May 21, 2015

Rancangan Malaysia ke 11

Assalamualaikum



Rancangan Malaysia ke 11 (RMK ke 11) telah pun dibentangkan hari ini, 21 Mei 2015.
Rancangan untuk tahun 2016 ke 2020 merupakan rancangan pembangunan 5 tahun terakhir ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Seperti yang kita ketahui, Wawasan 2020 telah dilancarkan pada tahun 1991. Wawasan 2020 telah menggariskan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam semua aspek merangkumi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya.

RMK ke 11 merupakan satu pelan strategik ke arah pembangunan masa depan Malaysia selaras dengan impian rakyat bagi menikmati hasil pembangunan yang sewajarnya. Pelan yang bertemakan 'Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat' ini merupakan satu pelan yang mengandungi 6 teras strategik:
  • Pertama : Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat saksama
  • Ke 2: Meningkat kesejahteraan untuk semua
  • Ke 3 : Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju
  • Ke 4 : Menuju ke arah pembangunan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan
  • Ke 5 : Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong perkembangan ekonomi
  • Ke 6 : Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran
Semoga RMK ke 11 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi keutamaan kepada rakyat jelata dalam semua aspek pembangunan. Pendekatan yang diberikan haruslah dapat terus membantu pertumbuhan ekonomi negara disamping meningkatkan taraf hidup rakyat. Semoga setiap lapisan rakyat dapat menikmati faedah daripada hasil kekayaan dan kemakmuran negara. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

Gambar: Sumber.

22 comments:

  1. pembangunan hijau? urm..banyak jargon pelik-pelik ni..apa-apa pun, moga hasilnya nampak da nasib rakyat miskin dan luar bandar terbela

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca tadi pun..memang ada beberapa jargon yg aneh2...huhu
      Thanks Sal :)

      Delete
    2. macam GST jugak, benda macam ni kena explain in simple words.even yang educated pun belum tentu faham.

      Delete
    3. Betul Sal. Tgk aje lah vocab yg dipakai. Semua canggih manggih. Itu baru perkataan yg digunakan, belum the whole context lagi..huhu

      Delete
  2. tak sangka rancangan Malaysia dah masuk ke 11

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah masuk ke 11..
      macam2 ada..
      Thanks HB :)

      Delete
  3. Okay. Dah banyak dah baca macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia Boleh!!!.
      Thanks Gee :)

      Delete
    2. Dah banyak baca tu sebab kemain banyaklah hebat perancangan Malaysia ni, sudahnya.. hurmmm...

      Delete
    3. Perancangan kita memang tip top.
      Moga perlaksanaannya......

      Delete
  4. Semoga sukses RMK 11 nya
    Sesuai tema
    Bagus hasilnya
    Gembira bahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga tertunai segala impian dan harapan..
      terima kasih mba Ayu :)

      Delete
  5. semoga matlamat tercapai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..
      Semoga tercapai.
      Terima kasih atas kunjungan :)

      Delete
  6. semoga Malaysia terus maju jaya hendaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.
      Semoga taraf hidup rakyat terus meningkat dan semua orang pun dapat merasa hasil dari kemajuan negara.
      Thanks HB :)

      Delete
  7. kesejahteraan utk semua? sy hrp maksud SEMUA tu benar2 smpi ke matlamatnya... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga2 begitulah...
      Macam no komen jek..hihi. Tunggu & lihat
      Thanks Anies :)

      Delete
  8. mlm tadi ada perdebatan / forum ttg ni di astro awani ... semoga ianya dilaksana dengan betul ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah harapan seluruh rakyat jelata.
      Pelan dah ada, yang penting sekarang perlaksanaan dan cara perlaksanaannya.
      Thanks CM :)

      Delete
  9. Harap2 rancangan dpt dilaksanakan dgn sebaiknya, in shaa Allah... Mudah2an bukan sekadar indah di atas kertas semata2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kat kertas, saya dah tengok. Memang indah.
      Moga rupa seindah khabar..aamiin

      Delete

Google+ Followers

Followers