<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Mee Rebus

Mei 16, 2015

Mee Rebus

Assalamualaikum


Hari ini saya ingin kongsikan resipi mee rebus (Johor Style). Kenapa dipanggil Johor Style? Sebab saya dapatkan resipinya dari sahabat saya, Cik Tita, yang berasal dari Johor.

Bahan-bahan

Mee kuning (saya sediakan 2 - 3 bungkus)

Bahan untuk kuah mee rebus:
  • 1/2 kg daging/tetel/tulang - hiris daging dan tetel kecil-kecil dan rebus hingga empuk. Air rebusan jangan dibuang kerana akan digunakan untuk kuah mee rebus.
  • 4 biji keledek sederhana besar (carilah keledek kuning/oren kerana rasanya lebih manis). Rebus hingga empuk dan kisar halus.
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 6 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar)
  • 1 cm lengkuas (dikisar)
  • 3 biji cili kering (dikisar - kalau nak pedas boleh lebihkan)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 cawan tauchu - cuci dahulu untuk kurangkan rasa masin. Kemudian dikisar halus.
  • 1/2 cawan udang kering. Direndam dan dikisar halus. (Kerana masalah allergic pada udang kering, saya menggunakan udang kertas/ udang segar kecil. Sama juga, dikisar halus)
  • 5 sudu makan kari daging
  • 1/2 cawan air asam jawa  
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan untuk hiasan
  • Tahu yang digoreng (dipotong kecil)
  • Telur rebus (dibelah 2)
  • Cili hijau dan merah
  • Taugeh
  • Limau kasturi
  • Bawang goreng dan daun sup 

Cara-cara:
Untuk kuah mee:
  • Tumis bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan cili kering yang telah dikisar. Masak hingga garing.
  • Masukkan rempah kari daging, tauchu, dan udang kering/ udang kertas yang telah dikisar. Masak hingga garing.
  • Masukkan daging/tetel dan tulang yang telah direbus tadi. Masukkan sekali air rebusannya.
  • Masukkan keledek yang telah dikisar. Tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat. Kalau kuah kurang kuning, boleh tambah sedikit serbuk kunyit.
  • Masukkan air asam jawa, garam dan gula. (sesuaikan dengan selera - tapi untuk kuah mee rebus, harus ada rasa manis-manis sedikit.)
  • Tunggu hingga masak dan kuah sedikit pekat.

Cara hiasan:
  • Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk pilihan
  • Tuang kuah mee rebus
  • Hiaskan dengan bahan-bahan hiasan mengikut selera masing-masing.


Kalau nak buat macam style Mee Rebus Hj Wahid yang terkenal di Johor tu, bolehlah tambah kerupuk udang. Pada sesiapa yang tak pernah melihat macam mana kerupuk udang tersebut, saya rasa rupanya lebih kurang macam kerupuk kriuk-kriuk kalau kita makan mee segera (instant) jenama Sedaap....lebih kurang arrr

Bahan-bahan untuk kerupuk udang:

  • 1/2 cawan udang kering - rendam dan kisar (saya tidak menggunakan udang kering dalam resipi ini. Saya gantikan dengan udang kertas)
  • 1/2 cawan udang kertas
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 biji telur.
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menggoreng
Untuk proses yang lebih mudah, saya blend ke-semua bahan.. :)

Cara-cara:

  • Panaskan minyak di dalam kuali. Minyak mesti betul-betul panas supaya kerupuk tidak menyerap banyak minyak.
  • Guna teknik 'titik-titik' terus ke dalam minyak. Saya celupkan garfu ke dalam adunan dan titik-titikkan (lebih kurang macam renjis-renjis, tapi dengan cara lembut dan gemalai...aaawww) ke dalam minyak panas.
  • Tunggu hingga garing dan tos kan minyaknya.
  • Bila sudah sejuk, masukkan ke dalam bekas yang berpenutup supaya sentiasa rangup.
  • Bila nak hidangkan, bolehlah di letakkan sekali bersama bahan-bahan hiasan yang lain. Pastikan ianya sentiasa kriuk-kriuk....hehe :)
Sekian. Selamat Mencuba
Wassalam.



Label:

20 Ulasan:

Di 5/17/2015 07:13:00 PG, Blogger paridah berkata...

MEE REBUS JOHOR SEDAP NI SIAP DGN RESEPI KEROPOK SEKALI...RAJIN FIDAH.

 
Di 5/17/2015 08:35:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Baru nak belajar2 balik masakan Johor..hihi
Terima kasih Kak Paridah :)

 
Di 5/17/2015 09:48:00 PG, Blogger Sham berkata...

Erm nyum2...br je sarapan tgk gambo rs lapar blk plak...

 
Di 5/17/2015 01:13:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Boleh dicuba resipinya En Sham.
terima kasih atas kunjungan :)

 
Di 5/17/2015 06:08:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

owh , ada tauchu rupanya . saya buat mmg x de ... klu nak cuba nanti , blh saya cari di sini ...

 
Di 5/18/2015 07:36:00 PG, Blogger OKje berkata...

Kalau balik kg, bekfes kat Muar mee rebus mmg ada dlm menu gerai, tp okje kurang suka, selalunya ambik soto.

Tp masalahnya bila baca resepi ni, udah teringin nak buat pulak FS hihi...

 
Di 5/18/2015 10:45:00 PG, Blogger mrhanafi berkata...

lepas ini boleh bukak stall mee rebus kalau sedap..he..he..

 
Di 5/18/2015 11:05:00 PG, Blogger AtieYusof berkata...

aduhh sedapnya mee Rebus.. pernah jgk makan, sebab bos besar kat sini rg Johor..hehe

 
Di 5/18/2015 11:45:00 PG, Blogger Khir Khalid berkata...

Mee rebus kat kl tak sama tak sama dgn yg kat johor.. walaupun, restoran johor kat kl pun tak sama.. mungkin bukan org johor yg buat kot.. :D

 
Di 5/18/2015 12:40:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Untuk effect lemak masin..huhu
Thanks CM :)

 
Di 5/18/2015 12:43:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Jom makan Okjee. Kalau saya balik kampung, mee rebus ni kira menu wajib.
Kebanggaan rakyat Johor gitew....hihi :D

 
Di 5/18/2015 12:44:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kasi chance la masak sampai expert dulu.. :)

 
Di 5/18/2015 12:45:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

antara faveret saya ni.
Thanks Atie :)

 
Di 5/18/2015 12:50:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Tu bagi orang Johor yang memang dah expert bab2 mee rebus ni...huhu.
Kalau macam saya, barulah nak belajar2 balik masak resipi warisan turun temurun ni :)

 
Di 5/18/2015 01:00:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

one of my fav...kalu pekat laaagiiii sy suka ;-)

 
Di 5/18/2015 09:53:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Lagi pekat...lagi uuummmppphhh...
Thanks Anies :)

 
Di 5/20/2015 09:56:00 PG, Blogger SalbiahM berkata...

yang belum sarapan ni lagi lapar..hehe

 
Di 5/20/2015 09:57:00 PG, Blogger SalbiahM berkata...

alang-alang dah teringin tu buatler..hehe

 
Di 5/20/2015 07:46:00 PTG, Blogger Gee Lion berkata...

Kita bukan penggemar mee.. Dari kecik, tekak ni boleh sumbat nasik je.. huhu

 
Di 5/22/2015 06:36:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Adik ipar akak pulak..tak boleh makan nasi langsung. Dari kecik makan mee..Kalau akak x boleh macam tu..lapo..hehe
Thanks Gee :)

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama