<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Belanja dan Belanjawan

Oktober 25, 2015

Belanja dan Belanjawan

Assalamualaikum.

Hari Ahad atau hari minggu memang hari yang diperuntukan untuk membeli barang 'basah' dan barang keperluan yang lain. Meriah nampak pasar hari ni. Mungkin kerana ramai orang telah pun mendapat gaji.


Bila di fikir-fikirkan balik, kuasa membeli rakyat Malaysia memang tinggi rupanya. Walau harga barang telah naik, harga minyak petrol naik dan adanya GST, kita tetap terus membeli dan membeli.

Kalau dikira secara terperinci, kadar kenaikan barang tidaklah banyak. Contohnya kalau dulu nescafe O kegemaran saya harganya RM1.50 segelas, sekarang hanya RM1.80. Cuma naik 30 sen atau 20% sahaja. Mungkin tak terasa sangat pun perubahan harga tersebut apatah lagi untuk menyatakan ianya sejenis inflasi. Dan statistik juga telah membuktikan bahawa kadar inflasi negara kita berada diparas yang rendah iaitu di sekitar 3% sahaja.

Lagipun, orang di Malaysia ni sememangnya berduit. Menurut kajian, kadar kemiskinan tegar di Malaysia hampir ke paras sifar. Patutlah bila balik kampung, saya lihat  jiran tetangga semuanya sudah berkereta baru. Rumah yang dulunya kelihatan usang, kini sudah besar bertingkek tingkek :)

Begitu juga dengan kadar pengangguran. Semakin hari semakin banyak peluang pekerjaan telah berjaya di sediakan. Sebagai buktinya, kita telah berjaya mengurangkan kadar pengangguran kepada 2.9% sahaja. Secara tidak langsung, ini membuktikan ekonomi Malaysia adalah stabil dan jauh sekali untuk mengatakan bahawa rakyatnya hidup dalam kesempitan.

Selepas ini, keadaan di pasar dan pasaraya pastinya akan lebih meriah. Maklumlah ada BR1M. Dapat juga menampung perbelanjaan asas dan keperluan yang lain. Usah bimbang tentang gst kerana ianya masih 6%. Malah, banyak lagi barangan yang dikenakan gst sifar, termasuk makanan kegemaran saya yang berasaskan kacang kuda.

Pastinya selepas ini kita boleh menarik nafas lega dengan penambahbaikan mutu pengangkutan awam khususnya LRT dan MRT menerusi projek-projek infrastruktur bertaraf mega. Walaupun kita terpaksa menanggung sedikit kenaikan harga tambang, tapi ianya amat berbaloi baloi dengan perkhidmatan yang dijangka lebih selesa, disamping merupakan alternatif terbaik dalam keadaan harga minyak dan tol yang semakin meningkat.

Sebahagian besar pembayar cukai juga pastinya rasa gembira kerana begitu banyak pelepasan cukai diberikan. Maka, dengan adanya wang lebihan, bolehlah kita terus berbelanja demi menjana ekonomi negara. Dan jangan lupa, rajin-rajinlah menjenguk ibu dan bapa di kampung.

Cuba renungkan, walaupun negara kita dilanda dengan pelbagai masalah seperti kejatuhan harga minyak dunia, penurunan nilai ringgit, penurunan harga komoditi utama (seperti harga sawit dan getah) dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan oleh negara-negara rakan dagangan, ekonomi negara kita tetap diberitakan stabil. Kita juga masih lagi dapat hidup aman damai serta dapat menikmati kekayan hasil negara.
Dan di sebalik itu semua, masih ada lagikah yang menyatakan negara kita berada di ambang muflis?..:(

Sekian. Wassalam.
p/s: sekadar pendapat peribadi

Gambar : google









Label:

36 Ulasan:

Di 10/25/2015 09:13:00 PTG, Blogger Wak Lat berkata...

semoga negara akan tetep aman damai sejahtera sentosa senantiasa., aminn

 
Di 10/25/2015 09:13:00 PTG, Blogger paridah berkata...

mudah2an negara kita sentiasa aman sentosan kaya raya ...kalau negara muflis tentu susah kita...yang hairannya kenapa hutang negara terlalu tinggi dibuat xmampu bayar IMF pun sedia mengangakan mulutnya ...memberi pinjaman dgn niat nk menelannya...

 
Di 10/25/2015 09:52:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Aamiin..macam2 pelan pembangunan disediakan untuk rakyat.
Moga cukup dana nya :)

 
Di 10/25/2015 10:02:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

Kuasa membeli mmg tggi cuba perolehan x semewah dulu. Dulu bw rm50 da ckp laa ni rm150 pun kdg kala terlajak

 
Di 10/25/2015 10:39:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Niat memang baik. Dari rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat.
Moga kita mempunyai pelan yang lebih terperinci untuk membebaskan negara dari belenggu hutang.

 
Di 10/25/2015 10:41:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Nak beli ikan kat pasar, kalau tak ada rm50 memang x berani. Abih2 pun beli ikan kembung dan selar kuning aje lah...huhu

 
Di 10/25/2015 11:31:00 PTG, Blogger nhhas berkata...

Fuyooo... ni dh mcm ulasan bajet ni... hihi...
Cayalah sis

 
Di 10/26/2015 03:11:00 PG, Blogger Dunia Zumal berkata...

Wah murah juga nescafe O kat sana, kat Perlis ada kedai jual dah RM2.50 tau. Moga bajet 2016 membantu golongan sasar...

 
Di 10/26/2015 08:49:00 PG, Anonymous Padin berkata...

mak ai da macam pakar ekonomi
da boleh masuk tv nih

 
Di 10/26/2015 09:08:00 PG, Blogger AtieYusof berkata...

Alhamdulillah... walau apapun kena teruskan hidup...
berjimat apa yg mampu....
moga Malaysia akan terus maju dr segi ekonomi dan pelbagai aspek...

 
Di 10/26/2015 05:48:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Hihi...saja nak luah perasaan dan bagi pendapat aje Huda.
Thanks :)

 
Di 10/26/2015 05:49:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Mahai nya...baik minum nescafe kat Keyell :)
Moga dana dan bantuan sampai pada golongan sasar
Thanks Zumal

 
Di 10/26/2015 05:51:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Haha...tempat luah perasaan aje ni Padin.
Thanks ya :)
Saya pernah ke blog sana, tapi tak nampak ruang komen nya...nanti cari lagi

 
Di 10/26/2015 05:52:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Moga Malaysia terus maju dari pelbagai aspek...begitulah juga harapan semua rakyat.
Thanks Atie :)

 
Di 10/26/2015 07:23:00 PTG, Blogger HAMIDIsP berkata...

Sangat terasa sebenarnya sejak dua menjak ni tapi apa boleh buat, tiada pilihan lain buat masa sekarang..:(

 
Di 10/26/2015 11:12:00 PTG, Blogger wan syamilah berkata...

Alhamdulillah....Malaysia tanah air ku....

 
Di 10/27/2015 02:46:00 PG, Anonymous mrhanafi berkata...

penulisan ini bernada positif dan saya amat mengkaguminya..memang benar ada golongan yang berduit dan kurang duit..yang kurang duit itu boleh dibuktikan juga kepada ramai yang sanggup pinjam duit pada ah long,sanak saudara dan bank-bank bergerak..kawan-kawan.

 
Di 10/27/2015 07:22:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Malaysia Boleh!...:)

 
Di 10/27/2015 07:25:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Apa lah pilihan yang masih ada kecuali meneruskan hidup dan ubah gaya hidup :( :(

 
Di 10/27/2015 08:54:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Saya hanya ingin membuat perbandingan diantara apa yg kita diberitahu dan pernah dengar dengan realiti kehidupan masa kini :(

 
Di 10/27/2015 02:05:00 PTG, Blogger SalbiahM berkata...

mungkin sebab masih banyak lagi golongan miskin yang melarat membuatkan ramai yang masih rasa negara kita gagal dalam mengurus harta dan pendapatan. Duit negara banyak masuk, tapi ke mana keluarnya? semoga pembangunan dapat dinikmati seadilnya..memang ramai yang makan spageti, tapi masih ramai yang makan megi. ha..ada gaya Karam Singh Walia tak?hihi

 
Di 10/27/2015 05:08:00 PTG, Anonymous sensasi2020 berkata...

Saya hanya bershopping pada awal bulan saja, lps tu sikit-sikit beli di kedai runcit kat rumah.

 
Di 10/28/2015 04:59:00 PTG, Blogger OKje berkata...

Pandai awak menulis FS......awak ni mesti banyak membacakan.....

Betul FS....kekadang pelik pun ada, katanya barang semua naik tp bila tengok shopping kompleks, restoren semuanya penuh dengan manusia....

 
Di 10/28/2015 05:00:00 PTG, Blogger OKje berkata...

Macam ye tak te jerkan katanya ekonomi tgh down...

 
Di 10/28/2015 08:42:00 PTG, Blogger Wahab Saputra berkata...

Mak Ngah,,,lebih suka belanja di pasar atau di mall...

 
Di 10/28/2015 11:25:00 PTG, Blogger Dunia Zumal berkata...

Sesak nafas duk Perlis nie sebenarnya

 
Di 10/30/2015 10:42:00 PTG, Blogger nhhas berkata...

Tiap kali bc blog akk "white barley" ...
Slalu rasa nk minum barli suam letak lemon. Hihi

 
Di 10/31/2015 09:52:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Mesti lah di Mall :)

 
Di 10/31/2015 09:52:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sedap tau Huda...akak layan jugak air tu :)

 
Di 10/31/2015 09:54:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Pelik tapi benar kan Mak...
Paling sedih bila tengok ada orang diberhentikan kerja :(

 
Di 10/31/2015 09:54:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

KL pun sama Zumal...lebih2 lagi masa jerebu hari tu :)

 
Di 10/31/2015 09:56:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Macam tu lah gaya nya. Ada juga orang kata, sales kat pasaraya besar dan kecik pun dah affected. Maklumlah, semua orang sedang berjimat cermat.

 
Di 10/31/2015 09:57:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kadang2 kompius jugak kan :(

 
Di 10/31/2015 09:57:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

gaya dah ada tu..:)

 
Di 10/31/2015 09:55:00 PTG, Blogger Mizz Aiza berkata...

walau apa pun kita kena teruskan hidup dalam keadaan ekonomi dan kos sara hidup sekarang.. rasa bersyukur kerana negara Malaysia masih aman jika dibandingkan dengan negara lain..

 
Di 11/01/2015 05:12:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

sebenarnya rakyat malaysia masih berduit dan kuasa beli juga besar . cth plg mudah karnival . berloggok manusia berkeromon . lagi satu , pi bercuti . byk je yg pergi bercuti beberapa kali sethn ... suka tgk keriangan org tua terima BR1M ...

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama