<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Sentuh dan Pergi

September 30, 2015

Sentuh dan Pergi

Sentuh dan pergi adalah direct translation untuk Touch 'n Go.



Seperti yang kita sedia maklum, bermula 9 September 2015, urusan pembayaran tol di beberapa plaza tol terpilih adalah hanya menggunakan khidmat Touch 'n Go (dan SmartTag). Bayaran tunai tidak lagi digunakan.

Saya adalah pengguna tegar Touch 'n Go dan saya tidak menafikan tentang betapa mudahnya menggunakan perkhidmatan ini. Ianya dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas, pengguna tidak perlu beratur panjang dan tidak perlu menunggu lama untuk membayar tol.

Saya menyokong inisiatif menggunakkan mykad sebagai alternatif supaya pengguna tidak perlu membeli kad Touch 'n Go. Saya juga setuju dengan cadangan untuk menambahkan lagi kaunter-kaunter tambah nilai supaya lebih mudah untuk kita menggunakan perkhidmatan ini.
Namun, bagi pengguna yang tidak kerap menggunakan perkhidmatan ini (contohnya golongan yang menggunakan highway hanya dua atau tiga kali setahun) tetapi telah menambah-nilai sejumlah wang ke dalam kad itu, bukankah sedikit sebanyak akan mengganggu aliran tunai si pengguna? Dan pada masa bilakah wang yang tidak digunakan (dalam kad) itu dapat dikembalikan? atau adakah 'nilai' wang yang ada di kad itu akan terus terbiar hinggalah si pengguna menggunakan highway lagi?

Kad Touch 'n Go

Saya tidak menolak tentang sebarang kemajuan teknologi termasuk konsep e-payment yang diaplikasikan dalam perkhidmatan Touch 'n Go ini. Tapi, mungkin ada beberapa perkara yang perlu juga diberi perhatian:
  • Perkhidmatan Touch 'n Go perlu diperluaskan lagi untuk pembayaran-pembayaran lain seperti parking (sesetengah tempat sudah digunakan) dan urusan jual beli di kedai. Sekurang-kurangnya dapat juga memaksimumkan perkhidmatan yang sedia ada. Bukankah cashless lebih baik. Dan bagi golongan yang tidak kerap menggunakan highway, boleh juga menggunakan 'nilai' wang yang sudah di tambah (reload) dalam kad Touch 'n Go untuk 'berbelanja' ke tempat lain. Tak adalah duit itu akan terbiar sepi.
  • Urusan untuk 'refund' juga harus lebih dipermudahkan terutama bagi golongan yang tidak begitu aktif menggunakan perkhidmatan ini. Penting tu. Bukankah dalam keadaan ekonomi sekarang, segala Ringgit dan Sen diambil kira.
  • Pastikan juga lorong Touch 'n Go tidak menjadi sesak (seperti lorong tunai sekarang), bila semua orang telah menggunakan perkhidmatan ini. Mana tahu, akibat masalah kesesakan yang tidak dapat diselesaikan, semua orang disuruh menggunakan perkhidmatan SmartTag (baca : lalu dan pergi tanpa sentuh) pula selepas ini.

p/s : Ini adalah sekadar pendapat peribadi.

Sekian. Wassalam

Gambar kad TnG : Google

Label:

39 Ulasan:

Di 9/30/2015 06:50:00 PG, Anonymous mrhanafi berkata...

paling bagus ada pilihan dan kebanyakan orang masih suka bayar tunai..

 
Di 9/30/2015 07:46:00 PG, Blogger Abam Kie berkata...

kalau touch n go digabungkan dgn kad debit kan senang? boleh tolak amaun dari akaun bank kita terus..

 
Di 9/30/2015 09:37:00 PG, Blogger AtieYusof berkata...

Touch and Go ni ada pro dan kontra jugakan.. mcm kami yg jarang balik sana, bila bawa kereta kena lah bayar tunai... huhu..
memang kena perbanyakkan kaunter utk mengelak kesesakan terutama bila musim perayaan...kan Fidah.. :)

 
Di 9/30/2015 09:50:00 PG, Blogger Anisayu Nastutik berkata...

Sentuh dan pergi
Dapat perpendek antri
Nyaman akan terjadi
Semoga belum sentuh tak bisa pergi...

 
Di 9/30/2015 10:12:00 PG, Anonymous Alya berkata...

dari judulnya Touch n Go, kirain saya tentang cerita cinta :D ternyata nama Tol yaa :D haha ketipu sama judul :D

 
Di 9/30/2015 10:35:00 PG, Blogger Unknown berkata...

Saya pun berpendapat seperti tuan hanafi, yelah bukan semua org duduk di bandar yang mempunyai tol... seperti saya... jarang sekali ke melalu jalan tol..

 
Di 9/30/2015 11:05:00 PG, Blogger paridah berkata...

touch n go memudahkan kerja menjimat masa...la ni semua nk cepat jer janji xjem...buat yg setiap hari melalui tol mmg penting tu yg jadi masalah kalau tinggal di pedalaman n sesekali terpaksa gunakan lebuhraya bertol.

 
Di 9/30/2015 02:03:00 PTG, Blogger SalbiahM berkata...

mungkin orang yang jarang menggunakan tol akan rasa terbeban, tapi kalau yang selalu guna, memang touch n go ni pilihan yang baik..

setuju bab refund tu!saya oernah kad patah, nak mintak refund duit berapa belas dlam tu pun, punyalah lama...

 
Di 9/30/2015 02:55:00 PTG, Anonymous Raihanah Ahmad berkata...

itulah saya tengok dengan pelaksanaan ini semakin sesak di plaza tol, terutama tol duke (sebab tol duke tak besar mana). kalau banyak pos tol tu tak jadi isu sangat sebab jalan pun besar.

 
Di 9/30/2015 05:14:00 PTG, Blogger nohas berkata...

memang mudah guna kad 'touch' n 'go' dan smartag...sekrg ni byk juga car park yg boleh guna kad touch n go ni..

 
Di 9/30/2015 10:06:00 PTG, Blogger ejulz berkata...

terbaek.. tapi lagi terbaik jika tol dihapuskan.. hehe :)

Jemput singgah k..

Entry terkini:
1. "Hampir terkencing dalam seluar"

 
Di 9/30/2015 10:15:00 PTG, Blogger Dunia Zumal berkata...

Teringat lak kenangan masa tangan tak sampai nak touch... Zumal kalau ke KL naik train pun pakai kad aje mudah dan tak perlu beratur...

 
Di 9/30/2015 11:45:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

saya melihatnya sebagai satu cara mengurangkan kos dengan mengurangkan pekerja jaga tol ...

 
Di 10/01/2015 06:24:00 PG, Blogger Wak Lat berkata...

tp kadang2 pengguna smart tag pon terkandas x tau kenapa., leceh nk gostan n guna lorong sebelah., huhu2

 
Di 10/01/2015 06:32:00 PG, Blogger Wak Lat berkata...

pst. leh emel wak psl top commentator, ?
3lalat@gmail.com

 
Di 10/01/2015 07:10:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul. Sekurang kurangnya masih ada pilihan.
Thanks HB :)

 
Di 10/01/2015 07:11:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Setuju. Tak perlu susah2 nak check baki. Semuanya susah di auto debitkan.
Thanks Abam Kie :)

 
Di 10/01/2015 07:12:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Saya rasa agak menyusahkan orang yang jarang guna perkhidmatan ini. Patut masih ada alternatif untuk bayar tunai.
Thanks Atie :)

 
Di 10/01/2015 07:15:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sentuh dan pergi
Moga selamat kembali

Thanks Mba Ayu :)

 
Di 10/01/2015 07:16:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Haha....tapi maksudnya sama. Hanya terjemahan terus dari bahasa inggeris :D
Thanks Alya :)

 
Di 10/01/2015 07:17:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sepatutnya pengguna masih diberi pilihan untuk bayar tunai. Agak menyusahkan juga bagi yang jarang guna.
Thanks Best Sham :)

 
Di 10/01/2015 07:19:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kesian orang yang jarang2 guna tapi terpaksa 'bayar' perkhidmatan ini. Yang tak berapa best, sudah reload, susah pula nak refund..huhu
Thanks Kak Paridah :)

 
Di 10/01/2015 07:21:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kannn....perkhidmatan refund seharusnya lebih cekap. Kesianlah orang dah reload duit, tapi tak berapa nak guna.
Thanks Sal :)

 
Di 10/01/2015 07:23:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Dah la harus tambah kos perkhidmatan, hasilnya masih sesak dan membuang masa. Letih juga kan..
Thanks Raihanah :)

 
Di 10/01/2015 07:25:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Yup..some car park dh guna. Kalai naik lrt & komuter pun dah ada pilihan guna touch & go. Ok jugalah..tak payah beratur panjang nak beli tiket.
Thanks Nohas :)

 
Di 10/01/2015 07:26:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Haha..bagus juga tu. Jimat selalu.
Thanks Ejulz :)

 
Di 10/01/2015 07:30:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Dapat juga kurangkan kos penyelenggaraan tol. Moga ultimate efek nya nanti, tol menjadi lebih rendah...Harapan rakyat :)
Thanks CM :)

 
Di 10/01/2015 07:31:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu Zumal. Tak payah susah2 nak gi beratur.
Thanks :)

 
Di 10/01/2015 07:33:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Yang ni..memang ada jugak jadi. Kalau dah time2 q panjang tu...alahai..tu pun kalau kereta belakang nak bagi laluan :(
Thanks Wak :)

 
Di 10/01/2015 07:38:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Done.
Thanks Wak :)

 
Di 10/01/2015 03:27:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

Kaunter tambah nilai TnGo ni memang kena buka banyak la...

 
Di 10/01/2015 05:17:00 PTG, Anonymous Obat Herbal Sakit Gigi berkata...

sentuh dan pergi di kirain apa ceritanya hehe

 
Di 10/01/2015 11:13:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul. Tak adalah kereta tersangkut kalau tak cukup balance.
Thanks MV :)

 
Di 10/01/2015 11:14:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Pasal guna kad untuk membayar tol..
Thanks :)

 
Di 10/03/2015 07:22:00 PTG, Blogger OKje berkata...

Betul pendapat awak tu FS....Kesian jugak kat depa yg tak berapa nak guna TnG nikan....membaziaq pulak duit depa hihi....

Tp sepatutnya tak leh dihapuskan terus, kalau org yg mmg tak de langsung TnG tu camne pulak

 
Di 10/05/2015 02:12:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kesian sebanarnya kat org yg jarang guna perkhidmatan ni...tak pasal2 kena top up. Patut masih kekalkan option utk bayar cash.
Tq Okje :)

 
Di 10/06/2015 07:14:00 PTG, Blogger Mizz Aiza berkata...

Pilihan terbaik menggunakan touch n go.. 1 kad pelbagai guna.. Kini touch n go boleh digunakan ketika menaiki lrt, komuter, bas rapid kl,bayar parking kereta dan pelbagai lagi..

 
Di 10/07/2015 11:29:00 PG, Blogger dear anies berkata...

biarpun x de tollgate girl, tp perlu ada org yg mengawasi. x ckp sorang 2 nk handle. andaikata berlaku masalah serentak di 10 lorong? hahhhh x ke niaya tu? so, perlu ada inisiatif di situ...

 
Di 10/11/2015 08:12:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Prepaid satu jer agenda yg ramai tak suka bila dilihat dari sudut perniagaan.. ia menguntungkan pihak pengeluar terlebih dahulu sebelum pengguna menggunakannya. Belum apa2 dah dapai tunai utk rolling.. sebab tu ada diantara org yg sanggup bersusah payah bayar tunai sebab difikirkan duit tu terkait dgn masalah2 negara... wallahualam. Apa pun, saya lebih selesa guna touch n go.. tapi tak perlu nak tutup lorong tunai. Kot2 ada yg tercicir kad, kan niaya jadinya... :D

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama