October 11, 2015

Japanese Cotton Cheese Cake

Assalamualaikum

Di sebabkan suka anak-anak suka sangat makan cheese, maka hari ini Mama dia orang buat operasi cheese cake.



Resipi cheese cake ini saya ambil dari blog Life is colorful. Resipi asal, sila lihat sini.
Saja nak tepek di blog picisan ini.  Esok-esok kalau teringin nak buat lagi, senang nak refer.

Bahannya tidak lah begitu susah nak cari. Tekniknya juga mudah, sebab orang yang tak pandai buat kek macam saya pun boleh faham dan ikut step by step.
Hasilnya?...
Alhamdulillah. Boleh dijadikan hidangan minum petang keluarga. Tapi boleh dicuba jaya lagi untuk memperbaiki apa yang kurang.

Jom tengok resipinya:

Bahan- bahan:
Bahan A
  • 250gm cream cheese
  • 50gm butter
  • 100 ml susu segar
  • 60gm tepung kek
  • 20gm tepung jagung
  • 6 biji kuning telur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil perahan lemon

Bahan B
  • 6 biji putih telur
  • 140gm gula (saya guna gula pasir biasa aje)
  • 3/4 sudu kecil perahan lemon
Ada efek golden brown siket..huhu

Cara-cara:
  • Untuk adunan A: Cairkan cream cheese, butter dan susu segar dengan teknik double boiler. Bila sudah cair, sejukkan adunan cream cheese ini.
  • Asingkan telur kuning dan telur putih. Seboleh-bolehnya, jangan termasuk sedikit pun telur kuning dalam mangkuk telur putih. Telur putih dimasukkan ke dalam mangkuk adunan yang lebih besar.
  • Satukan tepung kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon dalam mangkuk adunan. Kemudian, tuang adunan cream cheese dan gaul hingga sebati (guna senduk kayu atau sudu sahaja)
  • Untuk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih (foamy). Selepas itu, tambahkan gula dan pukul sampai bertanduk (soft peak). Sila pastikan ianya sampai bertanduk..kalau lama pun, tunggu aje lah. 
  • Campurkan adunan A ke dalam adunan B yang telah gebu. Kacau hingga sebati.
  • Bakar kek dalam oven selama 60 minit pada suhu 160c dengan cara au bain-marie (waterbath). Dalam bahasa yang lebih mudah, caranya adalah dengan menggunakan 2 loyang yang salah satunya mesti besar sedikit. Adunan kek dimasukkan ke dalam loyang yang lebih kecil. Manakala loyang yang lebih besar perlu dimasukkan air kurang separuh daripada isipadunya. Untuk kaedah lebih selamat (kot-kot lah takut air termasuk semasa proses pembakaran), bolehlah membalut loyang (yang berisi adunan) dengan aluminium foil.
  • Setelah masak, silalah sejukkan sebelum dipotong. Selepas itu, bolehlah di ngap untuk hidangan minum petang seisi keluarga.

Selamat mencuba.

Resipi-resipi kek lain:

Sekian. Wassalam.

51 comments:

  1. RAJINNYA FIDAH BUAT CHEESE CAKE YG GEBUS SEDAP TU...BANYAK JUGA GUNA CHEESE HINGGA 250 GM YA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru nak belajar. Kira banyak juga guna cheese tu. Cheezey lah katakan :)
      Thanks Kak Paridah :)

      Delete
  2. Buat sendiri puashati..sedapnya, mesti selembut cotton..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau buat sendiri boleh adjust rasa. Cuma saya kena bagi fluffy lagi kot..belajar lagilah nampaknya..huhu
      Thanks Nohas :)

      Delete
  3. Boleh bagi bagi mbak kuenya ?? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Silakan tengok gambarnya :D
      Thanks Eksa :)

      Delete
  4. wah...sedapnya nampak ni.. jeles pulak tgk... saya ni kalau buat kek, sure tak menjadi.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila lah cuba. Senang juga nak menjadi..
      Thanks Nora :)

      Delete
  5. Sedapnya...lama dah nak buat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan cuba Yan. Anak2 mesti suka.
      Thanks Yan :)

      Delete
  6. Tengok gambarnya aja, tangan nih serasa mau nyambar nyicipin cheese cakenya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya silakan tengok gambarnya...:D
      Thanks JS :)

      Delete
    2. Tengok tapi tak boleh rasa.. Hehe..

      Delete
  7. alahai Fidah...sodap nya Japanese Cotton Cheese Cake... peberet sy ni...tapi tulah selalu nya main beli jer... hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah cuba Atie. Boleh buat surprise bila Cik Abang balik nanti :)
      Thanks Atie :)

      Delete
  8. Suka sangat cheese cake, nak try juga nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..malu kat Zumal. Rasanya Zumal lagi pandai masak dari saya.
      Thanks Zumal :)

      Delete
    2. Seumur hidup Zumal tak pernah buat kek ^-^

      Delete
    3. Cuba lah buat kek pulak.
      Hari dah masak lauk dari daging korban nampak sedap :)

      Delete
  9. Sedapnya.. Aiza suka makan tapi malas nak membuatnya.. Hehe..

    Lepas ni kalau afa masa boleh cuba resipi fidah ni.. Thanks sharing.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah cuba Aiza. Sula rasanya yang gebusss
      Thanks Aiza :)

      Delete
  10. Replies
    1. Silakan. Boleh dicuba resepnya.
      Thanks Gustyanita :)

      Delete
  11. macam senang je buatnya, boleh try nanti, anyway zie jalan2 sini
    http://jepunmari2.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah dicuba. Rasanya tak susah sangat. Boleh ikut step by step.
      Thanks Zie Azi. Nanti saya singgah sana :)

      Delete
  12. rajinnyer mak buat cheese cake sedap tuuu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak baru2 nak belajar Wak...haha
      Thanks Wak :)

      Delete
  13. salam singgah Fidah
    lama nya akak tak buat cheese cake macam nk buat je tengok Fidah punya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom try Kak..
      Terima kasih sudi singgah sini :)

      Delete
  14. Sedap kek ni....cheesy dan lembut. Kita pun pernah gak try buat kek ni beberapa kali....


    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak, kalau buat lagi, jangan lupa hantar kat Bangi. Sekali dengan si baldu merah tu tau..hihi
      Thanks Okje :)

      Delete
  15. suatu hari nanti nak cuba jugalah kalau macam nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan. Bole buat2 minum petang untuk seisi keluarga. Kalau ajak kawan2 lagi best :)

      Delete
  16. Hmmmm aku jadi tergoda
    Untuk bikin cake resipinya
    Dan sungguh tak terduga
    Luar biasa sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan di coba
      Sedap tak terkata :)

      Thanks Mba Ayu :)

      Delete
  17. Hmmmm, melihat fotonya saja sudah terbayang kelezatannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan dilihat fotonya..dan dicoba resepnya :)
      Terima kasih sudi ke sini :)

      Delete
  18. Japanese Cotton? ingatkan kain pasang...rupanya kek! nampak soft je kek tu kira menjadi lah kek ni...ishh..klau kita berjiran leh JM rasa heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..nama macam kain...hihi
      Thanks JM :)

      Delete
  19. Wah wah... mesti dah habis di makan by the time saya tulis komen nie huhu... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eerrkkkkk....alhamdulillah...dah selamat.
      Thanks Khir :)

      Delete
  20. huihhhh...rajinnyerrrr....sy lom pernah try lg buat kek ni...mcm senang jer....tp sy suka mkn kek ni...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom try Deanna. Tak susah sangat rasanya. Saya yang hapah tak reti buat kek ni pun..alhamdulillah menjadi.
      Thanks Deanna :)

      Delete
  21. Esy suke mcm kek cheese..aoe2 je yg ade cheese.. sedapnya nengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom tengok...hihi
      Thanks Nurul Aziyana :)

      Delete
  22. Replies
    1. Anis..boleh barter dengan roti jala cantik tu...hihi
      Thanks Anies :)

      Delete
  23. Photo di atas,,cukup bikin saya lapar di siang ini

    ReplyDelete