<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Bolehkah Kesilapan Di Padam?

September 13, 2015

Bolehkah Kesilapan Di Padam?

Hidup manusia pastinya tidak terlepas dari melalukan kesilapan.
Namanya pun manusia......


Pernah juga orang bertanya. Bolehkah kita memadam kesilapan yang pernah atau telah dilakukan?


Jawapannya adalah Boleh.
Kesilapan itu pastinya boleh dipadam jika kena dengan keadaan dan caranya.
Mungkin kerana itu jugalah Texan Bette Nesmith Graham (Graham) mencipta dan memperkenalkan LIQUID PAPER.



Sejarah Liquid Paper:
Graham adalah seorang ibu yang amat berbakat dalam bidang seni. Namun kerana desakan hidup dan harus memelihara anak tunggalnya, Graham tidak meneruskan minatnya dalam bidang itu, sebaliknya bekerja di sebuah bank sebagai setiausaha.

Menaip menggunakan mesin taip (typewriter) merupakan antara tugas utama Graham. Akan tetapi, kerana tidak begitu mahir menggunakan mesin taip, beliau telah melakukan banyak kesilapan. Kerana itu juga, beliau mencari cara-cara untuk memadam kesilapan yang telah dilakukan ketika menaip dokumen.

Idea mencipta Liquid Paper bermula ketika beliau melihat orang mengecat dekorasi tingkap di tempat kerjanya. Jika berlaku kesilapan ketika mengecat, semua kesilapan itu dicat semula dengan cat bewarna putih dan diperbetulkan. Berdasarkan konsep yang sama, Graham kemudiannya mencari idea dan cara yang sesuai untuk diaplikasikan jika kesilapan itu berlaku di atas kertas. Beliau juga telah membuat banyak ujikaji demi mencari warna yang paling hampir dengan warna kertas untuk memadam kesilapannya ketika menaip. Di atas usaha beliau itulah terciptanya produk yang dinamakan sebagai 'Mistake Out'. Botol pertama 'Mistake Out' telah dijual pada tahun 1956 dan pada tahun berikutnya beliau telah berjaya menjual produk ini sebanyak 100 botol sebulan.

Pada tahun 1958, nama 'Mistake Out' telah ditukar kepada Liquid Paper dan syarikat milik Graham terus berkembang. Pada tahun 1968, jualan tahunan syarikat ini mencecah $1 juta dan pada tahun 1972 syarikat ini telah berjaya menjual 5 juta unit Liquid Paper setahun.

Graham meninggal dunia pada tahun 1980, hanya 6 bulan setelah menjual syarikat miliknya kepada Gillette pada harga $47.5 juta.

Walaupun saya tidak pasti tentang jumlah pengunaan Liquid Paper semenjak bermulanya era komputer, cerita ini tetap menjadi inspirasi.

Boleh jadi kesilapan yang kita lakukan hari ini dapat memberi ilham untuk mencipta sesuatu yang baru atau dapat membuat perubahan kepada yang lebih baik, yang bukan sahaja menguntungkan diri sendiri malah dapat memberi manafaat kepada yang lain.

Sekian. Wassalam.

Rujukan : 100 Great Business and The Minds Behind Them
Gambar : Google.









Label:

40 Ulasan:

Di 9/13/2015 01:36:00 PTG, Blogger Qaseh Vee berkata...

kita melakukan sesutu krn duit tapi graham melakukannya kerana keperluan . bonusnya , dapat duit ... memang hebat !

 
Di 9/14/2015 05:06:00 PTG, Blogger Nurul aziyana berkata...

Setiap brg terbit dr idea masalah.. nice sharing

 
Di 9/15/2015 12:11:00 PTG, Blogger paridah berkata...

kesilapan perlu dibetulkan bukan dipadam tapi dlm kontek berbeza ni..

 
Di 9/15/2015 12:31:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Selagi hidup walau bnyk mana kesilapan tapi ada niat dan usaha nak betulkan pasti akan berjaya... sekarang dah mcm2 bentuk tapi org masih sebut liquid paper juga walaupun ada yang tak berasaskan liquid... Thanks sharing Fidah.. :)

 
Di 9/15/2015 12:49:00 PTG, Blogger nohas berkata...

nice sharing...baru tahu asal-usul liquid paper ni, guna dah lama..hehe..

 
Di 9/15/2015 02:15:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

kesilapan tetap ada tapi bukan utk diulangi... da lama x pakai liquid paper ;-)

 
Di 9/15/2015 02:26:00 PTG, Blogger mrhanafi berkata...

Dulu zaman tulis guna pen boleh la guna liquid paper..sekarang edit balik guna komputer..

 
Di 9/15/2015 07:06:00 PTG, Blogger KamilSalleh berkata...

Wah cerita liquid paper, inilah pertama kali mengetahui cerita disebaliknya. Rupanya seorang ibu ya. Begitulah hebatnya pemikiran manusia jika digunakan sebaiknya.

Semoga spa saja kesilapan kita hari ini dapat diperbetulkan dengan segera.

 
Di 9/15/2015 08:40:00 PTG, Blogger Nove Hasanah berkata...

inspirasi bisa datang dari mana saja ya
bahkan kesalahan yang telah dibuat sekalipun saat mengetik (menaip)
dan sesederhana apapun itu bisa membawa kita pada sebuah invention yang besar

 
Di 9/15/2015 09:41:00 PTG, Blogger Wak Lat berkata...

wak pon dh lama x guna liquid paper., dulu tu comot jee ;p

 
Di 9/15/2015 10:46:00 PTG, Blogger Mizz Aiza berkata...

setiap kesilapan ada peluang untuk dibetulkan..

baru aiza tahu sejarah liquid paper.. perkongsian yang baik..

 
Di 9/15/2015 10:48:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kerana keperluan, timbul idea. Bukan saja menyenangkan kerja beliau masa tu, malahan dapat $$ lagi
Thanks Vee :)

 
Di 9/15/2015 10:49:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Thanks Nurul. Setiap masalah ada penyelesaiannya.
Salam kenal :)

 
Di 9/15/2015 10:50:00 PTG, Blogger Dunia Zumal berkata...

Wah, ilmu nie... tak pernah dengar pasal cerita nie...

 
Di 9/15/2015 10:52:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu Kak Paridah. Dalam konteks lain, atau realiti hidup sebenar, kesilapan harus diperbetulkan.
Thanks Kak Paridah :)

 
Di 9/15/2015 10:53:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Legend tu nama liquid paper :)
Moga orang akan sentiasa belajar dari kesilapan dan terus memperbaikinya.
Thanks Khir :)

 
Di 9/15/2015 10:55:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Tu lah. Saya pun baru tau. Guna liquid paper dari zaman sekolah..hihi
Thanks Nohas :)

 
Di 9/15/2015 10:56:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kalau boleh jangan sampai ada kesilapan ke 2.
Liquid paper guna zaman sekolah dulu aje :)
Thanks Anies :)

 
Di 9/15/2015 10:57:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Zaman serba canggih sekarang. Lebih mudah dan cepat.
Thanks HB :)

 
Di 9/15/2015 10:58:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu Tuan Kamil. Kesilapan lalu harus dijadikan pengajaran. Dan jangan diulang.
Terima kasih atas kunjungan. Salam kenal :)

 
Di 9/15/2015 11:00:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Dari kesilapan, timbul ilham dan berjaya membuat produk yang dikenali ramai.
Thanks Mba Nove :)

 
Di 9/15/2015 11:02:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Zaman dah berubah..
Kesian kertas tu ..sampai comot jadinya :D
Thanks Wak :)

 
Di 9/15/2015 11:04:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kesilapan lalu, seharusnya djadikan pegajaran.
Terima kasih Aiza :)

 
Di 9/15/2015 11:05:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Saya pu baru baca..hihi
Thanks Zumal :)

 
Di 9/15/2015 11:41:00 PTG, Anonymous Dhicomp berkata...

Kesilapan djadikan sebuah pelajaran dan menghasilkan yang lebih. Sungguh berhasil dan berkah

 
Di 9/16/2015 12:32:00 PG, Blogger Padin berkata...

kesilapan boleh jadi kat sesiapa.. di mana2...
apa yang penting, belajar dari kesilapan,
jadikan perkara mendatang lebih baik lagi.. :D

 
Di 9/16/2015 10:25:00 PG, Blogger Unknown berkata...

kesilapan itu artinya apa ya mba

 
Di 9/16/2015 12:41:00 PTG, Blogger Eksapedia berkata...

Wah saya malah baru tau mbak :-O

 
Di 9/16/2015 02:25:00 PTG, Blogger Jari Manis berkata...

ahakss..klau kesilapan di atas kertas bila2 masa je boleh padam.. pen padam dengan liquid papar...tulisan pensel leh guna pemadam...kalau kesilapan melibatkan hati...huhuh...meninggalkan kesan yg mendalam kan fidah...yg pasti tiada kesilapan antara kta berdua heeeee

 
Di 9/16/2015 03:21:00 PTG, Blogger seibar berkata...

betu sekali bisa jadi kesilapan itu sebenarnya adalah sesuatu yang baru

 
Di 9/16/2015 09:13:00 PTG, Blogger Fazri berkata...

Kita boleh belajar dari suatu kesilapan karena akan menjadi berharga di kemudian hari, kesilapan anggap saja suatu kelemahan diri...

 
Di 9/17/2015 05:45:00 PG, Anonymous yozidahfilputra berkata...

Kirain postingan ini tadi mau membahas kesilapan-kesilapan yang telah diperbuat hati manusia, berikut cara memperbaikinya. Eh, ternyata malah bercerita tentang sejarah terciptanya Liquid paper. Memang benar sekali, banyak penemuan hebat didunia ini yang berawal dari kesilapan (kesalahan) yang tidak sengaja dilakukan oleh seseorang.

 
Di 9/23/2015 08:47:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Moga sentiasa belajar dari kesilapan lalu.
Terima kasih ya :)

 
Di 9/23/2015 08:55:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Belajar dan terus belajar..sebolehnya, jangan ulangi
Thanks padin :)

 
Di 9/23/2015 08:58:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Ksilapan itu seperti membuat salah.
Thanks Defa :)

 
Di 9/23/2015 08:59:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Moga bermanafaat ya Eksa.
thanks :)

 
Di 9/23/2015 09:00:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kalau kesalahan yang melibatkan hati, bagai dirobek robek rasanya...haha
Thanks JM :)

 
Di 9/23/2015 09:00:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul. Kalau tidak berbuat silap, mungkin kita tidak belajar.
Thanks Desa Seibaru :)

 
Di 9/23/2015 09:02:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Satu kelemahan hari ini, mungkin akan menjadi penyebab kenapa kita bangkit untuk hari esok.
Thanks Achmad Fazri :)

 
Di 9/23/2015 09:03:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Begitu akhirnya menghasilkan produk yang mendatangkan hasil yang lumayan..:)
Thanks yozidahfilputra :)

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama