetahuan tentang GST. Selain daripada mengetahui tentang barangan yang dikenakan GST, pihak peniaga juga perlu tahu segala peraturan yang telah ditetapkan termasuk jangkamasa penghantaran dan pembayaran GST kepada pihak berwajib.

Sekian saja perkongsian untuk kali ini. Pendapat peribadi saya, perlaksanaan GST memang akan dapat menambah pendapatan negara. Namun, perlaksanaanya haruslah telus, tidak membebankan dan hasilnya benar-benar digunakan untuk pembangunan negara dan kepentingan rakyat jelata.


Wassalam.

Sumber: Google
Gambar: whatapps

Label:

Januari 14, 2015

Harga Minyak Turun Lagi

Assalamualaikum

Harga minyak turun lagi di bawah USD50 se-tong (per barrel).
Penurunan yang ketara dari USD115 se-tong (per barrel) semenjak Jun tahun lalu.
Yang Mak Jemah nak cerita ni, bukanlah pasal minyak masak, minyak rambut, apatah lagi minyak urut...tapi minyak petrol, okay..


Sedikit latar belakang sebagai 'Refresher'....
Semua orang pun sudah tahu, semenjak pertengahan tahun lepas, harga minyak mentah (contoh Brent Crude) telah pun menurun dengan ketara.
Kenapa harga minyak turun?
Secara amnya harga minyak adalah ditentukan oleh Pembekalan dan Permintaan (Supply and Demand Economic). Semenjak beberapa tahun yang lalu, permintaan minyak mentah adalah tinggi, selaras dengan pertumbuhan ekonomi global. Ini menyebabkan permintaan melebihi pembekalan. Jadi, harga minyak adalah tinggi.

Namun, semenjak kebelakangan ini, Amerika telah menemui sumber minyaknya (shale oil) dan sudah pun mendapat hasil yang bertambah-tambah dari sumber ini. Pertumbuhan ekonomi yang perlahan di sesetengah negara juga telah menyebabkan permintaan terhadap minyak mentah berkurangan. Dalam pada itu, pengeluaran minyak dari negara OPEC (Organization of Petroleum Exporting Countries) tetap seperti biasa. Perkara ini telah menyebabkan pembekalan melebihi permintaan. Akibatnya, harga minyak mulai turun.

Kenapa OPEC tidak mengurangkan pengeluaran minyak mentah?
Jika pengeluaran minyak dikurangkan, mereka takut kehilangan 'penguasaan pasaran' atau 'market share'... Jangan lupa ya Long Senah, OPEC menguasai lebih 40% daripada pasaran dunia.
Sebab lain?...eerrrmmmmm

Kesan daripada penurunan harga minyak kepada kita (end-user)
Mestilah best kan..kurang sedikit perbelanjaan minyak petrol terutamanya pengguna tegar. Semoga harga barang-barang lain turut turun dengan kejatuhan harga minyak ini. Sebelum ini juga, kita memang menganggap harga minyak petrol sebagai salah satu 'driver' kepada harga barang-barang lain. Jadi apa lagi..Shopping yuk!!!....hehe.
Tapi masalahnya sekarang, macam tak berapa nampak pulak 'positive correlation' diantara kejatuhan harga minyak dengan harga barang-barang atau perkhidmatan lain...Ni yang buat Mak Jemah sedih. Tambang bas sekolah anak Mak Jemah naik...walau harga kos pengangkutan sepatutnya turun...uuhhh

Bila harga minyak turun, perasan tak.... nilai Ringgit pun ikut sekali. Inilah masalah yang dialami oleh negara pengeluar minyak bila pelabur dah mula rasa seram-seram...huk..huk.. :(
Payah juga kan, especially to those yang berurusan dengan pertukaran wang asing. Semenjak bulan lalu, nilai ringgit telah jatuh kepada sekitar RM3.42 - RM3.57 bagi USD1.00. Ni yang kawan-kawan Mak Jemah komplen. Usahkan nak pergi melancong ke luar negara, nak beli barangan import pun, pasti terasa kesannya. Semakin mahal...aduhai..

Lama-lama fikir, konfius jugak jadinya, kuasa membeli atau 'purchasing power'  kita ni, semakin tinggi ke semakin rendah?...atau kuasa membeli terhadap barangan import sahaja yang akan berkurangan?
Kalau ini lah keadaannya..susah juga ya. Mungkin inilah masa yang paling sesuai untuk terus menyokong dengan sepenuh hati segala produk buatan tempatan. Jangan lupa ya Mak Limah, Kak Kiah, Ngah Aton...pesanlah kat kawan-kawan yang lain, Belilah Barangan Buatan Malaysia. Bila lagi...kaaaaannnnn!!!

Sekian. Wassalam.

Gambar : Google/search
Rujukan  : The Economist (Why the oil price is falling), The Edge (Weak ringgit adds to pain of rising cost of living)







Label:

Disember 09, 2014

Avon Makeover


Baru-baru ni dapat katalog Avon…
Dah lama sebenarnya tak beli barangan Avon..tapi hari tu gatal kaki pulak pergi singah kat butik dia dan membeli…Ha...kan dah dapat katalog lagi suruh beli dan beli lagi..Tapi kalau tengok harganya agak berpatutan juga.


Sebenarnya..jenama Avon sudah sinomim dengan kaum wanita sejak dulu lagi. Produknya pun, pelbagai. Daripada kosmetik, perfume, skin care product, barangan perhiasan diri, jam, pakaian (limited) dan macam-macam lagi. Semuanya memanggil-manggil suruh dibeli..huhu

Artikel ini bukanlah untuk mempromosi barangan Avon. Cuma saya tertarik dengan sterategi perniagaan yang digunakan semenjak lebih 125 tahun yang lalu dan syarikat itu juga masih kekal hingga kini. Antaranya:

  • Penggunaan jaringan sosial (social networking)….lebih awal dari facebook dan yang sewaktu dengannya. Bezanya, mereka menggunakan agen atau wakil jualan (wanita) untuk berhubungan dengan wanita lain bagi mempromosi produk mereka. Konsep personal relationship ini memang berjaya membawa keuntungan. Hasilnya? Mereka mencatatkan keuntungan sebanyak $1 million (tahun 1920), meningkat kepada $1 billion (1972) dan terus meningkat kepada $10 billion (2008)
  • Easy access and khidmat pelanggan yang cekap …hanya perlu membuat pesanan barangan yang dihajati dengan wakil jualan. Barang akan dihantar ke pintu rumah. Senangkan. Selain itu dapat juga khidmat nasihat kecantikan percuma daripada wakil jualan terlatih…
  • Butik atau Kedai…Tak semua orang suka membeli daripada wakil jualan. Ada sesetengah orang yang mahu melihat sendiri barangan tersebut dibutik atau kedai. Lepas tu, barulah beli.
  • Peluang Meningkatkan Pendapatan…untuk wakil jualan, mereka diberikan latihan seperti Avon’s Sales Leadership Program. Oleh itu, mereka bukan sahaja boleh menjana pendapatan dengan menjual barangan Avon, tetapi boleh juga mendapat hasil lumayan dengan melatih wakil-wakil jualan yang baru.
  • Online Sale…Strategi perniagaan harus juga berubah mengikut peredaran zaman. Pesanan secara online atau promosi produk dengan menggunakan ‘eBrochure’ adalah antara strategi yang digunakan untuk kekal ‘relevant’ dalam arus permodenan.
Sekadar berkongsi key points daripada artikel yang saya baca baru-baru ini.
Sesuai juga dijadikan sebagai bahan bacaan ringan :)

Sekian. Terima Kasih.

Rujukan: Article, The Evolution of Direct Selling at Avon (www.avoncompany.com)
Gambar : Google





Label:

Mac 23, 2014

e-filing

Assalamualaikum...

Di hari cuti hujung minggu ini saya berkesempatan untuk mengemaskini e-filing untuk cukai pendapatan (taksiran tahun 2013)...

Apa itu e-filing?
Ia adalah perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara on-line.

Banyak kelebihannya kalau hantar awal.....Selain daripada sistem yang agak laju (sebab tak ramai orang masuk lagi agaknya), rebate pun akan dibayar awal....Kalau adalah..hehe

Berdasarkan pengalaman, apa yang penting untuk mengemaskini e-filing adalah:
  • Jangan lupa password atau kata laluannya..
  • Sila simpan segala resit pembelian buku, kos-kos perubatan, peralatan sukan, komputer dan yang sewaktu dengannya - untuk mendapatkan pelepasan cukai (tertakluk pada had yang diberikan)
  • Ibu-ibu dan bapa-bapa sekelian juga digalakkan untuk mengambil insuran pendidikan & perubatan dan membuat caruman di SSPN - untuk mendapatkan pelepasan cukai juga (tertakluk kepada had yang diberikan)
  • Sekiranya ada membuat pembayaran zakat, sila simpan resitnya juga ya...
  • Dan jangan lupa..tarikh tutup penghantarannya adalah pada 30 April 2014 (untuk cukai taksiran individu)

Sekian sahaja untuk perkongsian hari ini..Selamat Membayar Cukai

Wassalam.

Sumber gambar : google


Label: