<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Penderaan Mental

Mei 07, 2015

Penderaan Mental

Assalamualaikum

Perjumpaan dengan rakan-rakan lama beberapa hari lalu rupanya membawa satu topik hangat. Kes penderan dan keganasan terhadap wanita rupanya masih kerap berlaku di zaman serba moden ini. Selalunya saya tidaklah mengambil 'port' sangat tentang hal-hal yang sebegini. Namun, apabila ianya melibatkan orang yang hampir dengan saya, rasa geram di hati tetap ada.

'Kes Penderaan' boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Baik penderaan secara fizikal atau pun mental. Saya pun hairan, kenapa sesetengah orang masih boleh bertahan dengan pasangan 'kaki pukul', suka maki hamun dan manusia yang selalu melakukan penderaan fizikal dan mental.

Jika berlaku penderaan secara fizikal, memang akan jelas ketara dari kesan luka atau lebam-lebam di anggota badan. Tapi, bagaimana pula dengan penderaan secara mental? Penderaan seperti ini memang tidak dapat di lihat dengan mata kasar.

Saya percaya, semua orang pasti sangat sayang dengan pasangan mereka. Namun, siapalah yang sanggup hidup dalam ketakutan sepanjang masa.




Contoh-contoh kes penderaan mental:

  • Sentiasa membuat pasangan merasa rendah diri. Sepatutnya, pasangan anda akan sentiasa menyokong anda tidak kira jika berjaya atau gagal. Akan tetapi, orang seperti ini akan sentiasa membuat anda rasa kerdil dan sentiasa mengambil peluang untuk merendah-rendahkan anda. Contohnya jika anda berjaya membuat sesuatu, dia akan kata, "ramai lagi orang boleh buat perkara yang sama, malahan lebih bagus".
  • Dimarahi dan dihina dikhalayak ramai. Si pendera tidak akan rasa malu untuk memarahi atau menghina pasangannya dikhalayak ramai. Golongan ini juga akan menggunakan bahasa yang sangat kasar. Dia tidak akan peduli sama ada anda akan berasa malu atau maruah serta harga diri anda jatuh.
  • Si pendera sentiasa rasa ingin menang. Dia saja yang betul. Dia saja yang menang dan 'berkuasa'. Orang yang melalukan peneraan mental (contohnya mengeluarkan kata-kata kesat atau menjatuhkan air muka pasangan) sebenarnya mahukan diri mereka kelihatan lebih superior atau berkuasa.
  • Sentiasa 'dikawal'. Jangan terkejut jika segala tindak tanduk anda sentiasa dikawal. Contohnya dia akan menelefon anda walau ke mana anda pergi atau anda harus melaporkan kepadanya secara detail di mana anda berada termasuk pergi ke tandas awam!
  • Cemburu keterlaluan. Ciri ini amat sinonim dengan si pendera. Orang seperti ini akan sentiasa cemburu walau anda bersama dengan kawan rapat atau ahli keluarga. 
  • Sekejap sayang, sekejap berang. Mood si pendera juga mudah berubah. Sekejap menjadi orang yang paling romantis, penyayang dan sangat menghargai anda. Tidak lama kemudian dia kan bertukar menjadi seorang pembengis dan agresif. Ketika bersamanya, pasti anda akan sentiasa berwaspada supaya hatinya tidak tersinggung kerana itu akan membuatnya marah dan bertukar menjadi seorang pembengis. Jika pasangan anda bersikap begini, adakah anda merasa bebas? Adakah anda benar-benar disayangi atau dicintai?
  • Mengancam atau mengugut. Anda harus menuruti segala perintah dan kemahuannya. Jika tidak, dia akan mengugut anda. Ada kes yang lebih teruk di mana si pendera sanggup mengugut untuk bunuh diri jika anda meninggalkannya atau tidak mahu menurut sesetengah perintahnya.

Kalau di lihat pada kes-kes yang ada, memang sangat menakutkan. Namun, ada juga orang yang tidak mahu melaporkan kes-kes seperti ini kerana terlalu sayang pada pasangan atau memikirkan tentang nasib anak-anak.

Pendedahan dan pengetahuan tentang kes penderan serta kepada siapa kes ini harus dilaporkan juga sangat penting supaya nasib wanita-wanita malang di luar sana terbela. Kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang tahu tentang kes ini juga, haruslah membantu supaya hidup mereka tidak selamanya dalam ketakutan.

Sekian. Wassalam.

Gambar : Google (edited)
Rujukan utama: wanista.com


Label:

21 Ulasan:

Di 5/07/2015 08:42:00 PG, Anonymous Hero Borneo berkata...

ya..sungguh kasihan kepada pasangan yang mengalami penderaan mental baik kepada suami atau isteri..

cara terbaik dekatkan kepada Allah SWT..

 
Di 5/07/2015 08:58:00 PG, Blogger Anisayu Nastutik berkata...

Dinegriku berkata itu namanya
KDRT kekerasan dalam rumah tangga
Namun jika terjadi pasti ada hukumnya
Yang jadi soal terkadang wanita takut berkata

Karena ancaman dan hina
Cemburu buta
Luar dalam terluka
Oh sungguh menyiksa

Jika sudah begitu lebih tepatnya
Tak usah bersama

 
Di 5/07/2015 09:26:00 PG, Blogger paridah berkata...

kadang kita xterfikirpun mrk yg berilmu brpndidikn tinggu tega mendera pasangn mrk dgn siksaan mental n fizikal..xguna bertahan melalui situasi bgitu, tolong diri sendiri..Alah juga tidak benarkan kita dizalimi org lain walau siapa dia.l

 
Di 5/07/2015 09:28:00 PG, Blogger SalbiahM berkata...

kes penderaan mental macam ni susah nak mengadu, sebab takde bukti fizikal.tak nampak kesannya pada luaran, tapi kalau dalaman dibiar lama-lama boleh jadi stress.

mohon dijauhkan dari dapat suami macam ni.huhu

 
Di 5/07/2015 09:41:00 PG, Blogger AtieYusof berkata...

sebenarnya penderaan mental ni lagi teruk kesannya kan sis.. sebab kita tak nampak dr segi fizikal.. memang akan stress... isk takut... kesian kat org2 yg terkena...moga kita dijauhkan...

 
Di 5/07/2015 10:55:00 PG, Blogger Mangs Abdul berkata...

jika terjadi seperti itu memang harus mendapatkan jalan keluar, supaya hidup ini lebih nyaman dan aman

 
Di 5/07/2015 01:36:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Saya tak dpt fikirlah mcm mana lah seseorang tu sanggup buat perkara2 spt tu dgn org lain apatah lagi pasangan sendiri. Marah mana pun klu pemikiran masih sihat tak terlintas rasanya nak lakukan yg tak betul.. wallahualam. Semoga yg teraniaya tabah dan beroleh jln keluar yg terbaik. Semoga juga kita semua terhindar dari perlakuan penderan mental ni... aamiin.

 
Di 5/07/2015 05:28:00 PTG, Anonymous islam di dadaku berkata...

Lelaki terbaik adalah lelaki yang paling baik terhadap istrinya bila hidup sesuai tuntunan Agama maka akan jauh dari mendera ini

 
Di 5/07/2015 06:56:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Selain dari mendekatkan diri pada Allah, harus juga tahu tentang undang2 serta hak orang yang di dera.
Thanks HB :)

 
Di 5/07/2015 06:57:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kalau beginilah keadaannya
Memang sangat tersiksa
Harus tau hak dan undang2 yang ada
Supaya nasib dapat dibela

Thanks Mba Ayu :)

 
Di 5/07/2015 07:09:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu Kak Paridah. Harus tolong diri sendiri dan jangan sesekali biarkan diri terus dizalimi.
Thanks :)

 
Di 5/07/2015 07:11:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Bila tak ada bukti, memang susah nak buat aduan. Orang pun mungkin tak percaya. Silap2 orang yg kena dera pulak yg dianggap bersalah.
Moga dijauhi dari golongan yg sebegini.

 
Di 5/07/2015 07:12:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Moga dijauhkan. Memang kesian pada sesiapa yg kena. Moga Allah memudahkan segala urusan mereka. Aamiin.

 
Di 5/07/2015 07:14:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Setuju. Harus cari jalan keluar. Jangan biarkan hidup terus dalam keadaan stress dan ketakutan.
Terima kasih kunjungannya Mangs Aduls :)

 
Di 5/07/2015 07:16:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kaaannnn....sabar aje lah. Moga golongan yg teraniaya ini diberi jalan keluar. Dan moga kita juga dijauhkan dari hal yang sebegini.

 
Di 5/07/2015 07:17:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Isteri juga amanah dari Allah. Seharusnya si suami menjaganya dengan baik.

 
Di 5/07/2015 10:48:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

Amanah yg diberi melalui akad dipersia siakan....

 
Di 5/08/2015 07:46:00 PG, Anonymous Hero Borneo berkata...

kita doakan agar dijauhkan dari ujian penderaan ini..

 
Di 5/08/2015 08:59:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Aamiin. semoga dijauhkan
Tq HB

 
Di 5/08/2015 09:05:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu. Jangan main2 dengan amaanah yg diberikan...
Tq Anies

 
Di 5/11/2015 07:26:00 PTG, Blogger Gee Lion berkata...

benci betul saya dengan lelaki yg buat kita rasa tak insecure sedangkan mereka sepatutnya melindungi kita. huhu

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama